“Tengah Layan Kontraksi Pun Boleh Senyum & Relaks.” Asyalliee Kongsi Video Bersalin Anak Kedua

Share

Ketika ‘melayan’ sakit kontraksi, Asyalliee masih boleh senyum & berpenampilan cantik lagi. Ramai netizen kagum & puji tenangnya ibu ini melalui proses bersalin.

Kontraksi bersalin adalah sesuatu yang digeruni. Apatah lagi apabia makin kerap & kuat. Sukar untuk duduk bertenang dan tersenyum.

Instafamous Asyalliee berkongsi video proses bersalinnya di Instagram. Asya yang melahirkan anak keduanya Siti Helena Adrianna pada 26 Mac lalu kelihatan begitu tenang melalui kontraksi.

Tapi Asya sendiri mengakui selepas bukaan serviks 8sm ke atas & pecah ketuban, dia sendiri tak keruan kerana kontraksi makin kuat, tudung pun pun ‘hilang’.

Follower turut kagum dia masih boleh tersenyum lagi semasa ‘melayan’ kontraksi bersalin. Ada juga yang memuji ibu kepada dua cahaya mata ini masih kelihatan cantik semasa proses kelahiran.

TENANGNYA

LAYAN CONTRACTION PUN LAWA LAGI

NAK BERANAK PUN CANTIK

Sumber: asyalliee

IKLAN