Pengorbanan ibu melahirkan anak bukan sedikit. Ibarat bertarung dengan nyawa. Bagi Yatt Hamzah, nikmatnya bersalin anak lelaki kali ini begitu luar biasa. Satu pengalaman berbeza yang pastinya tidak dapat dilupakan.
Kata Yatt menerusi Instagramnya, dia bersyukur akhirnya dapat mendakap bayi lelaki dari zuriat sendiri. Satu nikmat yang ditunggunya sekian lama. Malah satu pengalaman yang begitu bermakna buatnya.
“Pertama kali mendakap BAYI LELAKI zuriat sendiri. Perasaannya, Subhanallah luar biasa indah. Menitis air mata dan lidah tak henti-henti mengucapkan syukur.
” Inilah anak bertuah yang hampir-hampir keluar ikut tingkap. Di saat-saat akhir dapat juga melahirkannya secara normal walaupun terpaksa menahan sakit lebih 8 jam dan meneran kuat hingga pembuluh darah pecah di bawah kulit muka, mata dan seluruh badan.
“Boleh nampak jelas kulit muka Bonda tu penuh bintik-bintik merah seperti freckles. Pengorbanan ibu, asalkan anak yang dilahirkan selamat dan sihat.
“Alhamdulillah, inilah Si Bongsu Anakanda Putera yang ditunggu-tunggu sekian lama. Satu-satunya Putera Bonda selepas kakak-kakaknya 4 puteri, barulah dia muncul. Kelahiran yang dinantikan bukan sahaja kami keluarganya tapi sahabat-sahabat dan followers Bonda.
“Sungguh tak sangka zuriat penutup ini (in shaa Allah), kami dapat seorang putera. Sampai ramai sangat yang WhatsApp dan DM bertanya, apa tips nak dapat anak lelaki!?” kongsi Yatt.
Ads
Ramai minta petua tip dapatkan anak lelaki
“Di sini Bonda jawab pertanyaan semua. Wallahi Bonda tiada apa-apa tips dan tidak mengamalkan apa-apa melainkan menyerahkan segala pergantungan hanya pada Allah. Memanglah teringin anak lelaki tapi tak mengharap apa-apa.
“Kalau dapat syukur..tak dapat pun syukur. Tak mengharap, hanya berdoa. Jika ada rezeki kami, kami redha apa sahaja yang dikurniakan asalkan anak selamat dan sihat.
“Sekali lagi terima kasih atas doa-doa yang baik dari kalian semua. Bonda dan anakanda rehat dulu ya. Esok Bonda sambung cerita Bonda melahirkan di hospital mana. Di hospital swasta lagi atau kerajaan dan kenapa? Apa yang bestnya hospital pilihan kali ni?
Ads
Assalamualaikum dan Selamat Malam.
SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH ALLAHUAKBAR,” kongsi Yatt menerusi Instagramnya.
Pastinya satu kegembiraan selepas menunggu kehadiran anak lelaki pada tempoh yang lama. Satu perjuangan yang bukan sedikit namun berbaloi bila apa yang diinginkan kini dihajati.
PA&MA GALA MOMS yang diinspirasikan bersama CETAPHIL, sebuah program Anugerah Digital yang memberi penghargaan kepada 20 mama millennial yang bukan hanya mempunyai pengaruh yang kuat di media sosial malah memberi inspirasi buat ibu-ibu millennial di luar sana.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @yatthamzah_suci
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tentunya ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil ingin mengetahui cara untuk meningkatkan imun badan anak. Ada yang akan cuba buat pelbagai cara untuk memastikan antibodi anak kuat dan tidak mudah sakit.
Bagaimanapun, ada juga anak-anak yang sistem imun badannya lemah dan cepat demam, selesema atau batuk. Salah makan sikit atau kerap terdedah dengan aktiviti luar mudah tak sihat.
Jadi apabila selalu sangat anak tak sihat, tentu mama atau papa tak tidur malam dibuatnya. Risau suhu badan mendadak naik waktu lewat malam dan boleh membahayakan kesihatan anak. Sebagai ibu bapa ada beberapa alternatif yang boleh dilakukan sejak dari awal lagi.
