Tiga tapak kaki bersaiz kanak-kanak dianggar berusia dua hingga tiga tahun, ditemui di belakang sebuah bengkel di Pelabuhan Sepanggar di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji, berkata perkara itu disedari seorang pekerja bengkel itu apabila ternampak beberapa ekor anjing sedang bermain, sambil menggigit kaki-kaki yang telah mereput kira-kira jam 6 petang tadi.

“Sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian dan sebaik tiba, sepasukan anggota yang menjalankan pemeriksaan menemui tiga tapak kaki tanpa anggota badan lain, di bahagian belakang sebuah bengkel lori.

IKLAN

“Pemeriksaan lanjut mendapati, tiada kesan potongan di tapak kaki berkenaan dan hanya ada kesan gigitan yang dipercayai gigitan binatang,” katanya ketika dihubungi.

Tapak Kaki Kanak-Kanak Anggaran Usia 2-3 Tahun Digonggong Anjing

IKLAN

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut berhampiran lokasi penemuan tapak kaki itu, juga tidak menemui anggota badan yang lain.

“Ia menjadi tanda tanya, sama ada ia milik kanak-kanak hilang atau kanak-kanak yang dikebumikan sebelum ini, yang dikhuatiri digali oleh anjing sebelum membawa tapak kaki itu ke kawasan berkenaan.

“Siasatan masih dijalankan oleh pasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu dan dibantu pasukan Forensik, termasuk anjing K9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah,” katanya.

IKLAN

Sehubungan itu, Habibi meminta orang ramai yang tinggal di lokasi berhampiran dan kehilangan anak atau sebelum ini pernah mengebumikan kanak-kanak, supaya memaklumkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Polis akan melakukan siasatan daripada semua aspek, bagi mengenal pasti identiti pemilik tapak kaki itu,” katanya. – BERNAMA

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI