Teknik pernafasan yang betul akan memaksimumkan kandungan oksigen di dalam tubuh anda dan bayi lalu membantu anda mengatasi rasa sakit semasa bersalin. Cara bernafas yang betul sangat mudah untuk dipelajari.

Sebaik-baiknya, berlatih teknik berkenaan sepanjang tempoh kehamilan. Apa yang perlu dilakukan ialah tarik nafas dalam dan hembus nafas perlahan-lahan. Anda perlu faham bahawa cara bernafas yang salah boleh mengganggu proses bersalin. Selain daripada  itu, ia boleh membuatkan anda tidak mampu bertenang.

Ketahuilah, apabila anda tidak relaks dan berada dalam keadaan takut, secara tidak langsung, ia menyebabkan pernafasan menjadi cepat dan pendek. Pada masa yang sama, otot-otot tubuh terutamanya yang berkait rapat dengan proses kelahiran menjadi sangat tegang. Cara anda bernafas cepat – pendek atau turut dikenali sebagai panic breathing hanya akan mengurangkan bekalan oksigen dalam darah anda dan juga bayi.

Oleh sebab itulah, anda dan suami sangat digalakkan untuk sama-sama mengikuti kelas antenatal yang mempunyai slot khusus bagi mengajar anda berdua teknik bernafas yang betul. Seawal minggu ke-25 kehamilan, anda dan suami sudah boleh mengikuti kelas antenatal dan belajar teknik bernafas yang betul.

Peranan suami

Para suami sememangnya digalakkan untuk sama-sama belajar dan berlatih melakukan teknik bernafas yang betul. Di rumah suami boleh membuat teknik pernafasan bersama anda.

Teknik Pernafasan Betul Atasi Rasa Sakit Bersalin. Mama Kena Praktis Sejak HamilTujuan utama suami perlu belajar ialah kerana dialah orang yang lazimnya menjadi teman anda ketika di bilik bersalin. Apatah lagi, dia jugalah yang akan menjadi pembakar semangat ketika hendak meneran selain daripada membantu mengurangkan ketidakselesaan yang dialami setiap kali kontraksi menjengah.

Berbanding jururawat, anda tentu lebih selesa bersama dan mendengar arahan suami bukan? Dengan memegang tangan suami, anda berupaya untuk menuruti arahan dan tunjuk ajarnya untuk sama-sama bernafas dengan betul sewaktu berada di bilik bersalin nanti.Dengan yang demikian, suami anda perlu tahu teknik yang betul dan sama-sama bertenang agar pernafasan yang anda berdua lakukan adalah lancar dan berupaya mengurangkan rasa sakit yang dialami oleh diri anda.

Pernafasan masa meneran

Teknik Pernafasan Betul Atasi Rasa Sakit Bersalin. Mama Kena Praktis Sejak HamilSeharusnya anda mengikut gesaan yang datang melalui kontraksi untuk meneran apabila telah cukup 10sm. Anda boleh meneran beberapa kali selagi masih berasa gesaan untuk meneran. Pada ketika ini, anda tidak perlu menahan nafas lebih daripada lima saat semasa proses melahirkan. Ikuti langkah demi langkah teknik pernafasan dalam fasa ini.

IKLAN

Fasa 1: Air ketuban pecah

Fasa 2: Kontraksi bermula dan menyebabkan anda tidak selesa. Bermula daripada sini anda dan suami sudah boleh memulakan teknik bernafas yang pernah dipelajari di kelas antenatal.

Fasa awal kontraksi: Mulakan pernafasan dalam

IKLAN

Masa tiada kontraksi: Lakukan pernafasan normal

Kontraksi: Lakukan pernafasan dalam

Cukup 10sm dan bayi sudah bersedia: Kontraksi – curi nafas – tunggu arahan meneran – pernafasan dalam – teran sambil hembus kuat

IKLAN

Pernafasan normal

Tunggu kontraksi kedua dan lakukan pernafasan dalam dan teran

 

Segelintir ibu tidak bernafas dengan betul kerana ‘mencuri’ nafas lalu menyebabkan masuk semula ke saluran peranakan sehingga menyebabkan proses kelahiran menjadi lambat dan panjang.

Malah, risiko komplikasi semasa proses kelahiran juga boleh berlaku iaitu bahu bayi tidak melepasi faraj sedangkan kepalanya sudah berjaya keluar. Masalah ini dikenali sebagai masalah saraf bahu tersekat (erbpalsy) dan memerlukan doktor menarik bayi bagi mempermudah proses kelahiran.

Sekiranya anda tidak mengikut teknik bernafas yang betul, anda mudah keletihan. Oleh yang demikian, adalah diingatkan agar anda tidak meneran terlalu banyak kali sehingga kadang kala terpaksa ‘mencuri’ nafas. Anda perlu lebih relaks.

Teknik Pernafasan Betul Atasi Rasa Sakit Bersalin. Mama Kena Praktis Sejak Hamil

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI