Selain nama, Tengku Salehuddin juga turut berkongsi wajah anak perempuan sulung Juliana.
“Alhamdulillah, this my daughter Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah binti Tengku Sharifuddin shah. Congratulations @tengku_adeq and @julianaevans #mily,” kongsinya.
Impian Miliki Baby Girl Tercapai
Selain itu, pelakon filem Bella & Jamie turut mengumumkan perkhabaran gembira berkenaan menerusi perkongsian di Insta Story.
“Alhamdulillah, saya kini sudah bergelar seorang ibu,” kongsi Juliana secara ringkas.
Ads
Selain itu, foto yang dikongsi itu juga merakamkan wajah Juliana sedang tersenyum sambil memandang anak kesayangannya, yang dipanggil ‘Mily’, sedang tidur.
Juliana, 30, mendirikan rumah tangga dengan Tengku Shariffuddin Shah pada April 2017.
Sebelum ini, pelakon berkenaan dan suaminya lebih selesa membiarkan jantina cahaya mata mereka itu menjadi kejutan.
Namun, Juliana pernah menyatakan yang dia teringin menimang seorang puteri dan kini, impian berkenaan nampaknya menjadi kenyataan setelah kelahiran puterinya 13 Julai lalu.
Terdahulu, Juliana mendirikan rumah tangga bersama Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj pada April 2017.
Kata orang sokongan suami membantu memberi kekuatan kepada si isteri yang sedang menahan sakit bersalin. Bagi yang belum ada pengalaman melahirkan bayi tentu tidak dapat membayangkan bagaimana ia membantu anda.
Percayalah peranan suami membantu melegakan kesakitan yang sedang dirasakan. Oleh itu, suami hendaklah mencari info dan ilmu bentuk bantuan yang boleh dihulurkan kepada isteri ketika hendak melahirkan anak.
Sebagai panduan, berikut adalah beberapa perkara yang boleh dilakukan oleh suami bagi membantu meringankan bebanan isteri yang sedang melalui sakit kontraksi.
*Semasa kontraksi, berilah banyak pujian, keselesaan dan sokongan kepada isteri. Jangan ‘naik angin’ sekiranya isteri menjadi marah kepada anda kerana ketika itu dia sedang menahan kesakitan yang maksimum dan menajdi keliru dengan perasaan sendiri membuatkan dia mudah marah.
*Ingatkan isteri tentang teknik merehatkan diri dan bernafas yang telah dipelajari sebelum ini.
*Bantu lap dahinya yang berpeluh, beri air untuk diminum, pegang tangannya (percayalah ia mengalirkan kekuatan dalam badan isteri), cadangkan perubahan kedudukan yang lebih selesa atau lakukan perkara lain yang dapat melegakannya.
*Urut belakang badannya tetapi terlebih dahulu, pastikan anda tahu jenis sentuhan dan urutan yang digemari isteri.
*Bertindak sebagai orang tengah antara isteri dengan doktor atau jururawat. Hormati keinginannya. Misalnya yang berkaitan dengan kelegaan daripada sakit.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila cakap pasal saiz badan besar ramai yang akan sensitif. Bukan niat hendak menghina atau mentertawakan saiz badan orang lain tetapi untuk mengingatkan tentang risiko yang bakal mereka hadapi dari segi kesihatan.
Dr Nurilyani Bujang, Pakar Bius di sebuah hospital ternama berkongsi pengalaman beliau mengendalikan kes rawatan ke atas pesakit berbadan besar.
Harap lebih ramai yang boleh buka mata dan berlapang dada membaca perkongsian ini.
Saya tak pernah nak menghina atau sama sekali nak mengecilkan hati orang yang berbadan besar. Apatah lagi nak buat mereka menangis.
Ada yang kata itu hak mereka sendiri untuk berbadan besar, besar itu comel, besar itu cantik.
Hakikatnya, saya menangis kerana saya tidak mampu membuat yang terbaik untuk pesakit saya yang berbadan besar.
Saya pernah dapat pesakit wanita yang beratnya 180kg, datang dengan pneumonia atau jangkitan kuman paru paru. Puas sudah semalaman team ICU bertungkus lumus. Mesin pernafasan ventilator sudah 100% memberi bantuan pernafasan.
Namun, tahap oksigen di dalam darah hanya sekitar 70%. Pilihan yang terakhir adalah dengan memberikan bantuan pernafasan menggunakan mesin secara prone (dibaringkan terlungkup) seperti Superman. Namun, beratnya yang 180kg itu menjadi batu penghalang untuk team ICU melakukan rawatan ini.
Dia pergi menghadap Ilahi.
Risiko Nak Ceaser Ibu Badan Besar
Saya pernah dapat pesakit wanita seberat 165kg untuk pembedahan Caesarean.
2 katil Dewan Bedah diperlukan. Kesukaran untuk memasukkan jarum branula untuk ubat ubatan jangan cakaplah.
Berbelas kali cubaan dibuat. 2 pembantu pembedahan diperlukan. 3 doktor bius berpengalaman diperlukan.
Kami tidak dapat untuk membuat bius separuh badan kerana lapisan lemaknya sangat tebal. Kami give up dan teruskan dengan plan B iaitu awake fibreoptic intubation.
Lazimnya, jika kita membius pesakit secara am, sejenis tiub pernafasan dimasukkan apabila pesakit di bawah pengaruh bius. Tapi untuk dia, kami masukkan hidup hidup.
Selepas pembedahan, kami hantar dia ke ICU untuk proses mencabut tiub pernafasan secara perlahan lahan.
Malangnya dia meninggal kerana pulmonary embolism atau darah beku yang berasal dari kaki yang melencong ke paru paru. Masalah ini memang sinonim dengan orang yang berbadan besar.
Dia pergi menghadap Ilahi.
Maut Kerana Ambil Supplemen Kurus!
Saya pernah dapat pesakit wanita berbadan besar yang membeli ubat supplemen kurus durjana di laman web. Mereka di ICU kerana kegagalan buah pinggang, kegagalan hati, ada juga yang menghadapi masalah jantung.
Ada yang pergi menghadap Ilahi, ada yang penghujungnya kena dialysis.
Wanita yang berbadan besar,
Bukan niat saya untuk menghina. Tapi saya mahu anda sedar dari lamunan.
Anda adalah mangsa.
Si penjual supplement durjana mengambil kesempatan atas anda.
Anda juga adalah mangsa delusi ‘besar itu cantik’.
Besar itu meletakkan kesihatan anda dalam bahaya.
Besar itu menyebabkan kesukaran rawatan atas anda.
Itu belum kira lagi penyakit yang lain lain.
Sakit lutut, sakit puan, sakit jantung, susah bernafas, dengkur yang kuat, kanser.
Laksa memang digemari ramai. Namun ibu selepas bersalin perlu mengelakkan diri daripada mengambil makanan kegemaran ramai ini.
Amalan berpantang makan laksa sampai setahun lepas bersalin ni biasanya dilakukan oleh ibu-ibu di sebelah utara seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.
Mengapa? Salah satu sebabnya ialah laksa dikatakan sebagai makanan yang ‘sejuk’ dan berangin.
1. Proses penghasilan laksa
Hal ini dikatakan berpunca daripada proses penghasilan laksa itu. Biarpun bahan utama laksa ialah beras, namun ia dimasak terlebih dahulu dan kemudian dibentuk menjadi bentuk laksa.
Setelah itu, ia dikeringkan. Untuk dimakan bersama kuah laksa, ia perlu dimasak sekali lagi. Di sini timbulnya unsur sejuk atau angin itu.
Apabila dimasak dua kali. Kandungan angin adalah tinggi lalu menyebabkan sakit urat dan sakit badan.
Malah bila dimasak dua kali, ia seolah-olah seperti nasi yang dipanaskan berkali-kali semasa anda berpantang. Jika makan nasi sejuk, anda boleh bentan. Samalah halnya dengan makan laksa dalam tempoh setahun selepas melahirkan ini.
2. Kuah bersifat tajam
Untuk mendapatkan kuah laksa yang sedap, ikan perlu direbus, kemudian dikisar bersama tulangnya. Di sinilah unsur tajam itu dibangkitkan.
Bisa tulang ikan menyebabkan kuah laksa menjadi ‘tajam’. Kandungan dalam tulang ikan boleh mengakibatkan sakit sendi, sakit tumit dan sakit urat untuk jangka masa panjang.
3. Kuah ada unsur angin
Ramai yang membuat anggapan bahawa daun kesum dan bunga kantan yang digunakan sebagai bahan di dalam kuah
adalah sayur berbisa. Penggunaannya boleh menyebabkan angin di dalam badan.
4. Timun bersifat sejuk
Untuk menambah kesedapan laksa, timun digunakan sebagai ulamnya.
Seperti yang anda sedia maklum, ibu berpantang tidak boleh makan timun kerana ia adalah sejenis sayur yang sejuk. Ia boleh mengundang angin di dalam badan.
Memang pantang larang orang tua-tua tiada kajian saintifik. Namun tiada salahnya jika ia diikuti selagi tidak datangkan mudarat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...