Masa kanak-kanak merupakan masa yang paling penting dalam proses kehidupan manusia. Masa ini merupakan tahap awal pertumbuhan seorang anak untuk menjadi manusia dewasa, apakah dia akan menjadi manusia baik atau sebaliknya, adakah dia akan jadi ‘terror’ atau ‘terrorist’?
Mendidik anak boleh dilaksanakan dalam pelbagai cara iaitu, memberi nasihat, arahan, petunjuk, kelembutan, toleransi, penghargaan ataupun contoh teladan. Tapi kalau tak jalan juga, iaitu jenis yang tak makan saman, cara memberi hukuman dapat diterapkan.
Perlu diingat bahawa menghukum anak bukan hanya dengan memukulnya sahaja, tetapi hukuman boleh diberi dalam pelbagai cara, malahan kadang-kadang pemberian hukuman dengan cara memukul sangat tidak berkesan malah dapat menimbulkan impak yang negatif.
Di bawah ini disenaraikan 8 tip cara-cara memberi hukuman sebagai pendidikan kepada anak, diulangi, sebagai pendidikan kepada anak. Teknik menghukum anak ini sebagaimana yang disarankan oleh Ustaz Mohd Zawawi Yusoh dari Universiti Islam Antarabangsa.
Pandangan mata yang sinis
– Pandangan mata ibu bapa yang memancarkan rasa cinta dan kasih sayang dapat menanam rasa cinta dalam diri seseorang anak. Begitu juga pandangan mata yang sinis dapat menimbulkan peringatan pada si anak dan boleh membuat anak terdiam.
Ads
Keluarkan suara dari tenggorok
Bertukar Suara dan Intonasi sebagai tanda tidak bersetuju dan peringatan kepada anak terhadap apa yang telah dan akan dilakukannya.
Puji orang lain depan dia
Puji orang lain depan anak, tetapi dengan syarat untuk memberi contoh kepada si anak dan mendorong si anak untuk menjadi sebagus yang dipuji.
Buat-buat macam tak pedulikan si anak.
Buat-buat macam tak pedulikan si anak. Ini merupakan keterbalikan daripada sikap memberi perhatian yang dapat menanam rasa cinta pada diri anak. Contohnya, jika anak melakukan kesalahan dan hendak diberi hukuman, apabila si anak mengajak berbicara, maka palingkanlah wajah (konon-konon jual mahal la…) sehingga si anak menyedari kesilapannya. Dalam hal ini hendaklah dijelaskan kesalahannya dengan cepat dan tidak membiarkannya terus sebab peranan kita ialah mendidik bukan menyeksa.
Ads
Tidak bagi duit, tak mengajaknya berekreasi
Tidak bagi duit, tak mengajaknya berekreasi atau tidak memberikan sesuatu yang dia suka seperti basikal, bermain video game, menonton TV, berkunjung ke rumah teman, saudara atau seumpamanya.
Putuskan hubungan dengan anak tapi tidak lebih tiga hari
Putuskan hubungan dengan anak tapi tidak lebih tiga hari dengan niat untuk menghukumnya, hubungan harus kembali seperti biasa jika anak telah mengakui kesalahannya atau menyesali perbuatannya.
Ads
Beri ancaman
Beri ancaman dengan syarat ancaman tersebut tidak terlalu berat. Ancaman tersebut juga tidak boleh dilaksanakan sekiranya belum melewati tempoh yang diberikan untuk si anak mengakui dan memperbaiki kesalahannya.
Memukul sebagai alternatif terakhir
Memukul sebagai alternatif terakhir. Oleh itu tidak dibenarkan memukul kecuali telah dilakukan semua cara-cara mendidik dan menghukum lainnya. Memukul anak dapat dilakukan jika cara-cara yang lain tidak lagi berfungsi dan si anak telah mencapai umur, sebab anak yang belum mumaiyyiz tidak dapat membezakan yang benar atau yang salah serta tidak menyedari kesalahannya. Jika dilakukan juga dikhuatiri anak menerima impak negatif seperti tekanan jiwa/batin, terbiasa untuk memukul, rasa takut, kencing malam dan penyakit kejiwaan lainnya.
Demikian juga dilarang memukul anak di bawah umur 10 tahun, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W: Maksudnya: “Perintahlah anakmu menunaikan solat pada usia tujuh tahun, dan pukullah mereka kerana tidak melakukannya pada usia sepuluh tahun.”
Tentu ibu ayah risau apabila usia empat tahun masih lagi tidak lancar untuk bertutur. Tentu ada cara untuk rangsang anak bercakap. Untuk memastikan anak petah berkata-kata beberapa pendekatan perlu diberi perhatian supaya dapat memupuk perkembangan bahasa anak serta percakapannya. Ikuti panduan berikut untuk meningkatkan kebolehan bercakap mengikut tahap usianya.
1.Persekitaran kasih sayang
Bercakap, membaca, menyanyi, dan bermain dengan adalah aktiviti yang penting untuk perkembangan diri anak yang boleh merangsang otak anak. Berinteraksi dan mewujudkan satu persekitaran kasih sayang akan membantu anak mempunyai perasaan ingin tahu, membina keyakinan, dan menggalakkan satu kemesraan dengan bahasa. Sifat-sifat ini menyediakan satu asas yang kukuh untuk ucapan dan perkembangan bahasa. Sediakan tempat untuk membaca dalam ruang rumah agar ia adalah satu pengalaman yang selesa dan tidak berselerak. Jika menonton video atau televisyen bersama, berinteraksi dengan anak tentang apa yang dilihat dan apa yang jadi pada karakter tersebut.
2.Melibatkan anak dalam perbualan anda
Pada masa yang sama bercakap tentang nama mainan kegemaran dan lain benda-benda biasa sekitar rumah. Bercakap dengan perlahan dan dengan jelas, dan memuji percubaan anak menyebut. Hadkan waktu menonton televisyen sebaliknya banyakkan bacaan untuk anak setiap hari dan melebihkan melawat zoo, akuarium, muzium, dan taman-taman permainan agar merangsang lagi pembesaran kognitif dan bahasa mereka. Luangkan masa bersama anak-anak dengan bergurau dan bermesra dengan mereka ketika memandu atau mandi atau sebelum tidur dan sebagainya. Contohnya ketika anak membebel /ba, ba/ dan ketika itu beliau ingin mencapai abahnya, tiru bebelan anak dan bila ia memberi respons /ba/ lengkapkan /ba/ dengan perkataan ‘baba’ yang bermaksud ‘bapa’. Bermain sembunyi-sembunyi dengan anak dan bila bermain mainan dengan anak sertakan dengan bunyi-bunyian untuk menarik minat si kecil tersebut.
3.Ajaklah anak untuk bercakap tentang orang yang disukainya
Dengan penuh kasih sayang galakkan anak untuk bercakap dengan orang lain, termasuk kanak-kanak sepermainannya dan sebaya dengannya. Membetulkan bahasa anak dalam cara-cara yang positif dengan membuat ayat lain, berulang kali. Libatkan dirinya ketika membeli bahan bacaan. Dengan ini menggalakkan dia menyukai membaca buku itu. Membaca membantu menambahkan perbendaharaan katanya. Jika si anak menunjukkan objek kegemaran beliau tanpa bahasa, sampingkan istilah yang betul dan jelas untuk dijadikan contoh. Jadikan satu kebiasaan mengadakan perbualan yang interaktif , dan bukan satu hala, dengan anak-anak. Contohnya bercerita tentang apa yang anak buat hari itu atau memberi permasalahan kecil dalam perbualan bagi anak menyelesaikan seperti ‘hari ini kalau hujan, kita tak jadi pergi taman. Macam mana ya adik?” . Teknik berikut agak sesuai bagi anak yang berumur 2 hingga 3 tahun.
Berikut adalah tahap pertuturana anak usia empat tahun hingga lima tahun.
Empat tahun
*Mempunyai 1500 hingga 1600 patah perbendaharaan kata.
*Banyak bertanya soalan.
*Menggunakan bentuk ayat yang lengkap.
*Kadang kala, soalan ‘kenapa’ dan ‘bagaimana’ sukar untuk anda jawab.
Lima tahun
*Mempunyai 2100 hingga 2200 patah perbendaharaan kata.
*Boleh berbicara mengenai perasaan.
*Memahami ‘sebelum dan selepas’.
*Boleh mematuhi 3 arahan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Bagaimana nak buat jika anak murid ramai yang tidak pandai pegang pensel lagi? Tangan pun lembik dan lemah sahaja (lower muscle tone). Kat sekolah kena banyak pegang pensel.”
“Kadang-kadang saya tolong anak murid saya pegang pensel dan menulis, tapi mata dia tak pandang kertas pun.”
Aktiviti paling mudah untuk anak lakukan bagi kuatkan otot tangan
Antara rungutan guru-guru pendidikan prasekolah dan pendidikan khas yang didengari.
Pegangan pensel adalah salah satu daripada ‘school readiness’
Tidak boleh memegang pensel tandanya murid tersebut belum bersedia untuk menulis dan belajar, guru tidak boleh ‘expect’ mereka boleh belajar seperti dalam kelas yang guru mengajar di depan (you can imagine right?)
Perbanyakkan aktiviti melibatkan jari seperti membuka, memusing mainan dan sebagianya
Kalau masih tidak boleh memegang pensel, apa nak buat?
Kemahiran motor halus adalah aktiviti yang paling banyak dilakukan di sekolah!
Tips daripada seorang Occupational Therapist :
1️⃣ Lakukan aktiviti menguatkan otot tangan dan bahu. Banyak aktiviti kemahiran motor kasar yang boleh dilakukan.
2️⃣ Perbanyakkan aktiviti yang melibatkan gerakan memicit, memulas, meramas, mencucuk dan meregang pada otot bahagian tangan.
Motor performance skills in relation to school readiness activities.
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.