“Tengah Mengandung Ni Sensitif Dia Lain Sikit” Ayda Jebat Luah Rasa Tak Selesa Perut Disentuh Individu Tak Dikenali!

Share

Tak Selesa! Itu perkongsian pelakon dan penyanyi Ayda Jebat yang meluahkan rasa ketidakselesaannya apabila perutnya yang semakin sarat disentuh oleh segelintir individu ketika bertemu dan bergambar.

Menerusi sebuah hantaran di Instagram, Ayda yang kini hamil tujuh bulan mengakui rasa kurang senang malah dirinya kini menjadi terlalu sensitif dengan perkara itu namun masih menghormati peminat yang mahu bergambar dengannya malah sentiasa mendoakan yang terbaik buat dirinya.

“Ibu selesa tak kalau tengah mengandung, orang tiba-tiba kat luar pegang-pegang perut?

“Saya minta maaf, saya okay je kalau nak swafoto pegang bahu ke tangan saya tu dah biasa, tapi tengah mengandung ni sensitif dia lain sikit bila kakak-kakak atau makcik-makcik jumpa terus pegang raba-raba perut kita,” tulisnya.

Bahkan kata Ayda lagi, dia tidak tergamak untuk menegur peminat yang mahu bergambar dengannya namun mengakui agak sensitif dengan perkara itu ketika hamil anak kedua ini.

“Nak tegur, tapi tak terkeluar pulak kata. Faham kadang-kadang acik teruja.

“Tapi, harap faham situasi kita dan terima kasih atas doa yang baik untuk saya dan bayi. Sudah memadai.

“Ada yang sambil pegang sambil ‘acik kalau kuis camni je dulu bayi dah tendang, jap tunggu anak Ayda tendang tak’ saya muka dah petak,” katanya.

 

Melalui entri yang sama juga, Ayda turut bertanyakan kepada pengikutnya mengenai hal itu sekiranya berhadapan dengan situasi berkenaan.

Rata-rata pengikut penyanyi kesayangan ramai ini turut bersependapat dengan Ayda serta menasihati penyanyi itu supaya lebih berhati-hati.

Terdahulu, Ayda mendirikan rumah tangga bersama pengacara, Nabil Mahir pada 1 Januari 2021. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata perempuan, Ana Nayla pada 21 September 2021.

 

Menarik: Kena Marah Dengan Daddy Conteng Pintu Bilik Air, Ramai Terhibur Dengan Jawapan Fatima!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Sumber: Instagram Ayda Jebat

IKLAN