Menyimpan duit kini semakin mudah dengan adanya pelbagai platform digital yang menawarkan pelbagai cara untuk menyimpan wang. Dari aplikasi e-wallet hingga ke akaun simpanan dalam talian, semuanya boleh diakses dengan hanya menggunakan telefon pintar.
Yang penting, kita perlu berdisiplin dan mempunyai kesedaran tentang betapa pentingnya merancang kewangan. Cabaran terbesar untuk membuat simpanan adalah tabiat berbelanja secara boros dalam kalangan masyarakat. Ramai yang lebih cenderung untuk mengutamakan kehendak daripada keperluan, sehingga menyebabkan simpanan menjadi perkara terakhir yang difikirkan.
Kenapa Susah Nak Buat Simpanan?
Tidak dapat dinafikan, salah satu sebab utama mengapa simpanan menjadi semakin sukar adalah kerana kos hidup yang semakin tinggi. Harga barang-barang asas seperti makanan, minyak, dan bil utiliti terus meningkat. Bukan itu saja, pendapatan terhad dengan gaji yang diterima kadangkala tidak seimbang dengan jumlah perbelanjaan harian. Biarpun untuk menyimpan duit lebih mudah kerana boleh dibuat secara atas talian, namun komitmen yang banyak sedikit sebanyak menghalang seseorang untuk membuat simpanan.
Kadangkala, kita lebih mudah terdorong untuk berbelanja kerana ‘keinginan’ yang mengatasi keperluan. Keinginan untuk memiliki barang baru, bercuti, atau makan di restoran mewah sering kali menjejaskan niat untuk menabung.
Taktik Menyimpan Dengan Mudah!
Walau apapun cabaran yang dihadapi simpanan bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai. Berikut adalah beberapa tip yang boleh membantu kita untuk tetap menyimpan dengan konsisten.
Ads
Mulakan dengan jumlah kecil: Tidak perlu memaksa diri untuk menyimpan jumlah yang besar. Mulakan dengan sedikit, seperti RM50 atau RM100 setiap bulan, dan tambahkan jumlahnya secara perlahan-lahan apabila gaji meningkat. Yang penting adalah konsistensi.
Buat bajet bulanan: Dengan mempunyai bajet, kita dapat merancang perbelanjaan lebih efisien dan mengelakkan perbelanjaan yang tidak perlu. Ini juga membantu kita mengenal pasti kategori perbelanjaan yang boleh dikurangkan untuk memberi ruang kepada simpanan.
Pilihlah simpanan yang dipercayai: Sudah tentu anda perlu memilih tempat simpanan yang selamat dan bonus kalau boleh beri pulangan yang baik untuk masa jangka panjang. Nak menyimpan perlu pastikan institusi kewangan tersebut berdaftar dengan BNM atau Suruhanjaya Sekuriti agar duit yang disimpan tidak lebur akibat scam. Sebaiknya, kita asingkan simpanan dengan akaun perbelanjaan harian supaya tidaklah terguna nanti.
Simpanan dalam unit amanah ASB adalah antara pilihan orang ramai untuk membina tabungan sejak dari dulu lagi. Kelebihan melabur dalam ASB memberi peluang untuk anda menjana pulangan dengan dividen tahunan dan simpanan berpotensi untuk berkembang dengan kuasa faedah kompaun.
Selain itu ciri unik ASB yang mana harganya kekal pada RM1 seunit, dapat melindungi nilai wang daripada mengecil dan berpeluang untuk mengembangkan modal. . Cara mudah untuk memulakan pelaburan dalam ASB adalah melalui aplikasi myASNB.
Ayuh, kita SimpanJe duit yang ada, sambil-sambil tu boleh sertai kempen yang dijalankan oleh ASNB untuk menggalakkan orang ramai untuk terus menyimpan. Mana tahu ada peluang untuk menang hadiah menarik!
SimpanJe & Tambah
Sempena tahun baharu ini, ASNB mengadakan kempen SimpanJe & Tambah untuk pelabur setia ASB sehingga 31 Mac 2025. Hanya perlu mengekalkan pelaburan minimum dan membuat tambahan minimum RM1,000, serta elakkan pengeluaran untuk layak memenangi ganjaran unit sehingga *1.5% setahun. Dividen ASB yang dapat tu, eloklah kalau simpan je agar berpeluang dikembangkan dengan kuasa faedah kompaun.
