Sembilan bulan menanti sememangnya cukup mendebarkan. Berdebar bercampur rasa teruja yang teramat sangat untuk melihat cahaya mata, zuriat pertama yang dinantikan sekian lama.

Pastinya semua perkara yang diidamkan sebolehnya mahu ditunaikan untuk kelahiran pertama ini. Bukan hanya nama indah sudah disediakan sebaiknya bahkan juga semua kelengkapan termasuk bilik khas untuk si comel telah disediakan lebih awal. Semuanya sempurna. Rasa teruja dan pastinya tidak sabar menanti detik terindah.

Teruja Sambut Anak Pertama, Semua Benda Nak Beli, Lagi Jimat Bila Harga Runtuh!
Lampin Pakai Buang, Tesco Fred & Flo yang menawarkan harga cukup rendah, RM26.99 sahaja.

Kata orang membeli kelengkapan bayi biar berpada-pada. Itu kata mereka. Sebagai ibu bapa yang sudah menitipkan niat sejak lama dulu, tidak salah berbelanja lebih buat yang tersayang. Biar hati rasa puas dan bangga dapat menyediakan yang terbaik buat anak kita.

Tidak mahu memperuntukkan jumlah yang terlalu besar, ibu bapa perlulah bertindak lebih bijak kala berbelanja.  Tak perlu bersusah payah, membeli belahlah secara atas talian atau hanya berbelanja di satu tempat yang menempatkan kesemua barangan bayi. Berbelanja secara bijak dapat memberi begitu banyak manfaat kepada anda.

Teruja Sambut Anak Pertama, Semua Benda Nak Beli, Lagi Jimat Bila Harga Runtuh!
Lampin Pakai Buang, Tesco Fred & Flo yang menawarkan harga cukup rendah, RM26.99 sahaja.

Jimatkan Masa

Membeli belah secara atas talian adalah solusi paling tepat buat ibu hamil yang sudah pun sarat. Bukan hanya dapat membeli belah secara tenang malah sambil berbaring di rumah pun, anda boleh memilih produk terbaik buat si manja yang bakal dilahirkan kelak. Barulah pemilihan dapat dilakukan dengan baik agar tidak tersalah pilih barangan yang tidak berkualiti tinggi. Semuanya di hujung hari.

Pilih Lokasi Setempat

Jika anda mahu merasai nikmat membeli belah bersama suami, memilih untuk mencari semua kelengkapan di satu tempat yang menempatkan kesemua barangan adalah satu tindakan yang cukup bijak. Dengan keadaan yang sarat ditambah pula dengan tenaga yang terhad, ibu hamil perlu mencari solusi terbaik. Tidak perlulah bergerak dari satu kedai ke kedai yang lain, pameran barangan bayi atau baby fair ada jawapan paling tepat untuk menggambarkan kesemuanya. Terbaik!

Teruja Sambut Anak Pertama, Semua Benda Nak Beli, Lagi Jimat Bila Harga Runtuh!
Harga menarik, Similac Gold Plus 1.8kg (RM119.99) dan Similac Gold Gain Kid 1.8kg (RM112.99).

Rebut Tawaran Harga Rendah

IKLAN

Lebih bijak lagi saat anda dan suami mula mencari kelengkapan, buatkan pencarian dimana adanya pameran bayi yang menempatkan harga runtuh. Ambil peluang ini untuk menjimatkan perbelanjaan, barulah lebih banyak barang boleh dibeli buat si comel kesayangan. Satu hal yang anda perlu tahu,  melalui pameran barangan bayi ini juga menempatkan pelbagai barangan bayi yang berkualiti tinggi namun ditawarkan pada harga paling berbaloi. Jadi inilah masanya untuk anda mengumpulkan stok yang ada. Jimat wang!

Jimat Perbelanjaan Bulanan

Berbelanja secara bijak ketika harga runtuh bukan hanya membolehkan lebih barangan diperolehi bahkan perbelanjaan bulanan juga dapat dikurangkan daripada kuantiti biasa. Pastinya membuatkan anda merasa cukup puas hati. Sudahlah dapat barangan yang disukai serta berkualiti, harga pula teramatlah jimat. Puas hati!

Teruja Sambut Anak Pertama, Semua Benda Nak Beli, Lagi Jimat Bila Harga Runtuh!
Tisu Pelembap Bayi Tesco Fred & Flo Moisturising Fragrance Free 2 x 80S (RM8.99) dan Pek Isian Semula Tisu Pelembap Tesco Fred & Flo Moisturising 2 x 150s pada harga RM9.99. Berbaloi!

Peluang Bandingkan Harga Dengan Produk Lain

Jika anda masih tercari-cari produk yang berkualiti tapi bersesuaian dengan anak kita, inilah masanya. Pilih produk anak kesukaan anda dan bandingkan harga dengan rangkaian produk yang lain. Pameran barangan bayi yang menempatkan pelbagai jenis produk serentak ini membolehkan anda membuat perbandingan harga dan kualiti. Inilah masa paling tepat. Jangan lepaskan peluang. Lebih berbaloi buat anda!

