Si kecil Aafiyah menjadi tumpuan ramai kerana kecomelannya. Gelagat anak kepada selebriti tersohor negara, Datuk Sri Siti Nurhaliza ini ternyata membuatkan hati ibunya dan para netizen cair.
Kelahiran Aafiyah yang kini berusia 8 bulan amat dinanti-nantikan oleh Datuk Sri Siti Nurhaliza dan suami setelah 12 tahun. Aafiyah menunjukkan perkembangan yang baik dan kini sudah pandai bermain dengan permainan.
Momen Aafiyah bermain dan terleka dengan mainannya yang mempunyai bahagian seperti cermin telah dirakam. Datuk Sri Siti Nurhaliza telah memuatnaik video yang telah dirakamkan oleh kakak Aafiyah.
Malu-malu pula dia bila menyedari aksinya diperhatikan & ditegur! Ibunya juga turut menyatakan rasa geram melihat telatah Aafiyah itu.
ctdk kakak aafiyah hantar kat ibu video Aafiyah dok asik tengok muka dia di cermin.. Geramnya ibu bila dia senyum lidah terkeluaq comel tuu????
Comelnya Aafiyah memberikan responds apabila dirinya ditegur. Terus tersenyum! Video yang mendapat tontonan sebanyak hampir 160 ribu dalam masa 15 jam meraih lebih daripada 2,000 komen.
Ads
Rata-rata netizen geram dengan kecomelan Aafiyah dan terhibur dengan gelagat bayi comel ini. Ada yang memuji Datuk Sri Siti kerana pandai memilih permainan untuK Aafiyah. Bermain dengan cermin menajamkan skil untuk fokus dan eye contact.
Jangan lupa dapatkan edisi Pa&Ma November 2018 yang menampilkan si comel Yusoff Al-Qardawi sebagai penghias kulit! Di dalamnya ada banyak tajuk-tajuk menarik yang dikupas seperti topik utama tentang berpantang, mitos tentang ais, pulmonari embolism, bengkak susu yang tentunya yang sangat bermanfaat kepada mama papa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pernah tak mak ayah berdepan situasi bayi menangis tanpa henti walaupun sudah disusukan, ditukar lampin dan didukung? Keadaan ini sering membuatkan ibu bapa risau, terutamanya bagi yang pertama kali menjaga bayi. Salah satu punca yang sering dikaitkan dengan keadaan ini ialah perut bayi kembung atau kolik.
Keadaan ini bukanlah penyakit serius, namun ia boleh menyebabkan bayi berasa tidak selesa dan meragam dalam tempoh tertentu. Memahami puncanya serta langkah yang boleh diambil mampu membantu mak ayah menghadapi fasa ini dengan lebih tenang.
Perut bayi kembung atau kolik merujuk kepada keadaan bayi yang menangis secara berlebihan tanpa sebab yang jelas. Bayi mungkin kelihatan sihat, kenyang dan tidak mengalami masalah kesihatan lain, tetapi tetap menangis dalam tempoh yang lama.
Antara tanda-tanda yang biasa berlaku ialah:
Ketika menangis, bayi mungkin menggenggam tangan, membengkokkan kaki ke arah perut dan wajah menjadi kemerahan akibat ketidakselesaan yang dialami.
Walaupun punca sebenar kolik masih belum diketahui sepenuhnya, beberapa faktor dipercayai boleh menyumbang kepada keadaan perut bayi kembung.
Penting untuk diingat bahawa kolik bukan berpunca daripada kesilapan ibu bapa dalam menjaga bayi. Ramai bayi mengalaminya pada bulan-bulan awal kehidupan dan kebiasaannya keadaan ini akan beransur baik apabila sistem pencernaan mereka semakin matang.
Walaupun tiada rawatan khusus untuk kolik, beberapa langkah berikut boleh membantu mengurangkan ketidakselesaan bayi dan memberi ketenangan kepada ibu bapa.