Selain itu, anda berpeluang untuk memenangi hadiah pakej umrah atau percutian dengan kempen SimpanJe & Menang. Kekalkan simpanan ASB anda dan tambah pelaburan ASB minimum RM5,000 untuk dapat tiket cabutan.
Sebenarnya kalau ada keinginan, pasti ada jalan untuk membuat membuat pelan kewangan yang bijak. Jika kita mula melihat pelaburan atau simpanan sebagai suatu keperluan yang penting untuk masa depan, ini dapat memberi motivasi untuk merancang masa depan dengan lebih teratur.
Walaupun bermula dengan jumlah kecil, konsistensi dan kesedaran terhadap kepentingan simpanan dapat membantu kita mencapai impian kewangan yang lebih besar di masa hadapan. Tahun baru ini, bersama-samalah kita tingkatkan simpanan dan biarkan ianya berkembang.
Sebagai ibu bapa yang berkerjaya, letih apabila pulang dari pejabat dan melihat rumah bersepah. Tak mungkin mahu dibiarkan, walaupun penat tetap mahu mengemas rumah untuk keselesaan keluarga. Kebersihan dan kekemasan rumah harus dipelihara kerana khuatir anak-anak mudah jatuh sakit jika sering terdedah dengan habuk dan debu.
Rumah yang tidak dikemas akan mengumpul banyak habuk dan debu kotor dan menjejaskan kesihatan anak-anak. Sering terdedah dengan habuk boleh menyebabkan alergi, tidak hairanlah mengapa anak sering mengalami selsema dan batuk.
MACAM MANA NAK KEMAS RUMAH CARA MUDAH?
Buat Jadual
Untuk memudahkan proses mengemas rumah, anda perlu menyediakan jadual khas. Susun jadual mengikut waktu yang anda selesa untuk menjalankan proses mengemas rumah. Pilih kerja rumah yang tidak terlalu berat pada hari bekerja. Proses mengemas rumah secara total dibuat ketika hari bercuti.
Minta Bantuan Ahli Keluarga
Jangan buat semuanya sendiri! Mintalah bantuan dari suami dan anak-anak untuk mengemas bersama. Agihkan tugasan mengemas supaya tidaklah terlalu berat setiap kerja mengemas untuk dibuat.
Pilih Peralatan Mengemas Yang MUDAH
Ini paling utama! Dengan adanya peralatan mengemas yang canggih dan praktikal sudah tentu memudahkan kerja ibu bapa untuk mengemas rumah. Untuk membersihkan habuk dan debu, carilah vakum yang berkualiti.
Untuk para ibu bapa, anda pasti akan teruja dengan Panasonic Power Cordless Stick Vacuum Cleaner (MC-BJ980W147/R147) ! Rekaannya yang unik dan cantik, didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu putih dan merah. Ia juga sangat praktikal dan mesra pengguna, sangat mudah untuk digunakan.
Daya Sedutan Hebat!
Walaupun kecil tetapi daya sedutannya memang hebat, 200W. Paling menarik rekaan Full Capture Power Nozzle membolehkan sedutan di celah-celah ruang yang sempit.
Berus bentuk V pada vakum dapat mengumpul segala habuk dan kekotoran ke bahagian tengah nozel untuk mudah disedut.
Vakum ini mengubah kuasa daya sedutan secara automatik mengikut jumlah habuk yang dikesan (jika menggunakan operasi automatik).
Bateri Tahan Lama
Dengan hanya sekali cas (tempoh mengecas tiga jam), ia boleh menyedut segala kotoran dalam tempoh 65 minit. Lama kan? Dalam tempoh itu, kerja membersihkan rumah pasti dapat diselesaikan.
Pengesan Habuk
Paling canggih teknologi pengesan habuk pada vakum membolehkan anda mengenal pasti sama ada habuk masih wujud atau sudah pun dibersihkan.
Apabila lampu merah menyala, menandakan habuk dikesan pada sudut berkenaan dan apabila lampu bertukar biru pula menandakan bebas habuk.
Hanya 2.6kg!
Dengan segala kehebatan yang ada pada vakum ini, beratnya hanyalah 2.6kg. Anak-anak pun boleh menggunakannya.
Kerja rumah tidak susah dan memenatkan lagi dengan Panasonic Power Cordless Stick Vacuum Cleaner. Setiap ciri yang ada pada vakum ini direka khas untuk memberi kemudahan kepada setiap ibu bapa untuk membersihkan rumah, kerana semua layak untuk menggunakan hanya yang terbaik!
