Biasanya bab duit orang perempuan yang lebih peka. Tak kisahlah perbelanjaan barang dapur atau beli keperluan keluarga, isteri dikategorikan sebagai ‘akauntan’ dalam rumah tangga.
Sebab tu dalam bab menabung isteri memainkan peranan penting. Suami tak boleh nak kata apa-apa kerana ini untuk kebaikan bersama. Tu sebab jika nak pergi bercuti bawa anak-anak, teringin nak beli barang kemas, isteri sanggup simpan duit senyap-senyap. Semua ni untuk memudahkan suami juga kan!
Seperti perkongsian seorang suami, Muhammad Hassan, beliau kongsikan cara menarik isterinya menabung tepi mesin basuh. Duit-duit yang dimasukkan ini adalah baki dalam poket seluar atau baju suami. Paling bestnya hasil yang dapat tu lebih seribu.
Genap setahun wife saya menabung hanya ditepi mesin basuh sahaja. Tadi saya pecahkan tabung dengan arahan wife. Setelah dkira jumlah duit terkumpul adalah sebanyak RM1424.(Tidak termasuk duit syiling).
Tipsnya mudah: Pergi kedai DIY beli tabung yang murah dan tidak boleh dibuka,letak tepi mesin basuh.
Kedua: Sebelum basuh seluar dan baju suami, seluk dalam poket. Baca bismillah, insyaallah jumlah duit baki yang suami tinggal.
Ketiga: Maklumkan kepada suami yang kita letak satu tabung di sebelah mesin basuh, jadi bila suami tiba-tiba rajin, dia akan pergi masukkan duit baki beli barang, atau baki bayar tol.
Keempat: Jika terjumpa duit baki dalam kereta suami, dalam bilik, ruang tamu atau mana mana sahaja dalam rumah kita, sila ambil dan masukkan ke dalam tabung.
Ads
Kelima: Asalkan ada duit lebih sila masukkan dalam tabung, jangan dok gatal-gatal nak simpan dalam poket balik. Cukup setahun pecahkan tabung dan kira. Setelah kira pergilah simpan dalam bank atau pergi beli rantai emas.
Tadi wife saya cakap 10% sedekahkan kepada masjid. Moga bermanfaat untuk mak mak sekalian.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan sahaja simpanan untuk masa depan kita, simpanan untuk anak-anak juga teramat penting untuk memastikan anak-anak hidup selesa malah punya simpanan sendiri untuk kegunaannya belajar di masa hadapan.
Pun begitu, keluar ke bank di musim pandemik ini bukan alasan tepat. Ada baiknya mak ayah terus menyimpan dengan cara yang dikongsikan semula oleh Mohd Shukri Zulkipli ini sahaja. Lagi cepat dan paling penting tanpa caj!
Simpan Duit ke Tabung Haji Tanpa Caj
Selalu kalau korang nak masuk duit ke akaun TH korang buat macam mana eh? 1. Pergi cawangan? 2. Guna ATM? 3. Potong Gaji? 4. Transfer Online Banking? 5. Atau cara lain?
Musim PdPR dan WfH ni sebaiknya tak yah lah nak bergerak ke sana ke sini. Ke sana ke sini. Ke sana ke sini. Ah sudah, ternyanyi pulak lagu remix PM Muhyiddin
Kalau sebelum ni nak transfer ke TH dari Maybank ke Bank Islam atau bank-bank lain, dia ada caj RM1 setiap transaksi. Kadang-kadang ada orang tak perasan caj tu. Apa la sangat seringgit tu.
Takkan nak jimat seringgit tapi habiskan duit minyak, bayar parking 60 sen, bateri hp nak scan MySejahtera dan tenaga dari lemak WfH yang kerjanya buka peti ais je tu.
Tapi kalau nak buat pindahan secara percuma tu, boleh guna cara ni. Betul Free, Tanpa caj kepada kita.
1. Log masuk ke perbankan internet pilihan
2. Pilih JomPAY
3. Isi maklumat transaksi yang diperlukan dan sahkan transaksi
*Biller Code – 60228 *Biller Code Name – Tabung Haji-Deposit
*Ref-1 – Nombor Akaun TH (15 digit) *Ref-2 – jika ada
*Amaun (RM)
4. Ikut arahan hingga selesai
Hanya akaun TH yang aktif akan dikreditkan, atau sebaliknya dana akan dikembalikan. Pendeposit diminta untuk memeriksa status akaun TH mereka dengan menghubungi THCC di talian +603-6207 1919 atau menggunakan app THiJARI.
Selamat beramal. Jangan tunggu lagi. Penuhkan TH korang at least RM10k.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wabak coronavirus yang melanda sering dikaitkan dengan masalah pernafasan. Mana tidaknya, simptom yang diuar-uarkan seperti batuk dan sesak nafas memang tertumpu kepada masalah organ paru-paru. Itu merupakan kaedah utama penyebaran virus novel korona.
Di saat orang ramai sibuk menutup mulut, membeli topeng untuk melindungi diri daripada dijangkiti oleh wabak coronavirus, kajian terbaru telah mengesahkan bahawa wabak coronavirus baharu boleh tersebar melalui laluan fecal-oral.
Walaupun cara penyebaran melalui sisa perkumuhan ini merupakan maklumat baharu yang telah disahkan oleh kajian sains, tapi saintis tidak terkejut. Ini berikutan virus novel korona (COVID-19) ini sering dikaitkan dengan virus korona sindrom pernafasan akut teruk (SARS-CoV).
Persamaan di antara kedua-dua virus ini dipersetujui oleh kebanyakan ahli akademik sehinggakan ia pernah digelar sebagai SARS-CoV-2.
Suatu ketika dahulu, kajian menunjukkan bahawa SARS-CoV boleh tersebar melalui sisa air kencing pesakit. Sampel virus tersebut juga jelas terzahir pada sampel najis menunjukkan SARS-CoV bukan hanya tersebar melalui batuk atau bersin.
Perkara ini, walaupun tidak mempunyai implikasi yang agak dahsyat kepada orang awam, tapi boleh membahayakan golongan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam merawat pesakit. Tanpa memakai alat perlindungan diri, mereka mudah untuk dijangkiti oleh sampel sisa perkumuhan pesakit walaupun ia jarang berlaku.
10 peratus daripada jumlah pesakit yang disoal selidik di Hospital Wuhan (14 daripada 138 orang pesakit) mengalami simptom gastrousus seperti cirit-birit, loya dan muntah sebelum menunjukkan simptom pernafasan.
Tanpa mengetahui tentang peranan virus novel korona terhadap sistem gastrousus, simptom sebegitu pastinya dirawat sebagai masalah keracunan makanan walhal daripada sejarah pesakit, ia jelas menunjukkan risiko jangkitan wabak coronavirus.
Pesakit pertama yang didiagnosis di Amerika Syarikat turut mengalami simptom cirit-birit, 2 hari sebelum demam dan sesak nafas berlaku. Ia bukanlah simptom utama namun wajar diambil kira.
Mereka yang mengalami cirit-birit dan mempunyai hubungan secara langsung dengan mereka yang positif wabak coronavirus atau baru pulang dari Wuhan perlu disiasat dengan lebih lanjut.
Titisan udara masih cara utama wabak coronavirus tersebar wabak coronavirus, virus novel
Walaupun kajian soal selidik di China tersebut menunjukkan cara penyebaran terbaharu virus novel korona, namun cara utama masih melalui titisan udara.
Mereka yang mengalami simptom selesema perlu memakai topeng muka bagi mengelakkan virus tersebut daripada tersebar.
Topeng tersebut hanya betul-betul berkesan bagi menghindarkan penyebaran virus. Ia tidak berapa berkesan dalam menghindarkan anda daripada dijangkiti virus.
Jadi, bagaimana cara untuk anda melindungi diri daripada dijangkiti oleh wabak coronavirus?
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyarankan amalan cuci tangan dengan menggunakan sabun dan air.
Ia ternyata berkesan dalam membasmi virus novel korona tersebut melalui pelbagai kajian. Pernah juga tular di Facebook berkenaan dengan eksperimen ringkas menunjukkan perbezaan di antara penggunaan air dan sabun serta hand sanitizer terhadap penjagaan roti daripada kulat.
Air dan sabun bukan sahaja berupaya untuk membasmi majoriti mikroorganisma, tapi ia juga boleh digunakan pada tangan yang kotor. Hand sanitizer cuma boleh digunakan pada situasi di mana tidak terdapat air dan sabun.
Kepekatan alkoholnya mestilah berada pada paras 60% dan ke atas, jika tangan anda kotor, basuh tangan anda menggunakan air terlebih dahulu. Melalui langkah pencegahan ini, wabak coronavirus baharu boleh dikawal dengan baik.
Individu yang kerap bersin dan batuk juga perlu mengamalkan teknik/ etika yang betul. Bagi virus yang disebarkan melalui titisan udara, berdiri pada jarak 2 meter daripada individu lain mampu menghindarkan penyebaran virus.
Tutup mulut anda menggunakan tisu dan buang tisu tersebut selepas digunakan.
Tempoh jangka hayat virus di dalam sisa perkumuhan wabak coronavirus
Walaupun kajian yang dijalankan di Jerman menunjukkan bahawa virus korona novel boleh hidup di luar badan manusia dalam tempoh 9 hari, namun ia berbeza mengikut permukaan objek.
Kajian tersebut menggunakan tombol pintu dan barangan lain namun tidak mengambil kira sampel najis yang mempunyai kadar lembapan yang agak tinggi. Semakin tinggi kadar lembapan, semakin panjanglah jangka hayat virus tersebut di dalam sampel yang tercemar.
Buangan sisa klinikal selepas melakukan ujian makmal atau kajian perlu dilakukan dengan betul. Jika tidak, mereka yang menguruskan sisa klinikal tersebut berisiko untuk mendapat wabak coronavirus baharu kelak.
Masih tiada lagi maklumat lengkap berkenaan dengan jangka hayat COVID-19 di luar badan. Virus SARS-CoV hanya boleh bertahan selama 24 jam di luar badan manusia, namun pada sampel najis, jangka hayatnya meningkat 4 kali ganda kepada 4 hari.
Jika virus novel korona mempunyai sifat yang sama, ini bermakna, ia berupaya untuk terus menjangkiti individu lain dalam tempoh masa melebihi sebulan.
Penyebaran melalui najis merupakan cabaran baharu dalam membendung wabak coronavirus yang melanda terutamanya di kawasan hospital.
Maklumat berkenaan dengan cara penyebaran baharu virus ini menunjukkan bahawa kita perlu memberikan tumpuan kepada simptom gastrousus juga. Walau bagaimanapun simptom pernafasan seperti batuk dan sesak nafas tetap menjadi gejala utama dalam mendiagnosis pesakit.
Jika seseorang itu mengalami muntah, loya dan cirit-birit, nasihatkan mereka untuk berjumpa dengan doktor. Perkara ini terutamanya jika mereka pernah berhubung dengan pesakit wabak coronavirus.
Hiasan dalam rumah sebenarnya salah satu cara terapi diri buat ahli keluarga. Tak kisah rumah besar atau kecil, jika susun aturnya kemas secara tak langsung dapat memberi ketenangan.
Lagi satu dalam mendekorasi rumah, barang yang dibeli tak semestinya mahal atau berjenama. Jika kreatif tetap akan nampak lawa. Seperti perkongsian seorang pengguna FB di Group Deko Dengan Kedai ECO, Anis berkongsi caranya mendeko ruang makan yang sangat lawa walaupun bajetnya tak sampai RM50 untuk membeli hiasan.
Kali ni Anis nak share deko ruang makan yang 80% menggunakan barang dari #ecoshop dengan harga tak sampai RM50 tauu.
Rezeki Anis dapat rumah memang dah cantik cuma touch up sikit-sikit dah boleh dating makan-makan dengan husband feeling-feeling macam tengah dating dekat cafe. Janji kita duduk rumah. Stay Safe semua, jangan lupa amalkan SOP bila keluar, pakai mask, pakai sanitizer, jaga diri , keluar rumah jika perlu saja.
Berikut Anis senaraikan barang dekat gambar ya untuk panduan.
Gambar ni husband ambilkan masa dia mula datang tengok rumah
Selepas ubah suai dan cat putih nampak lebih luas. Semua barang dari #ecoshop kecuali jam dan pasu kaca.
Rak ni dari #ecoshop tau, setiap satu rak anis gunakan 2 keping papan, gamkan pakai gam 3second je lepastu cat dengan lebihan cat yang ada. Sesiku L pon dari #ecoshop murah bebaloi sebab 2pcs RM2.10
Pasu kaca dengan lapik periuk bulat tu anis beli dekat ninso RM2.10 jugak
Total dekat sini cuma RM33.60 jaa tapi deko boleh nampak WOW kan?
Frame cactus tu dah memang gambar gituh comel je, bingkai frame kayu tu dah sedia ada.. Cactus comel, pasu putih, daun pegaga, bunga putih, topi semuaa dari #ECOShopMalaysia
Pokok montersa comel dalam botol kaca ni mestilah dari #ecoshop , lilit tali jute skit bagi masuk dengan tema ngam terus ! modal RM4.20 jaa murah sangat ! Hook kayu shomel kat dinding tu pon dari #ecoshop tauu
*Tikar buluh ni from ninso RM2.10 jugak yee.. Pokok gantung je dari Shopee harga dah lupaa
Frame cermin 4 segi tu dari ikea, tuan rumah tinggalkan anis ubah colour sikit terus jadi sexy
Tinggal beberapa hari sahaja lagi webinar Mama Tak Penat Susukan Anak akan berlangsung. Tahniah & terima kasih admin ucapkan kepada 1000 orang yang sudah mendaftar sebagai peserta webinar terbesar ini.
Mohon semua peserta untuk join Telegram Group Mama Tak Penat Susukan Anak di https://t.me/joinchat/a_u8xHQS-09mZDA1 kerana kita akan update segala info, itinerary webinar, pemenang cabutan bertuah, cara nak menang hadiah kuiz semasa webinar. Jadi penting ya untuk semua peserta join Telegram webinar. Bagi yang belum daftar sebagai peserta webinar, anda boleh daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ kemudian terus join grup Telegram webinar ya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!