Pada pertengahan April yang lalu, pelakon Ashraf Muslim disahkan positif Covid-19 sekembalinya dia dari menjalani penggambaran drama bersiri di luar negara bersama-sama beberapa pelakon dan team produksi yang terlibat.
Selepas dirawat dan dikuarantin selama 25 hari di Pusat Kawalan Kusta Negara, Hospital Sungai Buloh, dia akhirnya disahkan bebas dari jangkitan penyakit tersebut.
Walaupun begitu, akui pelakon ini kepada sebuah akhbar tempatan bahawa dia masih lagi trauma dan bimbang hendak bertemu sanak saudara dan kini lebih berhati-hati.
“Saya masih trauma, hendak pergi beraya rumah keluarga pun saya berfikir. Sebagai bekas pesakit COVID-19, apa yang saya lalui bukanlah suatu yang mudah.
“Saya takut saya jadi ejen penyebar walaupun saya sudah disahkan bebas COVID-19.
“Kalau dalam kalangan keluarga tidak mengapa. Tetapi, kalau orang luar berjangkit, saya lebih rasa bersalah.
“Sehubungan itu, saya lebih berhati-hati dan tidak melakukan ziarah atau menerima tetamu,” katanya.
Malah, Ashraf tidak mahu dijangkiti virus berkenaan sekali lagi.
“Mereka yang tidak pernah dijangkiti COVID-19 tidak tahu bagaimana seksanya menjadi pesakit yang dikuarantin.
“Penyakit ini bahaya… Walaupun tidak nampak sakit, ia sebenarnya memberi kesan kepada emosi kita.
“Cara kita berfikir pun berbeza,” katanya.
Ads
Ashraf berkata, Dayana yang merawat pesakit COVID-19, sering menasihati dirinya agar berjaga-jaga.
“Dayana risau, seluruh keluarga juga bimbang. Jika keluar rumah, kami menjaga kebersihan.
“Biarpun sekadar keluar ke kedai, saya tetap membasuh baju yang dipakai,” katanya.
Komunikasi kunci keharmonian rumahtangga Ashraf Muslim
Mengamalkan kehidupan berpoligami, pelakon Ashraf Muslim berpegang kepada faktor komunikasi sebagai kunci keharmonian.
Apatah lagi ketika meraikan Aidilfitri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan kebimbangan terhadap penularan COVID-19, kesepakatan antara pasangan amat penting bagi memastikan semuanya lancar.
Ashraf atau nama sebenarnya, Muhd Ashraf Muslim bersyukur dia dapat menjalin komunikasi efektif bersama kedua-dua isterinya, Dr Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi.
Ads
“Komunikasi paling mudah adalah berbincang. Contohnya, duduk bersama dan berunding tahun ini di mana kita hendak beraya.
“Apabila tiada komunikasi, itu yang pening hendak balik beraya di mana.
“Tidak kiralah beristeri satu atau dua, kalau ada komunikasi yang baik, mesti tiada masalah.
“Apabila tiada komunikasi, itu yang jadi tunggang terbalik. Kita sebagai ketua keluarga kena mainkan peranan penting. Kita mesti tahu tugas masing-masing,” katanya kepada BH Online.
Isteri-isteri setiasa berkerjasama dalam semua hal
Ashraf berkata, kemanisan sesebuah institusi keluarga itu terletak kepada kerjasama.
“Sebenarnya, keseronokan Aidilfitri bukan pada sedap atau tidak juadah yang dihidangkan, tapi kepada usaha untuk menyediakannya bersama-sama.
Ads
“Memori itu yang kita akan ingat sampai bila-bila. Kalau sedap makanan itu, ia bonus buat kita.
“Tetapi isteri-isteri saya tidak pernah masak tak sedap. Mereka bekerjasama memasak dari malam raya untuk kami sekeluarga,” katanya.
Ashraf berkata, isteri-isterinya menyediakan rendang, kuah kacang, ketupat dan nasi impit bersama-sama.
“Seperti tahun-tahun lalu, mereka sama-sama memasak. Apabila semua perkara dilakukan bersama, pasti dapat rasa kemanisan itu,” katanya.
Menerusi perkahwinan pertama dengan Dayana, Ashraf dikurniakan cahaya mata lelaki. Bersama Sakinah, mereka dikurniakan tiga anak.
Sambut Aidilfitri secara sederhana
Biarpun kali ini Aidilfitri disambut secara sederhana, pelakon berusia 39 tahun ini bersyukur masih berkesempatan meraikan Syawal bersama keluarga.
“Sambutan kali ini cukup sederhana. Solat sunat Aidilfitri pun dilakukan di rumah dan kali pertama saya menjadi imamnya,” katanya.
Jika mengikut perancangan awal, Ashraf akan membawa isteri dan anak-anak beraya di kampungnya di Melaka. Ini disusuli kampung Dayana di Gombak dan Sakinah di Ipoh, Perak.
“Namun, disebabkan PKPB, kami di Kuala Lumpur. Selesai beraya di rumah, kami menziarahi keluarga berdekatan. Itupun hanya dua rumah yang kami pergi,” katanya.
Sumber: BH Online & Instagram Ashraf Muslim
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Usahawan, Shuib tampil mendedahkan keadaan anak bongsunya, Ayash Affan yang rupanya mempunyai masalah pada bahagian kanannya.
Akui Shuib, tangan anaknya itu kurang berfungsi kerana Ayash dilahirkan ketika dia berusia enam bulan di dalam kandungan ibunya iaitu Allahyarham Siti Sarah.
Shuib berkongsi perkara itu menerusi siaran langsung di akaun Tik Toknya bersama Ayash.
Tambah Shuib lagi bukan hanya tangan kanan bahkan ketika dilahirkan, Ayash tidak mampu bernafas dengan baik sehingga memerlukan bantuan oksigen dah itu turut memberi kesan kepada perkembangan otak serta fizikalnya.
“Ramai yang bertanya pasal tangan Ayash ini, sebab dia dilahirkan tak cukup bulan dan dianggap sebagai bayi ajaib.
“Doktor sambut Ayash beritahu dia tidak bernafas selama lapan saat dan terpaksa masukkan tiub terus ke paru-paru, barulah dia boleh bernafas.
“Disebabkan itu oksigen lambat ke otak dan ada kesan calar di belakang otak, jadi sebelah tangan pada awalnya tidak berapa berfungsi,” katanya berkongsi.
Tambah Shuib lagi, bukan hanya tangan kanan anaknya itu yang sentiasa dalam keadaan menggenggam bahkan sebelum ini cara berjalan anaknya juga sedikit terganggu.
Bapa kepada empat cahaya mata ini bagaimanapun amat bersyukur melihat perkembangan Ayash yang semakin baik.
“Tapi sekarang alhamdulillah, sebelah kanan dia sudah banyak pakai. Dulu dia banyak genggam tangan, sekarang sudah mula buka sedikit.
“Masa usia dua tahun pun ketika berjalan dia agak senget ke sebelah kanan.
“Walaupun dia lahir tak cukup bulan tapi dia punya otak sangat bijak. Dia baik dan sangat menyenangkan,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Ayash terpaksa dilahirkan lebih awal kerana Allahyarhamah Siti Sarah yang terpaksa ditidurkan kerana tahap oksigen rendah akibat Covid-19.
Malang tidak berbau. Kemalangan yang menimpa pelakon Fasha Sandha ketika melakukan satu aksi pergaduhan sewaktu sedang shooting menyebabkan Fasha mengalami kecederaan di bahagian matanya.
Fasha yang kini masih berada di hospital itu sudah semestinya begitu rindunya ketiga-tiga anaknya, Rayfal,Jemyma & Aisha.
Lantas ketiga-tiga cahaya mata comel itu turut bersama ibu mereka di hospital untuk memberi kekuatan agar segera sembuh.
Menerusi Instagram, suami Fasha, Aidil Aziz turut memuat naik momen manis disaat tiga kesayangan itu bersama ibu mereka.
“Anak anak rindu Ibu. Baru dapat jumpa Ibu.
“Terima kasih @mamasandha & Daddy tolong jaga anak-anak, uruskan pergi balik sekolah & bawak datang ke hospital.
“Ayah kena jaga Ibu. Alhamdulillah Ibu dapat extra kekuatan dari Rayfal,Jemyma & Aisha❤️,” tulis Aidil berkongsi.
Namun apa yang menarik perhatian ramai pastinya layanan mesra anak-anak buat Fasha yang terlantar sakit.
Melalui perkongsian video yang dikongsikan Aidil, Aisha dan Jemyma dilihat bergilir-gilir melayan ibu mereka ketika berada di hospital.
Bengkak makin surut
Dalam pada itu, melalui beberapa perkongsian videonya, Fasha kini dikhabarkan beransur pulih. Bengkak pada mata juga semakin surut namun hanya menunggu beberapa keputusan untuk melihat kecederaan dalaman matanya.
“Result CT & MRI Scan akan keluar petang ni. Kita sama sama doakan bahagian dalam mata Fasha takde apa apa yang serious.
“Bahagian luar mata, bengkak semakin surut, Alhamdulillah. InsyaAllah akan update lagi soon. Terima kasih semua,” kongsi Aidil lagi.
Kembar seirasyatim piatu terima ijazah kelas pertama, gembira dapat balas jasa nenek. Pasangan kembar seiras yatim piatu, Siti Nur Masmera Dalina Muhammad Yusof dan Siti Nur Mastika Daliana Muhammad Yusof, 23 tahun berkongsi kegembiraan meraikan majlis graduasi mereka.
