Fasa anak bercakap adalah tempoh masa yang dinanti-nantikan oleh ibu bapa. Ini juga antara yang menentukan perkembangan anak itu lambat atau cepat.
Menurut Terapis Pertuturan, Puan Ruby Atika anak umur 3 tahun, sudah boleh bercakap dalam ayat. Dia gabung 3 perkataan dalam ayat. Kalau anak yang lebih cepat, dia cakap lebih banyak lagi.
Jadi apa aktiviti bahasa yang bagus untuk anak normal yang berumur 3 tahun ni?
1) main mainan olok-olok seperti teddy demam, kena bagi ubat, tidurkan dalam selimut, teddy sakit perut dan sebagainya.
Ads
2) main siapa dulu jadi patung?! Siapa gerak dulu, dia kalah, kena geletek.
3) main teka haiwan. Binatang apa yang duduk dalam laut? Binatang apa yang boleh terbang? Binatang apa yang kaki ada 2 saja?
4) buku cerita bergambar. Setiap hari 1 buku. Buku yang sama pun tak apa. Ulang selang hari.
Ads
5) waktu malam, cerita kat anak tentang apa yang dah buat dari awal pagi tadi. Mula-mula…..lepas tu…
6) berbual-bual tentang perasaan. Rasa letih, rasa tak selesa, rasa geram, rasa kelakar, rasa marah. Contohnya, “adik tak selesa pakai seluar ni ya, dah ketat.” atau “nasi tak habis ni, adik dah kenyang ya?”
7) Sampaikan pesanan. Bagitau kat abang, mama suruh mandi.
Ads
** tengok gambar percutian dulu-dulu. Cerita balik kat anak tentang percutian tu.
Nampak macam biasakan tapi inilah yang boleh mengukuhkan hubungan suami isteri walaupun dah ada anak ramai. Ketahuilah, siapa tak dating suami isteri memang rugi besar. Mana tidaknya, kalau sibuk dengan alam kerjaya, balik rumah, dengan anak lagi. Alamak memang tak sempat la nak dating.
Dating ini bukan untuk orang yang couple, bukan untuk budak-budak tapi untuk mereka yang bergelar pasangan suami isteri. Dating high class ini sangat-sangat penting untuk kedua-dua pasangan.
Berikut perkongsian dari Najmi Nawawi mengenai apa kebaikan dating untuk pasangan suami isteri yang mungkin sebelum ini rasa tak perlu sebab tak ada masa urus anak dan keluarga.
1 – Update Emosi
Bukan apple ios je yang penting untuk kita update, emosi pasangan kita pun penting untuk kita update. Lebih-lebih lagi kalau kedua-dua pasangan bekerja.
Nak juga tahu apa perasaan dia dengan apa berlaku dekat tempat kerja, dengan kawan-kawan, bahkan antara ahli keluarga pun. Kalau tak update nanti tak synchronised emosi kedua-dua pasangan. Nanti mula akan muncul isu suami tak faham isteri dan sebaliknya.
2 – Confessions Time
Ini sangat penting. Memang dah jadi fitrah perempuan, suka bercerita. Kalau ada apa yang tak disukanya lebih baik dia cerita dekat kita dulu sebelum dia sebar media sosial.
Suami perlu main peranan dan jadi dominan untuk mulakan sesi confessions ni. Pada waktu berduaan itu, boleh mulakan dengan pegang tangan isteri. Tatap mata dan tanya macam biasa. Ini kunci dia, lepas tu sediakan telinga untuk mula mendengar.
3 – Depression Prevention
Kau tahu kan, sekarang ini tahun 2018. Depression awareness semakin diakui ramai kepentingannya. Dah banyak NGO ditubuhkan bagi menangani isu ini. Sebelum ianya berjangkit pada kita, belajarlah untuk listen.
Untuk huraikan tentang depression ini memang tak cukup ruangan ini, aku kena buat artikel khas lain pula. Tapi point aku ialah tersangat bagus kalau suami isteri dapat luangkan sedikit masa untuk dating, agar kita boleh lebih faham pasangan.
4 – Nafkah Batin
Pasangan suami isteri mana ada masa. Lagi kalau anak dah dua tiga orang. Kau ingat macam mana, katil pun dah sempit. Cadangan aku, kalau ada pasangan yang mc, seorang lagi ambil anual leave untuk dating bersama pasangan kau. Anak hantar taska. Haha.