Jadi mengapa masih tertanya-tanya dan keliru, cari sebanyak mungkin informasi mengenai tawaran harga runtuh di internet. Paling berbaloi, menjimatkan masa dan paling penting menjimatkan perbelanjaan anda untuk menyambut insan tersayang. Barulah lebih banyak barang boleh dibeli. Di mana anda patut berbelanja?

IKLAN
Teruja Sambut Anak Pertama, Semua Benda Nak Beli, Lagi Jimat Bila Harga Runtuh!
Susu Dutch Lady serendah (RM18.99) sahaja.

Berbelanja Dengan Senang Hati Di Tesco Baby Fair

Jika anda merasakan membeli belah adalah cara yang begitu membahagiakan ketika menanti kelahiran, jangan lepaskan peluang untuk membeli segala kelengkapan anak di Tesco Baby Fair yang bakal berlangsung pada September ini.

Tesco Baby Fair yang bermula dari 24 September hingga 7 Oktober 2020 ini menyenaraikan produk bayi dan kanak-kanak paling berbaloi untuk dimiliki. Bukan itu sahaja malah 10 produk terpilih juga terdiri daripada produk berkualiti tinggi dan cukup serasi dengan kelengkapan dan kegunaan anak-anak anda.

Teruja Sambut Anak Pertama, Semua Benda Nak Beli, Lagi Jimat Bila Harga Runtuh!
Susu Tepung Pediasure OHT Vanilla 1.6kg dengan harga (RM138.99).

Selama tempoh dua minggu ini bukan hanya kesemua produk bayi ini diletakkan pada harga yang cukup murah bahkan terdapat penurunan harga dengan promosi barangan berkualiti tinggi bagi menarik perhatian pembeli. Jadi pembeli bukan hanya memiliki barangan kesukaan pada harga rendah bahkan rangkaian barangan berkualiti yang bakal di bawa pulang.

Dengan membeli barangan dengan harga yang lebih rendah juga membolehkan bil bulanan anda juga berjaya dikurangkan. Lebih jimat, lagi berbaloi!

IKLAN

10 Produk Superb!

Rangkaian 10 produk terpilih ini pastinya tidak menghampakan anda kerana menawarkan harga pada kadar yang sungguh hebat. Jangan lepaskan peluang untuk membeli beberapa susu terpilih seperti Anmum Essential, Pediasure, Similac Gain Kid Gold, Dutch Lady, serta tidak ketinggalan susu Enfagrow yang pastinya menjadi pilihan anda.

Susu Tepung Dutch Lady 1 hingga 3 dan 4 hingga 6 tahun ini didatangkan dengan perisa coklat dan juga madu yang menawarkan harga serendah RM18.99 satu pek. Susu Tepung Similac Gold Gain Plus 1.8kg pula ditawarkan pada harga RM119.99 sahaja seunit. Begitu juga dengan Susu Tepung Similac Gold Gain Kid 1.8kg dengan harga RM112.99 sahaja. Berbaloi.

Jika si kecil kesayangan anda penggemar susu Pediasure, jangan lepaskan peluang merebut tawaran harga paling berbaloi. Susu Tepung Pediasure OHT Vanilla 1.6kg hanya ditawarkan pada harga RM138.99 sahaja. Susu Tepung Enfagrow A+ 360DHA Complex Vanilla dan Asli tidak pernah mengecewakan apabila menawarkan harga dari (RM99.99 – RM125.99). Susu Anmum Essential Step 3 1.5kg juga tidak kurang hebatnya bila mana menawarkan harga serendah RM82.90 sahaja.

Paling menarik., kesemua jenis susu ini bakal menerima diskaun lagi sebanyak RM20 selepas pembelian dua pek (kecuali susu Dutch Lady). Amat berbaloi.

Teruja Sambut Anak Pertama, Semua Benda Nak Beli, Lagi Jimat Bila Harga Runtuh!
Cecair Pencuci Pakaian Antibakteria Tesco Fred & Flo 2L (RM7.99).

Tidak dilupakan juga beberapa produk lain seperti Lampin Pakai Buang Petpet yang menawarkan harga cukup rendah, RM27.90 pelbagai saiz, Lampin Pakai Buang Fred & Flo Tesco pula dengan harga (RM26.99) serta Tisu Pelembap Bayi Tesco Fred & Flo Moisturising Fragrance Free 2 x 80S (RM8.99) dan Pek Isian Semula Tisu Pelembap Tesco Fred & Flo Moisturising 2 x 150s pada harga RM9.99. Berbaloi!

Tidak ketinggalan juga Cecair Pencuci Pakaian Antibakteria daripada jenama sama, Tesco Fred & Flo 2L (RM7.99) yang pastinya berbaloi untuk dimiliki. Jangan lepaskan peluang!

Jadilah pengguna bijak dengan hanya memilih produk terbaik tetapi dengan harga jimat di Tesco Baby Fair nanti. Layari laman web rasmi Tesco  https://bit.ly/2RzxRRA untuk mengetahui beberapa produk dengan promosi yang cukup hebat. Mahu lebih mudah, kunjungi sahaja Lazada (https://bit.ly/3bXO38w) dan Shopee ( https://bit.ly/2Rd9bhK) untuk berbelanja dengan lebih pantas bersama Tesco. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Ingat tarikh 24 September ini!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI