Sedangkan kita nak ke pejabat pun dah sedih nak tinggalkan anak, apatah lagi kalau terpaksa pergi jauh dan tak boleh bawa anak sekali. Memang mudah sangat nak ‘jatuh’ air mata kan? Kalau tak jadi pada diri kita pun, sebagai mak-mak tentulah boleh relate dengan situasi ni.
Waktu mula-mula tengok perkongsian video dari pelakon Nadzmi Adhwa ni, memang menangis! Sedih sangat tengok momen ibu anak ni di dalam kereta. Dapat dilihat isteri Nadzmi, Ardell seperti menahan sebak apabila melihat wajah anak mereka. Tanpa berkata apa-apa, yang kedengaran hanyalah suara Nadzmi meminta Urwa untuk “Sayang Umi.”
Apabila Urwa mula melihat dan mencium wajahnya, Ardell tidak dapat menahan air matanya dan terus menangis. Selain video pendek tersebut, Nadzmi turut memberitahu yang isterinya menyertai misi kemanusiaan. Mungkin itulah yang menjadi punca kenapa Ardell tersentuh sangat apabila melihat kecomelan dan telatah Urwa.
Melalui posting terbaharunya, Ardell telah berangkat ke bumi Syam untuk menjalankan misi kemanusiaan bersama pasukannya leih kurang 11 jam yang lepas. Rata-rata yang menonton video tersebut juga berkongsi kesayuan yang sama dan mendoakan keselamatan Ardell ketika ‘berjuang’.
Ads
Sama-sama kita doakan agar perjalanan serta urusan Ardell dan teman-temannya dipermudahkan. Bukan mudah seorang ibu untuk meninggalkan anak yang masih kecil apa lagi untuk menjalankan misi kemanusiaan.
Ads
Terdahulu, ketika mengandungkan Urwa juga Ardell pernah ke Syria untuk membantu masyarakat di sana. Tidak dinafikan semangat Ardell sangat kental, semoga dia terus dilindungi Allah SWT.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hanya ibu yang pernah merasa indius tahu betapa peritnya rasa sakit kontraksi selepas itu. Sakitnya bukan main, sehingga ada yang menyifatkan itulah kesakitan yang paling dahsyat sekali. Tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.
Sebagai suami, sudah tentu kehadiran anda sangat diharapkan isteri saat dia mahu melahirkan. Bersalin umpama sebuah peperangan, pertarungan dua nyawa. Begitulah yang dikongsikan seorang suami, Mufarwa Farid, yang berkongsi kisah ketika menemani isterinya yang diindius demi melahirkan anak sulung mereka pada 12 Januari yang lalu.
12 Januari haritu, merupakan detik paling bersejarah bagi aku; zuriat pertama aku dilahirkan ke alam muka bumi ini.
Orang yang paling aku utama untuk apresiasi ini, sudah tentulah ibunya, merangkap isteri aku iaitu Ainnur Afiffah.
Sepanjang mengandung, terlalu banyak kali Ainnur kata dia takut sakit. Katanya, sejak kecil lagi dia dah takut nak beranak. Dan tempoh 9 bulan itu ibarat bom jangka yang menunggu saja kesakitan itu datang.
11 Januari, waktu kami check-up, Dr Norintan terkejut melihat air ketuban sudah makin sedikit.
“Kena induce macam ni. Tak boleh tunggu sampai 15 haribulan. Kalau boleh, beranak hari ni juga.”
Jujurnya, aku tak tahu induce tu mende. Aku fikir, induce tu nama lain bagi caesar. Jadi, aku dok fikir, alahai kesiannya Ainnur, kena bedah perut.
Kami pulang ke rumah, makan siap-siap, kemas yang apa yang patut, solat Zuhur, dan pergi semula ke hospital. Terus ke Labour Room.
Apabila proses Induce itu berlaku, baru aku tahu Induce tu apa. Diorang masukkan pil ubat dalam rahim, dan membantu bayi untuk keluar daripada rahim itu.
Daripada jam 3 petang, sampailah 12 malam, tak keluar-keluar. Sepanjang waktu tu, Ainnur mengadu sakit yang amat, cuma boleh ditahan. Malam tu, Doktor suruh kami berjalan-jalan sekitar kawasan hospital.
Keluarga Ainnur daripada Batu Gajah dah lama tiba. Mak dan Abah serta adik-adik aku semua dah stanby sejak petang lagi. Pakcik dan makcik Ainnur pun datang dari Kajang.
Aku pula, kalau boleh, nak dia beranak haritu juga. Tarikh sedap, 11.1.2020. Namun begitu, jam 11 malam pun takda tanda-tanda anak nak keluar.
Hampir sejam berjalan, kesakitan Ainnur makin berkurang. Maka, kata aku, tak apalah, tunggu saja esok.
Esoknya, Doktor check, air ketuban dah nak kritikal. Doktor ambil keputusan, pecahkan air ketuban, lepas tu Induce kali kedua. Kali ni, Induce masukkan ubat air dalam tangan, dan effect nya lebih kuat berbanding pil.
Jam 11 pagi, Doktor dah masukkan cecair tu dalam tangan Ainnur. Ketuban pun dah dipecahkan.
Beberapa minit kemudian, Ainnur rasa sakit yang amat sangat kat perutnya. Berguling-guling, berpeluh-peluh dan tak mampu nak berbual lagi.
Kau bayanhkan, sakit berguling dia tu, yang dinamakan sebagai contraction, berlaku selama 4 jam. Ini pun, ramai yang kata, agak kejap. Ada orang tu sampai 7 jam.
Waktu ni, memang habis semua ayat yang aku hafal, dibacakan kat telinga Ainnur. Doa Nabi Yunus dalam perut ikan tu, entah berapa ribu kali aku bacakan. Aku siap baca ayat-ayat baru sambil menjenguk ayat tersebut dari Internet.
Ainnur ditawarkan pelbagai ubat dan gas untuk tahan sakit, tapi awalnya Ainnur menolak. Dah masuk jam 12.30, Ainnur minta untuk dapatkan gas. Setiap kali sakit, tarik nafas kat satu tiub yang menghubungkan dengan satu tong gas.
Jam 2 petang, bukaan pintu dah 9cm. Normalnya, 10cm tu tanda untuk melahirkan anak.
Nurse dah siap-siap barang. Diletakkan lampu, perkakas, ruang katil baby, tempat letak kaki Ainnur dan minta aku sign beberapa borang.
This is real shit, man. Kata aku dalam hati.
5 minit kemudian, Doktor datang balik, dia check guna jari dia. “Dah 10cm. Ok Ainnur, push. Letakkan dagu atas dada tiap kali nak push.
Doktor dah duduk depan antara celah kaki Ainnur.
Hanya Tuhan yang tahu betapa seksanya Ainnur push push dan push. Aku tak sanggup tengok, tapi aku kena ada situ.
Aku tak boleh tulis betapa gilanya situasi dalam labour room tu. Memang tak boleh. Ia ibarat sebuah peperangan yang bermatian-matian dilakukan oleh dua-dua pihak.
Ainnur push dengan amat-amat-amat gila. Dia menangis, tapi tetap kuat untuk tolak kandungan gunakan sepenuh kudrat yang ada. Sementelah, semua Nurse menjerit kata-kata semangat dan menolak perut Ainnur ke arah celah kakinya.
Aku pula, sambil ajar Ainnur dah tolakkan kepala dia ke dada, mengintai tengok kat celah kaki Ainnur.
Aku rasa nak menangis bila tengok ada seketul kepala berambut keluar daripada rahim dia. Aku jerit pada Ainnur ‘Sikit lagi! Sikit lagi!’ supaya dia percepatkan tolakan dia untok tubuh seterusnya.
Hampir 5minit Ainnur push setelah aku nampak kepala tersebut, dan Doktor pun terus jerit, ‘Alhamdulillah.’
Dia meletakkan sekujur tubuh kecil ke atas dada Ainnur. Senyap saja dan menutup mata. Debar gila aku waktu ni. Tapi debaran aku hilang apabila melihat dia membuka mata, tengok sekeliling, dan terus menangis.
Syukur. Terus keluar air mata jantan aku weh. Doktor hulur gunting suruh potong tali pusat dia pun menggigil aku dibuatnya.
Anak aku sudah pun selamat dilahirkan.
Kami disuruh keluar untuk Doktor menjahit rahim Ainnur. Di luar, anak aku dibersihkan seringkas mungkin.
