Tengok Muka Sendiri Dalam Cermin & Malu Bila Ditegur, Aksi Comel Aafiyah Bermain Buat Ibu & Netizen Cair

Share

Si kecil Aafiyah menjadi tumpuan ramai kerana kecomelannya. Gelagat anak kepada selebriti tersohor negara, Datuk Sri Siti Nurhaliza ini ternyata membuatkan hati ibunya dan para netizen cair.

Kelahiran Aafiyah yang kini berusia 8 bulan amat dinanti-nantikan oleh Datuk Sri Siti Nurhaliza dan suami setelah 12 tahun. Aafiyah menunjukkan perkembangan yang baik dan kini sudah pandai bermain dengan permainan.

Momen Aafiyah bermain dan terleka dengan mainannya yang mempunyai bahagian seperti cermin telah dirakam. Datuk Sri Siti Nurhaliza telah memuatnaik video yang telah dirakamkan oleh kakak Aafiyah.

Malu-malu pula dia bila menyedari aksinya diperhatikan & ditegur! Ibunya juga turut menyatakan rasa geram melihat telatah Aafiyah itu.

ctdk kakak aafiyah hantar kat ibu video Aafiyah dok asik tengok muka dia di cermin.. Geramnya ibu bila dia senyum lidah terkeluaq comel tuu????

Comelnya Aafiyah memberikan responds apabila dirinya ditegur. Terus tersenyum! Video yang mendapat tontonan sebanyak hampir 160 ribu dalam masa 15 jam meraih lebih daripada 2,000 komen.

Rata-rata netizen geram dengan kecomelan Aafiyah dan terhibur dengan gelagat bayi comel ini. Ada yang memuji Datuk Sri Siti kerana pandai memilih permainan untuK Aafiyah. Bermain dengan cermin menajamkan skil untuk fokus dan eye contact.

MAINAN YANG SESUAI UNTUK PERKEMBANGANNYA

Sumber: ctdk


Jangan lupa dapatkan edisi Pa&Ma November 2018 yang menampilkan si comel Yusoff Al-Qardawi sebagai penghias kulit! Di dalamnya ada banyak tajuk-tajuk menarik yang dikupas seperti topik utama tentang berpantang, mitos tentang ais, pulmonari embolism, bengkak susu yang tentunya yang sangat bermanfaat kepada mama papa.

IKLAN