Selain makan ubat batuk, madu atau lemon ada lagi beberapa petua untuk hilangkan batuk anak. Cuma serasi atau tak bergantung pada kesesuaian badan anak.
Bagi sesetengah ibu, rawatan alternatif ini membantu dan boleh mengurangkan batuk anak selain makan ubat ikut jadual yang ditetapkan.
Perkongsian dari Puan Adila Akhir mengenai caranya mengurangkan batuk anak dan menggunakan bahan asas seperti bawang besar, bawang putih dan epal merah boleh dicuba.
Ads
Petua untuk hilangkan batuk. Harap-harap mujarab untuk Ilham. Ibu bagi tengah hari tadi. Alhamdulillah dia minum habis. Ingatkan dia nak reject sebab ada bau bawang.
Ads
Ilham tengah batuk-batuk. Masa tengah tidur okay je tak de batuk. Tapi masa berjaga kesian pulak dengar. Lepas minum air ni tadi ada batuk lagi. Tapi after 1 jam lebih dah kurang dia batuk. Alhamdulillah.
Ads
Mudah-mudahan hilang batuknya. Dah jumpa doktor dan doktor cakap paru-parunya ok. Lega ibu. Tapi, ibu tetap ikhtiar untuk pastikan Ilham cepat sihat dan selesa.
Di saat perasaan berdebar dan takut menanti kehadiran orang baru, hanya doa ibu mengiringi perjalanan kehamilan. Apa yang diharapkan dari seorang ibu, biarlah anak yang dilahirkan selamat, sihat dan sempurna.
Namun sebagai ibu, ada yang bernasib baik mengandung tanpa alahan teruk, ada yang dari awal kehamilan hingga saat nak melahirkan pun masih lagi berulang alik ke hospital dan ada alahan. Tetapi semua itu dilalui dengan penuh sabar.
Kisah yang menyayat hati perkongsian Dr Redza Zainol ini mengenai besarnya pengorbanan ibu sehingga syahid ketika melahirkan anak benar-benar membuktikan hebatnya wanita bergelar ibu.
Pagi Sabtu yang tenang itu bertukar menjadi cemas selepas saya dapat panggilan dari Jabatan Kecemasan.
“O&G nak buat perimortem caesar di Red Zone.
Minta doktor turun sekarang, bayi baru 34 minggu dalam kandungan.”
“Caesar di Red Zone?”
Sungguh saya tercengang. Terus saya berlari ke bilik sebelah dan maklumkan pada jururawat.
Saya bersama seorang lagi doktor sambung berlari ke Jabatan Kecemasan. Semuanya mesti pantas.
Sampai saja kami di Red Zone, seorang jururawat menjerit, “Paeds dah sampai!”
Saya macam tak percaya.
Keadaan di situ begitu kecoh, seolah-olah saya berada di medan perang. Ada seorang doktor sedang membuat CPR pada ibu itu. Tiub pernafasan pula sedang disambung ke mesin bantuan pernafasan oleh seorang doktor yang lain.
Staf kesihatan yang lain pula sedang menyiapkan tempat untuk pembedahan segera.
Doktor bius dan doktor O&G dah sampai dan pembedahan kecemasan ini akan bermula pada bila-bila masa.
Ini pengalaman pertama saya melihat caesar dibuat di luar bilik pembedahan.
Ibu ni baru saja tiba di tempat letak kereta sebelum tiba-tiba pengsan di hadapan hospital.
Bila tiba di Jabatan Kecemasan, denyutan jantungnya sudah berhenti.
Jantung bayi dalam kandungan pula semakin lemah. Doktor O&G buat keputusan untuk keluarkan bayi dengan segera.
Syukurnya, bayi itu selamat. Sebaik saja keluar, dia terus menangis. Namun saiznya yang masih kecil dan pramatang, saya bawa bayi tu ke NICU (wad rawatan intensif bayi) untuk rawatan selanjutnya.
3 minggu berjuang di dalam NICU akhirnya bayi ini discaj. Dibawa pulang oleh ayahnya sebagai seorang anak yatim.
Mati, ajal dan maut ini semua kerja mutlak Tuhan. Selagi kita ada peluang, hargailah isteri lebih-lebih lagi ketika dia sedang mengandung.
Melayan isteri, meneman isteri, bantu meringankan beban isteri yang sedang mengandung adalah kerja mulia.
Itu semua dibuat atas dasar tanggungjawab. Bukan sebab isteri mengada-ngada, nak bermanja atau tak pandai berdikari.
Antara contoh layanan baik pada isteri:
✔️ Ambil tahu tentang keadaan kesihatan isteri semasa mengandung.
– Penyakit apa yang dihadapi.
– Ubat apa yang isteri perlu ambil setiap hari.
– Apa makanan yang sesuai untuk kesihatan isteri.
✔️ Temankan isteri untuk datang temujanji di hospital atau di klinik kesihatan.
– Keberadaan suami sangat membantu menenangkan emosi isteri.
– Jaga riak wajah kita supaya tak nampak seperti isteri sedang menyusahkan suami.
