5 Teknik Pernafasan Bantu Kontraksi Bersalin, Ibu Tak Stress!

Share

Bila kontraksi mula datang, ramai ibu mula rasa cemas, panik dan takut untuk menghadapi kesakitan bersalin. Hakikatnya, selain sokongan suami dan doktor, teknik pernafasan bersalin yang betul juga boleh membantu ibu lebih tenang dan selesa sepanjang proses bersalin.

Ramai ibu tak sedar, bila badan terlalu tegang dan panik, kontraksi sebenarnya boleh terasa lebih sakit. Sebab itu teknik breathing sangat penting kerana ia membantu badan relaks, mengawal oksigen dan memberi fokus ketika contraction berlaku.

Berita baiknya, teknik ini mudah dipelajari dan boleh dipraktikkan sejak trimester ketiga lagi.

Kenapa Teknik Pernafasan Bersalin Penting Semasa Labour?

Ketika kontraksi berlaku, rahim sedang bekerja kuat untuk membuka serviks dan membantu bayi turun ke laluan kelahiran. Dalam masa sama, ibu biasanya akan:

  • Menahan sakit
  • Menjadi cemas
  • Mengetap rahang
  • Menahan nafas tanpa sedar

Keadaan ini boleh menyebabkan badan cepat penat dan kontraksi terasa lebih mencabar.

Dengan teknik pernafasan bersalin yang betul, ibu dapat:

  • Mengurangkan rasa panik
  • Membantu badan lebih relaks
  • Menjimatkan tenaga
  • Membekalkan oksigen yang cukup kepada bayi
  • Membantu ibu lebih fokus semasa contraction

Jenis Teknik Pernafasan Bersalin Untuk Legakan Kontraksi

1. Slow Deep Breathing

Teknik paling mudah dan paling disarankan untuk ibu pertama kali bersalin.

Ini merupakan teknik asas yang paling ramai ibu gunakan terutama ketika awal kontraksi.

Cara lakukan:

  • Tarik nafas perlahan melalui hidung
  • Isi paru-paru dengan penuh
  • Hembus perlahan melalui mulut

Contoh kiraan:

  • Tarik nafas selama 4 saat
  • Hembus perlahan selama 6 saat

Ulang beberapa kali sepanjang contraction berlaku.

Kenapa teknik ini bagus?

  • Sangat mudah dipelajari
  • Membantu badan cepat relaks
  • Sesuai untuk ibu yang mudah panik
  • Kurangkan ketegangan pada bahu dan rahang

Teknik ini paling disarankan kerana ia mudah diingat walaupun ketika sakit contraction semakin kuat. Ibu juga boleh mula berlatih di rumah sebelum due date.

2. Light Breathing

Sesuai bila kontraksi semakin kuat. Bila contraction mula rapat dan lebih sakit, ada ibu rasa sukar untuk ambil nafas panjang. Teknik ini membantu ibu fokus dengan ritma pernafasan pendek.

Cara lakukan:

Ambil nafas pendek dan ringan seperti:

“hee… hee… hoo…”

Contoh:

  • Dua nafas pendek
  • Satu hembusan panjang

Kelebihan:

  • Bantu ibu kekal fokus
  • Kurangkan rasa ingin menjerit atau tahan nafas
  • Membantu ibu hadapi contraction yang kuat

3. Teknik Lamaze

Teknik pernafasan popular dalam kelas antenatal.

Ramai ibu mungkin pernah dengar tentang teknik Lamaze. Ia sebenarnya gabungan pernafasan berirama untuk membantu ibu fokus ketika contraction.

Cara lakukan:

Gunakan pola tertentu seperti:

“hee hee hee hoo”

Atau:

  • 4 nafas pendek
  • 1 hembusan panjang

Kelebihan:

  • Membantu ibu lebih tenang
  • Alih perhatian daripada rasa sakit
  • Membantu pasangan turut sama memberi sokongan

Ramai suami akan bantu kira atau ikut breathing bersama ibu supaya ibu lebih fokus.

