Dalam tempoh ini, bukan sahaja petugas kesihatan menjadi penggerak utama mengawal wabak COVID-19 dari terus merebak, tetapi barisan menteri juga turut sama berganding bahu mencari penyelesaian dan membantu rakyat melalui pelbagai inisiatif bagi berdepan masalah ini.
Dengan amanah yang diberikan, bukan mudah untuk melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat. Disebabkan itu juga, walaupun rakyat di minta berada di rumah dan bekerja dari rumah saja, bagi barisan hadapan kerajaan mereka juga perlu keluar menyelesaikan tugasan untuk kesejahteraan rakyat dan negara.
Elak dekat dengan ahli keluarga
Bagi Menteri Sains, Inovasi dan Teknologi yang baru dilantik iaitu YB Khairy Jamaluddin yang dikenali Abah dalam kalangan pengikutnya, beliau berkongsi satu momen di mana terpaksa menyambut hari lahir anaknya di sebalik cermin bagi mengelakkan sebarang jangkitan.
Beliau yang perlu bertugas diluar tidak terus meluru ke arah anaknya dan hanya berada di sebalik cermin sambil tersenyum memandang puteranya yang genap berusia 5 tahun semalam.
Ads
Sedih tak dapat peluk anak
Dalam kapsyen yang disertakan bersama gambar tersebut, Khairy memberitahu bahawa beliau berasa agak sedih kerana tidak dapat memeluk dan mencium anaknya.
Mereka hanya memandang sesama sendiri di sebalik tingkap kerana beliau baru pulang dari kerja di luar yang terdedah dengan sebarang wabak.
“Selamat ulang tahun ke-5, anak papa. Disebabkan papa perlu keluar bekerja, papa mengambil keputusan untuk mengelakkan bertemu buat sementara waktu bila pulang ke rumah.
Ads
Ini untuk memastikan awak dan semua orang dalam rumah selamat (terutamanya nenek!). Walaupun papa sedih tak dapat nak peluk dan cium Raif, melalui tingkap ini pun papa buktikan yang papa sayang sangat Raif.
Ingatlah apabila Raif besar nanti, papa akan beritahu tentang bagaimana semua orang di dunia terpaksa memainkan peranan mereka untuk membantu satu sama lain. Love U My Raif!
Ads
Terima kasih atas pengorbanan
Sehubungan dengan itu, menerusi perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen diruangan Instagram KJ dengan mengucapkan selamat hari lahir buat anaknya.
Selain itu, rata-rata turut mendoakan kesejahteraan Malaysia dan mengharapkan semangat bekerja barisan hadapan kesihatan dan menteri terus kuat untuk mengekang wabak ancaman dunia ini.
Sumber: IG Khairy Jamaluddin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan yang berkahwin pastinya inginkan zuriat sendiri sebagai penyeri hidup berumah tangga. Namun tak semua bernasib baik seperti pasangan lain yang baru sahaja berkahwin terus dikurniakan zuriat.
Ada yang diuji bertahun-tahun lamanya untuk mendapatkan zuriat. Ada yang berhabis ribuan ringgit hanya untuk mendapatkan seorang cahaya mata. Ujian yang diberikan berbeza-beza. Sama seperti Nurul Atikah, namun dia reda dengan perancangaan Allah SWT. Apa yang telah disusun untuknya adalah yang terbaik dan menurutnya dia tetap akan ikhtiar mungkin masanya belum tiba.
Saya redha, perancangan Allah sebenarnya adalah lebih baik dari apa yang kita rancang. Allah dah atur baik dah untuk kita, so kita redha, kita terima sahaja. Mungkin belum rezeki saya untuk ada cahaya mata, untuk ada anak.
Video tiktok yang dikongsi Atikah viral, rata-rata warganet sebak menonton video tersebut dan mendoakan agara pasangan ini cepat-cepat menimang cahaya mata.
Sedih tengok suami main dengan anak kawan
Antara 3 ni, kami yang kahwin dulu
Tapi rezeki diaorang dapat dukung anak dulu dari kami
Menurutnya, dia reda dengan ujian ini dan mungkin Allah gantikan dengan rezeki yang lebih baik ketika ini.
Mungkin Dia nak bagi saya rezeki lain. Macam sekarang saya bisnes. Alhamdulillah sambutan makin maju. Mungkin rezeki bisnes Allah nak bagi dahulu.
Saya reda, memang saya reda. Thank you so much yang mana dah doakan untuk saya. Saya doakan juga pada yang senasib dengan saya semoga dimurahkan rezeki dan semoga dipercepatkan dapat anak juga okay. InsyaAllah sama-sama ikhtiar.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan penjagaan diri boleh klik di SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak dinafi, kehidupan semasa PKP ini sangat meresahkan. Masakan tidak, seluruh rakyat Malaysia dikehendaki duduk diam-diam sahaja di rumah dan tidak dibenarkan keluar.
Hanya ketua keluarga saja dibenarkan keluar sebagai wakil untuk membeli barangan atau ubatan penting buat diri sendiri serta ahli keluarga yang lain.
Ketika di luar, individu disaran menggunakan topeng muka dan mengamalkan penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter dari individu lain.
Ketika perintah ini diumumkan dahulu, ramai netizen yang tak dapat menerimanya. Ada yang tak mematuhi arahan dengan berlegar-legar di luar rumah seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Ada yang mengambil kesempatan pulang ke kampung halaman atau pergi melancong bersama ahli keluarga. Malah, ada juga yang masih berdegil menganjurkan pelbagai kenduri-kendara.
Lebih teruk, ada juga yang melakukan pembelian panik keperluan rumah sehingga mengakibatkan pasar raya menjadi lautan manusia! Kesannya, banyak keperluan seperti roti, beras, mi segera dan minyak masak yang habis stok.
Kehidupan selepas PKP berakhir, apa yang akan terjadi? Adakah anda dapat bayangkan kehidupan selepas PKP ini berakhir?
Adakah kehidupan akan kembali seperti sebelum ini? Hakikatnya, ia tidak mudah seperti yang kita sangka.
Dalam erti kata yang lebih mudah, tidak wujud istilah ‘business as usual’.
Jika hendak difikirkan secara logik, tiada jaminan yang mengatakan wabak COVID-19 akan hilang dengan sepenuhnya selepas tamat tempoh kedua PKP.
Jadi, tempoh ketiga, keempat, kelima dan seterusnya masih perlu dipertimbangkan oleh pihak kerajaan.
Namun, sudah tentu kita juga sudah tidak lagi mahu berada di rumah hingga tiada pendapatan masuk.
Sampai bila kita perlu minta bantuan kerajaan?
Sesuatu perlu dilakukan untuk membolehkan kita hidup kembali normal selepas ini. Apakah yang perlu kita buat selepas wabak COVID-19 reda? Wabak COVID-19 sukar untuk ditamatkan “begitu sahaja”.
Namun, ia boleh reda dengan meratakan lekuk graf jangkitan. Antara usaha yang perlu kita lakukan sekarang adalah dengan mematuhi PKP sehinggalah ia berakhir.
Namun selepas ia berakhir, kita masih tidak boleh kembali ke kehidupan normal. Contohnya, kita tidak boleh anjurkan kenduri-kendara, perhimpunan, persembahan atau pertunjukan yang memerlukan kehadiran ramai individu di suatu tempat.
Sebaliknya, kita masih perlu pakai topeng muka dan pengamalan jarak sosial ketika di luar rumah atau di tempat kerja.
Begitu juga dengan aspek kebersihan. Kita masih lagi perlu amalkan etika batuk dan bersin serta mencuci tangan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer untuk mengelak wabak ini berulang.
Hati ibu bapa mana yang tak risau dan sedih saat dapat tahu anak yang dibawa pulang ke rumah selepas dilahirkan adalah anak orang lain. Tambah lagi ia kelahiran pertama selepas mendirikan rumah tangga Julai tahun lalu.
Tahu bukan anak sendiri selepas hari kedua pulang ke rumah
Namun situasi ini benar-benar meninggalkan trauma kepada Muhammad Khairulazman Moh Pardon dan isterinya, yang hanya menyedari pertukaran itu selepas hari kedua mereka membawa pulang bayi ke rumah.
Lelaki berusia 27 tahun itu berkata, isterinya melahirkan anak lelaki menerusi pembedahan pukul 3 petang, 10 Jun lalu di sebuah hospital di Shah Alam.
“Dah rasa lain, sebab mata anak tak sama”
Khairul menjelaskan, semasa hari pertama kelahiran anak (10 Jun) memang ada ambil gambar, mata dia bulat dan jelas nampak. Ada juga ambil gambar esoknya (11 Jun), tapi kami tengok muka bayi macam lain.
“Perbezaan ketara adalah pada mata. Kami tidak syak apa-apa kerana mungkin selepas sehari bayi itu banyak tidur, jadi mata dia lebih mengecil,” katanya sambil menambah isterinya dibenarkan keluar dari hospital pada petang 11 Jun sebelum membawa pulang bayi ke rumah.
Cari semula tag nama dalam bekas sampah
Bagaimanapun, menurut Khairul lagi, mereka menerima panggilan mengejutkan daripada pihak hospital pada Sabtu malam (12 Jun) memaklumkan tentang bayi mereka yang tertukar.
“Pihak hospital call tanya sama ada kami periksa tag (tanda nama) di kaki bayi atau tak. Kami kata tak check sebab tag pada stroller bayi di hospital adalah nama isteri saya.
“Kebetulan sampah belum lagi dibuang, jadi kami cari tag tu. Mula-mula tak percaya (bayi tertukar) tapi bila tengok tag tu bukan nama isteri saya, kami terus beremosi lebih-lebih lagi isteri yang baru lepas bersalin,” jelasnya.
Isteri menangis bila dapat tahu anak tertukar
Tambahnya lagi, dia dan isteri tidak mempunyai pengalaman menimang cahaya mata selepas berkahwin pada Julai 2020.
“Kedua-dia belah keluarga kami pula di Johor dan kami hanya tinggal berdua. Kami bawa balik bayi tu dah dua hari, sudah tentu kami dah sayang bayi tu.
“Isteri saya menangis, sampaikan kami tak percaya perkara ni boleh terjadi. Sepatutnya kami dapat servis yang terbaik sebab kami bayar,” ujarnya.
Kecuaian ni sepatutnya tak berlaku
Khairul menambah, dia kesal apabila mendakwa alasan yang diberikan pihak hospital berhubung insiden pertukaran bayi itu adalah kerana ‘terlepas pandang’.
“Kalau sekali mereka terlepas pandang di pihak anak saya, macam mana pula anak saya boleh keluar dari hospital dan dibawa balik ke rumah orang lain.
“Bagi saya kecuaian ini tidak boleh diterima. Kami buat laporan polis berhubung kejadian dan masih belum memikirkan untuk melakukan tindakan selanjutnya, katanya.
“Kami dah sayang bayi tu. Tapi kami bersyukur terima bayi ini sebagai anak kandung kami. Cuma emosi kami terganggu.
“Kami dah sayang bayi tu, syukur anak kandung pun selamat”
Khairul tetap bersyukur kerana pasangan suami isteri yang membawa pulang anak kandung mereka tergerak hati untuk memeriksa tanda nama pada kaki bayi yang dibawa pulang sehingga terungkainya kes pertukaran bayi.
“Kalau tanya perasaan, kami dah sayang bayi tu (anak orang lain). Hari pertama dah bawa dia balik ke rumah. Semalam tengok anak kandung kami, teringat bayi yang satu lagi.
“Tapi kami bersyukur terima bayi ini sebagai anak kandung kami. Cuma emosi kami terganggu terutama isteri. Alhamdulillah anak kami sihat.
“Alhamdulillah juga kami mempunyai silaturrahim dengan keluarga di sebelah sana apabila kedua-dua bayi telah disusukan oleh isteri saya dan puan tu. Mereka berdua dah jadi adik beradik,” katanya.
Sebelum ini tular kes tertukar bayi apabila ibu kepada salah seorang bayi menyedari anak yang dibawa pulang ke rumah bukan anak kandung selepas mendapati tanda nama pada bayi tersebut bukan tertera namanya.
Wanita berkenaan, Siti Suriani Wahiddin berkata, dia dan suami menghubungi pihak hospital berhubung perkara itu sebelum bergegas ke hospital pada Sabtu malam (12 Jun) dan kemudian mendapat pengesahan berlaku pertukaran bayi.
Siti Suriani yang lebih dikenali sebagai Siti Jamumall turut membuat laporan polis dan mendapatkan khidmat nasihat guaman untuk tindakan lanjut berhubung kejadian.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Assisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, laporan berkenaan dibuat oleh suami Siti Suriani di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam jam 9 pagi (Ahad, 14 Jun).
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.