Terdahulu, Fasha mendirinya rumah tangga bersama Aidil Aziz pada Mac 2019. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Aisha Amaira. Fasha turut dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu, Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma.
Salah satu masalah para ibu untuk memastikan kesegaran sayur-sayuran yang dibeli adalah kerana ia cepat layu. Mahu selalu ke pasar semata-mata untuk membeli sayur terasa seperti tidak berbaloi. Banyak cara kreatif para ibu untuk menyimpan sayur yang dibeli seperti dibekukan menjadi ais atau disimpan dalam balang berisi air.
Terdapat cara lain untuk menyimpan sayur dan mengekalkan kesegarannya. Cara menarik ini dikongsikan oleh Ismiza Ishak. Hanya menggunakan tisu dapur, aluminium foil dan pita pelekat.
Buat sahabat semua, kaklong nak share sedikit ilmu cara utk simpan Sayur-Sayuran agar tahan lebih lama.
Tak byk kos yg di perlukan. paling penting jangka hayat sayur-sayuran yg kita beli lebih tahan lama dan masih segar setiap kali kita nak guna utk bahan masakan kita. Sgt berguna ilmu ni.
Bahan-bahan yg Di perlukan aluminium foil, tisu dapur, selotep dan permanent marker pen.
1. Aluminium foil (ukuran agak-agak boleh bungkus Sayur-Sayuran yg kita nak simpan)
2. Tisu Dapur (pun ikut selera dan kesesuaian)
3. Lipat Dan bungkus Sayur-Sayuran.
4. Kemaskan dengan soletep Dan tandakan tarikh (senang kita ambil ikut tarikh, guna sayur yg tarikh lebih lama Kita simpan sebelumnya supaya tak membazir)
5. Kalau ikut cara kaklong, saya lebih suka potong Dan simpan dalam portion kecik supaya nanti senang ambil utk sekali masak (saya suka campur sayur dan bahan lain). Cth, satu brocolli saya bahagikan kpd 3 bahagian.
6. Ada cth sayur yg saya ambil gambar Di bawah, tarikh 1/5/2020 Dan Masih Segar pada tarikh 10/5/2020 – Kobis Panjang
7. Peria yg saya potong separuh – dah masak pada tarikh 1/5/2020 juga Masih elok pada Hari ini 10/5/2020.
8. Cara ni sesuai utk org yg jenis cermat, sayang kalau sayur mudah rosak Dan paling penting effort utk basuh,keringkan, potong, bahagikan, bungkus Dan susun dalam peti. Buka bungkus dengan cermat, bila habis guna sayur-sayuran tu, aluminium foil masih boleh guna lg sekali kalau Masih elok. Kalau korang ganas, sekali guna je la aluminium foil. Management utk apa pun perkara dlm hidup sgt penting.
Kena lebih sedikit usaha dan tenaga utk pastikan sesuatu Tu berbaloi dgn duit yg Di laburkan. Bahan masakan jaman la ni pun bukan murah. Selagi boleh jimat Dan panjangkan hayat sayur-sayuran Kita apa salahnya Kan…
Dengan perkongsian menarik ini, diharapkan dapat membantu para ibu untuk menyimpan serta mengekalkan kesegaran sayur-sayuran dengan lebih berkesan. Sekiranya anda merancang untuk membuat sayur campur, mungkin boleh simpan sekali sayur yang mahu digunakan dalam satu bungkusan. Nak masak, ambil saja. Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kes penderaan bayi yang tular baru-baru ini bukan sahaja mengejutkan masyarakat, malah meninggalkan kesan emosi mendalam kepada ramai ibu bapa. Rakaman yang tersebar luas itu mengundang kemarahan serta kebimbangan, terutamanya dalam kalangan ibu bapa yang terpaksa mengamanahkan anak kecil mereka kepada pengasuh demi kelangsungan hidup.
Turut terkesan dengan kejadian tersebut, pelakon Datin Intan Najuwa tampil menyuarakan pandangan tegas mengenai tanggungjawab dan tahap kesihatan mental individu yang memilih kerjaya sebagai pengasuh, khususnya mereka yang menjaga bayi dan kanak-kanak kecil.
Intan atau nama penuhnya, Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, menegaskan bahawa setiap individu yang ingin bekerja sebagai pengasuh perlu memastikan kesihatan mental berada dalam keadaan baik sebelum memikul amanah besar menjaga anak-anak orang lain.
Menurutnya, bayi adalah golongan paling lemah kerana belum mampu bersuara atau mempertahankan diri, sekali gus menjadikan empati dan kawalan emosi sebagai keperluan asas dalam profesion tersebut.
Menerusi satu perkongsian di platform Threads, pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu menasihatkan individu yang tidak mampu mengawal emosi agar mencari pekerjaan lain demi mengelakkan kejadian tidak diingini.
