Sudah menjadi lumrah, kebanyakan ibu suka mengabadikan foto-foto anak dalam galeri kamera. Macam-macam pose anak yang ada. Tengah ketawa, menangis, tidur dan macam-macam lagi angle yang diambil. Sesetengah ibu suka berkongsi foto anak di media sosial ada juga yang sebaliknya. Lebih selesa disimpan untuk kenangan.
Sama juga seperti Tasha Manshahar, suka ambil gambar anaknya. Dalam posting terbaharunya di laman Instagram, Tasha berkongsi sebuah foto dengan kapsyen menarik.
Semenjak ada anak ni, socmed mmg tak sempat nak update sangat. Satu, sebab tengah dalam fasa adaptasi dengan rutin baru. Kedua, takde gambar yang sesuai sebab gallery phone penuh dengan gambar anak je. Nak ootd, alahai masa tu la tengah angkat anak, tiba-tiba anak muak susu la, tiba-tiba stokin anak tertanggal la, tiba-tiba ehh tudung sengetla, tiba rasa buruk la, banyak betul tiba-tibanya. Jadi buat masa ni keutamaan utk snap gambar sendiri dah jauh ke belakang gambar pemandangan pun takde sebab bagi mommy takde pemandangan yang lebih indah daripada Muammar Rafiqi. Nanti Muammar dah pandai baca caption ni, kalau Muammar geli, awas ya!
_
Banyak benda nak share, personal experience jadi ibu baru ni, expectation vs reality, tapi gambar takdeeeee. Takkan asyik upload gambar anak je kan. Orang lain pun ada anak. (Laaaaaaaaaa bitter sendiri )
_
Salam Jumaat from the 6kg @muammarrafiqi
_
Disclaimer : berat bukan ukuran tahap kesihatan anak. Tak semestinya tembam tu sihat, kurus tu sakit. Ramai je baby yg nampak kecik, tapi berat badan dia sebenarnya normal mengikut umur dia dan dia healthy. Ada juga yg debot masa baby je. As dia membesar dia makin kurus. It could also be vice versa. Macam-macam keadaan ada. Yang paling penting adalah anak kita membesar sihat, selamat dan gembira. Itu je. Betul tak?
Pa&Ma setuju sangat dengan kenyataan Tasha ni. Kesihatan anak bukan dilihat pada fizikalnya. Tak kisahlah kurus sikit atau tembam, yang penting bila buat pemeriksaan kesihatan dengan doktor, mereka sihat.
Zalim juga bermaksud tidak meletakkan benda pada tempatnya. Bersabar dengan fe’el anak akan timbul, bila kita memahami bahawa manusia ini melalui fasa di dalam perkembangannya.
ADAKAH ANDA ZALIM TERHADAP ANAK?
Anak kecil akan melalui pelbagai fasa sebelum dia menjadi manusia yang memahami tanggungjawab dan berakhlak mulia.
Maka bila kita faham, kita menjadi ibu bapa atau orang dewasa yang lebih sabar kerana kita memahami pada usia 1 tahun contohnya, anak akan suka mencampak barang ke bawah atau mencampak barang.
Maka, tidaklah kita zalim menuduh anak kawan yang baru 1 tahun itu tidak berakhlak baik di meja makan kerana dia mencampak sudu dan makanan ke lantai.
Bila kita faham anak yang 1- 2 tahun, akan melalui fasa mengamuk kerana mula mempamerkan kehendaknya – individuating. Mungkin bila dia tidak dapat barang yang dikehendakinya dia akan memukul atau menendang. Kerana dia mahu menegaskan kekecewaannya dan mahu orang sedar dia wujud dan dia ada kehendak.
Bila ibu bapa, datuk nenek dan orang dewasa faham perkara-perkara penting ini, tidaklah kita menjadi zalim. Tidaklah ‘mulut’ itu cepat menuduh dan menghukum anak yang sekecil ini dengan tuduhan, “mak bapak tidak tahu mendidik”.
Atau ibu bapa sendiri, menjadi kecewa kerana menyangka anak itu mula berakhlak buruk.
SABAR akan datang bila kita ada ilmu.
Dan SABAR akan menjadi lagi kuat bila kita mempunyai skil. Dan SABAR akan tersemat kuat bila kita menguatkan keyakinan dan menyemaikan mindset, anak kita boleh kita didik menjadi insan berguna dan berjasa kerana dia bukan anugerah yang telah rosak!
SABAR itu akan datang bila kita lebih FAHAM. Dan apa yang indahnya bila kita faham, kita boleh mendidik dengan lebih baik, tepat dan membahagiakan anak dan kita.
Sekali sekala bawa anak pergi camping, dedahkan mereka dengan dunia kehijauan pun menarik juga kan? Bukan je boleh jadikan mereka aktif, macam-macam skill juga mereka boleh pelajari!
Saksikan topik “Camping” dalam Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, Rabu ini, 9 Ogos, jam 9 malam di Astro Ria saluran 104.
#PaMaJourneyBersamaSchAwaLara
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kita sering membincangkan tentang cara untuk mengekalkan api cinta dan semarak rindu di antara suami dan isteri yang tinggal berjauhan. Kita jarang membincangkan bagaimana caranya untuk membina perapatan dan kepercayaan di antara ayah atau ibu dan anak-anak yang tinggal berasingan.
Kesan perkahwinan jarak jauh tidak sepatutnya hanya dilihat pada kasih sayang dan keharmonian di antara suami isteri sahaja. Apabila suami isteri mengambil keputusan untuk tinggal berasingan sama ada atas tuntutan pekerjaan atau pembelajaran, harus diingat bahawa anak-anak juga adalah sebahagian dari ‘pakej’ tersebut.
Membina ‘connection’ dan kepercayaan (trust) di antara ibubapa dan anak adalah penting dalam proses keibubapaan. Walau bagaimanapun bagi ayah atau ibu yang tidak tinggal bersama-sama dengan anak, tanggungjawab ini adalah sesuatu yang tidak mudah namun tidak seharusnya dipandang ringan kerana ‘connection’ dan ‘trust’ inilah yang menjadi asas perhubungan yang rapat antara ibubapa dan anak.
1) SOKONGAN KEPADA PASANGAN.
Jika anak-anak tidak tinggal bersama anda, tanggungjawab yang paling penting bagi anda adalah memberi sokongan dan dukungan kepada ayah atau ibu yang dipertanggungjawabkan menjaga anak-anak. Sokonglah dengan cara yang diperlukan oleh pasangan anda. Tugas membesarkan dan mendidik anak secara umumnya amat meletihkan fizikal, mental dan emosi. Apabila tanggungjawab ini dipikul seorang diri, bebanan fizikal, mental dan emosi itu menjadi berkali ganda. Jangan mengandaikan semuanya ‘ok’ sekiranya pasangan anda tidak mengadu ataupun tidak merungut tentang anak-anak. Sentiasalah menjadi pendengar yang baik dan sama-sama membantu menyelesaikan masalah dan cabaran berkaitan anak-anak. Jangan biarkan pasangan anda makan hati dengan sikap acuh tidak acuh anda kerana beban emosi ke atas pasangan anda akan turut meninggalkan kesan ke atas anak-anak di bawah jagaannya.
2) CAKNA PERIHAL ANAK.
Amalkan komunikasi yang terbuka bersama pasangan anda. Ini bukan sahaja merapatkan hubungan di antara suami isteri, ia juga merupakan satu cara untuk mengetahui apa yang sedang dilalui oleh anak-anak anda. Bagaimana untuk mengetahui keperluan dan kekurangan anak-anak sekiranya perhubungan di antara ayah dan ibu yang berjauhan itu kelat? Pasangan anda yang menjaga anak semestinya lebih tahu akan cabaran yang dihadapi anak di sekolah dan di rumah. Adakalanya anak tidak akan menceritakan masalah mereka kepada anda kerana faktor jarak dan masa yang terhad. Anak mungkin akan menceritakan yang baik dan yang manis sahaja agar anda sayangkan mereka. Selalulah menghubungi pasangan anda untuk mengetahui keadaan sebenar anak-anak. Bagi pasangan yang menjaga anak pula, jangan menyembunyikan perkara yang penting dan memerlukan perhatian segera.
3) KOMUNIKASI BERSAMA ANAK.
Dengan perkembangan teknologi yang pesat, tidak ada alasan lagi untuk anda tidak menghubungi anak-anak bagi bertanya khabar dan mendengar kisah seharian mereka. Pada era digital ini yang jauh sangat mudah untuk dirapatkan. Banyak cara untuk menghubungi anak, contohnya melalui whatsapp, skype, facetime, pesanan suara dan sebagainya. Jika anda sering mendengar kisah suka dan duka anak, akan wujud rasa percaya anak terhadap anda. Anak percaya bahawa anda peduli dan mengambil berat tentang dirinya walaupun berjauhan. Ini akan mewujudkan ‘emotional connection’ bersama anak walaupun ‘physical connection’ di antara anda dan anak kurang.
4) INTERAKSI ATAS TALIAN.
Jika selama ini American Academy of Pediatrics memberikan panduan bahawa kanak-kanak berusia 2 tahun ke bawah tidak patut dibiarkan menonton atau menggunakan peranti skrin digital, namun dalam panduan terbaru yang dikeluarkan oleh American Academy of Pediatrics pada tahun 2016*, mereka menyarankan agar kanak-kanak berusia 18 bulan ke bawah tidak dibenarkan menggunaan skrin atau gajet sama sekali MELAINKAN untuk tujuan video call/chat melalui skype, video whatsapp, dan facetime bersama ahli keluarga terdekat seperti datuk dan nenek bagi mewujudkan ‘connection’ dengan mereka. Panduan ini sudah tentu dibuat dengan andaian bahawa anak tersebut tinggal bersama-sama dengan ibubapa. Jika ayah atau ibu tinggal berasingan, bayangkan keperluan seorang anak kecil atau anak yang sudah besar untuk berinteraksi, dan berhubung dengan anda. Bayangkan wajah dan senyuman ceria anak-anak anda apabila menatap wajah anda di skrin ketika anda berbicara dengan mereka.
5) KOTAKAN JANJI.
Anak-anak bergantung kepada anda oleh itu tepatilah janji-janji anda pada mereka. Mengotakan janji-janji yang anda ucapkan kepada anak-anak adalah satu cara untuk mewujudkan rasa percaya dan rasa selamat dalam diri anak terhadap ayah atau ibu yang tinggal berjauhan daripada mereka. Setiap janji yang tidak dikotakan, walaupun janji yang remeh bagi anda, akan menghakis kepercayaan anak sedikit demi sedikit terhadap anda sehingga boleh memudaratkan perhubungan pada jangkamasa panjang. Berfikirlah dahulu sebelum anda menjanjikan masa, tenaga atau sesuatu dengan anak-anak yang tinggal berjauhan dengan anda. Lakukanlah apa sahaja untuk mengotakan janji-janji anda itu supaya rasa percaya dan selamat anak tidak akan luntur.
6) ELAK SALAH FAHAM.
Berfikirlah semasak-masaknya sebelum anda memuatnaik sebarang hantaran atau gambar di halaman media sosial anda sekiranya anak anda mempunyai akses ke media sosial. Mungkin hantaran atau gambar anda menimbulkan salah faham ataupun konflik yang tidak anda duga. Apabila berjauhan hati lebih sensitif dan cepat terasa, bukan hanya pada pasangan, malah juga anak-anak.
7) ANAK SEBAGAI PRIORITI.
Bersiap sedialah dengan pelan untuk meninggalkan sebarang tugasan atau pekerjaan untuk berada di sisi anak sekiranya kehadiran anda amat diperlukan atas sebab kecemasan, kesihatan atau keselamatan. Untuk menjadi pengaruh dan suri teladan yang baik dalam hidup anak bermakna anda perlu menjadikan anak sebagai prioriti apabila anda terpaksa memilih antara tugas dan anak. Jangan beralasan sibuk, tidak ada masa, tidak dapat cuti dan sebagainya ketika anak memerlukan anda di sisinya.
8) LUANG MASA KUALITI BERSAMA.
Gunalah masa dengan berkualiti apabila berjumpa dengan pasangan dan anak-anak. Jangan dibiarkan letih dan lelah anda menyebabkan masa anda hanya banyak diluangkan dengan tidur sahaja sedangkan anak-anak tertunggu-tunggu saat untuk bersama dengan anda. Jangan pula terjebak dengan ‘technoference’ atau gangguan teknologi/gajet, ketika bersama-sama dengan keluarga. Jika anda membuat keputusan untuk tinggal berjauhan, anda juga seharusnya berfikir kesan dan akibatnya terlebih dahulu. Cabaran keibubapaan untuk anda ‘connect’ dengan anak-anak adalah lebih besar berbanding ibubapa yang tinggal bersama-sama dengan anak-anak.
9) CARI KEBAIKAN, PERSAMAAN DAN KESERASIAN.
Wujudkan budaya dalam keluarga atau aktiviti dan rutin bersama-sama yang dinanti-nantikan oleh anak-anak. Wujudkan rasa tertunggu-tunggu anak untuk bertemu dengan anda untuk melakukan aktiviti bersama-sama. Selitkan juga kata-kata nasihat dan panduan kehidupan kepada anak-anak ketika melakukan aktiviti bersama-sama dengan mereka. Penuhi dada mereka dengan ilmu dan pengetahuan melalui perbincangan ketika bersantai. Solat berjemaah bersama-sama. Anak-anak akan teruja dan terkesan dengan kata-kata nasihat dan panduan yang anda berikan kerana mereka ingin mendapatkan ‘approval’ dan perhatian anda. Fokus pada kebaikan yang ditunjukkan oleh anak. Cari persamaan dan keserasian. Jika dalam perjumpaan yang singkat itu anda hanya mencari kesalahan dan kelemahan anak, ia akan menghakis rasa percaya dan selamat anak ketika bersama anda.
10) PERATURAN DAN KONSISTENSI.
Adakalanya ayah atau ibu yang jarang berjumpa dengan anak akan menjadi permisif dengan anak-anak kerana diselubungi rasa bersalah meninggalkan mereka. Anda mungkin merasakan bahawa menjadi permisif atau melayan segala kemahuan anak tanpa batasan akan membuatkan anak-anak lebih sayangkan anda. Hakikatnya tindakan anda itu akan hanya menyukarkan pasangan anda untuk mengawal anak-anak apabila anda kembali berjauhan dengan mereka. Anak-anak akan menjadi keliru dan sukar untuk kembali kepada rutin dan peraturan yang sedia ada di rumah ketika ketiadaan anda.
Oleh itu hormatilah peraturan yang sedia ada dan berbincanglah terlebih dahulu dengan pasangan yang menjaga anak sebelum melakukan sesuatu. Pastikan ada konsistensi di antara ayah dan ibu walaupun tinggal berjauhan. .
Kerjasama, komunikasi dan konsistensi antara ayah dan ibu sangat penting sekiranya anda memilih untuk menjalani perkahwinan jarak jauh. Bagi suami isteri, jangan terlalu dibiasakan jarak itu sehingga tidak ada lagi rasa rindu di antara kedua-duanya. Berusahalah untuk tinggal bersama sekeluarga sebelum rindu itu berlalu pergi. Bagi ibubapa dan anak pula, jangan dibiarkan jarak itu menghakis rasa kebergantungan dan percaya anak kepada ibubapa kerana merasakan dirinya tidak sepenting apa yang dikejar oleh ayah dan ibu.
El Niño dijangka mempengaruhi cuaca Malaysia sehingga 2027. Ketahui risiko cuaca panas terhadap kanak-kanak, dewasa dan warga emas serta langkah perlindungan yang disarankan MET Malaysia.