“Di rumah, pijak semut pun tak mati.”

Anak nampak lembut, sopan dan baik di depan mata… tapi tiba-tiba cikgu panggil dan kata anak kita membuli? Susah nak percaya, kan? Tapi hakikatnya, pembuli bukan sekadar menumbuk, menolak atau menyepak orang lain secara fizikal. Ia juga boleh berlaku dalam bentuk arahan kasar, ejekan halus, sindiran berulang atau memperlekehkan orang lain secara lisan.

Menurut perkongsian Public Health Malaysia (PHM), ramai ibu bapa tidak sedar bahawa anak yang kelihatan “baik” di rumah sebenarnya mungkin menunjukkan sisi berbeza di luar. Kadang-kadang, anak yang nampak patuh di rumah melepaskan tekanan di luar rumah  terutama jika mereka menunjukkan tingkah laku seperti:

  • Panas baran bila ditegur
  • Suka mengarah dan mengawal rakan sebaya
  • Label orang lain dengan gelaran mengejek atau merendahkan

Punca Anak Jadi Pembuli

Rupanya Ini Tanda Anak Jadi Pembuli Yang Ibu Bapa Perlu Ambil Peduli

Ads

Kajian psikologi oleh Dan Olweus, pakar dari Norway yang terkenal dalam penyelidikan tentang buli, mendapati bahawa pembuli selalunya datang dari rumah yang kurang empati atau terlalu keras. Mereka belajar bahawa cara untuk dihormati adalah dengan menunjukkan kuasa dan menakut-nakutkan orang lain. Ada juga yang membuli kerana mereka sendiri pernah menjadi mangsa dan kini mengulangi corak itu tanpa sedar.

PHM menjelaskan bahawa buli bukan perangai nakal yang boleh dibiarkan. Ia adalah corak tingkah laku yang dipelajari dan boleh menjadi semakin teruk jika tidak dibendung. Jika tidak dihentikan, kanak-kanak yang suka membuli akan membesar menjadi:

Ads
  • Pasangan yang mengawal dan menindas
  • Ketua tempat kerja yang suka menakutkan orang
  • Ibu bapa yang secara tidak sedar mewariskan gaya komunikasi kasar kepada anak mereka

Apa Ibu Bapa Boleh Buat?

  • Tengok semula cara bergurau dan marah anak di rumah. Anak belajar melalui pemerhatian. Jika biasa menegur dengan nada tinggi atau kata-kata kasar, mereka akan anggap itu cara normal meluahkan kuasa.
  • Dengar laporan guru tanpa cepat menafikan. Jangan terus pertahankan anak. Dengar dahulu dari semua pihak. Anak akan faham bahawa ibu bapa bertindak dengan kasih, bukan marah.
  • Jangan halalkan ejekan sebagai gurauan. Ajar anak beza antara gurauan mesra dan gurauan yang menyakitkan hati.
  • Bantu anak kenal dan kawal emosi. Anak yang faham emosinya lebih jarang membuli. Galakkan mereka luahkan marah atau kecewa dengan cara sihat seperti berbual atau melukis.
  • Beri ruang anak meluah tekanan tanpa dihukum. Kadang-kadang anak membuli kerana tertekan. Jadi tempat yang selamat untuk mereka bercerita.
  • Pantau dengan siapa anak berkawan. Rakan sebaya boleh pengaruhi perangai anak. Jika anak berkawan dengan kumpulan yang suka memperlekehkan orang, pantau dan bimbing dengan lembut.

Tanda-Tanda Anak Mungkin Pembuli

Rupanya Ini Tanda Anak Jadi Pembuli Yang Ibu Bapa Perlu Ambil Peduli

Menerusi perkongsian Public Health Malaysia, berikut tanda-tanda anak mungkin menunjukkan tingkah laku pembuli:

Ads
  • Sering buat jenaka atau gurauan yang merendahkan orang lain
  • Tiba-tiba ada barang baharu atau duit tanpa tahu dari mana datang
  • Cepat marah bila ditegur atau enggan mengaku salah
  • Suka label orang dengan gelaran ejekan
  • Mempunyai kawan yang juga suka membuli
  • Tidak menunjukkan rasa bersalah selepas menyakiti orang lain

Tip Tambahan Dari Kaunselor & Pakar Perkembangan Kanak-Kanak

  • Latih anak untuk empati. Ceritakan kisah benar dan tanya, “Kalau kamu jadi dia, apa kamu rasa?” Ini bantu anak faham perasaan orang lain.
  • Wujudkan budaya hormat di rumah. Hormati pandangan anak agar mereka belajar menghormati orang lain.
  • Elak membandingkan anak dengan orang lain. Ungkapan seperti “Tengok abang tu pandai” boleh menanam rasa rendah diri dan dendam.
  • Gunakan disiplin berasaskan empati, bukan hukuman keras. Bila anak buat salah, bantu dia faham kesan tindakannya kepada orang lain.
  • Sentiasa beri contoh yang baik. Anak belajar dari cara kita bercakap dan bertindak terhadap orang lain.
  • Libatkan anak dalam aktiviti sukarelawan. Aktiviti seperti membantu orang susah boleh tanam empati semula jadi.
  • Ajar anak minta maaf dan baiki kesilapan. Galakkan anak bertanggungjawab dan menebus kesalahan dengan cara positif.
  • Kenal pasti tanda awal stres. Anak yang stres mudah membuli. Perhatikan perubahan emosi dan bantu mereka luahkan dengan sihat.
  • Wujudkan komunikasi terbuka dalam keluarga. Anak yang selesa berbicara dengan ibu bapa lebih mudah dibimbing.
  • Puji bila anak tunjuk empati. Bila anak menolong kawan atau berkongsi, pujilah — ia memperkuatkan sifat positif dalam diri mereka.

Didik Anak Dengan Empati, Kawal Emosi Dengan Kasih

Public Health Malaysia menegaskan bahawa buli ialah satu kitaran — dan rumah adalah tempat pertama ia bermula atau boleh dihentikan. Sebagai ibu bapa, tugas kita bukan hanya memastikan anak tidak dibuli, tetapi juga memastikan anak kita bukan pembuli.

Didik mereka dengan empati, kawal emosi dengan kasih, dan tunjukkan teladan yang baik setiap hari. Itulah benteng terbaik melawan budaya buli di kalangan anak-anak hari ini.

Sumber: Public Health Malaysia

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads