Bila bayi baru lahir, antara benda yang paling buat ibu ayah risau ialah tali pusat nampak hitam, basah, dan masih bergayut. “Bila nak luruh ni? Kena tarik ke?” Biasanya soalan ni muncul dalam kepala setiap ibu bapa baru.
Sebenarnya, tali pusat atau umbilical stump biasanya akan luruh sendiri dalam masa 1–2 minggu selepas kelahiran. Yang penting sekarang ialah penjagaan yang betul supaya pusat bayi kekal bersih dan kering, dan risiko jangkitan (omphalitis) dapat dielakkan. Jangan risau, ada SOP mudah yang boleh diikuti supaya pusat bayi cepat kering dan selamat!
SOP Penjagaan Pusat Bayi
1. Prinsip “Clean & Dry” (Bersih & Kering)
Pastikan kawasan pusat sentiasa kering.
Selepas mandi, lap perlahan-lahan sekeliling pusat dengan putik kapas atau tuala bersih.
Pastikan tiada air bertakung di celah-celah kulit.
2. Lipat Lampin ke Bawah
Jangan pakaikan pampers menutup pusat. Lipat bahagian pinggang pampers ke bawah.
Ads
Kenapa? Supaya air kencing atau najis tidak terkena pusat dan bagi pusat terdedah pada udara untuk cepat kering dan luruh.
3. Jangan Letak Bahan Asing
❌ Jangan letak duit syiling (konon nak bagi pusat tak bonjol).
❌ Jangan sapu minyak gamat, bedak, atau herba sembarangan.
❌ Jangan pakaikan barut terlalu ketat sampai pusat lembap berpeluh.
Ads
Pusat ‘Innie’ vs ‘Outie’
Ramai ingat pusat timbul (Outie) sebab doktor potong tali pusat tak pandai atau tak pendek. SALAH.
Bentuk pusat bayi ditentukan oleh cara kulit bayi bercantum dan sembuh, serta ruang antara otot perut.
Dua-dua bentuk NORMAL, tak ada kaitan dengan teknik potong doktor.
Ads
Tanda Bahaya – Perlu Terus ke Klinik
Segera ke klinik jika:
Kulit sekeliling pusat menjadi merah menyala
Pusat bengkak atau keluar nanah
Ada bau sangat busuk
Ini semua tanda jangkitan serius yang memerlukan rawatan segera.
Sakit ketika anda dalam fasa menyusukan anak adalah satu perkara yang menyusahkan dan memenatkan. Namun yang demikian, percaya atau tidak, menyusu anak anda ketika anda tidak sihat adalah selamat untuk anak anda, bahkan boleh jadi bermanfaat kepada mereka.
Dalam kebanyakkan situasi, jawapannya adalah boleh. Biasa untuk ibu merasa risau tentang kemungkinan untuk anda menjangkiti anak anda. Ini bagaimana menyusu ketika sakit boleh mendatangkan manfaat kepada bayi anda:
Ketika anda sakit, antibodi mula dihasilkan untuk melawan jangkitan dalam masa 24 jam pertama walaupun simptom belum mula muncul. Antibodi ini boleh kekal di dalam badan selama beberapa hari.
Dalam jangkitan virus pula, tempoh inkubasi boleh mengambil masa sekitar 5 hingga 7 hari, membolehkan antibodi terhasil disalurkan dalam bentuk susu badan kepada anak anda.
Ini bermakna, anak anda mendapat dos perlindungan daripada jangkitan flu atau selsema yang anda dapat tanpa mendedahkannya kepada jangkitan tersebut.
Walaubagaimanapun, anda tetap perlu mengambil langkah berjaga-jaga apabila anak anda sudah mula bersin. Sekiranya anda mengalami jangkitan selsema yang biasa atau jangkitan virus berkaitan dengan sistem penghadaman – ataupun demam – tidak menjadi masalah untuk anda menyusu. Pastikan anda membasuh tangan anda sebelum sesi menyusu dan mengelakan daripada bahagian hidung atau mulut anda menyentuh muka atau tangan mereka. Sekirannya anda mengambil ubat, cuba untuk pam dan buang susu yang terhasil dalam tempoh waktu anda mengambil ubat..
Sekiranya anak anda di bawah usia 3 minggu, mereka terlalu lemah dan terdedah kepada jangkitan, justeru, menyusu badan ketika ini tidak digalakkan.
Sekiranya anda menghidap penyakit yang debilitatif (sakit jantung, buah pinggang atau anemia) atau kurang berat badan, cuba untuk elakkan menyusu kerana badan anda perlukan kalori dan lemak yang mencukupi sebelum anda boleh menghasilkan susu.
Sekiranya anda menghidap jangkitan yang teruk seperti TB yang tidak dirawat (mereka yang telah dirawat selama 2 minggu dibenarkan untuk menyusu), atau HIV/AIDS. Anda boleh menyusu jika dijangkiti Hepatitis A (jika anak anda mengambil globulin gamma) atau Hepatitis B (selepas anak anda mengambil globulin gamma dan diberi suntikan vaksin Hepatitis B)
Sesentegah bahan atau ubatan boleh menyebabkan anda tidak boleh menyusukan anak anda. Contohnya, ubat anti-barah, ubat untuk tiroid, ubat darah tinggi, penicillin, lithium, hipnotik atau perangsang, ubat tidur dan dadah atau alkohol. Sentiasa berjumpa dengan doktor anda untuk mendapatkan nasihat kesihatan dan konsultasi.
Bila anda sakit, penting untuk anda minum air yang mencukupi untuk memastikan susu yang mencukupi dihasilkan dan juga untuk mengelakkan anda daripada tidak bermaya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pokok hiasan antara pilihan ibu-ibu untuk menaikkan seri di kawasan halaman rumah atau ruang tamu. Ini kerana ia antara terapi untuk rumah kelihatan tenang dan sejuk mata memandang. Bagaimanapun, bagi rumah yang ada anak kecil, pemilihan untuk menanam pokok hiasan ini penting bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang boleh menjejaskan kesihatan anak.
Salah satu pokok hiasan yang menjadi pilihan dan mudah dijaga adalah pokok keladi. Dengan daun dan warna yang cantik serta mudah dijaga, ramai ibu memilih untuk menanamnya. Cuma kisah yang dikongsikan oleh seorang ibu, Puan Nur Nina ini boleh dijadikan peringatan.
Hal ini kerana anak bongsunya berusia 9 bulan termakan cebisan pokok keladi yang ditanam itu sehingga mengalami kesan lecur di bahagian pipi kiri, kanan dan lidah akibat getah keladi beracun.
Baru sempat nak update apa yang terjadi pada Noah, anak bongsu daripada enam beradik.
Kejadian ini berlaku pada 6 Oktober lalu lebih kurang jam 9 malam. Saya dan adik sedang bersembang kat ruang tamu. Noah pun kat situ jugak la..Masa tengah rancak bersembang, tiba-tiba nampak Noah macam tersedak..
Memang sangat pantas dan tak perasan apa yang dia masukkan ke dalam mulut. Terus ke dapur dan tepuk-tepuk belakang badannya tapi tak ada apa-apa keluar pun. Cuba bagi Noah minum air tapi dia tak mahu.
Lepastu dia makin kuat menangis dan macam nak muntah tapi tak keluar. Sekali tengok macam tercekik. Dah tu mulut dia tak boleh nak tutup dan air liur dia melelah keluar. Terus siap-siap ke hospital.
Sampai hospital terus ke kaunter pendaftaran dan bagitau keadaan Noah. Masa daftar tu cuba lagi tepuk-tepuk belakangnya dengan harapan akan keluar benda yang ditelannya tapi tetap tak keluar. Masa ni saya dah makin sedih dan menangis.
Bila tunggu kejap, terus masuk ke zon kuning dan doktor tanya A-Z macam mana boleh jadi. Doktor terus buat x-ray dan bila dapat result tak ada apa-apa pun yang dia tertelan. Tapi masih hairan kenapa keadaan Noah tak stabil dan menangis tak berhenti serta mulut tak boleh tutup.
Doktor terus refer ke pakar di HSB. Admit warded selesai semua pukul 2pagi..Ya Allah ujian lagi buat aku kali ni..Doktor tanya lagi macam mana boleh jadi. Aku bagitau doktor yang aku tak nampak dia telan apa. Tau-tau macam tercekik.
Tapi saya perasan ada pokok keladi yang patah ada dalam rumah saya..Saya rasa dia makan pokok keladi tu kot doc sebab dalam mulut dia tepi bibir tu macam melecur dan air liur dia meleleh.
Doc check memang ada macam lecur sikit dan refer doc bahagian mulut pulak..Pakar mulut datang check pagi dan memang betul dalam mulut Noah kiri kanan melecur kesan dari getah POKOK KELADI..
Racun keladi tu panas.. dia ibarat kita curah air panas kat tangan. Sakit macam tu lah
Jadi doc pakar bagitau, ada 2 jenis pokok yang beracun 1- pokok keladi 2- ni aku tak ingat
Pakar kata lepas ni pokok-pokok keladi tu puan boleh tak letak kat atas sikit..aku kata tak apa doc lepas ni saya buang yang mana racun tu. Jadi untuk mak-mak semua yang duk gila pokok keladi macam aku ni
Kalau ada anak kecil macam aku better letak jauh-jauh dari anak-anak sebab benda ni dah terjadi pada saya sendiri. Tak kena tak apa tapi jika kena kesannya sangat teruk. Dalam situasi Noah ni, dia tak sempat makan banyak lagi.
Saya harap sangat-sangat mak-mak yang suka pokok keladi ni tolong la berhati-hati kalau ada anak kecil.
Doc pesan kat saya banyak benda kena jauhkan dari anak:
-tanaman yang beracun salah satunya keladi
-ubat
-cecair
-duit syiling
-plastik
Dan lain-lain, tak kisah apa yang boleh memudaratkan anak-anak kecil.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Aktiviti menyusu badan merupakan antara kaedah ‘bonding’ terbaik antara ibu dan bayi. Ketika menyusu badanlah, rembesan hormon terjadi yang dapat mengeratkan hubungan istimewa antara ibu dan bayi.
Walaupun menyusu nampak mudah, tapi hakikatnya yang pernah melaluinya saja akan faham. Rasa sengal badan, sakit belakang, dan lenguh satu badan dibuatnya bila anak ‘pantang’ nampak kita berbaring.
Bila kita betul-betul terikat dengan menyusukan anak, barulah kita tahu sebenarnya ia memerlukan kudrat dan ketahanan mental yang tinggi.
Menurut Owh Dydiana, jangan kejut isteri jika ternampak mereka tertidur selepas menyusukan anak. Ibu yang menyusukan anak susu badan membakar 500 kalori. Banyak cabaran yang dihadapi oleh ibu yang menyusukan anak seperti:
1. Bengkak susu yang menyeksakan. – Bila menyusu badan boleh dikatakan ‘wajib’ at least sekali kita kena bengkak susu. Biasanya ramai ibu kena masa awal kelahiran bayi dan masa nak putus susu. Selain itu, ibu-ibu yang biasa menyusu pasti tahu akan perangai anak yang suka memilih bahagian untuk menyusu dan sering menolak jika diberi bahagian satu lagi. Bengkak susu ni jangan dibuat main. Sakitnya bila ditekan tu, memang bisa. Jika dibiarkan boleh merbahaya dan menyebabkan mastitis yang perlu dibedah tau!
2. Terpaksa berkepit 24 jam. – Kalau tengok gambar ibu menyusu dekat mana – mana majalah mesti Nampak murni jekan? Anak menyusu elok, sambal ibu tersenyum. Tapi realitinya, mak – mak boleh sengal satu badan akibat anak yang tidak mahu berenggang dengan ibu. Pantang nampak ibu berbaring, mesti nak ‘serang’ ibu. Ada anak yang mahukan perhatian dan sentiasa ingin dipegang. Padahal dia dah kenyang menyusu. Ini normal, namun ia juga antara ciri high need baby.
3. Kena dera. – Jangan terkejut, ada bayi yang tabiatnya suka mencubit atau mencakar ibu masa menyusu. Anak juga anak yang suka ‘akrobat’ semasa menyusu. Pakar mengatakan ia adalah normal sebab bayi mahu menggunakan tangan dan derianya untuk teroka persekitaran sekeliling. Ada yang suka tarik rambut ibu juga.
4. Banyak ‘pantang’. – Ibu yang menyusukan anak tidak boleh makan sesuka hati mereka. Mereka juga harus berpantang daripada memakan makanan yang tidak elok untuk bayi.
5. Tidur tak lena. – Di awal kelahiran, bayi akan menyusu kerap iaitu 1 – 2 jam sekali. Jadi, ibu akan bangun beberapa kali pada setiap malam untuk meyusukan anak.
6. Bijak urus masa. – Ibu menyusu kena disiplin dan bijak menguruskan masa sebab rutin mereka perlu tertakluk pada kekerapan anak menyusu. Ramai ibu tak sempat nak makan sebab kejap – kejap anak nak menyusu.
Sangat mencabar menjadi seorang ibu, sebab itulah para ibu harus dihormati dan dihargai atas segala pengobanannya. Semua cabaran ini tidak boleh difahami selagi belum bergelar seorang ibu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!