Sering berkongsi tentang masalah kesuburan serta hormon terganggu di media sosialnya, Pa&Ma terpanggil untuk mendekati Dr. Raihana Ismail atau lebih mesra disapa sebagai Dr. Rai yang juga merupakan pengasas Efferty yang merupakan jenama susu formulasi khas bagi membantu pasangan sedang berikhtiar mendapatkan zuriat. Ketika ditemui, Dr. Rai menjelaskan terciptanya jenama Efferty adalah kerana beliau juga pernah melalui pengalaman sukar untuk mendapat cahaya mata pertama.
Jenama Efferty Berkisarkan Pengalaman Dr. Rai Sebagai PCOS Survivor
“Terciptanya jenama Efferty ini berdasarkan pengalaman silam saya sendiri yang mana saya adalah penghidap PCOS dan merupakan PCOS survivor. Saya pernah diuji tiga kali keguguran di awal kehamilan yang merupakan chemical pregnancy. Selepas berkahwin juga saya mengalami masalah haid jadi sedikit. Hari pertama saja banyak tapi hari kedua dan ketiga sedikit.”
Dr. Raihana Ismail yang merupakan pengasas Efferty dan PCOS survivor
Tambah Dr. Rai lagi, kitaran haidnya juga terganggu ketika itu. Beliau turut memberitahu yang kitaran haidnya berlaku setiap dua bulan sekali yang menyebabkan dia sukar mencari waktu subur. Dr. Rai kemudian membuat ujian darah dan mendapati hormon progestron dirinya sangat rendah.
“Bacaannya cuma 0.76 bermakna dalam setahun mungkin sekali atau dua kali saja saya ‘bertelur’ dan subur. Itulah yang menyebabkan saya susah nak hamil. End up, bila saya hamil tak lama kemudian ia akan turun sendiri menjadi darah berketul seperti datang haid. Tak sempat nak scan dan apa yang saya faham itulah rupanya kehamilan kimia. Persenyawaan berjaya berlaku tetapi sama ada sperma atau telur ovum yang bermasalah.”
Dr. Raihana bersama salah satu produk susu Efferty
Beliau turut berkongsi yang kemudiannya beliau berpindah tempat kerja yang ketika itu Dr. Rai berkhidmat sebagai seorang doktor di Jabatan Kecemasan dan kehidupannya sangat sibuk. Semasa di tempat kerja lamanya itu, beliau selalu bekerja lebih dari 24 jam, kurang minum air masak serta jadual makan yang tidak teratur.
Gaya Hidup Berubah, Dr. Rai Akhirnya Hamil Anak Pertama
“Perubahan hidup saya sangat ketara bila saya dapat berpindah dari Johor Bahru ke Terengganu. Tidur cukup dan minum banyak air masak. Walaupun berat saya naik 10kg waktu itu, alhamdulillah waktu subur tu ada disebabkan pemakanan saya seimbang. Saya ambil nasi, protein pula banyak makan ikan segar dan ambil ulam-ulaman. Cara masakan pun dibuat singgang atau ikan bakar.
Lepas enam bulan, tanpa sebarang rawatan haid saya mula teratur dan mudah jumpa waktu subur serta berovulasi. Ketika itulah saya hamil anak pertama dan selepas bersalin, saya buat keputusan untuk resign dan buka klinik perubatan swasta di Dungun, Terengganu. Dalam tempoh empat tahun saya buka klinik sendiri, saya jumpa banyak kes pasangan yang mengalami masalah kesuburan sama seperti saya. Cuma bezanya ketika di klinik saya, saya terpaksa bekalkan bermacam jenis multivitamin dan mineral kepada pesakit.”
Cik Amira (kiri), Syifa Melvin dan Dr. Raihana masing-masing berkongsi tentang pengetahuan dan pengalaman mereka
Banyak Proses Buat Rawatan Kesuburan
Dr. Rai turut menjelaskan ketika rawatan kesuburan banyak proses yang perlu dilalui kerana ia meliputi pelbagai fasa untuk mematangkan telur, penghasilan sperma berkualiti serta mahu memastikan persenyawaan berlaku dalam tiub yang bersih dan tidak tersumbat. Kemudian perlu juga menyokong proses penempelan yang perlu berlaku pada dinding rahim yang tebal dan sihat.
