Kehamilan

Tanda Bersalin Makin Dekat, Ini Petanda Penting Ibu Perlu Tahu!

Share

Tanda bersalin dah mula muncul ke ni? Pastinya persoalan ini sering bermain di fikiran bakal ibu yang sedang menanti untuk bersalin. Keliru dan tidak pasti, itulah yang sentiasa bermain di kepala.

Lebih-lebih lagi apabila tarikh jangkaan bersalin semakin dekat. Setiap perubahan pada tubuh boleh membuatkan ibu tertanya-tanya sama ada sudah tiba masanya untuk ke hospital atau masih perlu menunggu.

Kenali Tanda Bersalin Semakin Hampir

Apa agaknya petanda awal ibu bakal bersalin? Tanda bersalin semakin hampir biasanya bermula apabila anda mula mengalami beberapa gejala dan perubahan pada tubuh seperti:

  • Tekanan yang bertambah kuat di rahim
  • Tahap tenaga berubah
  • Faraj keluar darah tanda bersalin
  • Sakit miss v tanda bersalin
  • Air ketuban pecah
  • Sakit belakang atau sakit perut
  • Tanda-tanda bersalin perut mengeras
  • Kekejangan, serupa dengan senggugut
  • Kerap ke tandas akibat kepala bayi anda yang menekan usus

Setiap ibu mungkin melalui pengalaman yang berbeza. Ada yang mengalami beberapa petanda secara berperingkat, manakala ada juga yang merasakan perubahan berlaku dengan lebih cepat.

Apabila tanda bersalin mula dirasai, ibu perlu memberikan perhatian kepada perubahan tubuh, terutamanya kontraksi, air ketuban dan sebarang pendarahan. Jika tidak pasti dengan keadaan yang dialami, dapatkan penilaian daripada doktor atau petugas kesihatan.

3 Fasa Bersalin Yang Bakal Ibu Tempuhi

Terdapat 3 fasa bersalin yang bakal para ibu tempuhi. Memahami setiap peringkat ini dapat membantu ibu mengetahui apa yang mungkin berlaku sepanjang proses kelahiran.

Tahap 1: Proses kelahiran awal (early labor) dan aktif (active labor)

Tahap pertama bersalin terjadi apabila anda mula merasai kontraksi ringan, yang menyebabkan serviks melebar, melembut, memendek dan menipis.

Kontraksi ini membolehkan bayi bergerak ke arah saluran kelahiran (faraj). Tahap pertama ini akan menjadi fasa terpanjang daripada 2 lagi peringkat lain.

Peringkat ini juga terbahagi kepada 2 fasa tersendiri; proses kelahiran awal (latent phase) dan proses kelahiran aktif.

Dalam tempoh ini, kontraksi boleh berubah daripada ringan kepada semakin kuat dan teratur. Perubahan tersebut merupakan antara tanda bersalin yang perlu diperhatikan oleh bakal ibu apabila waktu kelahiran semakin dekat.

Tahap 2: Kelahiran bayi anda, tanda bersalin semakin hampir

Inilah masanya! Anda akan melahirkan cahaya mata yang ditunggu-tunggu semasa peringkat kedua kelahiran ini.

Berapa lama tempoh ini berlangsung? Mungkin memerlukan beberapa minit hingga beberapa jam atau lebih untuk si manja berada dalam dakapan ibu.

Perkara yang boleh anda lakukan? Teran! Doktor akan meminta anda untuk menahan diri semasa kontraksi dan meneran bila perlu.

Ketika meneran, cuba yang terbaik untuk kekal tenang dan menumpukan perhatian kepada proses tersebut.

Jika mampu, anda boleh bereksperimen dengan posisi yang berbeza sehingga dapat mengenal pasti kedudukan yang paling sesuai dan selesa!

Untuk kekal bermotivasi, anda mungkin akan diminta untuk merasai kepala bayi atau menyaksikan proses kelahiran melalui cermin.

Pada peringkat ini, tanda bersalin sudah berkembang kepada proses kelahiran bayi. Ikuti arahan doktor, jururawat atau bidan yang mengendalikan proses kelahiran supaya anda tahu bila perlu meneran dan bila perlu berehat.

Tahap 3: Proses Keluarkan Uri

Selepas si comel dilahirkan, rahim akan mengecut dan bakal ibu akan mula berasa lega. Anda mungkin akan memegang bayi di dada atau perut, hargailah masa-masa berharga ini…

Tetapi, perjuangan anda masih belum selesai ya! Pada peringkat ketiga ini, uri pula akan dikeluarkan.

Uri biasanya akan terkeluar selepas bayi dilahirkan, lazimnya dalam tempoh beberapa minit. Tempoh sebenar boleh berbeza dan keadaan ibu akan terus dipantau oleh pasukan perubatan sepanjang proses ini.

Tanda Bersalin Yang Perlukan Perhatian

Walaupun pengalaman setiap wanita tidak sama, ibu tidak seharusnya mengabaikan perubahan yang berlaku menjelang kelahiran. Air ketuban pecah, kontraksi yang semakin kuat dan teratur serta pendarahan adalah antara keadaan yang perlu diberikan perhatian.

Jika tanda bersalin semakin jelas atau ibu berasa bimbang dengan keadaan diri dan bayi, hubungi doktor, bidan atau pusat bersalin untuk mendapatkan arahan yang sesuai. Jangan hanya bergantung kepada pengalaman orang lain kerana keadaan setiap kehamilan adalah berbeza.

Mengetahui proses kelahiran lebih awal sekurang-kurangnya dapat membantu bakal ibu memahami apa yang sedang berlaku pada tubuh. Apabila tanda bersalin mula muncul, cuba kekal tenang, perhatikan perubahan yang dialami dan bersedia untuk mendapatkan bantuan perubatan apabila diperlukan.

Baca lagi: MamaKerja2026: Ibu Bekerja Selangor Layak Mohon Insentif RM1,000 Mulai Ogos!

Sekat Video Indonesia Di Youtube, 7 Cara Berkesan Elak Anak Terpengaruh Bahasa Indonesia

MamaKerja2026 Dibuka 17 Ogos Ini, Ibu Bekerja Selangor Dapat RM1,000! 

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

Sumber: Hello doktor

 

Published by
SRM