Nurse tu terus serahkan pada aku, ‘Encik boleh azan kat dia sekarang.’ Kagum lah aku kejap, sebab nurse tu Cina.
Aku azan dan lepas tu iqamat, hampir tak keluar suara. Menang touching habis moment tu. Manusia kat tangan aku waktu tu, seolah ada magic, yang buatkan waktu tu, terus buatkan hidup aku ada hala tuju.
Habis azan, nurse bawa anak aku keluar pintu bilik labour. Mak, Abah dan Ibu mertua, adik-adik ipar dan adik-adik aku semuanya dah menanti. Itu yang aku share gambar ‘terujeee’ haritu. Memang moment 5 minit lepas beranak.
Maka itulah, dia. Aku dah jadi seorang ayah. Benda paling aku tak boleh lupa, bagaimana kesusahan dan keperitan isteri aku nak melahirkan anak ini. Memang amat perit.
Lelaki kata lelaki power macam mana pun, belum tentu lagi dapat hadapi proses nak beranak ni.
Terima kasih berbanyak, Ainnur. Lahirkan puteri yang akan menjadi kesayangan buat selama-lamanya ini.
Pengorbanan terbesar seorang isteri sudah tentulah melahirkan zuriat buat suami. Namun, dengan sokongan dan restu dari suami jugalah yang membantu seseorang isteri menjadi lebih kuat mengharungi rasa sakit ketika melahirkan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tular video seorang pengawal sekolah yang merasai nikmat berbuka puasa bersama keluarga kecilnya ditempat kerja menarik perhatian ramai.
Meskipun sedang bekerja namun tidak menghalangnya mengabadikan nikmat berbuka itu bersama isteri dan anak-anak. Tidak mewah tetapi penuh kenangan.
Dalam perkongsian milik pengguna TikTok anakjatangmak, beliau memuat naik momen bersama isteri dan anak-anaknya sewaktu duduk di pondok rehat sebuah sekolah untuk sama-sama menikmati juadah berbuka memandangkan belum lagi tamat waktu bertugas.
Menurut Mohd Khoril, beliau tidak menyangka keluarganya akan datang memberi kejutan untuk berbuka bersama. Ternyata video pendek itu cukup meninggalkan kesan di hati ramai.
Malah warganet turut berkongsi rasa terharu dan bahagia melihat situasi yang cukup indah ini, lebih-lebih lagi ketika bulan Ramadan.
Video yang tular itu juga turut menarik perhatian ramai pempengaruh yang turut sama meninggalkan pelbagai komen diruangan komen.
Sebagai ibu, pelakon dan juga usahawan, Nur Fazura meluahkan rasa kecewa terhadap tindakannya sendiri apabila memberi ‘umpan’ coklat kepada anak perempuannya, Nur Fatima Aisya, 2 tahun.
Menerusi perkongsian aktres berusia 39 tahun di laman Instagram, dia memberitahu terpaksa memberikan coklat kepada Fatima sebagai ‘umpan’ kerana mahu mengalihkan perhatian si kecil itu yang menangis selepas disuntik.
“Selesai mengambil vaksin influenza. Ini saya sebagai ibu bapa yang teruk sebab cuba tenangkan anak dengan coklat,”tulisnya di ruangan kapsyen hantaran berkenaan.
Dalam video berkenaan, Fatima dilihat menangis sambil memeluk Fazura akibat ketakutan sewaktu mendapatkan suntikan vaksin influenza. Bagi menenangkan anaknya, Fazura dilihat mengeluarkan coklat dari beg yang dibawa lalu diberikan kepada Fatima.
Hantaran itu mendapat perhatian ramai di mana ramai mengatakan tindakan yang dilakukan oleh Fazura adalah wajar dan normal serta tidak salah bagi ‘mengambil’ hati si anak.
Tidak kurang juga mereka memberikan kata-kata semangat kepada Fazura dengan mengatakan dia sudah menjadi seorang ibu yang hebat dan terbaik buat si anak.
Macam dukung Fattah Amin versi perempuan
Selain itu, rata-rata warganet menyatakan Fatima dilihat seiras dengan ayahnya iaitu Fattah Amin tapi dalam versi perempuan.
Untuk rekod, Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin dan Fattah berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan anak pertama Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober 2020.