Teknik Lipat Baju ‘Tuck In’. Lagi Kemas, Tak Mudah Terlerai & Jimat Ruang

Share

Guna konsep lipat baju dan ‘tuck in’ memang sangat mudah dan menjimatkan ruang. Lagi pun kalau anak kecil yang suka selongkar almari dan sepahkan baju, masih ada harapan lagi baju itu tak terlerai dari lipatan.

Hanya guna beberapa langkah ini, anda boleh buat. Hanya ikut je tip ini. Sesuai dibuat untuk baju anak-anak yang jenis sepasang dan kalau nak pakai pun tak adalah nak mencari pasangannya.

Perkongsian dari Puan Ikaa Baharin ini dengan langkah yang cepat akan memudahkan kerja ibu melipat kain. Lepas ni kena cuba ye!

1. Butangkan baju paling atas dan bawah. Kalau rajin butangkan semua pun boleh. 2. Terbalikkan baju. 3. Letak seluar , lipatkan bahagian kaki seluar ikut panjang baju.
4. Lipatkan bahagian badan baju pastikan bahagian bahu lurus untuk buat “pocket”.
5. Lipatkan lengan baju. 6. Lipatkan lagi sebelah.
7. Lipatkan 1/3 baju. 8. Masukkan hujung baju ke bahagian belakang baju. 9. Dah siap !! *maaf tak berapa kemas jadi sebelah lebih pulak*
*nak tengok size dan jenama apa pun senang sebab boleh tengokpada baju. Nak pilih baju pun senang*
Taraaaaaaa !! Siap di lipat di susun di dalam bekas.

Senang kan. Jadi lepas ni anda boleh cuba buat. Confirm masalah baju lain seluar lain dah tak berlaku lagi lepas ni kalau nak dipakaikan pada anak.

Sumber: Ikaa Baharin

IKLAN