Talam Gula Merah Persis Air Tangan Ibu, Lembut & Cukup Berlemak, Sedap!

Share

Ketika bulan puasa inilah kita sudah mula merindui masakan ibu di kampung. Kuih-muih yang saban hari ibu sediakan setiap kali berbuka seolah-olah sudah terasa di tekak. Cabar diri sendiri kali ini untuk menyediakan pula sentuhan kuih tradisional buat anak-anak kita, sama seperti resipi yang dikongsikan oleh ibu.

Kuih talam gula merah ini antara kuih tradisional yang cukup sinonim dengan bulan puasa. Struktur kuihnya yang lembut membuatkan ia cukup disukai oleh semua. Resipi perkongsian Pn Shakinah Zainal ini cukup istimewa. Malah persis air tangan ibu kita. Panduan langkah demi langkah secara terperinci dikongsikannya membuatkan kita yakin untuk mencuba. Rugi jika tidak mencubanya.

Resipi wajib cuba: Daging Bakar Cicah Sos Ala Thai, Patutlah Sedap, Ada Perapan Istimewa, Padu


Talam gula merah. Kuih lama yang tetap disukai ramai. Saya share untuk yang nak cuba buat. InshaAllah jadi kalau ikut betul-betul resepi ni. Kuih ni kalau kita angkat boleh goyang bagi tergedik-gedik.

Resepi Talam Gula Merah

Lapisan Bawah (gula merah)
1 cawan gula merah masak bersama 1 cawan air. Ketepikan.
Suka manis boleh tambah sedikit gula putih.
2 cawan tepung gandum
1 sdb tepung ubi
1 sdb air kapur (jgn pekat sangat)
1 sdb kicap pekat (saya guna jenama jalen) ni untuk bagi color cantik. Tak da effect rasa.
2 cawan air

Lapisan atas
2 1/2 cawan santan pekat
1 1/2 cawan tepung beras
1 sdk garam atau secukupnya

Mula-mula, masakkan 1 cawan gula merah bersama 1 cawan air. Larut. Tapiskan.

Dalam bekas lain masukkan, 2 cawan tepung gandum dan tepung ubi. Masukkan air dan air kapur makan.

Kacau sekejap dan masukkan air gula merah tadi.

Masukkan 1 sdb kicap pekat. Ini untuk bagi color cantik.

Masukkan gula pasir. Kalau sebati.

Tapiskan ke dalam kuali. Yang bergentel tu boleh tekan bagi larut. Masak sekejap, kacau sampai naik wap. Tutup.

Sapukan loyang dengan minyak masak, dan lapikkan plastik. Plastik tu biar tinggi dari loyang. Kukus 20-25 minit.

Untuk kepala atas, masukkan santan dalam bekas. Masukkan pula tepung beras, garam dan gula.

Tapiskan ke dalam kuali. Kacau sampai naik wap.

Adunan gula merah dah mengeras, cakar sikit dengan garfu. Tuang adunan santan sedikit demi sedikit.

Boleh lah kukus 35 hingga 40 minit. Dah masak buka tutup pengukus, tapi jangan padamkan api. Biar macam ni selama 3 hingga 5 minit.

Sejukkan dan boleh dipotong.

Resipi wajib cuba: Resipi Roti Sardin Pattaya, Cuma Guna 3 Bahan, Buat Senang Makan Berebut

IKLAN