Tak sangka, pendedahan personaliti media sosial dan doktor selebriti, Dr Say Shazril  baru-baru ini mengenai komitmen bulanan keluarganya benar-benar membuka mata ramai pihak.

Bukan mudah bergelar suami. Tanggungjawab bukan main-main terutana komitment yang berskala besar.

Menerusi sebuah podcast dalam program kewangan, Dr Say tidak berselindung dan berkongsi secara terbuka tentang perbelanjaan bulanannya yang mencecah hampir RM35,000 sebulan!

Antara komitmen yang dikongsikan beliau termasuk:

Yuran anak sulung: RM6,000

Sewa rumah: RM5,500

Gaji pengurus: RM5,000

Bayaran kereta Jaguar: RM5,000

Bayaran kereta Alphard: RM2,500

Nafkah isteri: RM2,000

Gaji pembantu rumah: RM1,700

Terapi anak: RM1,000

Ads

Takaful: RM1,000

Pinjaman ASB: RM1,000

Yuran gim & bil utiliti lain: RM1,000

Bila dijumlahkan, semuanya menjadikan komitmen bulanan sekitar RM35,000!

Menurut Dr Say, selepas beliau berhenti kerja kerajaan, tiada lagi pendapatan tetap yang dijamin masuk setiap bulan. Oleh itu, angka RM35,000 itu menjadi target wajib setiap bulan .

“Apa pun jadi, I have to make it. Kalau tanya cukup ke tak, jawapannya tak pernah cukup. Tapi apa yang penting bagi saya bukan jumlah duit tu, tapi ketenangan yang saya dapat.”

 

@prubsn_stars “Betul ke cukup apa yang kita ada sekarang?” Dr. Say buka cerita — dari sudut pandang seorang doktor — pasal financial stability dan komitmen bulanan. Real, jujur, dan sangat membuka mata. Kalau anda pernah tanya diri sendiri soalan ni, you need to watch this. . . #prubsn #prubsnstars #takaful #drsay #perlindungan #protection ##JomBorakWithDrSay #RealTalk #PlanUntukMasaDepan #fyp ♬ original sound – PruBSN Stars

Isteri Tidak Tahu Menahu, Tapi Sokong Dari Belakang

Tak Tahu Dr Say Dedah Komitmen RM35,000 Sebulan, Tapi Komen Dr Azura Memang ‘Touching’

Ads

Majalah Pa&Ma turut mendapatkan komen eksklusif daripada isteri beliau, Dr Azura Abas, seorang doktor, isteri kepada Dr Say Shazril dan juga ibu kepada tiga orang cahaya mata.

Menurutnya, apabila ditanya soalan mengenai pendedahan komitmen bulanan suaminya, Dr Azura dengan spontan menjelaskan tidak tahu langsung mengenai perkongsian suaminya itu secara terbuka di media. Namun bagi Dr Azura, beliau sangat menghormati usaha suaminya.

“Kalau suami mampu dan sanggup pikul semua komitmen, saya tak rasa isteri perlu rasa bersalah untuk tidak membantu. Tapi kalau isteri nak tolong, itu pun tak salah. Ikut keselesaan masing-masing.”

Namun dalam nada bergurau, beliau juga menambah, “Kalau isteri kisah macam saya… biarlah dia yang bayar semua!” 

TETAP BANTU BAYAR YURAN ANAK KEDUA

 

Tak Tahu Dr Say Dedah Komitmen RM35,000 Sebulan, Tapi Komen Dr Azura Memang ‘Touching’

Walaupun begitu, Dr Azura mengakui ada masa dia tetap bantu  terutamanya dalam yuran anak kedua, atau perbelanjaan kecil lain.

Baginya, dalam perkahwinan, perkongsian itu penting. Kalau suami terbeban, dan isteri mampu, tiada salah untuk bantu meringankan.

Ads

Kenapa Dr Azura Kembali Bekerja

Bukan sekadar untuk membantu kewangan, Dr Azura juga turut berkongsi sebab utama beliau kembali bekerja.

“Saya sayang dengan ilmu yang saya ada. Rasa rugi kalau tak disumbangkan kepada masyarakat.”

Tambah beliau lagi, bekerja juga menjadi terapi untuk dirinya.

“Bila hanya duduk rumah, jaga anak, urus kerja rumah saya sendiri rasa mental saya tak stabil.

“Bila saya bekerja, saya dapat ‘break’ sekejap dari rutin tu dan rasa lebih sihat dari segi emosi.”

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Pa&Ma (@majalahpama)

 

Apa yang pasti, setiap pasangan ada cara dan prinsip masing-masing. Tapi apa yang penting, adalah saling memahami dan saling membantu.

Sama ada isteri bekerja atau tidak, sama ada suami tanggung semua atau berkongsi  semua itu adalah keputusan bersama, asalkan bahagia dan saling menyokong.

Buat para suami, pendedahan ini patut jadi ‘wake-up call’. Jangan fikir tugas kamu habis selepas akad nikah. Komitmen hidup makin hari makin besar. Isteri bantu? Alhamdulillah. Tapi kalau mereka tak mampu, tanggungjawab tetap atas bahu kalian.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI