Bukan semua suami kuat untuk menemani isteri bersalin di dewan bersalin. Ada yang kalah dengan darah yang banyak, sedih dan sayu melihat isteri menahan sakit tak kurang juga yang gementar melihat perit getir seorang isteri bertarung nyawa melahirkan zuriat mereka.
Ketakutan inilah yang dilalui oleh PU Amin saat melihat sendiri anak ketiganya, Fatimah Zahra lahir ke dunia ini. Walaupun telah melaluinya dua kali, namun untuk melalui buat kali ketiga, dia merasa gementar dan insaf dengan pengorbanan isterinya melahirkan anak ketiga mereka.
Rezeki Anak Ketiga
Alhamdulillah. Syukur Ya Allah atas nikmat dan rezeki Mu ini..
Pagi tadi saya sampai rumah dari Ipoh (ceramah di sana) jam 1 pagi, kemudian jam 3 pagi isteri mengadu sakit perut, jam 4 pagi di hospital. Jam 5 pagi isteri saya selamat melahirkan. Ini anak ke-3 saya. Kemudian jam 8 pagi saya bergegas ke Universiti untuk final exam Master Pengajian Islam saya. Alhamdulillah selesai menjawab tadi..
Ads
Kisahnya , sesuatu yang saya takut untuk lalui, adalah teman isteri ketika bersalin tadi.
Hingga terbit mata putih sahaja di kelopak matanya. Allah…saya panggil-panggil nama dia berulang kali. Dia terus kuat untuk melahirkan puteri kami.
Ads
Insaf. Sungguh beban mengandungkan 9 bulan, ditambah saat hari nak melahirkan. Kuat orang perempuan. Sebab itu dosanya dihapuskan hari dia melahirkan.
Wahai anak, jangan kau luka hati ibu mu. Wahai lelaki jangan kau remukkan hati isterimu . Pengorbanan mereka ini cukup agung.
Bagi kawan kawan yang belum dikurniakan zuriat, saya doakan anda semua disegerakan rezeki oleh Allah untuk mendapat zuriat. Percayalah pasti ada..
Selamat datang ke dunia penuh cabaran ini Puteri ku . Selamat berkenalan dengan Aisyah dan Umar . ❤️?
Ucapan Tahniah Dari Peminat
Rata-rata pemnat dan pengikut PU Amin di instagramnya mengucapkan tahniah atas kelahiran Fatimah Zahra yang comel. Bukan itu sahaja bahkan menariknya ketiga-tiga anak PU Amin ini dilahirkan pada bulan April. Senang nak sambut sekali katanya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cuaca panas, ganggu tumpuan anak-anak belajar di sekolah. Cuaca panas boleh menjadi cabaran kepada anak-anak untuk menumpukan perhatian semasa belajar di sekolah. Bayangkan bagaimana anak-anak dapat fokus pada apa yang diajar oleh guru bila suasana tidak selesa.
Walaupun ada kipas di dalam setiap kelas namun ia tidak dapat membantu mengurangkan haba panas di dalam kelas apatah lagi dalam satu kelas jumlah muridnya ramai. Keadaan cuaca yang panas membuatkan tubuh berpeluh sehingga menimbulkan rasa yang tidak selesa.
Kesian anak-anak kita. Saya di sekolah hari ini. Lebih dua jam dapat bersama murid-murid di dalam kelas. Suhu di dalam kelas cecah 33 darjah. Di luar kelas sudah mencecah 35 darjah. Panas membahang. Peluh saya sudah menitik. Basah baju saya.
Murid-murid, saya lihat mengipas-gipas guna buku dan kertas. Basah baju mereka. Saya lihat mereka sudah tak fokus untuk belajar.
Di depan kelas, cikgu mengajar ikut silibus yang ada. Laju sahaja guru mengajar bimbang tak cukup masa. Banyak program berlaku di sekolah sehingga beberapa kali kelas tertangguh. Terpaksa kena cepat ‘cover’ balik. Murid fokus atau tidak, bukan lagi urusan guru. Tak habis silibus, susah pula hidup nanti. Kena menjawab pula pada panitia.
Kita tahu prinsip asas tentang pembelajaran. Pembelajaran tanpa persekitaran yang kondusif tidak akan berjaya dan berkesan. Itulah yang pakar pendidikan sebut berulang kali. Kita tahu tapi kita abaikan.
Telah ratusan kajian pembelajaran sejak tahun 1960an lagi mengesahkan untuk mencapai PDPc yang berkualiti, persekitaran bilik darjah mestilah kondusif dan selesa untuk murid dan guru.
Paling asas, pencahayaan bilik mesti cukup, suhu bilik mesti selesa, kelas pula tidak boleh terlalu sesak. Lebih berkualiti lagi bila sesuatu bilik darjah mempunyai warna dan suasana ceria, cukup kemudahan pembelajaran dan ada ruang aktiviti.
Malangnya kebanyakan kelas di sekolah kita tidak begitu. Banyaknya yang ada sangat panas dan sesak. Ada kelas yang daif. Lampu dan kipas tidak berfungsi. Meja kerusi murid pula ada yang rosak dan terkopek.
Kita kononnya mahu anak-anak belajar dengan gembira. Tapi lihatlah keadaan kebanyakan bilik darjah yang kita sediakan untuk mereka.
Saya nak cadangkan, eloklah pegawai yang bertanggungjawab dengan pendidikan negara buat program jadikan bilik darjah di sekolah sebagai pejabat mereka untuk beberapa minggu dalam setahun.
Nak juga lihat boleh atau tidak mereka bekerja, bermesyuarat dan menerima tetamu dalam bilik darjah yang panas.
Mungkin dengan cara itu baru mereka faham apa itu maksud panas dan rimasnya sebuah bilik darjah.
Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk memastikan mereka selesa dan dapat memberi perhatian:
Pengudaraan yang Baik: Pastikan bilik darjah mempunyai aliran udara yang baik. Tingkap dan pintu yang terbuka, atau penggunaan kipas angin/penyaman udara, boleh membantu mengurangkan kepanasan.
Pakaian selesa: Galakkan anak-anak memakai pakaian yang ringan dan selesa.
Rehat yang mencukupi: Berikan masa rehat yang mencukupi supaya anak-anak boleh melepaskan tekanan dan menyegarkan diri.
Air minuman: Pastikan mereka mendapat bekalan air yang mencukupi dengan menyediakan akses air minuman yang mudah.
Aktiviti di tempat teduh: Jika boleh, jalankan beberapa aktiviti di tempat yang lebih sejuk atau teduh, seperti di bawah pokok atau di dewan.
Kreativiti pengajar: Guru boleh menyesuaikan kaedah pengajaran yang lebih fleksibel agar suasana pembelajaran kekal menarik walaupun cuaca panas.
Langkah-langkah ini mungkin boleh membantu mengekalkan fokus semasa pembelajaran walaupun cuaca panas.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Tahniah diucapkan buat pengacara, Dayah Bakar yang telah pun selamat menimang cahaya mata keduanya semalam yang merupakan seorang bayi lelaki.
Menerusi Instagramnya, ibu kepada dua cahaya mata ini berkongsi perkhabaran gembira itu kepada semua.
“Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar.
“29/12/2023. Dengan limpah kasih dan kebesaranNya, baby adik telah selamat dilahirkan pada hari Jumaat jam 11.01 pagi dan alhamdulillah kedua baby dan ibu dalam keadaan yang baik,” katanya berkongsi.
Menerusi entri itu juga, Dayah turut memuat naik sekeping gambarnya memegang jari bayi keduanya yang merupakan seorang bayi lelaki.
Ibu kepada Achbar Muhammaf Fakri ini juga turut berterima kasih kepada semua yang setia mendoakan kehamilan dan kelahiran bayi keduanya.
“Terima kasih untuk semua yang mendoakan kesejahteraan dan keselamatan kami. Hanya Allah mampu membalasnya. We are overwhelmed with so much love, and so grateful for this rezq. Thank you ya Allah.
“P/s : Its another hero,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Dayah memuat naik entri sebelum melahirkan bayinya dan memohon doa agar kelahiran anak keduanya itu dipermudahkan.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Sokongan serta keprihatinan ibu ayah sangat penting ketika tempoh tumbesaran si anak. Anak yang mendapat perhatian secukupnya dari ibu ayah akan membesar menjadi individu yang cemerlang dan positif. Oleh itu, perhatikan anak-anak ketika mereka membesar. Tunjukkan contoh yang baik supaya anak-anak tidak keliru dengan didikan yang diberikan.
Sesetengah kanak-kanak mungkin membesar sedikit lambat atau tidak seperti yang diharapkan orang tuanya. Sebenarnya, apa yang dilalui anak-anak akan memberi kesan kepada mereka. Pengalaman akan membentuk perwatakan mereka, jika ibu ayah tidak memahami akan mengeruhkan lagi keadaan. Penulis Ilmu Keibubapaan & Psikologi Kanak-Kanak, Ummu Aminah ada berkongsi tentang hal ini.
TRAUMA BERLAKU PADA KANAK-KANAK?