Dijadikan pasangan itu untuk menyempurnakan fitrah lelaki dan perempuan. Tak perlu hurai lebih, tapi kau faham sendiri. Kalau tak ada masa, cari masa dan create space untuk bersama. Banyak keruntuhan rumah tangga pun berpunca dari hal ini, jika gagal disempurnakan.
5 – Love Birds
Moment moment sweet ialah sesuatu yang kita atau pasangan kita akan kenang sampai mati. Mungkin ada moment bagi kita biasa je, contoh kita angkat beg berat depan pasangan. Untuk kita, tak ada apa-apa. Tapi bagi pasangan kita itulah moment yang boleh buat dia tersenyum teringat nanti.
Otak manusia akan ingat moment pada waktu hati tenang dan bahagia. Moment itu akan disimpan dalam bahagian istimewa otak manusia. Ianya akan menjadi perisai untuk hadapi bad day satu hari nanti. Tapi kalau dating pun tidak, bila masa kita nak create moment moment ini.
Cuba ingat balik, apa moment paling anda suka tentang pasangan anda?
“Bagusnya anak aku ni, kenapalah anak aku yang sorang lagi ni tak macam kakak dia”. Ingat jangan membanding dan beza anak-anak!
Sebenarnya ramai yang merasakan ibu bapa mereka selalu mendahulukan adik-beradik lain, mereka selalu di marah, selalu lebihkan adik beradik lain dan selalu tak gembira dengan kehadiran mereka ini.
Mungkin anak-anak yang lain lebih rajin, lebih pandai dari anak yang dipinggirkan ataupun faktor jantina iaitu sebagai contoh, ibu bapa mereka lebih cenderung untuk memanjakan anak lelaki atau anak perempuan mereka. Lagi-lagi anak kecil, cepatlah sentap, kalau ibu bapa dia selalu lebihkan adik-beradik yang lain.
Antara 4 faktor yang menjadi punca ibu bapa pilih kasih :
1) Anak Kebanggaan
Dalam ramai-ramai anak pasti ada salah seorang yang sangat membanggakan daripada ibu bapa. Selalunya anak yang belajar pandai, jaguh sukan atau pandai mengaji akan jadi anak kebanggaan.
Tetapi perlu ingat! Anak-anak lain ada kelebihan juga tau. Mungkin bukan dalam akademik tapi dalam kelebihan mereka sendiri. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa tahu.
2) Anak Yang Tidak Sihat
Anak yang tidak sihat selalu mendapat perhatian lebih malah ada yang beri sepenuh perhatian pada mereka ini sehingga mengabaikan anak yang sihat.
Anak yang sihat pun boleh jatuh sakit kalau di abaikan selalu. Sakit atau tidak setiap anak perlu perhatian dan kasih sayang ibu bapa mereka. Dapatkan bantuan dan adil lah dalam mengagihkan kasih sayang.
3) Anak Rajin
Anak yang rajin tolong ibu bapa semestinya ibu bapa akan sayang sangat sebabnya mereka ni meringankan beban ibu bapa. Ibu bapa cenderung mempercayai anak yang rajin sehingga tak percaya langsung anak-anak yang lain.
Pernah terfikir tak yang anak-anak lain mungkin bukan pemalas nak membantu tapi mereka masih menunggu dapat kepercayaan dari ibu bapa sendiri. Beri kepercayaan seadil yang boleh supaya tiada yang rasa tidak di percayai.
4) Anak Bongsu
Anak bongsu memang selalu dapat perhatian lebih. Maklumlah yang paling muda dan anak terakhir sekali, jadi sayangnya lebih. Perhatian pun berlebih lebih, sehingga banyak anak bongsu jadi terlampau manja.
Waspada bila abang/kakak dah mula anggap adik dia sebagai ancaman kerana sikap iri hati dan cemburu tu pasti akan hadir dalam diri anak-anak. Saya percaya tiada ibu bapa yang mahu anak-anaknya saling bermusuhan.
Jika setiap anak-anak itu ibu boleh mengandungkan sama 9 bulan 10 hari, kenapa setelah lahir mahu di beza-bezakan kasih sayang dan perhatiannya.
Sesungguhnya cinta seorang ibu menyejukkan hati, cinta seorang ayah mententeramkan jiwa.
Sumber: Mohd Fhais
Saya percaya tiada ibubapa yang suka bila anak membandingkan kita dengan ibubapa lain.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada cara yang lebih baik untuk mengatakan tidak kepada anak-anak. Sebenarnya anak kita tidak suka dengan perkataan, “Jangan”, “Tak Boleh”, atau “No”. Sebagai ibu atau ayah, kita pula mahukan yang terbaik serta mahu anak menjadi lebih berdisiplin. Apakah perkataan lain yang lebih sesuai untuk digunakan supaya anak-anak lebih mendengar kata. Kita sebagai ibu bapa pun tidak sakit hati.
Terlalu banyak mengatakan Tidak! kepada anak-anak akan membuatkan mereka memberontak. Apa kata anda cuba sepuluh ayat ringkas tetapi tepat untuk menggantikan perkataan Tidak! :-
1. Anak dan makanan manis tidak dapat dielakkan. Marah-marah pun tak guna, kerana anak tetap mahu juga. “Mama tahu awak suka aiskrim (sebagai contoh), tapi kalau makan banyak sangat pun tak elok tahu?”.
Sambil itu, terangkan mengapa ia tidak baik untuk mereka.
2. Biasalah kalau anak bermain dengan makanan. Sama ada dia sedang belajar tentang makanan itu atau ia sebenarnya tidak balas normal kerana mereka pernah ‘terkena’ dengan makanan yang kurang merka suka. “Makanan tu rezeki. Untuk dimakan, bukan untuk dibuat main Sayang.”
Kemudian anda boleh ceritakan keburukan membazir atau tunjukkan foto kanak-kanak yang kebuluran kepada mereka.
3. Anak gemar hancurkan permainan yang telah disusun cantik. Sebelum marah, lebih baik anda gunakan pendekatan yang lebih lembut. “Janganlah jatuhkan lego yang Mama dah susun ni. Jom, Mama ajar macam mana nak main benda ni.”
Luangkan masa untuk susun permainan ini bersama-sama. Anak anda akan menghargai momen ini dan ia dapat merangsang kreativiti mereka.
4. Jika anak anda dilihat sedang menarik ekor haiwan atau memetik daun atau bunga dengan kasar, terangkan kepada mereka akibatnya. “Semua benda hidup nak membesar. Tak bolehlah kita kasar-kasar dengannya.”
5. Biasalah anak-anak bergaduh sesama sendiri. Ii pendekatan paling sesuai. “Kita guna mulut, cakap elok-elok. Bukannya guna tangan.”
Bila anda berselisih faham, mereka cenderung untuk memukul antara satu sama lain. Jangan anda tambah pula, eloklah terangkan kepada mereka mengapa lebih elok bercakap dengan baik daripada berkasar.
6. Bila mereka tidak dapat apa yang diinginkan, mengamuk perkara biasa. Jangan anda menjerit sekali. “Papa tak faham kalau awak menjerit macam tu. Cuba cakap macam biasa.”
Sebagai ibu bapa, kita harus bersabar dan kekalkan intonasi tenang ketika memujuk anak-anak.
7. Dari marah dan menengking, baik anda gunakan kata-kata humor untuk ‘marahkan’ anak anda. “Jagalah dia. Mama datang ni nak tangkap dia!”.
Walaupun nampak seperti anda berlawak, terangkan kepada mereka. Jika sudah keluar ayat begitu, bermakna anda sedang marah walaupun ia diucapkan sambil anda ketawa. Biar mereka tahu, itu adalah ayat penegasan.
8. Perkara biasa anak minta untuk bermain telefon bimbit. Bila dah diberi, tak tahu nak pulang. “Boleh tak kalau Papa nak handphone Papa semula? Adik main toy ni ya?”.
Anda boleh terangkan kepada mereka keburukan melihat telefon bimbit terlalu lama.
9. Anak-anak suka tanggalkan kasut bila di luar rumah. Itu normal. “Eh, pakailah kasut. Di rumah boleh buka. Dekat luar kena pakai kasut sebab takut nanti cacing masuk dalam kaki Abang.”
Jangan terus dimarahi, terangkan kepada anak-anak mengapa penting untuk mengenakan kasut ketika di luar rumah.
10. Anak-anak sukakan perkara baharu. Habis semua benda mereka nak buat main walaupun ia berbahaya. “Berhenti.” “Bahaya.” atau “Panas.”
Anda boleh gunakan penegasan begini jika mereka dilihat bermain sesuatu yang berbahaya atau tidak patut diusik.
Semoga tip kali ini dapat membantu anda semua. Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!