Kembar Seiras Yatim Piatu Terima Ijazah Kelas Pertama
Dari kiri: Siti Nur Mastika Daliana Muhammad Yusof bersama neneknya, Wan Zaharah Ahmad dan Siti Nur Masmera Dalina Muhammad Yusof.
Pasangan kembar ini menerima segulung ijazah pada Majlis Konvokesyen ke-24 University College TATI (UC TATI) di sini. Lebih manis lagi, kejayaan itu hadiah terindah kepada nenek mereka iaitu Wan Zaharah Ahmad, 79.
Siti Nur Masmera Dalina dan Siti Nur Mastika Daliana masing-masing menerima Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Peralatan) dengan Kepujian pada majlis konvokesyen yang berlangsung pada Ahad.
Lebih menggembirakan apabila mereka berjaya menerima Ijazah Kelas Pertama atas pencapaian akademik yang luar biasa.
Pasangan kembar seiras yatim piatu berkongsi kegembiraan meraikan majlis graduasi mereka bersama segulung ijazah pada Majlis Konvokesyen ke-24 University College TATI (UC TATI) di sini.
Wan Zaharah telah menjaga pasangan kembar itu sejak kecil setelah pemergian ibu bapa mereka yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
SITI NUR MASMERA DALINA DAN SITI NUR MASTIKA DALIANA MASING-MASING MENERIMA IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMBUATAN (PERALATAN) DENGAN KEPUJIAN.
Lebih menggembirakan apabila mereka berjaya menerima Ijazah Kelas Pertama atas pencapaian akademik yang luar biasa.
“Tidak pernah terlintas dalam fikiran bahawa kami akan berada di sini meraih ijazah dan menerima penghargaan yang begitu bermakna.
“Segala yang kami capai adalah hasil sokongan tidak berbelah bahagi nenek kami iaitu Wan Zaharah selain bantuan diberikan oleh pihak universiti,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Ahad.
Selain itu, Siti Nur Mastika Daliana, turut berkongsi rasa syukur dan bangga atas kejayaan mereka meraih ijazah dalam bidang kejuruteraan.
“Kami sentiasa saling memberi semangat antara satu sama lain. Nenek juga sangat berjasa dalam hidup kami dan saya sangat hargai kasih sayang dan pengorbanan daripada nenek yang tiada galang ganti.
“Walaupun banyak cabaran yang dihadapi, kami tahu bahawa pendidikan adalah satu-satunya cara untuk keluar daripada kesusahan,” ujarnya.
Gembira Dapat Balas Jasa Nenek
Sementara itu, nenek kepada pasangan kembar berkenaan, Wan Zaharah berkata, dia berasa bersyukur apabila cucu kembarnya yang dibesarkan sejak kecil berjaya menamatkan pengajian dalam bidang diminati.
“Saya seorang suri rumah dan kehilangan suami, Awang Ngah Sulong ketika pasangan kembar itu berusia 15 tahun.
“SAYA SANGAT BANGGA DAN TERHARU DENGAN KEJAYAAN MEREKA. WALAUPUN KAMI TIDAK MEMPUNYAI BANYAK HARTA, SAYA SELALU BERPESAN SUPAYA MEREKA BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH.
“Mereka telah membuktikan bahawa usaha yang gigih serta berkat doa tidak pernah sia-sia dan mereka kini berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang,” katanya sambil menitiskan air mata kegembiraan.
Sementara itu, Wan Zaharah turut berterima kasih kepada pihak pengurusan UC TATI yang telah memberi peluang dan bantuan biasiswa asasi kepada cucunya bagi membolehkan mereka melanjutkan pelajaran di universiti berkenaan.
“Saya juga berterima kasih kepada Yayasan Terengganu Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) atas sumbangan dana kebajikan kepada Siti Nur Masmera Dalina dan Siti Nur Mastika Daliana hingga mereka berjaya menamatkan pengajian di UC TATI,” ujarnya.
PADA MAJIS ITU, SITI NUR MASMERA DALINA TELAH DIANUGERAHKAN ANUGERAH REKTOR ATAS KECEMERLANGANNYA YANG TIDAK HANYA TERHAD KEPADA BIDANG AKADEMIK TETAPI JUGA AKTIF DALAM KOKURIKULUM.
Siti Nur Masmera Dalina juga merupakan contoh teladan kepada pelajar lain dengan penglibatannya yang aktif dalam pelbagai program universiti dan pencapaian akademik yang konsisten.
Sementara itu Rektor UC TATI, Profesor Dr Anuar Ahmad berkata, beliau turut memuji keberanian dan semangat kedua-dua kembar tersebut.
“Mereka adalah contoh terbaik kepada semua pelajar bahawa kejayaan bukanlah semata-mata bergantung kepada keadaan asal kita tetapi kepada usaha dan komitmen yang kita tunjukkan,” ujarnya.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.