Kita selalu dengar banyak pantang larang makanan untuk ibu yang menyusukan anak. Dan juga mungkin ada mommies yang risau nak makan kerana khuatir akan memberi kesan kepada bayi.
Hingga ke satu peringkat, mommies mungkin akan berpantang makan sehingga meninggalkan pemakanan seimbang untuk dirinya.
Secara amnya, tiada makanan khusus yang perlu mommies jauhi kerana setiap orang adalah berbeza. Makan apa yang dirasakan sesuai dan tidak memberi kesan alahan kepada bayi.
Ada kalanya bayi alah dengan makanan yang dimakan oleh mommies kerana sedikit sebanyak makanan itu akan diberikan kepada bayi melalui susu ibu.
Ads
Tetapi makanan yang tidak sesuai untuk seorang ibu dan bayi, tidak semestinya tidak sesuai untuk pasangan ibu dan bayi yang lain.
Ads
Tanda-tanda alahan adalah seperti muntah, cirit-birit dan sakit perut. Bayi juga mungkin menunjukkan tanda-tanda seperti sering selesema, lelah dan kulit gatal-gatal.
Sekiranya ia berlaku, lazimnya bayi alah kepada makanan yang dimakan oleh mommies. Ia juga selalunya berkait rapat dengan yang mempunyai sejarah alahan kuat dalam kalangan keluarga.
Ads
Jadi, mommies kenalah alert dengan jenis makanan yang diambil, sama ada beri kesan kepada bayi atau pun tidak.
Sekiranya mommies perhatikan bayi mengalami alahan, mommies boleh cuba stopkan dahulu pengambilan makanan tertentu selama 2-3 minggu (kurang dari tempoh ini biasanya tidak berkesan).
Sekiranya kesan alahan hilang, makanan tertentu itulah yang menjadi punca alahan bayi.
Nipple hanyalah membantu untuk ibu menyusukan bayi dengan baik. Puting leper atau puting tenggelam bukanlah satu masalah dalam penyusuan sekiranya ibu-ibu tahu teknik lekapan dengan betul.
Namun, nipple boleh di’bentuk’ perlahan-lahan dengan merujuk kepada teknik yang dikongsikan oleh Kaunselor Laktasi, Nad Masrom. Dengan harapan selepas nipple ibu-ibu timbul, ibu-ibu lebih yakin untuk menyusukan bayi tanpa sebarang masalah.
Berikut teknik yang boleh dilakukan oleh ibu yang mengalami masalah ini
Bagi ibu yang dah tahu teknik ini dan mengalami masalah puting tenggelam cuba dulu. Kita ikhtiar untuk anak. Mana tahu rezekinya ada walaupun pada permulaan sedikit mencabar.
Walaupun tak boleh secara eksklusif sekurang-kurangnya anak dapat juga rasa susu ibu yang terbukti banyak khasiat dan sangat bagus untuk sistem imunisasi anak.
Sallywhoo iaitu beauty content creator di tiktok dan juga usahawan kosmetik terkenal di aplikasi video pendek tersebut telah memuatnaik video kompilasi gambar putera sulungnya. Dia yang sebelum ini tidak mendedahkan wajah anaknya kini telah bersedia untuk berkongsi bersama rakan-rakan followers di tiktok.
Comel sangat si kecil ini, rata-rata komen yang ditinggalkan menyatakan wajah seiras ayah. Sally yang terkenal dengan tutorial makeup dan perkongsian mengenai starbuck ini meluahkan rasa syukur dan gemberi atas kurniaan penyeri hidup dia dan suami.
Ramai ibu bapa yang mengadu “anak saya dah complete semua vaksin malah dah ambil kesemua vaksin tambahan dan dia pun menyusu susu ibu sepenuhnya tapi kenapa anak saya masih jatuh sakit?”
Bila berhadapan dengan situasi seperti ini pasti anda rasa ragu-ragu dengan keupayaan vaksin ataupun susu ibu untuk melindungi anak daripada jangkitan kuman bukan? Sebelum anda meletakkan rasa ragu pada vaksin dan susu ibu baca dulu perkongsian daripada pakar kanak-kanak (pakar pediatrik)
MENGAPA DAH VACCINE & FULLY BREASTFEEDING TAPI ANAK MASIH SAKIT?
Dalam dunia ni terlalu banyak jenis kuman : Virus, bacteria, parasites dan fungus. Dalam seorang tubuh manusia shj ada kuman beranggaran 10 x ganda jumlah sel tubuh manusia. Sel tubuh manusia ada lebih kurang 10 trillion…means 100 trillion kuman!!! Bayangkanlah sendiri ye..
Dan semua kuman yg ada ni jumlahnya tak terhitung banyaknya nama2 mereka, semuanya ada pada tubuh manusia dan sekeliling kita.
Kuman2 ni ada yg cuma menumpang, ada yg kuman jahat buat onar (kacau organ tubuh atau dlm darah) menyebabkan keradangan serta demam, ada kuman yg ibarat mcm kawan baik iaitu good bacteria yg bantu tubuh kita fight kuman jahat. Kesemua kuman2 ini ibarat strangers yg menyebabkan sistem imun kita akan kenalpasti, buat coding, hasilkan antibodi, fighting jika dikenali sbg penjahat.
Maka berlaku peperangan dlm tubuh yg menyebabkan kita demam serta simptom simptom lain bergantung kpd bahagian tubuh yg diserang oleh kuman jahat. Jika di paru2 menyebabkan pneumonia…batuk2, demam, sampai klu teruk jadi nafas semput…
Peperangan ini ambil masa berhari2 sehingga tubuh kita berjaya mengalahkan serangan kuman jahat ini. Kadang2 tubuh kita perlukan bantuan ANTIBIOTIC…utk bunuh bakteria jahat yg menyerang.
But, damaged already happened. Lihat shj dikulit bila kena radang, akan ada parutnya bukan? Begitu juga organ lain…namun tubuh kita ada repairing mechanism juga (perbaiki yg rosak). Ambil masa utk sembuh sepenuhnya.
Setelah diserang, tubuh kita telah BELAJAR SESUATU TTG KUMAN JAHAT YG MENYERANG TADI dan menyimpan coding utk kenalpasti kuman tersebut dlm memory cells (simpan data specific setiap kuman). Bila kuman tu serang lagi, senanglah antibodi kita nak fight balik dan mungkin kuman tu mati dulu sebelum sempat rosakkan mana2 bhgn tubuh kita. Mungkin demam2 sekejap aje…
Begitulah konsep vaccine yg MENYERUPAI KONSEP PEPERANGAN SISTEM IMUN DGN KUMAN YG DIBERIKAN MELALUI VACCINE.
Vaccine mengandungi partikel protein sel kuman yg SPESIFIK, atau VIRUS HIDUP yg telah dilemahkan utk sistem imun kita kenalpasti, coding, lawan dgn menghasilkan antibodi2 yg sepatutnya. Memory cell juga akan terhasil menyimpan data tersebut dan sel2 ini juga membiak membawa ingatan terhadap ‘code’ yg spesifik dan sama hingga kita mati. Sbb sel2 ini juga akan mati dan akan ‘pass the code’ kpd sel2 baru yg membiak.
Namun vaccine yang ujud setakat hari ini hanya spesifik kpd 16 jenis shj iaitu Hepatitis B, Diphtheria, Tetanus, Pertusis, Hemophilus Influenza Type B, Polio, Mumps, Measles, Rubella, Pneumococcal, Chicken Pox, Rotavirus, Meningococcal & bigger child Human Papilloma virus, Hepatitis A dan +/- Japanese E. Bukan utk protect against 100 trillion kuman yang ada.
Namun vaccine ini bertujuan mencegah kuman2 yg sangat bahaya dan membawa maut atau kecacatan kpd bayi dan kanak-kanak.
Kuman2 lain ada yg sangat bahaya tapi belum ada vaksin kpdnya. Tindakan kuman atau partikel2 protein kuman ini mungkin menyebabkan sedikit reaksi, namun, jika dibandingkan reaksi terhadap vaksin lebih selamat dan SANGAT KURANG BAHAYA drpd jangkitan kuman yg sebenar (severe symptoms).
Jadi, klu anak2 kena demam selesema dan dan batuk atau cirit birit…jangan salahkan vaksin dah diberikan tapi masih jatuh sakit. Sbb besar kemungkinan, kuman lain yg biasa, yg tidak ada vaksinnya yg menyerang tubuh anak2. Tapi, serangan kuman ini perlu diambil secara positive sebagai TRAINING ASKAR TUBUH ANAK2 AGAR LEBIH KUAT UTK FIGHTING hingga berjaya bunuh kuman2 tersebut.
Dan jika sekalipun baby breastfed sepenuhnya, susu ibu tidak ada 100% antibodi kpd beribu trillion kuman atas muka bumi ini.
Maka, jangan pula kecewa jika sudah menyusukan bayi tapi masih sakit dan demam. Kajian menunjukkan risiko dijangkiti kuman yg serius hingga membawa maut itu amatlah rendah berbanding bayi yg minum susu formula. Setakat anak2 alami sakit2 demam batuk selesema, janganlah dituduh susu ibu tak berkhasiat. Kandungan khasiat dalam susu ibu utk elak pelbagai penyakit tiadatandingannya.
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.