Isu pengusaha taman asuhan kanak-kanak (taska) yang enggan menerima bayi bawah usia setahun semakin meresahkan ibu bapa di Selangor.
Kerajaan negeri menganggap perkara ini sebagai aduan serius kerana ia mendorong sebahagian ibu bapa mencari alternatif lain termasuk menghantar anak kepada pengasuh tidak berdaftar, sekali gus membuka risiko keselamatan.
Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, Anfaal Saari berkata, situasi ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia berkait rapat dengan kesejahteraan dan keselamatan anak-anak kecil.
“Kita bimbang akhirnya ibu bapa terpaksa berpindah kepada pengasuh di rumah yang tidak berdaftar, sekali gus menyebabkan isu keselamatan dan pemantauan timbul,” katanya.
Menurut beliau, pihaknya telah mengadakan sesi libat urus bersama pengusaha taska dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Selangor untuk mendengar cabaran serta mencari penyelesaian terbaik.
Ads
Sehingga kini, terdapat 1,300 taska berdaftar di Selangor manakala sebahagian lagi masih beroperasi tanpa pendaftaran rasmi.
Usaha Kerajaan Negeri
Imej sekadar ilustrasi (dihasilkan menggunakan AI)
Kerajaan negeri memperuntukkan geran pusat penjagaan sebanyak RM400,000 bagi membantu operator taska berdaftar meningkatkan kualiti perkhidmatan.
“Usaha ini lebih kepada outreach, bukan menghukum. Kita juga ambil kira faktor kenaikan gaji minimum kepada RM1,700 bermula 1 Ogos selain aspek keselamatan,” jelas Anfaal.
Beliau turut mengakui caj bulanan antara RM500 hingga RM700 yang dikenakan pengusaha taska pada masa ini tidak mencukupi untuk menampung kos operasi, menyebabkan ramai pengusaha tertekan.
Oleh itu, kerajaan negeri mencadangkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) supaya mempertimbangkan pemberian subsidi kepada operator berdasarkan bilangan anak dihantar, bergantung kepada pendapatan ibu bapa.
Ads
“Setakat ini belum ada subsidi, namun kita boleh usulkan kerana melihat pengusahaan taska ini penting untuk menyokong ekonomi dan memberi ketenangan kepada ibu bapa bekerja,” katanya lagi.
Cabaran Sektor Asuhan Awal
Sebelum ini, laporan Sinar Harian mendedahkan sektor asuhan awal kanak-kanak berdepan cabaran besar apabila 35 hingga 40 peratus pengusaha taska berdaftar di seluruh negara menghentikan perkhidmatan penjagaan bayi bawah usia setahun. Situasi ini semakin memburuk kerana ada negeri-negeri tertentu langsung tidak menyediakan perkhidmatan mengasuh bayi kecil.
Ads
Tip Untuk Ibu Bapa
Imej sekadar ilustrasi (dihasilkan menggunakan AI)
1.Sebelum memilih taska atau pengasuh, pastikan mereka berdaftar dengan JKM.
2.Semak tahap keselamatan persekitaran dan kelengkapan taska.
3. Perhatikan nisbah pengasuh kepada bayi untuk memastikan anak dijaga dengan rapi.
4. Jangan segan bertanya tentang latihan atau sijil pengasuh.
Langkah-langkah ini bukan sahaja menjamin kesejahteraan anak, malah memberi ketenangan fikiran kepada ibu bapa yang bekerja.
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Usia bukan halangan. Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj kini bergelar mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh baginda di laman TikToknya, baginda berkongsi beberapa foto memegang kad pintar UIA yang tertera International Institute of Islamic Thought and Civilization universiti tersebut dengan senyuman yang cukup manis.
“Kembali ke sekolah, doakan saya!” titah baginda di ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakyat meluahkan rasa teruja apabila mengetahui baginda menjadi salah seorang mahasiswa UIA malah memuji kegigihan baginda untuk terus mengejar ilmu.
Wargamaya juga turut menitipkan doakan agar segala urusan baginda dipermudahkan sepanjang pengajian kelak.
Dikenali kerana watak antogonis, lakonan Zul Huzaimy tidak perlu dipertikaikan lagi. Tidak pernah gagal menjiwai satu-satu watak yang diamanahkan kepadanya, pelakon serta pengarah berbakat besar ini mempunyai peminatnya sendiri.
Memiliki raut wajah yang serius, siapa sangka Zul mempunyai anak perempuan yang sangat comel hasil perkahwinannya yang kedua bersama Nur Ernawati Mohamad Nor sekitar tahun 2015 yang dinamakan Indah Armani.
Pasangan ini juga mempunyai seorang anak lelaki yang dinamakan sebagai Indra Arjuna. Bukan hanya Indah bahkan Indra juga mempunyai rupa paras yang cute dan sangat fotogenik. Kalau dilihat, kedua-dua mereka mempunyai gabungan wajah Zul dan Erna yang membuatkan rupa mereka unik dan comel.
Menerusi laman Instagram Zul dapat dilihat perkongsian foto Indah Armani yang kini berumur tujuh tahun. Anaknya juga sebenarnya model cilik yang banyak terlibat dengan sesi fotografi.
Antara video ketika Indah menjalani sesi penggambaran;
Puteri sulung Zul dan Ernawati ini juga turut terlibat dengan penggambaran iklan dan sebagainya. Ternyata, Indah mengikut jejak langkah ayahnya yang aktif dalam bidang seni. Tak mustahil Indah dan Indra akan menjadi pelapis pelakon berbakat besar di dalam industri seni Malaysia.
Untung sungguh dapat mak mentua sporting! Bukan mudah menantu nak dapat layanan yang begitu baik sekali seperti kasih sayang mak sendiri. Tapi hubungan itulah yang menjadikan hubungan Sheila Rusly dan menantunya Elisya Sandha begitu akrab sekali.
Seperti perkongsian Sheila Rusly di instagram, dia sanggup memasak mee kari bagi memenuhi permintaan Elisya yang dah lama teringin nak makan mee kari air tangannya.
Jadi sempena penutup pantang Sheila tunaikan permintaan tersebut dengan memasak mee kari special untuk anak dan menantunya. Memang buat semua orang terliur!
“Dia nak makan Mee Curry. Pantang 44 hari completed. Yeay!!”
Melalui video tersebut, nampak sedap sangat kuah mee kari yang dimasak Sheila. Lengkap dengan pelbagai jenis lauk tambahan khusus untuk menjamu seisi keluarga.
Elisya yang selamat melahirkan bayi perempuan pada Jun lalu berpantang di rumah Sheila Rusly. Walaupun Sheila sentiasa sibuk, kasihnya pada menantu dan cucu tak pernah diabaikan sama sekali.
Selesa dipanggil Nanny, Sheila dan Jinggo nampak begitu bahagia sekali dengan kehadiran Bunga Elhaq. Jika sebelum ini rumahnya sunyi, kini Bunga lah jadi penyeri.
Di ruangan komen, ramai yang memuji masakan Shiela Rusly nampak begitu sedap dan cara layanan baik terhadap menantu.
“Sayang sis Sheila dengan menantu, syok dapat mak mentua macam ni”
“Ni mak mertua yang awesome…inspirasi untuk semua”
“Ya Allah sis terbaik ibu mertua. Semoga sihat walafiat selalu sis..dan sentiasa dalam redha dengan keberkatan Allah SWT sekeluarga untuk kebaikan di dunia dan di akhirat ❤️”
“Adoiii gambar pun dah tau sedapp… moga kalian sentiasa dalam limpahan rahmat Yang Maha ESA.. 🤲”
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.