Sekian lama menanti waktu anak cuti sekolah, apa kata manfaatkan waktu ini untuk bonding bersama anak-anak. Jangan hanya terperuk di rumah sebaliknya ciptalah momen indah dengan anak.

Tak perlu berbelanja besar namun ciptalah momen mengikut kadar kemampuan masing-masing. Anak akan ingat sampai besar nanti. Inilah yang cuba dikongsikan oleh Mim Alif Mim Yaa. Ciptalah momen dengan yang tersayang.


Sekarang ni cuti sekolah. Hati Kak As suka sangat tengok bila parents bawak anak-anak bercuti dengan cara masing-masing.

Ada tidur hotel, pergi oversea, picnic atau camping. Yang melihat jangan ada secebis rasa iri.

Mereka bercuti dengan keluarga bukan sebab mereka mewah tapi mereka menghargai dan mencipta kenangan dengan orang yang mereka sayang.

“Biar Anak-Anak Rasa Momen Tu” Cuti Sekolah, Tapi Anak Terperuk Dalam Rumah, Ciptalah Momen Indah!

Kak As teringat masa Kak As kecil-kecil dulu. Jarang abah umi tak bawak kami berjalan.

IKLAN

Abah bukan ada duit. Gaji cikgu sekolah rendah dulu-dulu lepas tolak itu ini ada baki RM300-RM400 jea.

Setiap minggu abah bawak berjalan. Pergi pantai. Pagi-pagi umi masak bekal kami berkelah tepi pantai. Jimat.

Orang makan celup tepung atau cucuk-cucuk kami pandang jea. Tak beli.
Wau pun kadang bawak yang buat sendiri.

“Biar Anak-Anak Rasa Momen Tu” Cuti Sekolah, Tapi Anak Terperuk Dalam Rumah, Ciptalah Momen Indah!

IKLAN

Kadang beliau bawak mancing kat sungai kat area kampung kami jea. Tidur hotel memang mustahil masa tu.

Masuk muzium selalu sangat. Muzium, pameran ular sebab murah. Rm3/entry.

Masa awal-awal Kak As posting, dapat je tunggakan gaji guru untuk 3 bulan, Kak As ambil tiket flight bawak umi abah pergi Sabah. Itu first time Kak As naik flight dan first time mereka naik flight.

Dan sama keadaan bila Kak As bekerja. Balik kampung ada je tempat Kak As bawak mereka berjalan. Bawak adik beradik sekali. Duit berhabis dah tak kisah.

IKLAN

Sekarang bila umi terlantar bedridden, Kak As selalu sebut

“Umi.. nanti umi boleh berjalan kita pergi bercuti yea”

Sebab bila beliau nampak down, dan disebut bercuti sama-sama beliau semangat balik.

Sebab apa? Sebab moment yang beliau cipta bersama anak-anak masa anak-anak kecil terimbau kembali. Bawaklah anak-anak you uolls rasa moment tu.

Menarik: Nasi Penuh Tak Cukup Minta Lagi, Anak Berselera Makan, Ayda Jebat Risau Anak Overload!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Penulis: Mim Alif Mim Yaa
Penulis & Foto: Astiey Nurasiah

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI