Anak-anak yang mengalami masalah autisme bukan kerana salah mak ayah. Ia satu kurniaan Allah SWT. Maka raikanlah mereka dengan layanan seikhlas mungkin buat anak dan keluarganya.

Perkongsian oleh Dr Redza Zainol mengenai ujian yang dilakukan untuk mengenal pasti anak autisme ini mak ayah boleh jadikan panduan untuk memeriksa anak. Tak salah untuk mencuba jika anak lambat perkembangannya. Empat ujian ini mak ayah boleh jadikan ukuran.

“Tanamkan Dalam Fikiran Anak Autisme Normal” Ini Tip & Ujian Kenal Pasti Anak Ada Masalah Autisme!


Mereka nampak lega. Akhirnya mereka dapat jawapan yang dicari bertahun lamanya. Disahkan kanak-kanak Autism. Bermula sejak usia 3 tahun, anak mereka dikesan lambat bercakap.

Beratus terapi dah pergi, kemajuan memang ada tapi masih terasa anak mereka sedikit luar biasa berbanding dengan kanak-kanak yang lain.

Tahun ni pula dah masuk darjah 1. Makin lama, jurang antara anak dan kawan sekelas makin ketara.
Pada hari tu, ada banyak penilaian yang dibuat oleh doktor pakar. Tapi yang saya nak kongsikan cuma 4 ujian ni.

“Tanamkan Dalam Fikiran Anak Autisme Normal” Ini Tip & Ujian Kenal Pasti Anak Ada Masalah Autisme!

1. Diminta ceritakan apa yang dilihat dalam gambar yang penuh dengan muka manusia dan haiwan.
– bila anak ni tengok gambar, dia terdiam untuk satu tempoh yang lama.
– kanak autism akan jadi sangat keliru untuk bercerita bila dia terima terlalu banyak maklumat.

IKLAN

2. Gambar orang terkejut.
– dalam gambar ni, dia tak dapat “tangkap” riak wajah manusia yang terkejut. Itulah kanak-kanak autism.
– mereka tak dapat lihat ekspresi muka manusia yang ada disekeliling mereka.
– mereka tak tahu kita sedih, marah, atau terkejut.

3. Diberi mainan puzzle.
– 2 puzzle sengaja disembunyikan. Tujuannya kami nak lihat cara dia minta sesuatu dari kami.
– dia tak mampu nak bertanya secara terus tapi menggunakan ibunya sebagai pengantara.

4. Bercerita berdasarkan gambar.
– semasa dia bercerita, kami sengaja hilangkan diri kami. Dia tak perasan doktor dah hilang dan terus bercerita hingga tamat.
– Kanak-kanak autism tak kisah jika mak ayah mereka hilang di tempat awam. Mereka tak ada rasa takut kehilangan tu.

Hasil penilaian dari setiap satu ujian diterang jelas oleh doktor pakar. Saya yang duduk di sebelah beliau pun sama mendengar dengan teliti.

“Tanamkan Dalam Fikiran Anak Autisme Normal” Ini Tip & Ujian Kenal Pasti Anak Ada Masalah Autisme!

IKLAN

Di hujung konsultasi, doktor pakar kata begini. “Walaupun dia ni kanak kanak Autism, tanamkan dalam fikiran yang dia ni normal.”

Mak ayah saling memandang. “Apa maksud saya dia ni normal?

Pada kaca mata si anak, nak bercakap tak pandang mata tu normal. Dalam dunia dia, itu normal.”

Soalan yang mungkin dia tertanya-tanya setiap hari ialah kenapa nak bercakap kena pandang mata dia. Yang berbeza cuma cara fikir mereka. Cara fikir mereka ialah minoriti. Cara fikir kita pula ialah majoriti.

IKLAN

“Tanamkan Dalam Fikiran Anak Autisme Normal” Ini Tip & Ujian Kenal Pasti Anak Ada Masalah Autisme!

Nak tak nak, dia kena belajar macam mana nak teruskan hidup dengan cara fikir kita yang majoriti ni. Di sinilah besarnya peranan terapi untuk anak. Ada juga modul terapi untuk mak ayah yang mengajar cara mengurus anak berkeperluan khas ni.
Begitu rupanya. Saya pun sama belajar.

Kalau kalian terjumpa kanak-kanak yang lambat perkembangan, sebutlah kata-kata yang baik pada anak tu dan keluarga mereka.
Anak autism bukan salah mak ayah. Ia kurniaan Allah. Raikan mereka dengan layanan seikhlas mungkin.

Selamat hari kesedaran Autism Sedunia.

Artikel berkaitan: Dekati Haiwan Berkuda Buat Mood & Emosi Makin Positif, Terapi Istimewa Untuk Anak Autisme

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI