Sejak kelahiran bayi kedua mereka pada 12 Februari lalu, pasangan pelakon dan pengacara terkenal, Scha Alyahya dan Awal Ashaari dilihat masih tidak mendedahkan nama anak kedua mereka kepada umum.
Rupa-rupanya pasangan ini menantikan detik paling eksklusif untuk mengumumkan nama baby yang sebelum ini hanya dikenali sebagai Baby L sahaja.
Menerusi program Schawal Babyboom 2021, Episod ke-9 yang disiarkan sebentar tadi, Scha dan Awal akhirnya tampil mengumumkan nama anak kedua mereka secara eksklusif menerusi program itu.
Seindah nama, secantik rupa, Awal dan Scha sepakat menamakan adik kepada Lara Alana ini dengan nama cukup indah iaitu, Lyla Amina.
Terdahulu, menerusi episod terawal Schawal Babyboom, Awal dan Scha meminta Lara menamakan adiknya dan salah satu nama yang dikongsikan oleh Lara adalah Lyla.
Dan kini nama indah penuh makna itu sudah pun dimiliki oleh tuan empunya badan yang cukup comel, persis kakaknya, Lara Alana.
Ads
Kata Awal, dia dan Scha sepakat menamakan Lyla Amina kerana membawa maksud yang cukup indah.
Bagi menjalankan tanggungjawabnya sebagai bapa, Awal dilihat sudah berada di Jabatan Pendaftaran Negara, di Putrajaya bagi mendaftarkan nama anak keduanya itu.
Kata Awal, dia tidak tidur malam memikirkan nama untuk anaknya. Malah perasaan berdebarnya tidak dapat dibendung kala proses itu berlangsung.
Kata Awal lagi, dia dan Scha menyenaraikan dua nama, bagaimanapun sehingga ke saat akhir, dia masih keliru untuk memilih nama terbaik buat anaknya itu.
Ads
Seterusnya selepas segala urusan selesai, barulah Awal membuat kejutan dengan menyerahkan sijil kelahiran si comel beserta nama yang sudah dipilih. Cukup istimewa!
Dalam pada itu, menerusi episod pendedahan nama itu juga, Awal lebih dahulu menyediakan Roti Tuban seperti yang diminta Scha sebelum bergegas bagi mendaftarkan nama anaknya.
Seronok melihat aksi Awal yang tidak kekok di dapur menyediakan sajian untuk Scha setiap hari.
Dalam pada itu, menerusi contest yang dianjurkan Pa&Ma untuk meneka nama bayi kedua pasangan ini, ratusan komen di ruangan kapsyen telah diteka oleh para pengikut Pa&Ma.
Ads
Tekaan yang hampir mengena namun seronok melihat kesungguhan para follower Pa&Ma meneka nama bayi Scha dan Awal.
Bagi yang belum berkesempatan untuk menonton episod ini, siaran ulangannya bolehlah ditonton semula pada Ahad, jam 12 tengah hari di saluran Astro Ria/Ria HD.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Malang memang tidak berbau, dalam keghairahan orang ramai bercuti pada hujung tahun ini, ada sahaja berita kemalangan yang sering berlaku. Justeru itu, amatlah penting untuk orang ramai sentiasa berhati-hati ketika memandu. Malah penggunaan ‘car seat’ seperti yang disarankan oleh kerajaan yang akan berkuat kuasa pada awal tahun hadapan memang sesuatu yang sepatutnya dilakukan sejak lama dahulu.
Seperti yang berlaku dalam satu kemalangan maut di Pasir Gudang, Johor. Seorang kanak-kanak berusia dua tahun turut maut dalam insiden berkenaan manakala seorang bayi perempuan berusia Sembilan bulan cedera di kepala. Dalam satu laporan yang dibuat oleh Sinar Harian, dua beranak maut selepas kereta Proton Iswara dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Jalan Masjid di Pasir Gudang, kira- kira jam 9.30 pagi smalam.
Kereta hilang kawalan, masuk laluan bertentangan
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata, Muhammad Eijaz Firdaus Mohd Izuan, 2, meninggal dunia di tempat kejadian manakala bapanya, Mohd Izuan Isahak, 33, beralamat di Felda Cahaya Baru Masai Johor meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital.
Menurutnya, kereta dinaiki mangsa dua beranak bersama seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan dari arah pusat bandar Pasir Gudang dipercayai hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan.
“Pemandu sebuah lagi kenderaan iaitu Honda Civic yang dari arah Taman Scientex menghala ke pusat bandar Pasir Gudang tidak sempat mengelak menyebabkan dua kereta itu berlanggar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa di dalam kereta Proton Iswara yang terlibat kemalangan di Jalan Masjid Pasir Gudang pagi tadi.
kanak-kanak 2 tahun meninggal, bayi usia 9 bulan cedera di kepala
Menurut Ismail, akibat pelanggaran itu, penumpang Proton Iswara, Muhammad Eijaz Firdaus cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu, Mohd Izuan yang juga pekerja swasta meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI).
Sementara bayi perempuan mengalami kecederaan di kepala turut dibawa ke HSI untuk rawatan susulan.
“Pemandu Honda Civic, seorang lelaki berusia 40 tahun cedera di kaki dan menerima rawatan di sebuah hospital swasta,” katanya.
Katanya, tiada kamera litar tertutup di lokasi kejadian dan tiada saksi bebas yang hadir membuat laporan.
“Siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Pegawai Bomba Kanan II Zainudin Sabani berkata, seramai 11 anggota bersama sebuah jentera dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian bagi membantu mengeluarkan mangsa.
