Ibu mana yang mampu menahan rindu pada anaknya ketika berjauhan kala terpaksa menggalas tanggungjawab pada kerjaya. Inilah yang dilalui Ernie Zakri kini yang terpaksa kerap meninggalkan anaknya, Nur Khawla Soleha yang kini berusia enam bulan.
Ernie yang dalam rangka mempromosikan single Hal Hebat, berkolaborasi bersama kumpulan di sana terpaksa berulang alik demi kerjaya. Begitu juga dengan rangka konsert bersama Syamel pada Oktober nanti.
Akui Ernie, dia sedih bila mana memikirkan anaknya setiap kali keluar bekerja. Malah acapkali mengalirkan airmata setiap kali menatap wajah anak tersayang bila berjauhan. Namun inilah pengorbanan seorang ibu.
“Tipu kalau saya kata tidak sedih setiap kali keluar bekerja. Tidak lama lagi saya akan ke Bandung dan Jakarta, Indonesia untuk rangka promosi Hal Hebat di sana.
“Memikirkan nak tinggalkan anak enam hari pun sudah cukup buat saya rasa sedih, kalau tengok gambar memang meleleh air mata. Khawla pun dah pandai macam-macam sekarang,” kongsinya.
Ads
Pun begitu kata Ernie, dia bersyukur kerana disaat dia begitu sibuk dengan jadualnya, Syamel paling banyak membantunya selain ibunya yang turut menjaga Khawla bersama pembantu.
“Pada masa sama, saya rasa bersyukur kerana Syamel banyak membantu kalau dia berkelapangan. Biasanya jika saya perlu keluar bekerja, ibu saya akan datang untuk membantu menjaga Khawla juga,” kata Ernie.
Selain pertolongan daripada ahli keluarga, Syamel dan Ernie turut lega kerana dikurniakan pembantu yang menjaga anak mereka setulus hati.
Ads
“Fikir dia tengah buat apa, senyuman dia, tetapi bila di rumah, kami pastikan dia sepenuhnya bersama kami.
“Harapnya bila dah besar, Khawla faham kerja daddy dan ibunya,” kata Syamel pula.
Terdahulu, Syamel dan Ernie menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka pada tanggal 22 Februari lalu.
Bapa kepada tiga cahaya mata perempuan yang digelar The Pocket Rocketman, Datuk Mohamad Azizulhasni Awang berkata sebolehnya setiap hari dia mahu luangkan masa sepenuhnya dengan isteri dan anak-anak seperti tiada hari esok. Bukan itu saja. sebolehnya, tanpa anak-anak tahu yang abinya mungkin akan pergi pada bila-bila masa.
Demikian antara kata-kata yang diungkapkan jaguh berbasikal negara, Datuk Mohamad Azizulhasni Awang di Facebooknya, yang baru-baru ini menjalani pembedahan jantung di Australia.
Datuk Azizulhasni sebelum ini disahkan mengalami masalah yang dipanggil ‘anomalous aortic Origin of right coronary artery’ (AOORCA).
Azizul mengadu mengalami sakit dada pada Februari lalu dan dirujuk kepada pakar jantung di Melbourne, Dr Barveen Aisha untuk pemeriksaan lanjut.
Dia kemudian menjalani pembedahan di Hospital Epworth Richmond di Victoria, Australia pada 21 April.
“Saya nak luangkan masa sepenuhnya dengan anak-anak.
“Doktor kata kalau saya seorang manusia biasa yang tidak aktif pun risiko dia dah tinggi, apatah lagi apabila rutin harian saya sentiasa berlatih di tahap intensiti tinggi dan berlumba di peringkat dunia termasuklah Olimpik Tokyo baru-baru ini.
Tidak ada mustahil jika Allah mengkehendakinya” itu ujar jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang saat mengetahui dirinya disahkan menghidap penyakit jantung Anomalous Right Cor0nary Artery.
Menyifatkan keadaan kesihatan dirinya ibarat ‘bom jangka’, Azizulhasni berkongsi pengalaman beliau buat pertama kali kepada orang ramai berkenaan penyakit jantung yang dihidapinya itu melalui hantaran di Facebooknya baru-baru ini.
Cerita Azizulhasni yang terkenal dengan gelaran The Pocket Rocketman ini, simptom penyakitnya itu sudah lama dirasakan namun ia semakin kuat dan jelas ketika beliau membuat persia-pan ke Sukan Olimpik.
“Ketika itu saya ingat semua tu adalah disebabkan oleh faktor umur yang semakin meningkat.
“Semuanya bermula apabila saya kembali berlatih selepas tamat Sukan Olimpik. Selepas pulang dari satu sesi latihan tu, saya rasa sakit dada yang teramat dan tidak pernah saya alami situasi seperti itu.
“Saya tahu kali ini bukan biasa-biasa kerana simptom dia adalah lain daripada yang lain.
“Isteri saya kerisauan dan memaksa untuk terus ke hospital kerana tanda-tanda itu sedikit seperti serangan jantung.
“Saya ni boleh pula memilih untuk pergi selepas dah selesai solat Isyak atas alasan nak selesaikan kewajiban dulu serta saya juga tahu mesti akan lama punya kena tahan nanti. Mengamuk member. Saya berada di wad kecemasan hampir 5 jam, mereka melakukan pelbagai ujian dan hasilnya tidak pun menunjukkan yang saya ada serangan jantung.
“Tidak ada peningkatan Troponin dalam darah tetapi doktor di wad kecemasan telah mengesan sesuatu yang agak berlainan sedikit pada graf keputusan ECG saya”
“Dari sinilah doktor keluarga saya (family GP) iaitu Dr Ati memainkan peranan penting pada peringkat awal untuk merungkai apakah permasalahan yang sebenarnya,” kongsinya.
Pertama kali mengetahui akan kondisi penyakitnya, doktor pakar jantung terkejut dan menyifatkan jaguh sukan itu seorang yang sangat-sangat bertuah.
“Keadaan saya ini ibarat bom jangka yang boleh meletup pada bila-bila masa. Doktor juga bagi perumpaan yang melintas jalan raya, kemungkinannya untuk selamat adalah lebih tinggi dari situasi kondisi jantung saya ini.
“Yang mana faham, mereka fahamlah. Saya memang pasrah waktu tu. Saya boleh mati pada bila-bila masa, bayangkan kalau korang dapat berita macam tu. Doktor nasihatkan saya untuk berhenti berlatih dahulu buat seketika waktu sebelum membuat diagnosis kedua untuk ‘double check’.
“Akan tetapi saya sedikit degil, masih teruskan latihan seperti biasa sebab memikirkan Sukan Komanwel tinggal berapa bulan je lagi.
“Waktu tu juga hemat saya, kalau saya akan mati ‘anytime’ pun, saya nak buat apa yang saya nak buat dulu. Saya nak teruskan aktiviti kegemaran saya iaitu berkayuh dan setiap hari saya luangkan masa sepenuh-penuhnya dengan isteri dan anak-anak seperti tiada hari esok. Tanpa anak-anak tahu yang abi nya mungkin akan pergi pada bila-bila masa.
“Apa yang kita boleh belajar dari perkongsian saya hari ini? Terus melakukan ‘full screening’ jika anda mempunyai simptom atau masalah berkaitan jantung kerana ianya adalah ‘life threa-tening situation’.
“Kalau anda dinasihatkan untuk berehat maka berehatlah dan janganlah memilih untuk memperjudikan nyawa anda,” katanya.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masalah anak cirit birit jangan dibiarkan berpanjangan kerana akan memudaratkan anak itu sendiri.
Masalah cirit-birit yang berterusan dan berpanjangan boleh berlaku untuk beberapa hari dan mengakibatkan tubuh badan kekurangan air dan garam bagi meneruskan kehidupan.
Umumnya, cirit-birit bermaksud najis cair yang dibuang 3 kali atau lebih dalam sehari3. Punca cirit birit melebihi 3 hari (atau kurang daripada 3 hari) adalah kerana kesan jangkitan pada saluran usus yang disebabkan oleh pelbagai organisma bakteria, virus atau parasit.
Menariknya, kajian menunjukkan anak yang lahir melalui kaedah pembedahan (C-section) atau czer juga sering kali dikaitkan dengan masalah ini.
Kesan anak cirit birit, dehidrasi
Kesan paling teruk apabila anak cirit birit adalah dehidrasi.
Semasa si kecil cirit-birit, air dan elektrolit seperti garam, klorida, kalium dan bikarbonat akan disingkirkan melalui najis berair, muntah, peluh, air kencing dan pernafasan.
Dehidrasi berlaku apabila kehilangan nutrien-nutrien ini tidak diganti.
Tahap dehidrasi dinilai dengan gejala sembelit dan cirit birit pada 2 skala:
Dehidrasi teruk (mengalami 2 atau satu gejala di bawah):
* Badan lesu
* Mata cengkung
* Tidak dapat atau kurang minum air
* Kulit yang ditekan kembali ke asal dengan perlahan, ≥ 2minit.
* Dehidrasi ringan (mengalami 2 atau lebih gejala di bawah):
* Kurang rehat
* Mata cengkung
* Mudah marah
* Minum air dengan banyak dan dahaga
Rawatan untuk anak cirit birit yang anda boleh cuba!
* Menyediakan bekalan air selamat
* Penggunaan sanitasi lebih baik
* Mengajar cara mencuci tangan dengan sabun
* Penyusuan susu ibu eksklusif untuk 6 bulan pertama selepas dilahirkan
* Penjagaan kebersihan diri dan makanan yang baik
* Mendidik anak bagaimana jangkitan merebak
* Memberikan vaksinasi rotavirus
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kepulangan bayi kesayangan rakyat Malaysia, Ainul Mardhiah yang sedang menjalani rawatan di London telah ditangguhkan ekoran masalah kesihatan yang dihadapinya.
Ainul Mardhiah yang bertolak dari United Kingdom sepatutnya dijadualkan tiba di Malayisia pada petang ini. Bagaimana pun kepulangan bayi ini terpaksa dibatalkan susulan masalah kesihatan dihadapinya.
Ibu saudara Ainul, Anis Sofiah Ahmad Razak, 22, berkata, penerbangan yang sepatutnya dijadualkan 9.30 malam tadi (waktu United Kingdom) dibatalkan 11.45 malam tadi.
“Abang beritahu, doktor tidak benarkan Ainul balik lagi namun tidak dimaklumkan punca jangkitan.
“Ainul perlu mengambil ubat antibiotik semula sekurang-kurangnya seminggu dan mereka mungkin akan berada di sana (UK) selama dua minggu lagi,” katanya kepada NSTP di Melaka, hari ini.
Pa&Ma sebelum ini melaporkan bayi berusia 10 bulan itu, dijangka tiba di negara hari ini sebelum akan terus ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). Ainul bersama bapa Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, dan isteri, Nurul Erwani Zaidi, 24, sudah bertolak dari United Kingdom (UK) 9.30 malam tadi (waktu UK).
Semalam Pa&Ma juga melaporkan Ainul akan dibawa pulang ke tanah air secara rahsia.