Lana Nordin, Pelakon telah memilih untuk mendirikan rumah tangga bersama dengan jejaka berdarah Amerika Syarikat, Mohd Daud McKienzie (David McKienzie) pada 15 Mei 2015. Mereka kini dilihat semakin bahagia dengan kehadiran dua cahaya mata, Gia Quinn McKienzie (3 tahun), William McKienzie (2 bulan).
Lana telah memuat naik video anaknya, Gia Quinn bertutur dalam bahasa Melayu di instagramnya. Aksi comel Gia Quinn mencuit hati netizen dan ramai yang terhibur dengan gelagatnya.
Bertutur dalam bahasa Inggeris sebagai bahasa utama keluarga, Lana Nordin dipuji peminat dan netizen kerana masih lagi menggunakan bahasa ibunda dan mempraktikkan di rumah bersama anak-anak. Gia yang semakin membesar kelihatan semakin aktif dan bertambah comel dengan telatahnya yang mencuit hati.
Kasih ibu sampai ke syurga, kasih ayah selamanya. Itulah yang dilalui sekarang oleh pelakon dan penyanyi kontroversi Aliff Aziz yang mengakui mula merindui anak kesayangannya, Mohamad Ayden Adrean, 2 selepas seminggu bercerai dengan isterinya, Bella.
Aliff menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya meluahkan isi hatinya selain memuat naik foto bersama Ayden.
Foto tersebut merakamkan Aliff sedang mencium putera kesayangannya itu.
“I miss you, Junior. Keep Daddy in your heart as how you’re always beating in mine. ? @aydenadrean17 #MyOtherHalf #AydenAdrean,” tulisnya.
Sebelum ini semasa selesai prosedur mahkamah, memang nampak hubungan ayah dan anak ini begitu akrab.
Ayden dilihat begitu manja dan rapat dengan Aliff dengan melentokkan kepalanya di bahu sebelum diserahkan kepada Bella.
Semasa Bella mengambil Ayden dari dukungan Aliff ternyata Ayden seolah-olah faham yang dia akan berpisah dengan daddynya. Sewaktu itu, Ayden sempat bersalaman dan memberi lambaian terakhir menandakan mereka akan berpisah dan tak akan merasai lagi keakraban seperti sebelum itu.
Detik perpisahan itu telah membuatkan orang ramai sebak dan menitiskan air mata melihat gelagat Ayden.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Aliff belajar daripada kesilapan sebelum ini.
“It’s okay people learn from mistakes no worries just perbaiki balik apa yang kurang kat diri kita,” tulis @i.nurfarhanaz
“Pergi la jumpa dia berbaik-baik balik satu family, bina hidup baru buang jauh-jauh yang lama jangan diulangi lagi… Bulan mulia nak raya jadi la family yang perfect. Berkumpul semua,” nasihat @marryanna_ann
“Masih sempat nak selamatkan rumah tangga, masih ada peluang nak berubah menjadi lebih baik… Fikir anak masih kecil tak faham apa. Kesian rasa…” komen @waaawaa
Terdahulu, Aliff dan Bella telah sah bercerai talak satu di Mahmakah Rendah Syariah, Kuala Lumpur pada 16 Mei ekoran penularan pelbagai kisah curang.
Pasangan itu telah berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ayden.
Foto: Instagram @aliffaziz91
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap anak pasti memasang impian untuk menjadi polis, askar, doktor suatu hari nanti. Watak-watak disebalik kerjaya ini pastinya watak yang banyak membantu masyarakat. Golongan kanak-kanak memang suka berimaginasi untuk menjadi super power membantu ramai orang jadi tidak hairanlah kerjaya ini menjadi kesukaan kanak-kanak.
Baru-baru ini tular sebuah video di mana seorang ibu gigih menyiapkan pakaian seragam polis trafik buat anak tersayang.
Puan Nadiah Nasrudin berkongsi video anaknya lengkap berpakaian polis trafik di aplikasi TikTok. Menurutnya, video Nayl Muhammad Faris yang berusia enam tahun sebenarnya bukanlah dibuat semata-mata untuk mengiku trend yang kini popular dalam kalangan netizen. Namun kostum polis trafik tersebut dihasilkan sempena sambutan Hari Karier di tadika anaknya, pada Jumaat lalu.
“Bukan buat video content semata-mata, tapi anak saya ada sambutan Hari Karier di tadika. Murid-murid diminta untuk pakai baju kerjaya yang diimpikan bila besar nanti.
“Anak beritahu dia teringin nak jadi polis trafik. Dia tak sebut polis, tapi lebih specific nak pakai baju polis trafik warna putih dan seluar hitam,”
“Anak beritahu ada Hari Karier pada Selasa, jadi malam tu saya dah geledah barang-barang di rumah untuk diguna semula dan jadikan sebagai kostum polis trafik.
“Saya dan suami guna baju cotton putih anak, kemudian print logo-logo PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan tampal atas kotak cereal untuk dijadikan name tag, dan lekat guna pin lampin.
“Masking tape dijadikan sebagai jalur putih di tepi seluar hitam. Walkie talkie dan pistol guna permainan anak, dan wayar walkie talkie guna getah rambut adik perempuannya berusia empat tahun,”
“But tu sebenarnya anak pakai untuk tolong suami berkebun di rumah. Tak sangka anak betul-betul nak kami spray but tu dengan warna hitam.
“Selain topi dan tali pinggang hitam sebagai aksesori, rantai wisel pula guna gelang silver. Alhamdulillah kostum polis trafik anak menang sebagai kostum terbaik,” katanya sambil menambah proses pembikinannya dilakukan secara berperingkat sehingga Khamis.
“Bila balik kampung beraya ke Kelantan hari tu nampak polis trafik, pagi-pagi nak ke tadika pun nampak polis trafik untuk mengawal lalu lintas.
“Anak sendiri jadi ‘polis trafik’ dalam kereta, kadang-kadang tegur Abi iaitu ayahnya yang terus memandu bila lampu isyarat bertukar kuning sedangkan ia membawa maksud bersedia untuk berhenti.
“Kalau saya yang memandu nak tukar lorong, guna lorong paling kanan atau potong kenderaan lain, anak sangka saya pandu laju sedangkan tak melebihi had laju. Dia ingat kalau kereta lebih laju daripada kenderaan lain kira pandu laju,” ujarnya secara berseloroh.
Tambah Puan Nadiah, memang tiada yang bekerja sebagai polis dalam kalangan ahli keluarga cuma memang anaknya sangat minat dengan polis trafik.
“Keluarga kami tiada yang latar belakang polis. Anak kata kalau jumpa polis trafik, dia nak minta izin untuk tekan butang bagi bunyi siren pada motosikal atau kereta peronda polis,” katanya.
Video anaknya memakai kostum yang dimuat naik di aplikasi TikTok meraih lebih 800,000 tontonan.
Sukarnya melalui perpisahan dengan anak susuannya, Qayyum Aliffsha. Ia merobek hati seorang ibu namun Datin Sri Shahida percaya masa akan merawat hatinya. Video perpisahan menarik menimbulkan rasa sebak dan pilu sesiapa yang menontonnya.
Perkongsian video perpisahan antara anak susuan Datin Sri Shahida, Qayyum dan semua ahli keluarga menarik perhatian. Video yang menyentuh hati ini mendapat tontonan hampir sejuta dalam masa 12 jam!
Perpisahan ini tidak mudah memandangkan Qayyum sudah pun dipelihara dan ditatang seperti anak sendiri. Sudah banyak kasih sayang yang telah dicurahkan oleh ibu ini dan banyak kenangan sudah terpahat antara Qayyum dan keluarga ini.
Ibu penyayang ini turut mengakui tidak sanggup untuk memeluk Qayyum lagi kerana tak mahu menangis dan bersedih atas perpisahan yang berlaku serta percaya masa akan merawat hatinya.
shahidadherbs Dari pagi x ada kekuatan nak post video ni…..ramai yg dm nak tgk saat akhir…saya pun x sanggup……
.
Tapi kenangan saya pernah jaga dia…minta maaf sangat2 mama x sanggup nak peluk cium qayyum lama2 sampai mama tolak sebab x nak sedih!!!
.
Masa akan rawat hati saya…Insya Allah
Bila anak semakin membesar, semakin mencabar cara didikan kita pada anak-anak. Malah anak yang sudah pandai bersuara dan menunjukkan rasa hati dan emosinya semakin membuatkan kita bertambah pening.