Burnout pada isteri ni bahaya kalau kita tak ambil peduli. Bukan sekadar penat badan, tapi emosi dan mental dia boleh jadi letih gila.
Bila isteri dah burnout, dia mudah sangat marah, rasa cepat tertekan, dan kadang-kadang boleh lepaskan kemarahan pada anak-anak tanpa sengaja.
Kalau kita tak peka, keadaan ni boleh beri kesan buruk pada hubungan dan anak-anak. Sebagai suami, kita kena faham dan bagi sokongan yang dia perlukan, supaya dia boleh rasa dihargai dan kembali tenang.
Sebagaimana perkongsian Coach Parenting, Mohd Fhais Salim bahawa burnout ni bukan sekadar penat badan, tapi penat mental dan jiwa, yang boleh buat dia jadi cepat marah, mudah terasa, dan mungkin cenderung melepaskan kemarahan pada anak-anak tanpa sedar. Dalam keadaan macam ni, isteri sangat perlukan sokongan suami.
WANITA TAK TAHU BURN OUT
Coach Parenting, Mohd Fhais Salim
Menurut Coach Parenting, Mohd Fhais Salim, apabila isteri terjerit jerit kat rumah. Jangan jauhi dia, tapi cepat dekati dia. Itu red flag yang dia Burnout Risau anak anak jadi mangsa keadaan nanti. Bila dah kena burnout ni.
Katanya ini adalah tahap irritability meningkat mendadak. Jadi mudah marah. Mudah rasa terganggu ( annoying ) dan mudah menengking.
“Masa ni datang la anak buat masalah kecil pun dah boleh buat dia mengamuk tak ingat dunia. Kesian anak.”
“Masa ni akal ( cortex ) dia tengah pasif, tak dapat nak kawal sangat pertuturan, tindakan dan respon bila ada masalah.”
” Masa ni la dia banyak main lepas je cakap. Kadang dia pun tak sedar apa yang dia cakapkan. Anak anak boleh jadi kecil hati nanti.”
“Masa ni emosi ( limbic ) jadi sangat aktif dan jadi raja tubuhnya. Kesannya, dia jadi seorang yang impulsif. Bertindak ikut hati semata-mata. Sebab tu lepas termarah anak, dia akan rasa menyesal.”
” Masa ni isteri kita sedang di belenggu fasa isolation, dia rasa semua orang sekeliling dia tak memahami dia. Tu yang cepat sentap!”
” Masa ni dia akan rasa depleted sangat. Tidur cukup tapi masih rasa penat. Rehat banyak pun rasa penat lagi. Sebab burnout ni bukan penat fizikal tapi ia adalah penat emosi dan penat jiwa.”
SUAMI NAK BUAT APA BILA ISTERI BURN OUT
Bila nampak tanda tanda burnout ni cepat cepat dekati dia dan beri apa yang dia perlukan.
– peluk dia
– hiburkan dia
– tunjukkan sayangi dia
– dengar luahan hatinya
– katakan padanya “abg ada”
Nampak simplekan, tapi ini la apa yang setiap isteri ternanti nanti setiap hari dari suaminya.
Penat macam mana pun badan dan jiwa dia akan hilang dengan senang bila ada suami yang memahami dan menghargai dirinya.
Sumber: Mohd Fhais Salim
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Doa bapa ini di Arafah termakbul, sembilan sekeluarga bakal tunai haji. Impian seorang bapa untuk membawa seluruh anak-anaknya menunaikan ibadah haji akhirnya menjadi kenyataan apabila beliau bersama lapan ahli keluarganya terpilih menjadi tetamu Allah pada musim haji tahun ini.
Doa Bapa Ini Di Arafah Termakbul, Sembilan Sekeluarga Bakal Tunai Haji
Mohamad Hatta Abd Latif, 60, berkongsi kegembiraannya apabila beliau, isterinya, lima orang anak serta dua menantu turut terpilih menunaikan rukun Islam kelima tersebut.
“Kami suami isteri pernah menunaikan haji pada tahun 2008 semasa mengiringi ibu mentua. Ketika berada di Arafah, saya berdoa agar suatu hari nanti dapat membawa anak-anak pula menunaikan haji.
“Empat bulan selepas pulang ke tanah air, saya terus mendaftarkan anak-anak untuk menunaikan haji. Syukur, tahun ini rezeki menyebelahi kami. Selain tujuh ahli keluarga terdekat, dua menantu turut sama menyertai kami. Perasaan teruja memang tidak dapat digambarkan,” katanya ketika ditemui pada Kursus Haji Perdana Peringkat Negeri Selangor, hari ini.
Mohamad Hatta memaklumkan bahawa mereka sekeluarga dijadualkan berangkat ke Tanah Suci pada 30 Mei nanti.
Dalam pada itu, anak bongsunya, Muhammad Hanif yang baru berusia 20 tahun, meluahkan rasa tidak percaya kerana diberi peluang menunaikan haji pada usia muda.
“Bila tahu terpilih, saya rasa terkejut sebab saya tahu bukan mudah untuk ke Tanah Suci. Pada mulanya saya rasa ragu-ragu, tertanya-tanya sama ada saya betul-betul bersedia atau tidak. Tapi selepas menghadiri kursus, rasa yakin itu makin bertambah,” ujarnya.
Dalam majlis sama, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah turut berkenan merasmikan Kursus Haji Perdana peringkat negeri.
Kursus ini menyaksikan seramai 8,338 jemaah dari Selangor membuat persiapan akhir sebelum berangkat ke Mekah. Selangor mencatatkan jumlah jemaah tertinggi, terdiri daripada 3,609 lelaki dan 4,729 wanita.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.