Sepasang suami isteri ditahan selepas disyaki mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun sehingga menyebabkan kematian pada Rabu.
Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, memaklumkan bahawa pihaknya menerima laporan daripada Hospital Kajang mengenai kejadian tersebut pada jam 1.11 pagi.
“Pasangan itu membawa mangsa ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di zon merah wad kecemasan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Ads
Menurut Naazron, hasil bedah siasat yang dijalankan pada jam 12.30 tengah hari mendapati terdapat banyak kesan kecederaan lama dan baru pada tubuh mangsa, dipercayai akibat penderaan.
“Punca kematian disebabkan kecederaan di perut akibat objek tumpul,” ujarnya.
Ads
Beliau berkata, ibu bapa mangsa berusia 38 dan 40-an ditahan polis bagi membantu siasatan.
“Kedua-dua suspek itu telah ditahan direman selama enam hari sehingga 4 Februari bagi membantu siasatan.
Ads
“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes itu boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat Asisten Superintenden Nur Ayuni Abd Aziz di talian 016-2080717,” katanya
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam dunia serba mencabar hari ini, ramai pasangan muda bergelut menguruskan dua tanggungjawab besar serentak dengan menjaga anak kecil dan pada masa sama menyara ibu bapa yang semakin meningkat usia. Golongan inilah yang digelar generasi sandwic, dan tekanan yang mereka alami bukanlah sesuatu yang kecil.
Buat pertama kalinya, kerajaan mengambil pendekatan lebih menyeluruh dengan memperkenalkan intervensi bersasar khusus untuk membantu generasi sandwic membuat keputusan lebih tepat berkaitan perancangan keluarga. Langkah ini memberi nafas baharu kepada pasangan yang sedang mencari keseimbangan antara tanggungjawab dan masa depan keluarga.
Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, trend masa kini menunjukkan golongan muda lebih cenderung untuk menangguh mendapat anak, atau memilih untuk tidak mempunyai anak langsung.
Keputusan ini bukan dibuat tanpa sebab. Tekanan hidup, kos sara hidup yang semakin tinggi, dan keperluan menjaga ibu bapa warga emas antara faktor utama. Situasi ini secara langsung memberi kesan besar kepada Kadar Kesuburan Jumlah (TFR) negara.
Nancy menegaskan bahawa kerajaan tidak berhasrat memaksa mana-mana pasangan, namun penting untuk memastikan golongan muda mendapat maklumat tepat supaya mereka boleh menilai pilihan hidup dengan lebih jelas.
Generasi sandwic hari ini memikul beban berlapis yang jarang diperkatakan secara terbuka. Mereka bukan sahaja menjaga anak sendiri, tetapi juga memikirkan kesejahteraan ibu bapa yang kian berusia. Tekanan ini akhirnya mempengaruhi keputusan berkaitan perancangan keluarga.
Semua ini menyebabkan ramai pasangan menangguh merancang keluarga, seterusnya menyumbang kepada penurunan kadar kelahiran negara dari tahun ke tahun. Inilah cabaran besar yang dihadapi oleh generasi sandwic masa kini.
Untuk membantu pasangan yang berdepan kesukaran mendapatkan zuriat, kerajaan kini memperkukuh pelaksanaan program di bawah Pelan Kesuburan Kebangsaan.
Antara yang diberi tumpuan ialah:
Program ini memberi fokus kepada kesedaran isu kesuburan, termasuk kesuburan lelaki, yang sering diabaikan.
Setakat ini:
Ini menunjukkan semakin ramai pasangan mula menerima bantuan kesuburan secara profesional, terutama mereka yang berada dalam kumpulan generasi sandwic dan berdepan kekangan masa, tenaga dan kewangan.
Nancy menjelaskan bahawa intervensi baharu kerajaan bukan sekadar menyediakan maklumat, tetapi juga memastikan negara dapat mengekalkan struktur demografi yang seimbang dan mampan pada masa hadapan.
Bagi pasangan muda, terutamanya mereka dalam generasi sandwic, inisiatif ini dapat membantu:
Sebagai ibu ayah, setiap keputusan tentang bilangan anak, jarak kelahiran dan kesediaan membesarkan keluarga adalah perjalanan yang sangat peribadi. Yang penting, keputusan itu dibuat dengan ilmu, kesedaran dan sokongan yang betul.
Dengan intervensi baharu ini, kerajaan memberi ruang kepada generasi sandwic untuk berfikir dengan lebih tenang dan merancang keluarga dengan lebih yakin demi masa depan yang lebih stabil untuk anak-anak tersayang.
Walaupun insiden ini berlaku di luar negara, ia tetap memberi kesan kepada emosi kita. Penemuan 25 bayi di Dakar ini amat menegjutkan. Dipercayai kesemua bayi malang ini adalah mangsa sindiket menjual organ manusia atau ritual voodoo.
DAKAR – Polis menemui mayat 25 bayi di tanah perkuburan di Ivory Coast, lapor agensi berita Anadolu memetik media tempatan. Penemuan menyayat hati itu berlaku di bandar Gagnoa, kira-kira 230 kilometer dari Abidjan, bandar terbesar di negara itu.
Sebaik dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan, polis bergegas ke lokasi dan mendapati mayat bayi itu diletakkan dalam bungkusan berwarna hitam. Siasatan mengenai insiden itu sedang dijalankan pihak berkuasa keselamatan.
Media tempatan melaporkan bayi-bayi itu mungkin digunakan oleh sindiket menjual organ manusia atau ritual voodoo. – Bernama
Seperti yang diketahui umum, pelakon cantik Siti Elizad dan suaminya sedang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata tahun ini selepas beberapa kali menjalani rawatan untuk hamil.
Doktor menasihatkan Elizad untuk mengambil ubat kesuburan sebelum menjalani sebarang rawatan kesuburan yang lain (sama ada IVF atau IUI). Elizad turut memberitahu yang percubaan untuk hamilnya itu bermula daripada bawah dan tidak pernah dihebahkan. Tambahnya lagi, dia dan suami tidak pernah berputus asa mencuba untuk hamil.
Tidak mengelak, pelakon ini mengakui yang dia ada melakukan rawatan kecantikan tetapi kini sudah berhenti kerana bimbang akan menganggu proses mendapatkan anak. Sebelum ini, Elizad pernah dimasukkan ke hospital untuk pembedahan kali kedua bagi membuang empat kilogram cyst, oleh itu dia tidak digalakkan untuk mengambil sebarang suntikan atau makan produk kecantikan kerana khuatir cyst tersebut akan ikut membesar.
Pelakon ini telah mendirikan rumah tangga dengan Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015.