Perkongsian dari pelakon dan usahawan jelita, Fazura, di Instagram baru-baru ini nyata mencuri perhatian ramai. Dalam video tersebut, kelihatan anak kesayangan Fazura, Nur Fatima Aisya begitu teruja apabila diberi peluang untuk menyolek wajah ibunya sendiri.
Dengan gaya penuh fokus dan senyuman yang tak lekang di bibir, Fatima memulakan “sesi tutorial” solekan versi anak-anak menyapu pemerah pipi di wajah Fazura dan kemudian mengenakan lipstik dengan penuh teliti.
Walaupun masih kecil, keletah Fatima yang comel dan bersungguh-sungguh buat ramai yang tersenyum melihatnya.
Apa yang mencuit hati apabila Fatima mengunakan salah satu solekan, dengan secara spontan memberitahu ibunya bagaikan ‘hantu’.
Tutorial solekan itu, biarpun dilakukan oleh fatima , namun Fazura akan merapikan solekan itu untuk menjadi lebih kemas.Maklumlah solekan kanak-kanak.
Apa yang pasti, dalam tempoh itu gaya Fatima yang jelas excited bila ibunya beri kepercayaan penuh untuk menjadi ‘makeup artist’ hari tu.
Ads
Momen sederhana ini menjadi detik bonding yang cukup indah antara ibu dan anak. Walaupun hanya bermain solekan, ia jelas menunjukkan betapa kuatnya hubungan dan kasih sayang antara mereka berdua.
NETIZEN KAGUM WAJAH POLOS FAZURA
Ads
Apa yang lebih menarik perhatian warganet, wajah Fazura yang tampil polos tanpa sebarang solekan juga dipuji ramai. Kulitnya kelihatan bersih, berseri dan tetap cantik walaupun tanpa makeup.
“Muka tanpa mekap pun tetap glowing!” “Fazura ni memang asli cantik… natural beauty,” komen sebahagian netizen yang terpesona dengan kecantikan semula jadi bintang terkenal itu.
Dalam pada itu, peminat mendoakan kebahagiaan Fazura dan Fatima. Ramai yang tersentuh melihat kasih sayang antara ibu dan anak ini serta memuji cara Fazura meluangkan masa berkualiti bersama Fatima walaupun sibuk dengan kerjaya.
Kadang-kadang, momen paling sederhana itulah yang paling bermakna. Dan video ini bukan sekadar sesi solekan suka-suka tapi satu kenangan indah yang akan mereka kenang selamanya.
Kisah pemergian tragis adik Zara Qairina, pelajar berusia 13 tahun, cukup meruntun jiwa seorang ibu bapa. Dalam prosiding inkues di Mahkamah Koroner, saksi mendedahkan bahawa arwah pernah meluahkan kata-kata yang kini menggetarkan hati setiap yang mendengar.
Menurut laporan Berita Harian, seorang rakan sebilik menceritakan bahawa Zara pernah bertanya soalan mengejutkan ketika mereka berdua berada di koridor asrama:
“Bagaimana kalau saya terjun dari tingkat 3? Kau sedihkah?”
Walaupun ditegur oleh rakannya agar tidak bercakap begitu, Zara hanya mendiamkan diri sambil merenung ke bawah dengan wajah murung.
Tiada Konflik, Tapi Murung Dalam Diam
Peguam Datuk Ram Singh memaklumkan, saksi yang sebilik dengan arwah tidak pernah mendengar Zara mengadu tentang buli, tekanan belajar atau masalah dengan pelajar lain. Mereka hanya berkawan biasa dan tidak pernah mempunyai konflik.
Namun, saksi menceritakan beberapa perkara kecil tentang perilaku Zara, antaranya lebih suka tidur di atas permaidani di lantai bilik kerana malas memasang cadar. Walaupun nampak remeh, perubahan tingkah laku begini boleh menjadi tanda awal keresahan yang tersembunyi.
Apa Yang Ibu Bapa Boleh Belajar
Kisah adik Zara adalah peringatan besar buat kita semua. Pada usia 13 tahun, anak-anak berada di fasa peralihan – daripada kanak-kanak menuju remaja. Ketika inilah emosi mereka lebih rapuh, mudah terkesan dengan tekanan kecil, dan ada kalanya mereka tidak tahu bagaimana mahu meluahkan perasaan.
👉 Perkara penting untuk ibu bapa lakukan:
Peka pada kata-kata anak. Walaupun berbunyi seperti gurauan, ucapan tentang mati atau mahu mencederakan diri adalah tanda bahaya.
Luangkan masa mendengar. Anak remaja tidak selalu terbuka, tapi bila mereka mahu bercerita, jangan cepat menghakimi.
Perhatikan perubahan kecil. Tidur di tempat berbeza, suka menyendiri, atau murung berpanjangan adalah signal penting.
Berikan sokongan emosi. Pelukan, kata sayang, dan keyakinan daripada ibu bapa adalah “ubat” yang mereka perlukan.
Kesedaran Tentang Kesihatan Mental Anak
Kes Zara Qairina menunjukkan bahawa isu kesihatan mental bukan hanya berlaku pada orang dewasa, malah boleh dialami oleh kanak-kanak dan remaja. Ibu bapa perlu buang rasa malu atau takut untuk mendapatkan bantuan pakar jika melihat tanda-tanda keresahan pada anak.
💔 Semoga kisah adik Zara Qairina membuka mata semua ibu bapa agar lebih peka dan prihatin. Anak-anak yang murung mungkin tidak meminta tolong secara langsung, tetapi mereka sebenarnya sangat memerlukan kita untuk mendengar, memahami, dan memeluk mereka sebelum terlambat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas sah bercerai pada 7 Oktober lalu, rezeki pelakon Fattah Amin dilihat semakin mencurah-curah. Di mana sahaja kemunculan actor kacak ini pasti mendapat perhatian ramai.
Pun begitu dalam kesibukan dan tumpuan ramai, Fattah tidak terlepas berkongsi masa dan ruang buat buah hatinya yang tersayang, Nur Fatima Aisya.
Terbaharu, bapa tunggal anak satu itu mendedahkan ada bertemu dengan puterinya, Fatima namun mengakui situasinya agak berbeza berbanding dulu.
“Baru-baru ini saya ada jumpa Fatima, cuma keadaannya tak sama.
“Tapi Alhamdulillah kami masih dapat berjumpa dan luangkan masa bersama,” luahnya.
Menerusi Instagramnya, bapa penyayang ini turut memuat naik momen bersama ketika meluangkan masa bersama Fatima.
Melalui gambar yang dikongsikan olehnya, Fattah dilihat turut bersama ahli keluarga, ibu dan ayahnya serta adik-beradik yang lain.
Meninjau diruangan komen, aksi comel dua beranak ini sudah semestinya mendapat perhatian ramai malah ada juga yang turut mendoakan buat keluarga kecil ini.
Terdahulu, Fattah yang sah bercerai dengan Fazura turut mendapat hak penjagaan anak dan bermalam bersama.
Dunia pendidikan Malaysia bakal melangkah ke fasa baharu yang lebih segar dan menyeronokkan! Mulai tahun 2027, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memperkenalkan Kurikulum Persekolahan 2027. Satu pembaharuan yang memberi penekanan kepada pembelajaran holistik, nilai murni dan pendekatan kreatif dalam bilik darjah.
Co-Teaching: Dua Guru, Satu Kelas Lebih Kreatif & Berkesan
Antara pembaharuan paling menarik dalam Kurikulum Persekolahan 2027 ialah kaedah ‘Co-Teaching’ atau pengajaran berpasukan, di mana dua guru akan mengajar dalam satu kelas secara serentak. Pendekatan baharu ini dijangka menjadikan sesi pengajaran lebih interaktif, menyeronokkan dan memberi lebih perhatian kepada keperluan setiap murid.
pendidikan-karakter-kpm
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menjelaskan bahawa pendekatan ini membuka ruang kepada guru untuk berkreativiti dan saling melengkapi antara satu sama lain dalam merancang serta menyampaikan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP).
“Dalam kaedah ini, dua guru bekerjasama sepenuhnya dalam satu kelas, bukannya guru dan pembantu pengajar. Gabungan dua tenaga pendidik akan menjadikan suasana PdP lebih menarik dan berkesan,” jelasnya.
Melalui kaedah co-teaching, guru bukan sahaja dapat menyampaikan pelajaran dengan lebih berkesan, malah dapat memberi tumpuan kepada pelajar mengikut tahap kemampuan mereka. Ujian rintis yang telah dijalankan melibatkan 130 guru menunjukkan hasil yang positif dengan pelajar lebih fokus, bersemangat dan suasana kelas menjadi lebih hidup.
‘Alam dan Manusia’: Subjek Baharu Untuk Anak-Anak Tahap 1
Kaedah co-teaching akan diterapkan bagi subjek baharu ‘Alam dan Manusia: Pembelajaran Bersepadu’ di Tahap I. Subjek ini menggabungkan elemen Sains, Bahasa dan Sosial, membolehkan anak-anak belajar secara holistik, bukan sekadar menghafal fakta semata-mata.
Foto: Utusan Malaysia
Menariknya, dalam Kurikulum Persekolahan 2027 ini, nilai dan akhlak tidak lagi diajar dalam satu subjek khas seperti Pendidikan Islam atau Moral sahaja. Sebaliknya, setiap mata pelajaran akan menerapkan nilai murni dan adab dalam pembelajaran.
“Guru Matematik, Sains atau Bahasa Inggeris juga akan menerapkan nilai murni dan adab dalam pengajaran mereka. Kita mahu melahirkan pelajar yang bukan sahaja bijak, tetapi juga berakhlak dan berdisiplin,” ujar Fadhlina.
Program Pembentukan Karakter: Bentuk Jiwa & Sahsiah Pelajar
Selain co-teaching, KPM turut memperkenalkan Program Pembentukan Karakter yang akan dijalankan 60 minit seminggu dalam jadual waktu persekolahan. Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk menghayati nilai positif, adab dan akhlak dalam kehidupan seharian. Ia juga bertujuan membentuk pelajar yang berhemah tinggi, berempati dan menghormati orang lain.
Fadhlina berkata, pendekatan ini bukan sekadar untuk pelajar sekolah rendah dan menengah, tetapi turut akan dimulakan di peringkat prasekolah mulai tahun hadapan.
“Murid prasekolah mudah dibentuk kerana mereka belajar melalui pemerhatian dan peniruan. Jadi, ibu bapa dan guru perlu berganding bahu dalam membentuk karakter anak-anak,” katanya.
Persediaan Guru Bermula Awal
Bagi memastikan pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027 berjalan lancar, latihan profesionalisme guru (penataran) bagi sesi akademik 2025/2026 telah pun bermula. Ramai guru menunjukkan keterujaan mencuba pendekatan baharu ini kerana ia memberi peluang untuk berinovasi dan berkolaborasi dalam pengajaran.
Gambar HIasan AI
Dengan dua tenaga pengajar dalam satu kelas, KPM yakin kaedah co-teaching dapat menangani isu keciciran pelajar dan memastikan setiap murid mendapat perhatian sewajarnya, sesuatu yang sering menjadi cabaran dalam sistem pendidikan sebelum ini.
Pendidikan Baharu Untuk Generasi Baharu
Kurikulum Persekolahan 2027 bukan sekadar mengubah struktur pembelajaran, tetapi mengubah cara anak-anak kita belajar, berfikir dan berinteraksi dengan dunia. Dengan co-teaching yang kreatif, pembelajaran bersepadu dan penekanan terhadap nilai murni, anak-anak akan membesar bukan sahaja bijak akademik, tetapi juga berjiwa besar, berakhlak dan yakin diri.
Inilah langkah ke arah pendidikan masa depan dengan mendidik anak bukan sekadar untuk cemerlang dalam peperiksaan, tetapi untuk menjadi manusia yang baik dan berguna.
✨ Majalah Pa&Ma menyambut baik inisiatif Kurikulum Persekolahan 2027 kerana ia sejajar dengan aspirasi ibu bapa masa kini yang mahu melihat anak-anak bukan hanya pandai di sekolah, tetapi juga berbudi bahasa, berakhlak dan seimbang dari semua aspek kehidupan.
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.