4. Pant-Pant-Blow

Digunakan bila rasa nak meneran terlalu awal.

Kadang-kadang ibu akan rasa sangat kuat untuk push walaupun bukaan belum penuh. Jika meneran terlalu awal, ibu boleh jadi lebih penat dan serviks boleh bengkak.

Cara lakukan:

“pant pant pant… blowww”

Nafas pendek beberapa kali diikuti satu hembusan panjang.

Fungsi teknik ini:

  • Elakkan ibu meneran terlalu awal
  • Kawal tekanan pada serviks
  • Membantu ibu tunggu arahan doktor atau bidan

5. Teknik Pernafasan Semasa Meneran

Digunakan ketika bukaan sudah penuh.

Apabila doktor atau bidan memberi arahan untuk push, ibu boleh gunakan teknik ini.

Cara lakukan:

  • Tarik nafas dalam
  • Fokus tenaga ke bawah
  • Hembus perlahan sambil meneran

Teknik moden biasanya tidak menggalakkan ibu tahan nafas terlalu lama kerana ia boleh menyebabkan ibu cepat letih.

Kelebihan:

  • Lebih selesa
  • Kurangkan keletihan
  • Oksigen lebih baik untuk bayi

Teknik Pernafasan Bersalin Paling Mudah Untuk Ibu Cuba

Jika ibu rasa susah nak ingat banyak teknik, jangan risau.

Teknik paling mudah dan paling praktikal ialah Slow Deep Breathing.

Kerana:

  • Mudah dilakukan
  • Tak perlu hafal pola rumit
  • Sesuai untuk semua peringkat contraction
  • Membantu badan cepat relaks

Ramai jururawat biasanya akan bantu ibu menggunakan teknik ini ketika awal bersalin.

Tips Supaya Teknik Pernafasan Bersalin Lebih Berkesan

1. Latih Sejak Trimester Ketiga

Jangan tunggu masuk labour room baru nak cuba. Lagi kerap ibu berlatih, lagi mudah badan ‘ingat’ teknik tersebut.

2. Longgarkan Bahu Dan Rahang

Ramai ibu tak sedar mereka mengetap gigi dan mengangkat bahu ketika contraction. Ini buat badan lebih tegang.

Bila mula contraction:

  • Turunkan bahu
  • Longgarkan muka
  • Relaks rahang

3. Fokus Pada Satu Titik

Contohnya:

  • Wajah suami
  • Jam
  • Dinding
  • Bacaan zikir

Ini membantu ibu lebih fokus dan kurang panik.

4. Jangan Tahan Nafas

Menahan nafas terlalu lama boleh buat ibu cepat penat dan pening.

5. Minta Suami Bantu Guide Breathing

Sokongan suami sangat membantu ketika contraction.

Suami boleh:

  • Ingatkan ibu tarik nafas
  • Bernafas bersama ibu
  • Bantu tenangkan ibu ketika panik

Kadang-kadang bila contraction terlalu sakit, ibu boleh terlupa teknik breathing. Di sinilah peranan suami sangat penting.

Kontraksi Pengalaman Mencabar

Kontraksi memang satu pengalaman yang mencabar, tetapi dengan teknik pernafasan bersalin yang betul, ibu boleh hadapinya dengan lebih tenang dan terkawal.

Tak perlu terlalu sempurna atau menghafal semua teknik. Yang paling penting ialah ibu cuba kekal relaks, bernafas dengan baik dan percaya pada kekuatan diri sendiri.

Setiap contraction sebenarnya membawa ibu semakin dekat untuk bertemu si kecil yang ditunggu selama ini.

Baca lagi: Kenali Anak ADHD, Hyperaktif Atau Terlalu Aktif?

Cara Bercakap Dengan Anak Kena Betul, Ada Kesannya Pada Perkembangan Anak

Sumber: Youtube Pa&Ma 

Published by
SRM