Antara salah satu teknik untuk mengetahui bahawa kanak-kanak telah mencapai tahap mind complex apabila mereka sudah boleh menghasilkan garisan bersambung. Line connect to each other. Seperti; bulatan. Perkara ini boleh dilihat apabila kanak-kanak melakukan scribbles.
Mind complex – minda kompleks terjadi pada kanak-kanak yang mencecah usia 2 tahun. Mengapa 2 tahun? Menurut kajian pendidikan awal kanak-kanak, secara menyeluruh minda mereka telah melalui satu proses unverbal observation. kanak-kanak pada peringkat awal usia memahami sesuatu peristiwa dan tindak balas sekeliling melalui pemerhatian yang tidak bersuara. Mereka hanya melihat dan record. Saved!
Sewaktu bayi juga perkara ini berlaku dalam simpanan memori mereka. Simpanan memori kanak-kanak bukan sahaja melalui verbal atau observation yang mereka lalui semata-mata malah sentuhan juga tergolong dalam kompleks ini. Bayi yang dicabul atau kanak- kanak yang dirogol, didera mental dan emosi, dipukul dengan aggresive mempunyai kesan sentuhan keganasan.
Walaupun peristiwa itu seawal usia mereka tetap akan mengalami traumatize dan tidak akan lupa. Pada kelembutan memori kanak-kanak akan terkesan satu goresan calar keganasan. Maka itu akan menjadi bayang atau skrin layar pada minda psiko mereka.
Mind complex adalah tahap kanak-kanak sedang mengalami fasa rumit. Rumit dari sudut emosi, behaviour, cognitive, believe dan etc. Setiap kanak-kanak akan mengalami fasa ini dan ianya merupakan satu kebiasaan. Perbezaannya ialah bagaimana kanak-kanak itu melepasinya secara natural atau tidak. Kanak-kanak yang boleh melepasi fasa ini dikategorikan sebagai natural dan normal. malah kanak-kanak yang tidak mampu melepasi fasa ini memerlukan support dan bantuan luar spt treatment atau assessment child psychology.
Antara kesan kanak-kanak yang tidak dapat melepasi fasa ini mereka akan mengalami gangguan disorders seperti; autism, slow-learner, adhd,hyperactive, ptsd, identity crisis/confusion, dsyphoria/ gender dsyphoria (kanak-kanak mengalami kecelaruan jantina)-kritikal dan berbagai lagi.
Ibu bapa tidak mengetahui punca mengapa perubahan karakter dan tingkah laku anak berlaku. Mungkin seawal umur 1 tahun 7 bulan anak merupakan seorang yang aktif, ceria, boleh mengeluarkan suara, bermain dll. Namun apabila mencecah usia 2 tahun ke atas anak tiba-tiba menjadi tidak mahu @ tidak boleh bercakap, menyendiri, tidak mahu berkawan, tidak aktif, kurang ceria. Sifat yang dihasilkan kanak-kanak pastinya merujuk sejarah lampau yang mereka lalui tanpa pengetahuan ibu bapa. Mungkin juga ibu bapa terlepas pandang. Hal ini yang menjadi sebab utama trauma berlaku kepada kanak-kanak.
Keadaan bertambah rumit apabila ibu bapa yang kurang arif hal ini akan memarahi, menjerit, menengking dan memukul anak itu kerana anak tidak memberansangkan seperti kanak-kanak normal lain atau kerana faktor emosi yang tertekan melihat perkembangan anak terbantut.
Apabila crisis ini berlaku,ianya akan meninggalkan kesan tembok hitam pada jiwa kanak-kanak itu sehingga mereka mencapai umur adolesents (10-24 tahun). Ibarat seorang kanak-kanak terkurung didalam sangkar yang dikunci oleh ibu bapa mereka sendiri, namun diherdik untuk keluar dari sangkar itu tanpa dibukakan kunci sangkar. Begitulah gambaran jiwa kanak-kanak yang mereka rasai.
Rentetan dari hal ini ianya akan menyumbang trauma yang lebih dahsyat lagi. Apabila trauma kanak-kanak tidak dapat diubati dan dibendung mereka akan mengalami fasa adolescents yang buruk. Seperti; melakukan keganasan, kerosakan, mencuri, merompak, menipu,merogol, mencabul dan akhir sekali membunuh. Simptom kelakuan ini adalah kerana gangguan emosi/mental serta trauma kanak-kanak pada masa lampau yang masih bermain dalam memori.
Oleh itu, ambil pendekatan serius hal ehwal parenting dan juga dunia kanak-kanak. Mereka hari ini adalah cerminan anda di masa akan datang. Selamat berusaha!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!