“Sekarang ini cerita dia kalau nak jadi pengasuh, tolong pastikan kesihatan mental awak okey dan mampu menjaga kanak-kanak terutamanya bayi.
Jika tak mampu mengendalikannya, lebih baik cari pekerjaan lain. Jangan aniaya anak orang,” katanya.
Kenyataan tersebut jelas mencerminkan kebimbangan terhadap keselamatan bayi-bayi kecil yang sepenuhnya bergantung kepada ihsan dan tanggungjawab orang dewasa.
Intan turut meluahkan kemarahan terhadap tindakan pengasuh yang didakwa mengasari bayi berkenaan. Walaupun kes penderaan bayi ini tidak melibatkan anaknya sendiri, Intan mengakui emosinya sangat terganggu sebagai seorang wanita dan bakal ibu.
“Walaupun bukan anak aku yang kena tapi kalau aku jumpa pengasuh itu, memang habis aku pijak-pijak kau.
Pakai kaki saja dekat bayi itu, sumbat masuk penjaralah orang macam ini,” luahnya dengan penuh emosi.
Kemarahan itu menggambarkan perasaan ramai ibu bapa yang merasakan bayi tidak sepatutnya menjadi mangsa kegagalan emosi dan sikap tidak berperikemanusiaan individu dewasa.
Dalam masa sama, Intan berharap pihak berkuasa tidak memandang ringan isu ini dan memastikan pelaku kes penderaan bayi menerima hukuman setimpal dengan perbuatan mereka.
“Apa-apa pun pihak berkuasa tolong jangan lepaskan orang jahat. Mereka layak dihukum atas apa yang mereka lakukan,” tambahnya lagi.
Lebih menyentuh hati, Intan turut mempertahankan golongan ibu bapa yang terpaksa menghantar anak kepada pengasuh kerana tuntutan kerja dan kehidupan.
“Tak ada ibu yang suka-suka nak keluar kerja dan tinggalkan anak mereka dengan pengasuh.
Kebanyakan mereka tiada pilihan. Ini soal untuk terus hidup hari ini dan demi masa depan anak mereka. Jadi, tolonglah berempati,” jelasnya.
Luahan ini mencerminkan realiti ramai ibu dan bapa di luar sana yang terpaksa membuat keputusan berat demi kelangsungan hidup keluarga.
Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan seorang pengasuh yang didakwa mendera beberapa bayi di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Desa Petaling, Kuala Lumpur. Suspek, seorang wanita berusia 26 tahun, telah ditahan pada 16 Disember lalu bagi siasatan lanjut oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur.
Kes penderaan bayi ini sekali lagi menjadi peringatan besar bahawa keselamatan anak-anak bukan perkara remeh dan tidak boleh dikompromi dalam apa jua keadaan.
Isteri mana yang tak gembira kalau suami buat kejutan untuk dirinya. Namun, dalam rasa teruja kadang-kadang tetap terselit rasa curiga kalau suami buat perkara yang pelik-pelik. Begitu juga dengan perkongsian video Azuan Noor di laman Facebooknya.
Dalam video tersebut, kelihatan isterinya sedang mengaji dan dia datang membawa suprise. Walaupun isterinya kurang selesa dirakam, tetapi suami ini tetap meneruskan ‘agendanya’ meminta isteri memilih sama ada Yes atau No.
Masih ragu-ragu dengan permintaan suaminya, kerana si isteri beranggapan suami mahu kahwin lain. Sambil ketawa, si suami meminta isterinya membuat pilihan. Pada awalnya si isteri memilih Yes tetapi bertukar kepada No.
Jom, tonton video kebahagiaan pasangan ini. Mana tahu, boleh beri idea kepada suami-suami di luar sana nak buat kejutan untuk isteri kan?
Rupa-rupanya, si suami menghadiahkan sebentuk cincin emas! Terkejut tapi teruja, si isteri berseloroh tahun hadapan kena tambah anak lagi dan suami menyatakan persetujuannya. Dalam video ini juga dapat dilihat si isteri sebak tetapi seperti menahan air matanya. Lantas dia meminta untuk bersalaman dengan si suami.
Selain sikap romantik suami ini yang menjadi perhatian warga maya, tetapi perbualan antara kedua-duanya yang lucu juga membuatkan video ini tambah menarik. Ketika artikel ini ditulis, video ini telah menerima lebih 20k likes dan 13k komen.
Sebenarnya bagi isteri, penghargaan dan perhatian dari suami itu lebih penting dari hadiah atau wang ringgit. Apatah lagi jika suami membuat kejutan sebegini, sudah tentu hati isteri berbunga-bunga dan rasa bahagia. Malahan suami juga akan dirahmati Allah SWT selalu serta dipermudahkan segala urusan dalam hidupnya kerana membahagiakan si isteri.
Ada suami yang nak buat kejutan untuk isteri? Klik saja di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.