Tarik atau sentap tangan kanak-kanak terlalu kuat boleh mengakibatkan tulang siku terlari. Aduhai seriau pula kita mendengarnya!
Dr Aishah Alsagoff di laman Facebook yang menceritakan tentang pesakit kanak-kanak dan pengalamannya sendiri di mana anaknya sendiri pernah mengalami masalah ini pada usia dua tahun. Berikut ialah perkongsian beliau.
PULLED ELBOW
Minggu lepas saya jumpa budak berumur 1 tahun setengah dengan kes ini.
Ceritanya, balek dari babysitter, si ibu perasan anaknya taknak gerakkan tangan langsung. Dan sepanjang malam tidur asyek merengek dan menangis.
Bila dibawa ke klinik dan diperiksa esok hari, ohh….pulled elbow rupanya.
TERTARIK TANGAN DENGAN KUAT & MENANGIS TANPA HENTI
Benda yang sama saya lalui ketika Safiyya berumur 2 tahun. Entah macam mana si abang dia ni, umur 4 tahun, tertarik tangan kiri Safiyya dengan kuat.
Selepas itu terus Safiyya menjerit tanpa henti, dukung pun nangis, duduk pun nangis, baring pun nangis.
IKLAN
SAKIT TAK BOLEH DISENTUH
Rupanya tangan yang ditarik tadi tu sakit tak boleh disentuh. Pegang saja dia nangis. Tapi tiada bengkak, tiada luka, tangan comel macam biasa. Dia taknak gerakkan, bagi barang pun dia taknak capai.
Setelah diperiksa, doktor tu pusingkan sikit lengan dan lipat untuk tulang tu masuk semula (dengar macam seram tapi prosedurnya simple saja. Lepastu terus tangan aktif macam biasa semula.
Inilah pulled elbow.
Bahasa mudahnya tulang siku terlari sedikit (partially dislocated) disebabkan sentapan atau tarikan yang kuat.
MUDAH TERJADI KEPADA KANAK-KANAK 5 TAHUN KE BAWAH
IKLAN
Senang terjadi pada kanak-kanak bawah umur 5 tahun.
Sendi kita terdiri daripada tulang dan dikelilingi pula oleh otot dan ligamen untuk kestabilan. Bagi kanak-kanak kecil, ligamen mereka belum ‘well formed’ dan cukup kuat.
Jadi sentapan ataupun menarik tangan boleh menyebabkan tulang radius terkeluar dari sendi siku.
Kadang boleh nampak ada benjolan di siku.
Selagi tak dimasukkan balik, memang sakit. Lebih sakit bila tangan digerakkan secara supination dan pronation. (Lihat gambar)
BOLEH BERULANG & CARA RAWATAN
IKLAN
Cara rawatannya sangat mudah. Tapi bila dah pernah jadi sekali, ada risiko untuk jadi lagi dan lagi hanya dengan pergerakan yang ringan. Doktor akan siap-siap pesan dah.
Safiyya selepas episod pertama itu, dalam seminggu siku dia terlari lagi 2,3 kali. Dia bergolek masa tidur, jadi semula. Dia main-main sorang, jadi semula.
Waktu ni kita masukkan sendiri dan mudah nak masuk.
Tapi selepas seminggu dua, alhamdulillah tiada lagi sampailah sekarang umurnya dah 4 tahun.
CARA ELAK
Jadi macam mana nak elakkan?
Elakkan tabiat menarik atau sentap tangan anak dengan kuat seperti dalam gambar.
Anak mengamuk adalah perkara biasa bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil. Cabaran bermula apabila si kecil mencecah 1 tahun hingga 3 tahun.
Namun, terdapat perbezaan besar antara tantrum dan meltdown. Tantrum biasanya ialah ledakan emosi yang lebih ringan, di mana seorang kanak-kanak masih mengekalkan beberapa kawalan terhadap tingkah lakunya.
Ini bertentangan dengan meltdown di mana seorang kanak-kanak kehilangan kawalan sepenuhnya sehingga tingkah laku hanya berhenti apabila ibu bapa dapat menenangkannya.
Perkongsian daripada Puan Wawa Shauqi ini memberikan panduan kepada ibu bapa untuk berhadapan dengan situasi tantrum atau meltdown ini. Yang pasti kedua-duanya memerlukan pengendalian yang berbeza.
Tantrum Atau Meltdown?
“Segan Wa, nak bawak anak berjalan. Takut menyusahkan orang. Kite ni tak kuat bila tengok orang pandang serong bila anak kita buat benda yang pelik.”
Ini luahan salah seorang sahabat saya yang anak autistik. Kesian sangat. Kalaulah lebih ramai yang faham, dunia ini lebih terbuka untuk anak autistik ini teroka.
JANGAN PANDANG SERONG
Sebenarnya bukan anak autistik je yang berisiko dipandang serong. Anak tipikal pon sama. Kalau bawak ke mall tiba-tiba anak berguling-guling kat lantai, cuba kita perati orang sekeliling.
Mulalah ada yang soksek-soksek. Mata diorang hujung-hujung je tengok kita.
“Ish. Mengada-ngadanya anak dia. Ni mesti sebab manja sangat!” “Kalau aku ada anak esok, anak aku takkan perangai macam ni.” “ Apa masalah mak dengan ayah dia ni? Bagi je lah apa anak dia nak.”
Mohon sesiapa yang membaca ini, bila nampak insiden budak menjerit/ mengangis berguling-guling, kalau ada sedikit di hati terdetik nak cakap ayat yang seumpamanya, mohon tolak muka, pandang ke tempat lain dan silalah berlalu pergi.
IBU BAPA PUN CUBA UNTUK KEKAL RASIONAL
Percayalah, ibu ayah yang menghadapi insiden tersebut kecik-besar-kecik-besar je nak join anak berguling sekali. Nak kekal rasional kemain sukarnya amboi.
Kalau di rumah, mungkin boleh melepaskan ngauman sedas-dua. Tapi di depan public, kalau salah tindakan, habis viral & kena kecam.
Cuba letakkan diri kita dalam diri ibu bapa yang mengadap anak tantrum/ meldown ini. Apa rasanya bila anak yang kita yakin di rumah perilaku adorable bak panda atau pendiam bak burung hantu, tiba-tiba bertukar ganas bak rasaksa bila di tempat awam?
Helpless kan. Kalau boleh nak bagitau sorang-sorang yang memandang, “Anak saya kat rumah tak macam ni.”
Dulu saya pernah tanya seorang Psikologis, apa nak buat kalau anak tantrum? Sejujurnya, saya tak berapa berpuas hati dengan jawapan beliau.
Bila saya baca Aiman Amri punya buku Autism : Unik atau Pelik, owh…barulah saya tau. Rupanya saya yang salah tanya soalan.
Sepatutnya saya tanya, ‘apa nak buat kalau anak TANTRUM? Bagaimana pula kalau anak MELTDOWN?’.
Sebab tantrum dan meltdown tu 2 benda yang berbeza. Dari luaran nampak sama je. Anak mengamuk berguling-guling kat lantai. Mengangis tak berhenti macam hidung tercabut atau buntut kena libas.
Saya sarankan semua ibu bapa tak kira anak tipikal mahupun yang ada anak autistik, bacalah buku tulisan Psikologis Aiman ni. Buku ni asas untuk faham dunia anak-anak yang unik.
Dalam buku ni, penulis ada cadangkan kaedah nak handle tantrum dan meltdown. Tapi cadangannya bersesuaian untuk anak-anak autistik.
Pun begitu, kaedah yang dicadangkan beri gambaran yang baik untuk membezakan cara nak melayan anak tipikal yang tantrum dengan anak tipikal yang meltdown.
Apa beza tantrum & meltdown?
Tantrum & meltdown lebih kerap untuk anak usia 2 tahun. Perlahan-lahan akan berkurangan mengikut kematangan mereka nak handle emosi.
Berbanding anak yang autism, tantrum & meltdownnya lebih kerap. Dan fasanya lebih lama. Ada yang sampai dah umur 5 tahun pun masih tantrum.
Ini kerana keupayaan otak mereka untuk kendali emosi agak limit.
Maklumlah, otak mereka bekerja secara luar biasa.
Tantrum
– Tantrum ada 2 jenis. Kalau tantrum luaran, anak menangis & menjerit. Kadang-kadang boleh sampai ke tahap memukul, menendang dan mencederakan diri.
Kalau tantrum dalaman pula, responnya merajuk, yang mana mak kepada anak-anak saya pun selalu buat dulu, ehem.
– Kebiasaan anak-anak yang tantrum ni sebab nak kawal situasi. Lagi ayah tunjuk saspen, lagi mak tunjuk muka takut, lagi galak dia tantrum. Dia tau itulah senjata yang boleh dia pakai untuk dia menang dan dapatkan apa yang dimahu.
Selalunya untuk dapatkan benda-benda yang mak ayah strict nak bagi. Mainan, gula-gula, telefon dan sebagainya. Ada juga yang tantrum sebab protes taknak buat apa diminta.
Meltdown
Lain pula dengan meltdown.
Anak kebiasaannya hilang kawalan terhadap diri sendiri. Mereka belum memahami ke-tak-sedap-an perasaan yang mereka rasa. Jadi ia diluah dengan cara yang tak menyenangkan.
– Mereka bukan mengada. Bukan juga sebab mak ayah tak pandai didik.
Semasa meltdown, anak autistik ini sendiri ‘menderita’ menanggung kesan kecelaruan neurologikal yang dialami.
Anak autisme deria badan sensitif
Kalau kita yang biasa ni mampu menapis input hasil stimulasi yang masuk ke otak. Tetapi, untuk anak autism, deria badan mereka sangat sensitif.
Bila deria mereka terlebih mendapat stimulasi sehingga mencapai batasan/ had yang mampu untuk mereka terima, mereka hilang kawalan dan meletup.
Itu sebab ibu dan ayah anak autistik selalu mengecualikan kenduri, pasar dan mall untuk bawa anak berjalan.
Bunyi hingar, pencahayaan dan objek di sekitar akan jadi punca stimulasi yang keterlaluan untuk diterima otak mereka.
Jujur saya katakan. Saya malu. Saya segan dengan mak ayah yang ada anak autistik. Mereka sangat kuat dan sabar.
Kalau kita rasa kita dah banyak bekorban kerana anak, mereka apatah lagi. Kalau kita rasa tak boleh pergi panggung waktu anak kecil, mereka mungkin tak boleh pergi sampai anak dah besar.
Kalau kita rasa susah nak melayani kerenah anak-anak kita, mereka yang mendepani anak berfikiran unik ni apatah lagi.
Pun begitu, having autistic child is a blessing. Gaya fikirnya mungkin menjadikan mereka tidak sama seperti anak yang lain, tapi ia boleh jadi kelebihan dalam beberapa aspek.
Anak autisme mempunyai pelbagai keupayaan
Sebab ada yang high function, pandai melukis, bijak muzik, hebat matematik malah ada punya keupayaan menganalisis fungsi mekanikal sesuatu mesin dan apa yang tak kena dalam badan seseorang yang sakit.
Tabik hormat kepada mereka!
Apa punya panjang daa membebel. Belum lagi cerita macam mana nak handle. Sebelum ada yang minta saya lukiskan, ni haa. Saya dah siap lukis dah, kaedah nak handle anak tipikal tantrum dan meltdown.
Untuk anak autistik, kita pinjam nota dari buku Autism : Unik atau Pelik tulisan Aiman Psikologis ni.
Jangan lupa sebelum bertindak, kena kenal pasti dulu anak guling-guling sebab tantrum ke meltdown. Atau sengaja buat exercise nak kurangkan lelemak berlebihan di badannya.
Mendidik anak lelaki biasa membuat kerja rumah bermula dengan tugas sekecil mengemas permainan sendiri patut diterapkan sejak mereka kecil lagi supaya dia membesar sebagai anak lelaki yang bertanggungjawab terhadap ibu bapanya dan isteri serta bakal anak-anaknya bila sudah berkahwin nanti.
Semoga ia menjadi contoh ikutan para ibu bapa lain dalam mendidik anak lelaki menjadi seorang yang bertanggungjawab.
Pa&Ma doakan semoga Yusuf membesar sebagai anak yang soleh dan menyenangkan hati mummy dan daddy.
Umur berapa anak saya akan mula bersedia nak menyambung ayat? Ini antara yang ramai ibu bapa nak tahu kan. Di awal usia anak setahun, biasanya anak akan mula mengeluarkan satu patah perkataan.
Perkembangan ini dah dianggap normal. Contohnya mama, papa, susu, makan, tidur, bola, baby dan sebagainya.
Menurut Patologis Pertuturan Bahasa, Aishah Kassim untuk kanak-kanak bersedia menyambung ayat, anak-anak perlu ada ciri ini.
✅ Menggunakan pelbagai jenis perkataan – kanak-kanak perlu tahu menggunakan/menyebut lebih daripada kata nama (nama-nama objek, orang dan tempat). Apabila kanak-kanak mula menggunakan perkataan seperti kata kerja/perbuatan (bagi, nak, jom), kata sifat (panas, besar, cepat) dan posisi (atas, dalam, luar), mereka sudah mempunyai asas untuk menggabungkan perkataan bersama.
✅ Menyatakan 2 idea – sebelum kanak-kanak menyatakan 2 idea dalam bentuk ayat, mereka biasanya akan menggunakan gesture terlebih dahulu. Contohnya seperti mereka menyebut “Mama” sambil tangan menunjuk kepada susu, mereka sedang menyatakan 2 idea iaitu: mereka nak ibu memberikan susu. Atau kanak-kanak membuat aksi “besar” menggunakan tangan sambil menunjuk kepada kereta: mesej yang disampaikan mempunyai 2 idea iaitu kereta yang besar.
Biasanya, kanak-kanak akan menyambung ayat bila berusia hampir dua tahun, Jika dua tahun masih belum sambung ayat lagi, bolehlah tengok skil yang diterangkan sama ada dah ada ke belum.
Jika semua ini dah lengkap, proses itu akan berlaku secara semulajadi dan anak akan faham dengan sendirinya.