Ads

Tengku Arif Bendahara Timang Puteri Sulung, Tengku Nadine Amina Zahra Curi Perhatian!

Berita gembira menyinari keluarga Diraja Pahang apabila Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan isteri tercinta, Tengku Puan Bendahara Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan selamat menimang cahaya mata perempuan sulung mereka.

Kelahiran puteri kecil itu pastinya menjadi detik yang cukup bermakna buat pasangan diraja berkenaan, sekali gus menambah seri dalam keluarga besar Kesultanan Pahang serta menggembirakan seluruh rakyat yang mengikuti perkembangan Institusi Kesultanan Pahang.

Tengku Arif Bendahara Sambut Kelahiran Puteri Sulung

Menerusi kenyataan rasmi Majlis Kesultanan Pahang, bayi perempuan itu selamat diputerakan pada 2 Julai 2026, jam 3.35 petang di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Cucunda diraja berkenaan merupakan puteri kepada Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara dan Yang Hormat Mulia Tengku Puan Bendahara. Puteri kecil itu telah diberikan nama yang cukup indah iaitu Tengku Nadine Amina Zahra.

Tengku Arif Bendahara Timang Puteri Sulung, Tengku Nadine Amina Zahra Curi Perhatian!

Ucapan Tahniah Daripada Majlis Kesultanan Pahang

Sempena perkhabaran penuh syukur itu, seluruh warga Majlis Kesultanan Pahang merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang atas keputeraan cucunda puteri baginda.

Ads

Dalam masa sama, warga Majlis Kesultanan Pahang turut menzahirkan rasa syukur serta mendoakan agar Tengku Nadine Amina Zahra sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan, keberkatan dan perlindungan daripada Allah SWT.

Tengku Arif Bendahara Timang Puteri Sulung, Tengku Nadine Amina Zahra Curi Perhatian!

Doa Buat Keluarga Diraja Pahang

Doa turut dipanjatkan agar segala urusan Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara dan Yang Hormat Mulia Tengku Puan Bendahara sentiasa dipermudahkan, khususnya dalam menjalankan tanggungjawab baharu sebagai ibu bapa.

Lebih manis, kehadiran Tengku Nadine Amina Zahra juga didoakan agar menjadi penyejuk hati keluarga diraja. Semoga puteri kecil ini membesar sebagai anakanda yang solehah, dikurniakan keimanan yang teguh, kebijaksanaan serta akhlak yang mulia.

Ads

Tengku Arif Bendahara Timang Puteri Sulung, Tengku Nadine Amina Zahra Curi Perhatian!

Kelahiran Membawa Kegembiraan Kepada Kesultanan Pahang

Kelahiran ini bukan sahaja membawa kegembiraan buat pasangan diraja berkenaan, malah turut menjadi detik penuh makna buat Institusi Kesultanan Pahang dan seluruh rakyat yang sentiasa mengikuti perkembangan keluarga diraja negeri itu.

Terdahulu, Tengku Muhammad Iskandar selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Tengku Natasya Puteri dalam istiadat perkahwinan diraja yang berlangsung di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz, Kuantan pada 24 Oktober 2024.

Ads

Perkahwinan diraja tersebut mendapat perhatian ramai kerana berlangsung penuh adat istiadat serta menjadi antara acara bersejarah dalam Institusi Kesultanan Pahang.

Baca lagi: Fattah Amin, Amira Othman Timang Cahaya Mata Sulung. “Jadi Anak Soleh Penyejuk Mommy Daddy”

Bayi Baru Lahir Boleh Dijangkiti Denggi Dari Ibu, Jangan Ambil Mudah Jika Demam Ketika Hamil 

RM100 Sebulan Untuk Rakyat Selangor, Semak Kelayakan Anda Sekarang!

Sumber: Facebook Kesultanan Pahang

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Anak Susah Pegang Pensel, Cepat Penat Mewarna? Motor Halusnya Perlu Dilatih!

Anak Susah Pegang Pensel, Penat Mewarna? Motor Halusnya Perlu Dilatih!

Motor halus anak penting untuk menulis, mewarna dan mengurus diri sendiri. Ketahui 5 tanda perkembangan motor halus yang perlu diberi perhatian serta aktiviti mudah untuk melatihnya di rumah.