Antaranya melalui pengambilan pemakanan yang betul dan seimbang, akan menghasilkan sistem pertahanan badan yang kuat supaya dapat melawan bakteria dan kuman yang menjadi penggalak kepada jangkitan penyakit kepada anak anda.
Untuk mencegah daripada masalah kesihatan anak, amalkan tip ini untuk membantu meningkatkan sistem daya imun anak.
1.Minum air
Galak anak anda untuk minum air putih. Ini kerana badan manusia memerlukan 70% air untuk memastikan kelancaran sistem saraf badan. Ia termasuk juga kelancaran pembuangan air besar. Jika anak anda menghadapi kekerapan untuk membuang air besar, ia boleh menjejaskan sistem imun anak anda. Berikan air putih sebagai pilihan pertama anak anda. Ganti minuman gas dan kafein dengan jus buah segar yang tiada pemanis tiruan.
2. Buah-buahan dan sayur-sayuran segar
Anugerah alam semula jadi yang mengandungi banyak vitamin C dan antioksida yang boleh meningkatkan imun anak anda. Antara buah yang mengandungi banyak nutrien ialah pisang, betik, tembikai, strawberi, beri biru dan buah-buahan sitrus. Brokoli, tomato, bayam dan ubi keledek adalah sumber makanan yang baik. Bawang putih mentah adalah satu lagi hidangan yang dikatakan baik untuk sistem imun. Sayur-sayuran seperti lobak dan labu mengandungi karotena yang meningkatkan pengeluaran sel-sel darah putih yang mengelak jangkitan penyakit.
3. Makan ikan
Sudah berabad-abad lamanya ramai ibu bapa memberikan anak mereka minyak ikan setiap hari. Namun mereka menyedari keperluan sebenarnya, apa yang mereka tahu ia mampu memberikan perlindungan kesihatan kepada anak-anak mereka. Kini kita sudah tahu bahawa ikan segar atau dibekukan seperti salmon, ikan tenggiri yang mengandungi Omega 3 lemak. Ia boleh merangsang sistem imun.
4. Rutin tidur yang cukup
Bagi anak-anak yang sedang membesar, rutin tidur yang teratur penting untuk perkembangan. Perlu diketahui anak tak cukup tidur boleh membuatkannya mudah terdedah kepada penyakit dan sentiasa meragam sepanjang masa. Jumlah tidur anak-anak bergantung kepada umur mereka.
Biasanya untuk peringkat bayi yang baru lahir memerlukan 18 jam sehari, kanak-kanak kecil sehingga 13 jam dan kanak-kanak berumur 3-12 tahun sehingga 12 jam sehari.
5. Pengambilan makanan tambahan
Pengambilan makanan tambahan juga antara salah satu alternatif untuk memastikan kesihatan dan diet yang seimbang untuk anak anda. Ia penting untuk memastikan anak anda tidak mengalami sebarang jangkitan atau meningkatkan selera makan anak.
Contohnya Chewies Immunolicious antara suplemen yang boleh anda pilih untuk diberi pada anak. Mempunyai tiga perisa buah-buahan iaitu oren, mangga dan strawberi pasti buat si kecil suka dan secara tak langsung menguatkan imun badan anak.
Mengenai Chewies
Chewies ialah produk makanan tambahan kanak-kanak yang telah ditubuhkan di Malaysia sejak dari tahun 1960. Produk rangkaian Chewies termasuklah Multivitamins, Lysine, Taurine, Vitamin C dan Immunolicious. Makanan tambahan ini diperlukan untuk memberi sokongan pada pembesaran dan pembinaan sel dan otot kanak-kanak.
Immunolicious adalah rangkaian produk paling popular dalam Chewies. Bahan utama dalam Immunolicious ialah Wellmune yang telah dipatenkan serta telah memenangi anugerah untuk bahan yang digunakan di USA. Wellmune ialah sejenis beta glucan semulajadi terbukti secara klinikal untuk menguatkan sistem imun.
Wellmune ialah Beta 1,3/1,6 ekstrak glucan dari ragi roti. Sistem imun yang mampu memberi sokongan melawan pathogens yang berbahaya.
Bagaimana Wellmune menyokong sistem imun?
Wellmune akan memasuki ke dalam badan khusus melalui tisu sistem imun di dalam usus. Sel imun menyerap Wellmune dan menjadikan ianya kecil sehingga serpih-serpihan yang terikat dengan neutrophils iaitu sel imun yang paling banyak dalam badan. Dipenuhi dengan Wellmune, neutrophils bergerak dengan laju untuk membunuh sel yang tidak dikenali. Sehinggalah sistem imun kanak-kanak ini berfungsi secara optimum ketika muda remaja, kanak-kanak perlu meningkatkan pertahanan badan secara semulajadi dengan makanan tambahan seperti pengambilan harian Wellmune.
Kajian klinikal membuktikan bahawa 67% kanak-kanak yang mengambil Wellmune kurang mengalami simptom jangkitan saluran pernafasan (URTI) dan lebih cepat sembuh.
Dalam bentuk gummy
Gummy adalah bentuk yang kebanyakan budak-budak akan menyukainya terutamanya kanak-kanak yang cerewet memilih makanan selalunya mempunyai sistem imun yang lemah dan gummy juga adalah sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah mengunyah jenis tablet.
Immunolicious hadir dalam 3 perasa iaitu strawberi, oren dan mangga (30’s dan 60’s). Terdapat juga dalam bentuk saiz travel (10’s) untuk memberikan perlindungan ketika kanak-kanak sedang mengikuti trip mereka. 2 gummies setiap hari.
Boleh didapati di Watsons, Caring, Guardian dan farmasi yang berdekatan anda. 97% ibu-ibu di Malaysia setuju bahawa ia membantu untuk meningkatkan imuniti kanak-kanak. Kajian dijalankan oleh Home Tester Club pada 16 Mac 2018 dan 4 Jun 2018. 413 ahli telah menerima dan mencuba Chewies Immunolicious.
Pertandingan I Have A Big Dream
Chewies dan Watsons Malaysia telah berkolaborasi dalam satu kempen tanggungjawab sosial korporat tahunan Chewies dalam membantu kanak-kanak memenuhi impian mereka menjadi realiti.
Setiap kanak-kanak mempunyai impian. Kanak-kanak perlulah mempunyai stamina yang kuat dan sihat secara mental dan fizikal untuk mencapai impian mereka. Badan yang sihat akan menjadikan kanak-kanak sentiasa gembira. Ia sangat penting untuk menggalakkan sistem imun anak-anak anda dan memastikan mereka mampu berjuang demi impian mereka tanpa risau mengenai kesihatan mereka.
Kempen CSR ini menyatakan bahawa kanak-kanak berhak untuk mencapai impian mereka tidak kira siapa atau dari mana mereka berada. Peraduan ini hanya memerlukan kanak-kanak untuk melukis atau menulis impian mereka untuk penyertaan. Tiada pembelian diperlukan untuk penyertaan.
Maklumat lanjut mengenai peraduan ini :
‘I Have A Big Dream’
2 Kategori :
– Kategori Melukis : Umur 4 tahun – 6 tahun
– Kategori Menulis : Umur 7 tahun – 12 tahun ( mana-mana bahasa; terhad 100 patah perkataan )
Syarat dan terma :
1. Semua penyertaan boleh dihantar ke : contesthealth@watsons.com.my
2. Penilaian berdasarkan faktor kualiti gambar, kreativiti, nilai keaslian dan menepati tema.
3. Tarikh tutup penyertaan pada 2 September 2019.
Hadiah :
• 3 pemenang utama akan direalisasikan impiannya beserta hamper Chewies RM150 untuk setiap kategori.
• 5 hadiah saguhati hamper Chewies RM150 untuk setiap kategori.