✔️ Ambil alih kerja-kerja di rumah.
– Termasuk jagakan anak-anak yang lain.
– Isteri yang tengah sarat, perlukan rehat yang lebih.
✔️ Jadi pendengar yang baik.
– Ada masa yang dia rasa tak selesa atau sakit.
✔️ Jadi lebih sensitif dengan keadaan isteri.
– Perubahan hormon dalam badan isteri, buatkan mood dia selalu berubah.
– Isteri sangat bersyukur bila suami berusaha untuk cuba fahami kehendak isteri.
✔️ Mengurut pinggang dan kaki isteri.
✔️ Ucapkan pada isteri yang dia cantik setiap hari walaupun bentuk badannya dah banyak berubah.
Layanlah isteri sebaik mungkin. Hari ni dia ada, esok lusa mungkin dia dah tiada. Temankan dia ke mana saja yang kita mampu. Buat apa saja yang terdaya.
Kerana apa yang dia dah buat untuk keluarga kita tiada bandingannya.
Kredit: Dr Redza Zainol
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Gigi tumbuh lagi? Biarlah yang lama tercabut sendiri” biasa kita sebagai ibu bapa akan terfikir gigi susu anak akan tercabut dengan sendiri walaupun gigi kekal sudah tumbuh di belakang gigi susu. Tetapi keadaan akan menjadi berbeza jika gigi susu anak tetap tidak tercabut dan akhirnya gigi menjadi berlapis.
Apa yang boleh ibu bapa lakukan jika situasi ini terjadi? Ikuti saranan doktor gigi ini.
Bagi anda yang ada anak kecil di rumah, rajin-rajinlah periksa gigi dan mulut anak anda ya.
Jika anda lihat keadaan seperti gambar di bawah, cepat-cepat bawa anak anda ke klinik gigi yang berhampiran.
Biasanya dalam kes begini, gigi susu boleh jadi bergoyang dan boleh juga tidak bergoyang.
Cabutan gigi susu dihadapan biasanya perlu dilakukan bagi memberi ruang untuk gigi kekal di belakang tumbuh di tempat yang sepatutnya.
Jika dibiarkan, gigi kekal berisiko untuk tumbuh berlapis dan susunannya menjadi tidak teratur.
Anak kecil kita sememangnya harus dipantau 24 jam. Ada banyak aktiviti yang mereka lakukan kadangkalanya boleh mengundang bahaya. Jadi anak-anak tidak boleh dibiarkan bermain sendirian. Benda-benda kecil terutamanya amat berisiko.
Salah satu bahayanya apabila anak memasukkan benda ke dalam hidung. Nampak macam mudah tetapi teramatlah bahaya. Dengar info dan perkongsian dari Dr Ezairy M. Salleh ini.
Seorang ibu muda bersama anak kecil tiba di wad. Wajah mereka ketakutan. Si anak kecil berlindung di balik pelukan si ibu. Jam sudah menunjukkan jam sebelas malam.
“Dah berapa lama ini ada kat situ?” Soal saya, merujuk kepada objek yang ada di dalam rongga hidung anak kecil itu.
Ibu itu teragak-agak. Si anak kecil mulai menangis.
Menurut si ibu, anak kecil ini sudah tiga kali memasukkan kertas ke dalam hidungnya. Dia main-main kertas, koyak-koyakkan ia dan masukkan ke dalam hidung. Allah!
Dan ini bukannya sekali dua, tetapi sudah kali keempat. Katanya nak beri anak main-main kertas.
Tuan-tuan, puan-puan… boleh nak beri anak bermain. Namun ia perlukan pemerhatian. Malang itu tidak berbau, tapi kita boleh cuba elak. Kalau kita lihat anak kita suka buat perkara-perkara seperti ini, maka kita tegah awal-awal.
Objek seperti kertas, tisu, alat permainan dan apa-apa sahaja apabila masuk ke dalam hidung adalah amat berbahaya. Ia perlu dikeluarkan seberapa segera mungkin.
Jika tersedut, ia boleh masuk ke salur pernafasan dan peparu!
Jika dibiar lama, ia boleh menyebabkan jangkitan teruk pada hidung, sekitar mata, sinus dan ke tempat-tempat lain.
Ibu-ibu, kita perhati ya anak-anak. Ayah-ayah, kita pun perlu menjadi seorang yang memahami. Bantu isteri-isteri kita.
Hidung ini ada beberapa bahagian. Ada beberapa sambungan ke rongga-rongga lain. Ada ruang untuk ke rongga sinus. Ada ruang untuk ke bahagian belakang dan seterusnya ke salur makanan dan pernafasan. Bahkan ada laluan untuk jangkitan merebak ke mata dan bahagian otak! Oleh itu, hati-hati.
Kredit: Dr Ezairy M.Sallih
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kira-kira 200 pelajar di Surabaya mengalami keracunan makanan selepas menikmati hidangan percuma tajaan kerajaan Indonesia sehingga mencetuskan siasatan pihak berkuasa.