
Gambar sekadar hiasan : ChatGPT Image
Tembakan sekolah Thailand kembali mengejutkan ramai apabila negara itu dikejutkan dua kali dalam tahun 2026 sahaja dengan kes pelajar dan individu bersenjata melepaskan tembakan di sekolah. Tragedi pilu meruntun jiwa bukan sahaja di negara berkenaan tetapi seluruh dunia bersedih kejadian tragis ini.
Bukan sekadar berita, namun jadikan ia pengajaran buat semua ibu bapa seluruh dunia. Siapa sangka,kejadian dahsyat berlaku pada Jumaat, 7 Ogos 2026, jam 10 pagi di Sekolah Debsirin Nonthaburi, Nonthaburi, pinggir Bangkok. Sekolah itu mempunyai kira-kira 3,000 pelajar. Suspek bukan orang luar, dia adalah pelajar sekolah itu sendiri, berumur 14 tahun. Menurut polis, dia menggunakan pistol milik datuknya sendiri.
Tragedi bermula di rumah. Sebelum ke sekolah, dia didakwa membunuh datuk dan neneknya di rumah tempat dia tinggal. Selepas itu dia menyerbu ke sekolah.
Di sekolah, keadaan menjadi huru-hara. Video yang disahkan CNN menunjukkan pelajar berhimpit di bawah meja sambil menangis ketika tembakan bergema. Seorang pekerja penyelamat berkata, “it was total chaos” ketika mereka tiba dan memberi rawatan kepada pelajar yang luka di belakang, dada dan lengan.
Laporan awal menyebut 6 maut di sekolah, tetapi Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul kemudian mengesahkan angka rasmi: 5 guru maut dan lebih 30 cedera, menjadikannya antara insiden tembakan sekolah Thailand
paling dahsyat sejak beberapa tahun.Kementerian Kesihatan Thailand memaklumkan 9 orang termasuk 2 pelajar kritikal manakala lebih 20 lagi cedera ringan. Suspek masih ada lebih 30 butir peluru ketika kejadian sebelum dia menembak dirinya sendiri di kepala dan meninggal di hospital.
Siasatan polis mendapati remaja itu telah melayari laman web berkaitan mass shooting sebelum serangan dan Perdana Menteri menyebut motif berkait tekanan pelajaran. Ayahnya sendiri mengaku tidak tahu punca dan menyifatkan anaknya mempunyai keputusan sekolah yang baik.
Artikel trending: “Saya Takut Bila Ada Anak Sendiri, Hati Saya Akan Berubah” Madammu Kongsi Dilema Besarkan 3 Anak Tiri
Artikel viral: Lebih 25 Manfaat Bila Ada Kad OKU Untuk Anak Disleksia, Autisme Dan ADHD, Ibu Ayah Jangan Malu Daftar!
Artikel: Pelajar 12 Tahun Meninggal Mengejut Selepas Latihan Silat, Mengadu Sakit Kepala Sebelum Rebah
Ini adalah kes kedua tahun ini. Sebelum ini, pada 11 Februari 2026, kes tembakan juga berlaku di Sekolah Patongprathankiriwat, Hat Yai, Songkhla. Kes ini banyak dilapor oleh Harian Metro.
Menurut sumber media seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sekolah di Daerah Hat Yai, Wilayah Songkhla pada petang Rabu sekitar 4.45 petang, mengakibatkan kakitangan sekolah cedera manakala beberapa pelajar serta guru dijadikan tebusan.
Laporan lanjut Harian Metro menyebut suspek dikenali sebagai Khemanan Kescharoen, 18, merampas senjata api polis dan masuk ke sekolah.
Di dalam kawasan sekolah, suspek memaksa pelajar membawanya bertemu guru besar, Sasiphat Sinsamosorn, 54. Guru besar itu ditembak di dada ketika cuba melindungi pelajarnya.
Lebih 300 pelajar terperangkap sebelum pasukan operasi khas mengepung sekolah. Guru besar itu akhirnya meninggal dunia pada jam 2 pagi akibat kehilangan banyak darah.
UNICEF ((United Nations Children’s Fund) selepas tragedi Ogos menyeru agar perkhidmatan kesihatan mental kanak-kanak diperbaiki. Sebagai ibu bapa ini yang kita boleh buat:
Suspek Nonthaburi dikatakan pelajar cemerlang tetapi stress pelajaran. Tanya anak, “Kamu okay tak hari ni?” lebih kerap dari “Dapat nombor berapa?”.
Keputusan peperiksaan memang penting, tetapi keadaan emosi anak juga perlu diberi perhatian. Ada anak yang kelihatan baik di sekolah tetapi sebenarnya menyimpan tekanan yang tidak diketahui oleh ibu bapa.
Suspek kaji cara mass shooting di internet. Kita perlu tahu apa anak tengok di telefon. Bukan untuk mengongkong, tapi untuk berbual.
Kalau anak tiba-tiba terlalu obses dengan kandungan keganasan, kematian atau perkara yang membimbangkan, jangan sekadar rampas telefon. Cuba fahami apa yang sedang bermain dalam fikiran mereka dan kenapa kandungan itu menarik perhatian mereka.
Lebih 300 pelajar terperangkap di kelas dalam kes Hat Yai. Anak kita juga perlukan ruang selamat untuk luah marah dan sedih di rumah tanpa terus dimarah atau diperli.
Anak yang takut dimarahi mungkin memilih untuk diam. Lama-lama ibu bapa hanya nampak perubahan tingkah laku tetapi tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku.
Sebab itu mendengar juga sebahagian daripada parenting. Kadang-kadang anak bukan mahu kita selesaikan semua masalah mereka. Mereka cuma mahu seseorang mendengar.
Menyendiri tiba-tiba, marah melampau, hilang selera makan, bercakap tentang mati atau balas dendam, ada sejarah rawatan mental seperti kes Hat Yai yang didedahkan ada sejarah rawatan mental berkaitan penyalahgunaan bahan.
Itu bukan sesuatu yang patut terus dianggap sebagai fasa biasa, itu mungkin minta tolong.
Perubahan tingkah laku yang ketara dan berpanjangan perlu diberi perhatian. Jika keadaan membimbangkan, dapatkan bantuan daripada kaunselor sekolah atau profesional kesihatan yang berkelayakan.
Marah itu emosi. Tetapi apa yang kita lakukan ketika marah adalah tindakan. Dua perkara ini anak perlu belajar bezakan sejak kecil.
Mereka boleh marah, kecewa dan sedih. Tetapi mereka juga perlu tahu ada cara yang lebih selamat untuk meluahkan semua perasaan tersebut tanpa mencederakan diri sendiri atau orang lain.
Tragedi tembakan sekolah Thailand ini bukan sekadar cerita jenayah dari negara jiran. Ia juga memberi peringatan kepada ibu bapa tentang tekanan, dunia digital, kemarahan dan kesihatan mental anak-anak.
Sekolah patut jadi tempat paling selamat selepas rumah. Bila pelajar 14 tahun sanggup bunuh atuk nenek dan guru sendiri, ia jeritan kuat bahawa kesihatan mental anak kita tidak boleh dipandang ringan lagi.
Artikel Trending: Kemas Kini Mykad Atau Berisiko Didenda RM20,000, Ini Ibu Ayah Kena Ambil Peduli Bila Pindah Rumah
Baca lagi: Ramai Salah Faham! Bantuan Kanak-Kanak JKM Bukan Terus Dapat RM1,000 Sebulan,Ini Cara Kiraannya
Sumber: Harian Metro, Berita Harian