Guna konsep lipat baju dan ‘tuck in’ memang sangat mudah dan menjimatkan ruang. Lagi pun kalau anak kecil yang suka selongkar almari dan sepahkan baju, masih ada harapan lagi baju itu tak terlerai dari lipatan.
Hanya guna beberapa langkah ini, anda boleh buat. Hanya ikut je tip ini. Sesuai dibuat untuk baju anak-anak yang jenis sepasang dan kalau nak pakai pun tak adalah nak mencari pasangannya.
Ads
Perkongsian dari Puan Ikaa Baharin ini dengan langkah yang cepat akan memudahkan kerja ibu melipat kain. Lepas ni kena cuba ye!
Ads
1. Butangkan baju paling atas dan bawah. Kalau rajin butangkan semua pun boleh. 2. Terbalikkan baju. 3. Letak seluar , lipatkan bahagian kaki seluar ikut panjang baju.4. Lipatkan bahagian badan baju pastikan bahagian bahu lurus untuk buat “pocket”.5. Lipatkan lengan baju. 6. Lipatkan lagi sebelah.7. Lipatkan 1/3 baju. 8. Masukkan hujung baju ke bahagian belakang baju. 9. Dah siap !! *maaf tak berapa kemas jadi sebelah lebih pulak**nak tengok size dan jenama apa pun senang sebab boleh tengok label pada baju. Nak pilih baju pun senang*Taraaaaaaa !! Siap di lipat di susun di dalam bekas.
Senang kan. Jadi lepas ni anda boleh cuba buat. Confirm masalah baju lain seluar lain dah tak berlaku lagi lepas ni kalau nak dipakaikan pada anak.
Walau berapa pun nilainya, suami WAJIB beri nafkah untuk isteri. Nafkah tidaklah bersifat mutlak kerana setiap orang tidak sama kemampuannya. Ada yang kaya dan berkemampuan menyediakan semua keperluan dan ada pula sebaliknya.
Apa yang penting, suami memberikan komitmen dan melaksanakan tanggungjawab itu sebaik mungkin dengan memberi keselesaan kepada isteri, bukan kemewahan atau pembaziran yang melampau.
Seperti perkongsian Puan Maryam Elyas melalui pengalamannya sendiri, biarpun suami hanya kerja sendiri, kewangan tak tentu, namun suami sesekali tak pernah culas menjalankan tanggungjawabnya.
Nafkah bulan ni. Syukur Ya Allah, Kau masih anugerahkan kudrat bagi suamiku menggunakan tulang empat keratnya cari rezeki untuk tunai tanggungjawab sebagai seorang suami.
Sejak dulu, sejak memula kahwin, CikYam tak pernah mintak pun nafkah. Sebab CikYam tahu pendapatan dia jual burger dan buat servis angkut sampah tu tak sebanyak gaji CikYam makan gaji.
Tapi dia tetap hulur. Awal kahwin dulu, dia hulur RM5 tiap kali CikYam nak keluar pergi kerja. Kadang dia tak hulur duit tapi dia hulur bekal nasi atau mi yang dia masak.
Lepas tu, dia tukar style. Tak hulur kat tangan. Dia guna poket duit selit yang pernah viral tu.
Nak cuci mata keperluan dapur pada harga berpatutan, mama boleh klik sini
Sekarang ni, dia tukar style lagi guna duit ikat macam peraih getah. Haha. Amaun tu kadang sikit, kadang banyak. Ikutlah berapa dia dapat kumpul duit upah angkut sampah tu.
Bila CikYam dah hilang pekerjaan sebab Covid, dapat pulak duit macam ni, CikYam bersyukur sesangat. Sekurang-kurangnya rasa la macam masih ada gaji.
Bab nafkah ni jangan diambil remeh tau. Walau isteri lebih mampu, suami tetap wajib bagi nafkah. Sikit atau banyak, ikutlah kemampuan. Tapi kena bagi. Wajib bagi selagi kau ada daya nak cari duit.
Suami CikYam seorang OKU tapi syukur dia tetap rajin buat kerja walau bergelumang dengan sampah penduduk apartment ni. Dia ambik upah angkut sampah penduduk.
Percayalah, kalau suami ambil berat soal nafkah, Allah akan permudahkan urusan korang cari rezeki. Percayalah.
Banyak atau sikit nilai tu, itu bukan persoalan. CikYam tak kisah pun. Kalau sikit, CikYam terima. Kalau banyak, CikYam kegirangan. Biasalah orang perempuan, memang mata duitan, kan?
Tak semua orang ada gaji, tapi semua orang ada rezeki. Alhamdulillah
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Adat bila mendirikan rumah tangga, pada permulaanya serba-serbi kekurangan. Di awal perkahwinan pasangan suami isteri baru sahaja masuk fasa perkenalan, fasa baharu dalam kehidupan.
Banyak yang perlu dipelajari di awal perkahwinan. Sikap bertolak ansur, memahami sangat diperlukan pada saat-saat ini. Fasa ini juga dikenali sebagai fasa pertama dalam alam perkahwinan. Rata-rata pasti mengalami pengalaman yang sama yang dilalui oleh Encik Herman Sudil ini. Ikuti perkongsian beliau bagaimana mereka suami isteri daripada tiada apa-apa hinggalah berada di fasa yang selesa.
Kami tunang pada 07.07.07 dan sepatutnya berkahwin pada 08.08.08. Tetapi sebab saya jatuh miskin, tak cukup duit. Kami nikah pada 01.01.10 dengan majlis yang amat sederhana dan tiada honeymoon pun.
Walaupun majlis tak seberapa, kami tidak berhutang dengan sesiapa. Selepas majlis kami tiada bilik pengantin ataupun rumah nak balik so terpaksa sewa hotel murah di West Coast.
Saya amat sedih sebab tak mampu nak bagi apa-apa pada isteri saya tapi beliau tak kisah dan menerima saya seadanya.
Selepas sebulan nikah dan tumpang rumah kakak saya dua minggu dan rumah mertua dalam 2-3 minggu, kami jumpa sebuah rumah yang besar di Johor Bahru dengan harga yang murah untuk disewa.
Alhamdulillah, kami sewa rumah tu dalam 4 tahun sebelum membeli rumah sendiri hingga kini, (dah masuk tahun ke enam duduk rumah sendiri).
Awal waktu kami diirumah sewa hidup agak susah dan selalu kami beli barang di Tesco jam 10.30pm lagi 30 minit sebelum kedai tutup agar dapat harga makanan dan barang dapur yang offer.
Rumah kami kosong tiada satu furniture pun. Langsir pun takde hanya bantal dan selimut buat alas tidur dilantai aje. Alhamdulillah, walaupun serba kekurangan tapi kami bahagia.
Saya janji dengan isteri yang insyaAllah selagi kita usaha dan tidak tipu orang, Allah pasti akan bantu kita dan satu hari hidup kita akan selesa dan senang.
So untuk kaum lelaki yang bergelar suami, hargai pasangan hidup kita. Mereka menerima kita tatkala kita tiada apa-apa.
Mereka bersabar dalam kekurangan kita. Mereka doakan kejayaan kita siang & malam. Adil untuk kita memanjakan serta beri apa yang mereka idamkan bila kita dah selesa pula.
Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun disahkan meninggal dunia selepas dirempuh sebuah kereta ketika mangsa berlari ke tengah jalan. Difahamkan, kejadian cemas itu dipercayai berlaku di Kampung Wa, Dungun, Terengganu.
Dirempuh sebuah kereta
Memetik laporan Astro Awani, ketika kejadian mangsa yang dikenali dengan nama Mu’tahal Assalami bersama ibu bapa dan enam orang adik-beradiknya yang lain berada di hadapan sebuah restoran untuk makan malam.
Menurut bapa, Assalami Ahmad ketika dia sedang memeriksa suhu, pegangan tangan anaknya itu terlepas dari genggamannya.
Anak lelakinya berusia tiga tahun itu kemudian terus berlari ke tengah jalan sebelum dia dirempuh sebuah kereta jenis Perodua Kancil. Difahamkan, pemandu wanita tersebut tidak sempat mengelak lalu melanggarnya.
Saya sedang tulis nama, pegang anak sebelah, kemudian dia sentap tangan dan lari ke jalan, saya kejar tetapi tidak sempat. Kereta itu laju, kemudian melanggar anak, dia terpelanting. Saya angkat (tubuhnya) dan lihat anak sudah tiada.
Mangsa yang mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan anggota badan disahkan meninggal di lokasi kejadian.
Mayat mangsa kemudian dihantar ke unit forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan, APJ 1987.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Supt Baharudin Abdullah mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketahui 10 tanda anak gifted yang sering ibu ayah terlepas pandang. Panduan penting untuk memahami potensi luar biasa anak dan cara membimbing mereka dengan betul.