“Akhirnya, dengan bermacam-macam multivitamin tu terformulasilah susu Efferty ni pada tahun 2019. Syukur, selepas sebulan pelancaran kita dah berjaya bantu sebanyak 80 pasangan untuk menimang cahaya mata. Kita ambil masa dari tahun 2015 sehingga 2019, selama empat tahun ni untuk mencari formula terbaik untuk Efferty.
Saya menyambung pengajian dalam bidang estetik dan banyak belajar tentang anti penuaan. Jadi selama saya belajar tu, saya dapat mengenalpasti apakah formula untuk menyokong setiap fasa untuk rawatan kesuburan. Jadi dari bulan 6 sehingga bulan 9 2019, kita buat R&D dan betul-betul lancarkan produk Efferty pada bulan September 2019.”
Syifa Melvin Kongsi Pengalaman Minum Efferty
Ketika sesi interviu ini dijalankan, selebriti Syifa Melvin juga turut ada untuk berkongsi pengalamannya sepanjang menjadi pengguna Efferty. Pempengaruh media sosial ini telah mengamalkan Efferty sebelum mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak terkenal, Safawi Rasid.
Syifa Melvin amalkan Efferty sebelum berkahwin kerana mengalami masalah hormon
“Syifa boleh terdetik untuk mencuba Efferty kerana (tak ramai yang tahu) Syifa pernah ada masalah hormon. Kita rasa kita okay, kita normal sebab datang haid macam biasa setiap bulan tapi Syifa sebenarnya pernah kena Uterine Polyps di mana ada ketumbuhan dalam rahim Syifa. Ketumbuhan tu banyak dan membuatkan hormon Syifa jadi tak okay.
Lepas tu Syifa menjalani pembedahan dan selepas tu hormon memang tak okay langsung. Rambut gugur, pendarahan tanpa henti tapi ketika tu tarikh perkahwinan Syifa dah semakin dekat. Jadi Syifa fikir, kena buat persediaan awal. Bagusnya Dr. Raihana ni sebab video dia selalu keluar di TikTok.
Yang buat Syifa tertarik untuk follow Dr. Rai bila ada satu video tu, dia ada kongsikan tentang simptom hormon terganggu. Dr. Rai ada share kalau kita mudah mengantuk lepas makan, itu tanda hormon tak cantik. Itulah yang trigger saya jadi titik permulaan kenal dengan Efferty sebab ada tanda tu pada saya.”
Katanya lagi, dia mula mengikuti Dr. Rai di media sosial sebelum berkahwin. Banyak perkongsian Dr. Rai yang menambah pengetahuan Syifa tentang masalah hormon dan masalah kesuburan wanita. Biarpun belum berumah tangga, Syifa banyak menonton video Dr. Rai untuk belajar ilmu baharu.
Syifa minum Efferty Mama sejak hamil dan sukakan perisa coklat
Tambah Syifa, beliau mencuba satu jar Efferty terlebih dahulu dan terus istiqamah sehingga haid kembali stabil dan dah mula ada ‘egg white’ (sejenis lendiran menunjukkan wanita sedang subur) kerana sudah lama Syifa tidak keluar lendiran ini sejak menjalani pembedahan sebelum itu. Disebabkan serasi dengan Efferty, Syifa teruskan minum sehingga sekarang. Kini, Syifa bertukar ke Efferty Mama.
Berkongsi tentang penerimaan keluarga tentang kehamilannya, mereka semestinya teruja. Biarpun tidak menunggu lama, tetapi disebabkan pernah mengalami masalah sebelum itu membuatkan keluarganya terkejut dan sangat gembira dengan perkongsian berita baik tersebut.
Efferty Mudah, On The Go!
Menjawab persoalan sudah berapa lama mengamalkan Efferty, Syifa memberitahu yang dia sudah minum susu ini sejak bulan 6 tahun 2022 dan kemudian berkahwin pada bulan 11 tahun yang sama. Selepas mendirikan rumah tangga, Syifa ‘kosong’ sebulan sebelum beliau disahkan hamil.
Turut berkongsi mengapa dirinya boleh setia mengamalkan Efferty, Syifa mengatakan yang dia adalah seorang yang suka meneliti dan mengkaji tentang sesuatu produk itu sebelum digunakan.
“Kita nak tahu apa isi kandungan dalam produk tu semua kan. Jadi dalam Efferty tu, lengkap dah ada semua. Syifa pun bukanlah orang yang suka nak telan sampai berbelas-belas biji suplemen setiap hari. Semua khasiat tu dah ada dalam Efferty, jadi senang. Kita tinggal bancuh dan minum. Pada Syifa Efferty menyenangkan dan ia ‘on the go’ dan mudah kalau nak travel tu jadi mudah.”
Apabila ditanyakan tentang perisa kegemarannya, Syifa dengan segera menjawab yang beliau sukakan rasa coklat. “Syifa dari awal sampai sekarang, memang dengan coklat. Sebab sedap! Lepas ni nak try perisa Taro pula, mana tahu boleh dapat twin.”
Tambah Syifa lagi, suaminyalah menyarankan untuk bertukar ke Efferty Mama. Setiap hari, sudah menjadi rutin Safawi untuk memastikan dia membancuh susu buat isteri tercintanya.
Cik Amira (kiri), Syifa Melvin dan Dr. Raihana bergambar bersama
Banyak Testimoni Berjaya
Ketika ditanyakan tentang testimoni yang berjaya dibantu, sejak berada di pasaran Efferty telah berjaya membantu lebih daripada 5000 pasangan yang direkodkan untuk mendapatkan zuriat (dengan izin Allah SWT).
“Masih ada lagi testimoni yang belum reveal dengan kami. Bercerita tentang kisah testimoni yang paling menyentuh perasaan saya adalah kisah Pn. Junaidah yang menanti selama 15 tahun untuk mendapatkan cahaya mata. Selama enam bulan haidnya tak turun, lepas berikthiar dengan Efferty masih tak turun haid. Rupa-rupanya dia dah hamil dan dia tak perasan.
Masuk bulan kelima barulah dia dapat tahu yang dia hamil. Itupun selepas dia mengalami masalah sembelit yang teruk dan dia ke farmasi untuk dapatkan ubat. Mujurlah ahli farmasi bertanya sama ada dia hamil atau tidak kerana ubat itu tidak boleh dimakan sekiranya mengandung. Kebetulan suami dia ada sekali dan dia gesa isterinya untuk beli UPT.
Ketika saya menemurah Pn. Junaidah ada ibunya sekali. Ibunya juga ada berkata yang tak sangka ada juga rezeki untuk bermain dengan cucu dari anak sulungnya itu. Selama ini, Pn. Junaidah hanya bermain dengan anak-anak saudaranya sahaja.”
Tambah Dr. Rai lagi apabila sudah menanti sehingga 15 tahun, sesebuah pasangan itu biasanya sudah pasrah dan malas nak mencuba UPT lagi. Namun, terkejut sungguh Pn. Junaidah dan suami apabila UPT mereka menunjukkan dua garis. Kedua-dua mereka menangis dan terus ke klinik berdekatan. Apabila buat ujian saringan rupa-rupanya sudah hamil lima bulan dan jantinanya anak lelaki. Menurut Dr. Rai, usia anak Pn. Junaidah kini sudahpun tiga tahun.
Rangkaian produk susu Efferty yang berkualiti dan diyakini
Pemakanan Untuk Pasangan TTC
Pa&Ma juga sempat menemuramah dietitian yang berkhidmat untuk Efferty International Sdn Bhd, Cik Amira, yang berkongsi tentang pemakanan untuk pasangan yang sedang merancang untuk hamil. Katanya, kedua-dua suami dan isteri perlu menjaga pemakanan. Tambahnya lagi, ia penting untuk memastikan sperma yang berkualiti dari suami dan isteri pula perlu bersedia untuk pelbagai proses sebelum hamil.
Cik Amira yang merupakan dietitian untuk untuk Efferty International Sdn Bhd
“Menurut kajian dari segi pemakanan tidaklah susah sangat kalau nak cuba hamil cuma perlu seimbang dan mencukupi khasiat dari sumber karbohidrat, protein, vitamin, mineral dan lemak yang baik. Saya sarankan cara pemakanan pinggan suku-suku separuh sebab ramai orang yang lebih gemar makan lebih sumber karbohidrat.
Sebenarnya lebih bagus makan lebih banyak sumber protein dan serat dari sayur dan buah-buahan. Ia juga kaya khasiat yang banyak membantu untuk menghasilkan sperma terbaik serta proses pematangan telur dan penempelan lebih lancar.”
Tambah Cik Amira, antara nutrien yang diperlukan oleh kaum wanita adalah seperti zat besi, folate, Vitamin C, A dan D serta banyak lagi. Turut menjawab tentang persoalan mengapa pasangan TTC harus mengelak pengambilan makanan proses dan ayam.
Cik Amira bersama salah satu produk susu Efferty
“Kalau kita sedang merancang untuk hamil, kita kena ambil sumber protein yang pelbagai dan seimbang seperti daging, ikan dan kekacang cumanya dikhuatiri kalau makan ayam sahaja kerana sekarang ni banyak yang disuntik dengan hormon tambahan. Itu antara faktor yang akan merosakkan fungsi hormon dalam badan kita. Ia juga mengganggu penghasilan hormon. Kalau nak makan ayam, carilah ayam kampung.”
Cik Amira (kiri), Syifa Melvin dan Dr. Raihana bersama antara rangkaian produk susu Efferty
Simptom Hormon Terganggu
Ketika ditanyakan tentang bila seharusnya seorang wanita perlu merasa risau jika dirinya masih belum hamil, Dr. Rai menjelaskan ia mengikut peringkat usia seseorang.
“Kita tahu kadar kesuburan seorang wanita akan semakin menurun apabila menginjak usia. Bila dah masuk 35 tahun dan dah masuk bulan keenam berikhtiar hamil, saya sarankan untuk segera berjumpa doktor dan buat ujian saringan.
Tak perlu tunggu lama, kalau dah masuk enam bulan masih tak hamil boleh rujuk doktor kerana kita berkejar dengan masa. Semakin berumur, kuantiti telur akan berkurangan. Sama juga dengan lelaki. Pertama kita jumpa doktor dan jaga pemakanan dan gaya hidup. Ada juga yang ubah sikit saja gaya hidup mereka, seperti contoh tidur awal dan elak makan lewat malam boleh membantu hormon jadi stabil dan mudah nak hamil.”
Dr. Rai juga ada berkongsi simptom-simptom yang boleh dikenalpasti sekiranya seseorang wanita itu mengalami masalah hormon.
“Sebenarnya lelaki dan wanita boleh gunakan teknik ni. Cara mudah, setiap kali lepas makan berat kita akan rasa mengantuk atau dalam sehari tu mesti ada rasa nak makan atau minum manis. Nak cari kek, kuih-kuih atau bila tak dapat nasi tu ada rasa lemau dan lesu itulah tanda hormon terganggu. Rambut pun banyak gugur dan kulit jadi kusam pun antara simptom yang boleh kita tengok.”
Selain ruang tamu, dapur menjadi nadi utama dalam sesebuah rumah. Namun dapur antara ruang paling istimewa, dekat di hati setiap insan bergelar isteri. Maka di dapur jugalah isteri meluahkan setiap karyanya, bukan hanya memasak bahkan seni hias menghias.
Dapur berwarna merah jambu mungkin tidak pernah terfikirkan oleh kita namun dapur comel B40 milik Nizz Iman ini sangatlah comel. Susun aturnya ringkas malah gabungan alatan melengkapkan lagi sentuhan tersendiri dapur comel ini.
Tanpa kabinet dapur pun, dapur tetap cantik dan terhias kemas dengan cara sendiri. Menariknya dapurnya cantik malah dihasilkan sendiri olehnya dengan hasil gabungan barangan terpakai serta tampalan DIY beberapa bahan tambahan lain untuk mencantikkan dapur pink ini. Sejuk mata memandang.
Dapur rakyat B40. Alhamdulillah.
Sape cakap takde kitchen cabinet dapur takleh nampak kemas n cantik? Table top tu meja terpakai je. Tampal vinyl, pasang skirting jadi nice la jugak.
Skirting beli kain kat Nagoya RM2 je semeter. Ayah mertua tolong jahitkan.
Rak bawah meja tu rak kasut je. Saya beli kat Lazada. Shelf tu saya buat sndri. Boleh pm tepi kalau nak.
Freezer, fridge, microwave, stove mak mertua punya. Dia bagi guna. Jimat banyak kat situ.
Barang-barang lain tu beli dekat :
1. Mr DIY
2.Eco shop
3. Miniso
4. Minigood
5. Yubiso
6. Daiso
7. Tesco
8. Shopee
9. Lazada
10. Kaison
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seekor kucing comel menjadi tumpuan ramai di TikTok apabila videonya yang ‘naik angin’ kerana tidak puas hati dengan seorang ayah yang meninggikan suara terhadap...