Membalut bayi menggunakan teknik swaddling yang betul boleh memberikan rasa selamat seperti ketika berada di dalam rahim. Dodoian yang lembut dan konsisten juga mampu membantu bayi menjadi lebih tenang.
Sesetengah bayi mudah terganggu dengan bunyi kuat, cahaya terang atau suasana yang terlalu sibuk. Cuba pindahkan bayi ke ruang yang lebih tenang supaya mereka dapat berehat dengan lebih baik.
Perubahan suasana kadangkala membantu menenangkan bayi. Membawa mereka berjalan menggunakan stroller atau mendukung sambil berjalan perlahan boleh memberikan kesan yang menenangkan.
Pastikan bayi melekap dengan baik ketika menyusu bagi mengurangkan risiko tertelan angin. Selepas penyusuan, bantu bayi bersendawa supaya udara yang terperangkap dapat dikeluarkan dengan lebih mudah.
Sentuhan kulit ke kulit atau pelukan yang lembut boleh membantu bayi berasa lebih selamat. Walaupun tidak menghentikan tangisan serta-merta, ia sering memberikan kesan positif kepada emosi bayi.
Dalam kebanyakan kes, perut bayi kembung akan pulih dengan sendiri apabila bayi semakin membesar. Namun begitu, mak ayah perlu memantau keadaan bayi bagi memastikan tiada masalah kesihatan lain yang tersembunyi.
Dapatkan nasihat doktor jika bayi menunjukkan tanda berikut:
Gejala-gejala ini mungkin menunjukkan keadaan lain yang memerlukan pemeriksaan lanjut dan rawatan segera.
Menghadapi bayi yang menangis berjam-jam setiap hari boleh menjadi pengalaman yang mencabar. Jika berasa letih atau tertekan, minta bantuan pasangan atau ahli keluarga untuk mengambil giliran menjaga bayi. Rehat yang mencukupi membantu ibu bapa kekal tenang dan lebih bersedia menghadapi situasi tersebut.
Ingatlah bahawa fasa perut bayi kembung biasanya bersifat sementara. Kebanyakan bayi akan menunjukkan perkembangan positif apabila usia mereka meningkat.
Perut bayi kembung sememangnya boleh menguji kesabaran ibu bapa, terutama bagi mereka yang baru menimang cahaya mata. Walaupun tangisan yang berpanjangan boleh menimbulkan kebimbangan, keadaan ini lazimnya tidak berbahaya dan akan beransur pulih apabila bayi semakin matang.
Dengan memahami punca, mengenal pasti tanda-tanda yang biasa berlaku dan mengamalkan langkah penjagaan yang sesuai, mak ayah dapat membantu mengurangkan ketidakselesaan akibat perut bayi kembung. Kesabaran, sokongan pasangan dan perhatian yang konsisten merupakan kunci utama untuk melalui fasa ini dengan lebih yakin.
Bukan mudah nak bagi si kecil tak mengamuk duduk di car seat bagi membolehkan ibu memandu dengan tenang. Bagi ibu yang biasa membawa anak sendirian di dalam kereta tentu sudah biasa dengan situasi anak kecil buat hal bila didudukkan dalam car seat.
Tapi memikirkan keselamatan anak lebih utama, ibu terpaksa membiarkan sahaja anak ‘berdrama’ air mata. Selalunya anak yang dah biasa dari kecil didudukkan dalam car seat ketika ibunya memandu kereta jarang mengamuk atau menangis. Bagi yang baru nak ajar anak duduk di car seat bolehlah ikut tips dikongsi oleh ibu ini.
Tips yang pertama ialah memastikan anak kita dalam keadaan kenyang terutama yang breast feeding kan. Anak yang besar boleh pastikan sudah breakfast atau makan terlebih dahulu. Apabila dah kenyang anak akan rasa selesa dan mudah untuk tidur.
Tips yang kedua ialah pilihan dan penggunaan car seat juga faktor penting dalam keselesaan dan keselamatan anak kita. Maka kita as a parents kena la pastikan car seat yang kita hendak dibeli itu selesa dan sesuai tak kedudukan ketika anak berada dalam car seat tersebut. Sebab ada car seat yang ada dua posisi iaitu posisi duduk atau posisi untuk baring. Kedudukan ini kena ikut saiz berat badan anak anda. Tak boleh suka hati letak ikut posisi yang anda suka.
Tips yang ketiga ialah didik anak dengan bacaan doa perjalanan. Walaupun mreka masih kecil didikan dan amalan yang baik perlu ditunjukkan dan kita sebagai mama as a good role model. Memulakan sesuatu dengan berdoa kepada Maha Pencipta.
Tips keempat ialah mendengar tangisan anak. Bila sudah bergelar ibu kenalah faham jenis-jenis tangisan anak. Bagi yang pertama kali nak ajar anak duduk di dalam car seat, dalam kurang setengah jam atau lima belas minit perjalanan menggunakan car seat. ini untuk membiasakan anak dengan keadaan baru.
Tangisan itu adalah biasa sebab bayi tidak biasa dalam keadaan baru kerana si kecil rasa tidak selamat duduk di dalam car seat.
Anda kenalah bagi dorongan dan galakan seperti nyanyian atau zikir. Lagi satu bila nangis, biarkan sahaja sebab bila kita angkat dia ketika dalam kereta, maka anak kecil akan ingat bahawa ok bila dia nangis pasti mak ayah akan angkat. itu sebab saya cadangkan cuba dalam perjalanan yang dekat dahulu atau dalam jangka masa 15 minit. Buat rutin ini setiap hari untuk membiasakan si kecil duduk dalam car seat.
Tips terakhir ialah kalau ada muzik yang bayi suka bolehlah dipasang. Contohnya baby shark ke baby song ke atau zikir yang menenangkan juga boleh dipasang. Si kecil akan rasa lebih tenang dan kurang menangis. Lama-kelamaan dia akan tertidur.
Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada semua ibu bapa di luar sana.
Si kecil yang lahir pada 15 Oktober tahun lalu kini sedang berada dalam fasa ‘banyak mulut’. Bertambah seronok kehidupan pelakon drama popular Nur ini bila si kecil semakin bijak dan menghiburkan.
Gelagat Anaqi yang juga mempunyai akaun Instagram sendiri sentiasa menghiburkan netizen yang suka melihat wajah comelnya.
Semalam Amar memuat naik video gelagat Anaqi ketika mereka menghadiri majlis berbuka puasa Primavalet.
Video tersebut memperlihatkan gelagat Anaqi yang bijak sedang petah ‘bercakap’.
Ramai netizen geram melihat kecomelan Anaqi yang berpipi comel dan tembam. Bebelan manja ditambah dengan senyuman manis Anaqi membuatkan ramai yang jatuh kasih dengannya.
Kata orang tua-tua kalau budak ‘banyak mulut’ itu tandanya tak lama lagi nak pandai bercakap.
Sebenarnya fasa yang dilalui oleh Anaqi adalah perkembangan normal seorang bayi.
Walaupun sebelum bayi menyebut perkataan pertamanya, dia telahpun mendengar dan belajar daripada semua orang di sekelilingnya.
Faktor-faktor ini yang membuatkan Anaqi dah mula banyak mulut.
Bila ibu ayah rajin melayan anak berbual dan tak dibiarkan terbaring sahaja maka lebih banyak perkataan baru yang akan dipelajarinya, dan pertuturannya akan bertambah baik.
Berbual dengannya ketika menukar lampin, memberinya makan atau memandikannya, dan beri masa kepadanya untuk memberi tindak balas sambil anda kekalkan eye contact dan senyum.
Guna aktiviti-aktiviti harian untuk membantu anak kecil anda mengaitkan perbuatan dan objek serta perkataan yang berkaitan dengannya. Tunjuklah benda-benda yang anda lihat ketika anda di luar.
Cakap dengan bayi dalam bahasa yang mudah. Guna ayat-ayat yang pendek dan tekankan pada perkataan-perkataan utama. Ini akan membantu anak kecil anda untuk fokus pada maklumat yang penting.