Tambah Emulco Macam-Macam Perisa, Resipi Aiskrim Malaysia ‘Pastel’ Buat Satu Famili Berebut!

Share

Musim panas yang melanda negara buat kita tercari-cari air yang sejuk agar dapat menyejukkan tekak yang kehausan.

Aiskrim Malaysia antara yang wajib ada memenuhi peti ais rumah, barulah anak-anak suka. Perisa apa? Aiskrim pastel pelbagai perisa emulco dan kordial ini lain macam, wajib cuba.


Warna-warni aiskrim Malaysia. Saya memang peminat warna-warna pastel. Jadi saya transformasikan minat saya kepada aiskrim Malaysia.

Dulu mula-mula memintal hanya buat perisa basic, bila dah gila memintal aiskrim pun jadi pelbagai perisa.

Bila masuk kedai bakery, lama ja termenung dekat ruangan emulco. Rambang mata nak pilih perisa apa.

Disebabkan ramai yang request resepi, Nurul update dekat sini.

Bahan-bahan:
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
5 tin air
Sedikit garam dan gula jika perlu
Emulco/kordial berperisa yang korang minat

Satukan susu cair, susu pekat dan air ke dalam periuk, kacau sebati kemudian masak atas dapur sehingga mendidih.

Sementara tunggu bancuhan sejuk, boleh lah letak emulco/kordial yang korang suka.

Bancuhan dah sejuk, aiskrim pun ready untuk dipintal.

Nurul tak ada sukatan untuk emulco dan kordial sebab setiap perisa lain-lain sukatan. Boleh letak ikut kesesuaian bancuhan.

Simple aja kan, siap!

Menarik:  Sesetengah Orang Berkira-Kira Nak Beranak & Mengandung, Neelofa PU Haris Mahu Anak Ramai!

Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI https://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN