Walaupun insiden ini berlaku di luar negara, ia tetap memberi kesan kepada emosi kita. Penemuan 25 bayi di Dakar ini amat menegjutkan. Dipercayai kesemua bayi malang ini adalah mangsa sindiket menjual organ manusia atau ritual voodoo.
DAKAR – Polis menemui mayat 25 bayi di tanah perkuburan di Ivory Coast, lapor agensi berita Anadolu memetik media tempatan. Penemuan menyayat hati itu berlaku di bandar Gagnoa, kira-kira 230 kilometer dari Abidjan, bandar terbesar di negara itu.
Sebaik dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan, polis bergegas ke lokasi dan mendapati mayat bayi itu diletakkan dalam bungkusan berwarna hitam. Siasatan mengenai insiden itu sedang dijalankan pihak berkuasa keselamatan.
Ads
Media tempatan melaporkan bayi-bayi itu mungkin digunakan oleh sindiket menjual organ manusia atau ritual voodoo. – Bernama
“Terima kasih Allah”. Begitu yang dikongsikan oleh pereka fesyen terkemuka tanah air, Rizman Nordin dalam sebuah video bersempena sambutan ulang tahun perkahwinannya yang pertama. Terima kasihnya tanda syukur kerana dianugerahkan seribu kebahagiaan dan kehidupannya kini.
Menerusi laman sosial Instagram, Rizman memuat naik sebuah video romantis khusus dibingkaskan buat isteri tercintanya, Nurida Suraya yang baru sahaja melahirkan bayi sulung perempuan mereka pada 2 September lalu.
Video berdurasi 3.57 minit itu cukup romantis malah menyentuh hati. Satu bingkisan istimewa daripadanya.
“Happy anniversary sayang @nuridasuraya. Ours,” tulis Rizman ringkas tetapi penuh bermakna.
Dengan alunan muzik yang romantis, satu demi satu momen indah dikongsikan olehnya. Bermula daripada persiapan menjelang majlis pernikahan, majlis perkahwinan dan tidak kurang juga aksi-aksi romantis mereka ketika pasangan ini bulan madu.
Bukan itu sahaja, malah momen di mana Nurida disahkan hamil serta saat kelahiran puteri sulung mereka, Rizqaa turut dikongsikan Rizman. Semuanya momen-momen paling bermakna dan cukup membahagiakan pasangan ini
“Terima kasih menjadi suami yang baik”
Sementara itu, Nurida juga tidak ketinggalan memuat naik sekeping foto ketika hari pernikahannya di laman Instagram miliknya.
“One year ago today. Happy anniversary my sayang. Terima kasih kerana menjadi suami yang terbaik. Saya cinta awak sangat-sangat dan untuk seribu tahun lagi untuk kita insya-Allah,” tulis Nurida untuk suaminya.
Dalam pada itu, perkongsian Rizman itu turut dihujani dengan ucapan selamat ulang tahun perkahwinan kepada pasangan ini. Semoga kasih sayang terus utuh dan berpanjangan hingga ke Jannah.
Sekadar informasi, pasangan romantis ini dinikahkan pada 13 September 2019 di Glasshouse, Seputeh, Kuala Lumpur. Kini selepas setahun berkahwin, kebahagiaan bertambah sempurna semenjak kehadiran anak perempuan mereka, Rizqaa Rizman yang dilahirkan pada 2 September lalu. Happy anniversary!
EPISOD 4 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA : Persiapan Anak Terus Melawan Covid
Pandemik yang melanda dunia pada ketika ini amat membimbangkan ib ayah. Apatah lagi apabila anak-anak harus ke sekolah dan bergauk dengan kawan-kawan seperti biasa. Jadi apakah persiapan yang perlu ibuayah sediakan untuk anak-anak bagi melawan covid-19 ini?
Saksikan Episod ke 4, Journey Bersama Jovianina pada 16 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Hebatnya wanita bergelar ibu! Demi anak sanggup buat apa saja. Bak kata orang, seorang ibu akan cuba sehabis daya demi anak-anak tercinta. Begitu juga yang dilalui oleh pelakon Mia Ahmad yang telah menimang cahaya mata ketiganya pada 17 Januari lalu.
Isteri kepada Izham Tarmizi itu juga difahamkan sedang berpantang di Pahang memandangkan suaminya kini menjadi penjaga gol pasukan Sri Pahang FC.
Menerusi perkongsian di TikTok, Mia yang juga ibu kepada Issa, Iris dan seorang lagi bayi perempuan mengakui terpaksa ‘korbankan’ tempoh berpantangnya kerana perlu menguruskan ketiga-tiga anaknya yang masih kecil secara serentak.
Keadaan ini disebabkan oleh kekangan masa suaminya yang sedang menjalani latihan bersama pasukan.
Cuma jika tiada sesi latihan, Izham akan membantu Mia menguruskan anak-anak bagi meringankan tugas isterinya.
Bila awak tiada pilihan lain, apa yang boleh dilakukan hanyalah tawakal.
Dalam pada itu, pemilik nama Samihah Ahmad Baderi menyatakan ibu-ibu yang mempunyai pasangan ketika berpantang seharusnya bersyukur dan lebih menghargai.
Tak mudah ya kalau tiada pasangan, nak pantang, berjaga malam, pam susu, beli jiwa anak-anak yang lain.
Betullah orang kata, seorang wanita dia kuat sebab anak. Mungkin dulu masa anak pertama, waktu berpantang dianggap masa rehat. Namun bila lahirnya anak kedua, ketiga dan seterusnya, semua itu dah berubah.
Malah pengalaman dari anak sulung juga banyak mengajar seorang ibu untuk menjadi ibu yang lebih baik dan sempurna. Cuma kesihatan pun perlu dititikberatkan.
Fenomena cuaca panas dijangka berterusan hingga hujung bulan depan-METMalaysia. Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menjangkakan keadaan cuaca panas dan kering yang sedang melanda negara kini akan berterusan sehingga pertengahan atau penghujung bulan hadapan.
Menurut Ketua Pengarah METMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip, cuaca seperti ini merupakan satu fenomena biasa yang berlaku di luar tempoh peralihan monsun, khususnya di penghujung Monsun Timur Laut dan sepanjang Monsun Barat Daya.
“Ketika ini, negara berada dalam tempoh peralihan monsun yang dijangka akan berterusan sehingga pertengahan atau akhir bulan hadapan,” jelas beliau.
Tambah beliau, fasa peralihan monsun ini lazimnya membawa keadaan cuaca yang panas ketika waktu tengah hari, manakala kelembapan meningkat pada waktu petang hingga awal malam di kebanyakan kawasan.
Beliau turut menjelaskan bahawa corak tiupan angin yang tidak menentu dan sering berubah arah menjadi punca utama kepada ketidakstabilan cuaca yang dialami kebelakangan ini.
Sehubungan itu, orang ramai disarankan agar sentiasa mengambil maklum mengenai perubahan cuaca dan mendapatkan maklumat terkini serta amaran cuaca melalui laman web rasmi METMalaysia, aplikasi myCuaca dan juga saluran media sosial agensi tersebut.