• Semua pemenang akan menerima 1,000 mata ganjaran untuk Ahli Watsons dan akan dikreditkan ke dalam akaun ibu bapa masing-masing.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Soal berpantang kini kurang dititik beratkan oleh generasi muda. Asal sahaja makan secara sihat dan menjaga kesihatan diri, berpantang jadi mudah.
Pun begitu semuanya bergantung kepada tubuh masing-masing. Namun pesanan orang-orang lama jangan diabaikan kerana amalan kesihatan yang dibawa mereka juga sememangnya baik untuk kita.
Perkongsian Pn Mastura Rashid mengenai pesanan dari ibu mentuanya ini perlu kita amalkan. Bukan sahaja untuk kesihatan tubuh kita sendiri bahkan juga untuk mengekalkan kerukunan rumah tangga. Barulah suami makin sayang.
Tiga pesanan untuk para isteri. Beberapa tahun lepas, saya pernah kongsikan pesanan ini. Dan hari ni saya nak kongsikan semula untuk renungan para isteri sekalian.
Sejak saya bersalinkan anak pertama, inilah pesanan mak mentua yang saya ingat hingga kini, dan insyaAllah akan saya perturunkan pada anak perempuan apabila mereka berkahwin kelak.
1. Jaga kesihatan rahim Berpantanglah dengan betul. Kerana sebenarnya waktu pantang adalah waktu terbaik untuk ibu pulihkan badan. Bimbang dah habis pantang nanti, sakit sana sini.
Jauhkan diri dari disentuh suami hingga terangsang, bimbang kelak mengundang penyakit dalaman. Makanlah berpada-pada dan pastikan ia berkhasiat untuk menambah susu, memulihkan tenaga badan dan memperbaiki emosi.
Pastikan cukup minum air supaya badan tak lesu dan sembelit. Bertungku, berdiang, berbarut, berbengkung, mandi herba wajib.
Cerita mak mentua lagi, biasanya sebelum pergi kerja, ayah mentua akan panaskan 6 biji tungku seawal jam 4 pagi untuk kegunaan mak mentua. Petang pun bertungku lagi.
Serius dia sangat berdisiplin, tambahan lagi ayah mentua memang put all effort dalam menjaga kebajikan mak mentua dalam pantang apabila dia tidak bertugas di hutan.
Disebabkan dari muda hingga tua sentiasa berpindah-randah dari satu kem askar ke kem askar yang lain, buatkan mak mertua sangat menjaga kesihatan dalamannya sebagai seorang ibu dan isteri. Kesihatan rahim ini juga termasuklah kebersihan dan kesihatan faraj.
Ada juga saya kongsikan beberapa senaman khas untuk merapi dan merapat faraj. Tak perlu meruang. Tak perlu sumbat apa-apa ya.
2. Jaga kecantikan payudara Kecantikan payudara antara perkara yang mak mentua selalu tekankan. Pesannya, jangan sampai boleh dilipat ke belakang.
Walaupun setiap payudara wanita berlainan bentuk, penjagaannya tetap sama. Saya pernah kongsikan cara urutan payudara dalam CMT.
Sentiasa urut dan sapu minyak supaya tak berkedut, tak kendur terlalu awal. Paling baik adalah minyak khusus untuk urutan payudara, tetapi jika tiada, boleh guna flax seed oil atau minyak halba sendiri. InsyaAllah ada masa saya kongsikan cara buat basic breast oil ni ya.
3. Masuk ke dapur Dua perkara utama yang sentiasa mak mentua pesan adalah, jaga perut dan nafsu suami. Jika bergaduh, jangan sesekali mogok tak masak. Suami mudah dipujuk melalui masakan air tangan isteri. Mudah dipujuk dengan sentuhan dan belaian. Jadi jaga kehendaknya, jangan sesekali menolak tanpa sebab.
Nombor 1, 2 dan 3 jika dijaga, insyaAllah akan buatkan suami bertambah lagi rasa cintanya.
Semoga perkongsian pagi ni beri manfaat pada semua. Dan kita ubah untuk suami tercinta.