Tanda Regangan Di Perut, Berubah Saiz Badan Isteri Bukti Kasih Sayangnya Pada Suami!

Share

Dalam sesebuah hubungan, suami lebih suka menjadi pemerhati. Namun dalam rumah tangga, orang perempuan terutamanya isteri sentiasa harapkan pujian. Walaupun dah mempunyai anak, pujian itu dianggap sesuatu yang mahal dan sangat bermakna.

Sesiapa sahaja boleh mengucapkan kata-kata seperti ‘saya sayang awak’ tetapi berapa ramai yang sanggup berkorban bagi membuktikan cinta mereka serta boleh hidup susah dan senang bersama.

Seorang isteri, kecantikannya mula jatuh nombor dua selepas mempunyai anak. Bukan tak nak bergaya, kadang lepas bersalin berat susah nak turun, perut mengeleber, strecth mark masa mengandung jadi parut kekal dan sebagainya.

Namun perkara ini bukan satu masalah buat isteri, kerana dia tetap akan bagi zuriat buat suami selagi ada rezeki. Cumanya bagi pihak suami, pengorbanan isteri ini mereka tak nampak sangat kerana yang dinilainya adalah kecantikan masa zaman anak dara.

Justeru itu, buat suami anda sepatutnya bangga dan hargai wanita yang bergelar ibu buat anak-anak kita. Belum tentu yang kita nampak cantik itu boleh membahagiakan kita sehingga akhir hayat.

Suami yang dihormati..

Parut dan regangan pada perut isterimu melambangkan kesakitan yang datang dengan cinta dan kehidupan. Ingat betapa indahnya dia ketika dia adalah isterimu yang baru-baru kamu nikahi, dia masih wanita yang sama yang kamu jatuh cinta!

Perbezaan sekarang ialah, dia telah memberikan zuriat, dia telah memberikan kehidupan, dia telah memberkatimu dengan sebuah keluarga.

Jangan abaikan isterimu, hargai setiap tanda regangan dan parut yang ada. Jangan tinggalkan isterimu kerana hodoh perutnya, di mana dia menempatkan zuriatmu berbulan-bulan.

Parut dan tanda regangan itu mewakili cintanya kepadamu, kesakitan yang dilaluinya selama 9 bulan adalah bukti kasih sayangnya yang tiada batas sempadan untukmu.

Suami yang dihormati, jangan sakitinya, jangan lukakan hatinya, jangan menghinanya. Hargainya dia dan tunjukkan cinta yang lebih kepada wanita itu, ISTERIMU wahai suamiku.

Kredit: Fit Ismail

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai eworkshop ini boleh terus klik 
http://www.wasap.my/60139974978/EworkShopPAMATINISPA

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN