Ketika ‘melayan’ sakit kontraksi, Asyalliee masih boleh senyum & berpenampilan cantik lagi. Ramai netizen kagum & puji tenangnya ibu ini melalui proses bersalin.
Kontraksi bersalin adalah sesuatu yang digeruni. Apatah lagi apabia makin kerap & kuat. Sukar untuk duduk bertenang dan tersenyum.
Instafamous Asyalliee berkongsi video proses bersalinnya di Instagram. Asya yang melahirkan anak keduanya Siti Helena Adrianna pada 26 Mac lalu kelihatan begitu tenang melalui kontraksi.
Tapi Asya sendiri mengakui selepas bukaan serviks 8sm ke atas & pecah ketuban, dia sendiri tak keruan kerana kontraksi makin kuat, tudung pun pun ‘hilang’.
Ads
Follower turut kagum dia masih boleh tersenyum lagi semasa ‘melayan’ kontraksi bersalin. Ada juga yang memuji ibu kepada dua cahaya mata ini masih kelihatan cantik semasa proses kelahiran.
Urutan bayi sejak lahir antara yang boleh memberi ketenangan. Usapan dengan penuh kasih sayang boleh menyebabkan bayi dapat tidur dengan lena.
Lagi satu jika bayi kembung perut, ibu akan menggunakan minyak angin dengan tujuan untuk beri keselesaan dan mengeluarkan angin dalam badan. Bagaimanapun, penting untuk ibu ayah tahu ada beberapa kandungan yang tidak sesuai dalam minyak angin atau urut.
Berikut antara yang dikongsikan oleh Pusat Racun Negara melalui Public Health Malaysia.
Perhatian kepada ibu bapa, elakkan menyapu minyak panas atau minyak urut yang mengandungi bahan Methyl Salicylate kepada anak anak kecil.
Hampir setiap minggu Pusat Panggilan Keracunan Pusat Racun Negara menerima kes keracunan Metil Salisilat yang melibatkan kanak-kanak sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.
Bahan Methyl Salicylate ini biasanya terdapat dalam produk minyak panas untuk merawat lenguh-lenguh dan sakit badan. Namun, bahan ini tidak sesuai digunakan pada kanak-kanak terutamanya pada bayi kerana berisiko menyebabkan keracunan pada bayi.
Antara gejala keracunan termasuklah loya, muntah, berdengung di dalam telinga, sawan dan koma.
Paling penting sebelum gunakan produk, semak dahulu sama ada ia mengandungi bahan ini atau tidak. Untuk orang dewasa, tiada masalah, boleh gunakan mengikut aturan yang disarankan
Semakan di laman NPRA terdapat lebih 164 produk yang mengandungi bahan aktif Methyl Salicylate. Semak dulu ya sebelum guna.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menjadi kerisauan para ibu ketika menyusu badan pada bayi, adakah mereka cukup minum? Takut pula masih tak cukup, tapi sesi penyusuan dah dihentikan. Bukan apa, nak ditanya anak masih tak boleh nak beritahu.
Lagi-lagi kalau bayi tertidur semasa disusukan. Lagilah si ibu rungsing sama ada cukup atau tidak anak mereka menyusu tadi.
Ikuti penjelasan dari Kaunselor Laktasi ini:
Risau bayi menyusu sekejap atau lama?
“Bayi saya menyusu kurang dari 10 minit. Dia dapat cukup susu tak?”
“Bayi saya menyusu lama sangat kadang-kadang sampai 1 jam. Susu saya sikit ke?”
Dua situasi berbeza kerisauan ibu-ibu menyusu tentang berapa lama bayi mereka menyusu.
Ada yang menyusu dalam satu sesi yang pendek, malah ada juga yang menyusu dalam satu sesi yang panjang.
Secara puratanya, bayi akan menyusu selama 15 – 45 minit dalam satu sesi penyusuan. Tetapi perlu diingat, tiada masa yang tetap untuk berapa lama bayi perlu menyusu.
‘Don’t watch the clock, watch the baby’. Offer bayi menyusu satu bahagian payudara pada satu masa. Dan offer payudara yang lagi sebelah pada sesi penyusuan yang seterusnya.
Bayi yang baru lahir kebiasaannya akan menyusu 8 – 12 kali dalam satu hari. Peka pada ‘feeding cues’ bayi. Bukannya melihat jam.
Antara ‘feeding cues’ adalah bayi akan: – stretching – rooting – sucking – crying (late cues)
Sesetengah bayi sangat efisyen menyusu dan boleh kenyang dalam masa kurang dari 10 minit dalam satu sesi penyusuan. Manakala, ada pula sesetengah bayi yang lain memerlukan tempoh yang lebih lama untuk menyusu dan kenyang. Ini juga adalah kerana setiap bayi ‘suckle’ juga berbeza.
Antara tanda-tanda bayi sudah kenyang: – lebih tenang – melepaskan sendiri payudara – tertidur selepas menyusu – apabila offer menyusu lagi, bayi akan menolak
Sila pantau diapers bayi (wet & dirty); kencing & berak bayi serta kenaikan berat badan bayi. Sehingga umur 6 bulan, kebiasaannya wet diapers adalah dalam 5 – 6 keping sehari. Manakala untuk dirty diapers pula adalah dalam 1 – 2 keping sehari. Malahan ada yang kurang dari itu kerana bayi yang menyusu ibu ada yang jarang berak sampai berhari-hari.
Ada masanya juga, bayi akan menyusu lebih lama sekadar untuk ‘comfort’.
Jika bayi anda terganggu atau mengantuk semasa menyusu, bawa bayi ke dalam bilik yang gelap untuk menyusu supaya jauh dari gangguan.
Jangkitan cacing sering berlaku kepada anak-anak kecil ini kerana mereka terdedah kepada tabiat harian yang kurang bersih seperti tidak mencuci tangan dengan bersih sebelum makan, tidak memakai selipar atau bermain tanah atau pasir tanpa dipantau.
Bukan sahaja pada kanak-kanak, malah bayi turut cenderung dijangkiti cacing kerana suka memasukkan jari ke dalam mulut selepas bermain dengan sesuatu. Selain itu jangkitan cacing juga boleh disebabkan oleh haiwan peliharaan seperti kucing melalui sentuhan.
Dalam perkongsian yang dibuat oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad, beliau menjelaskan mengapa anak-anak perlukan ubat cacing. Menurutnya kanak-kanak yang mengalami kecacingan ini akan cepat penat dan boleh mengganggu perkembangan fizikal mereka.
Penulisan saya kali ini akan memberitahu kepentingan memberikan ubat cacing pada kanak-kanak. Kadang kala ibu bapa ‘terlepas pandang’ mengenai hal ini. Jangkitan cacing adalah jangkitan parasit yang boleh hidup dalam darah, usus atau organ tubuh.
Cacing akan masuk ke tubuh kanak-kanak apabila mereka termakan telur cacing yang berada dalam makanan. Ini dilakukan secara tidak sengaja apabila mereka membeli makanan-makanan yang dimasak secara tidak sempurna di gerai-gerai. Telur cacing ini akan menetas di dalam usus kecil. Mereka membesar dengan mendapat zat pemakanan di usus ketika proses penghadaman. Cacing yang dewasa mengawan dan bunting akan bergerak ke usus besar dan rektum. Telur cacing ini akan dikeluarkan melalui najis.
Kanak-kanak yang mengabaikan kebersihan tangan sebelum makan adalah golongan utama yang menjadi mangsa jangkitan parasit cacing. Selain itu cacing juga boleh memasuki tubuh melalui kulit kaki yang terdedah. Terdapat pelbagai jenis cacing yang menjadikan tubuh kita sebagai tempat untuk mereka membesar dan membiak. Antaranya cacing cangkuk (hook worm),cacing gelang (round worm), cacing benang (thread worm), cacing kerambit dan cacing pita (tape worms).
Oleh itu berhati-hatilah ketika memakan makanan yang dikhuatiri tidak dimasak dengan sempurna. Jika menggunakan tandas awam, pastikan kita membersihkan mangkuk tandas sebelum duduk di atasnya.
Antara simptom-simptom yang disebabkan cacing dalam tubuh ialah pucat akibat anaemia (kekurangan darah merah), cepat rasa lemah dan letih, kurang selera makan, dan abdomen yang kembung. Adakalanya terdapat juga tanda-tanda kegatalan di kulit kaki dan lubang dubur. Cacing-cacing ini akan mengambil nutrien makanan yang diserap ketika kita makan dan menyebabkan tubuh mengalami kekurangan zat makanan. Inilah yang menyebabkan kanak-kanak akan menjadi cepat penat dan perkembangan fizikal mereka mudah terganggu.
Selain itu jangkitan cacing yang kronik memberikan kesan yang merbahaya. Ini bermakna cacing telah berada di dalam tubuh bertahun-tahun tanpa disedari. Sebagai contoh, cacing pita boleh menyebabkan kerosakan pada otak, cacing kerambit boleh menyebabkan luka pada usus sementara cacing gelang boleh menyebabkan usus tersumbat, sembelit dan kembung abdomen.
Soalan yang biasa ditanyakan kepada saya ialah berapa kerap kanak-kanak perlu diberikan ubat cacing. Tidak banyak doktor yang ingin menjawab soalan ini, malah pakar paediatrician juga seolah-olah merahsiakan ‘formula’ ini.
Memberikan ubat cacing (deworming) selalunya diberikan dalam jarak antara enam bulan hingga setahun sekali. Jarang sekali kanak-kanak mengalami kesan sampingan yang merbahaya dari ubat yang dimakan. Selalunya cacing mati yang dikeluarkan akan menyebabkan kulit kanak-kanak itu menjadi ruam dan mereka mengadu kegatalan. Deworming secara berkala juga akan membantu mengeluarkan cacing serta telurnya dari usus kanak-kanak yang dijangkiti.
Saya mengambil satu contoh produk ubat cacing yang boleh dibeli dari farmasi. Vemizol, adalah ubat cacing berbentuk suspension cecair yang mengandungi 200mg albendazole dalam setiap 5 ml. Dos yang diberikan bergantung kepada umur kanak-kanak itu. Bagi kanak-kanak antara 1-2 tahun, 5 ml diberikan sebagai dos tunggal. Sementara bagi kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke atas, 10ml diberikan sebagai dos tunggal.
Namun jika kita dapati terdapat cacing pada najis di tandas, maka dos ubat cacing ini seelok-eloknya diteruskan selama tiga hari. Jika masih lagi terdapat banyak cacing dalam najis pada hari ke-empat atau terdapat bukti bahawa kanak-kanak itu dijangkiti parasit cacing yang kronik, bawalah anak berjumpa dengan pakar paediatrik. Pemeriksaan najis melalui mikroskop akan memberitahu jika kanak-kanak ini telah bebas dijangkiti parasit cacing.
Jika keluarga memelihara haiwan peliharaan seperti kucing, elok setahun sekali binatang ini diperiksa oleh doktor haiwan. Ini kerana dalam kehidupan di bandar, cacing dapat disebarkan dengan mudah melalui haiwan peliharaan. Selain kanak-kanak, haiwan peliharaan ini juga harus diberikan ubat cacing.
Di negara dunia ketiga, jangkitan parasit cacing memberikan masalah besar pada kanak-kanak. Ia memberikan kesan kepada mereka dari segi kehadiran ke sekolah. Laporan UNICEF membuktikan kanak-kanak yang diberikan ubat cacing mempunyai berat dan perkembangan fizikal yang sempurna berbandingan mereka yang tidak diberikan ubat cacing.
Secara amnya memberikan kanak-kanak ubat cacing setiap enam bulan sudah memadai, terutama jika anda membela haiwan peliharaan atau mempunyai risiko-risiko yang saya nyatakan tadi. Jika tidak, memberikan anak-anak kita ubat cacing setahun sekali telah memadai.
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.