Seorang bayi perempuan ditemui di lantai sebuah kedai menjual ayam di kawasan Jabur Kubur, Jalan Air Putih di sini, hari ini.
Bayi cukup sifat dan masih bertali pusat itu dipercayai dilahirkan dalam tempoh tiga atau empat hari sebelum ditemui pemilik kedai jam 7.50 pagi.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, berkata bayi itu ditemui pemilik kedai ketika mahu memulakan perniagaan
Katanya, bayi dianggar seberat 3.2 kilogram itu dibawa ke Hospital Kemaman untuk pemeriksaan lanjut
Ads
“Bayi berada dalam keadaan sihat dan polis giat mengesan suspek yang membuang bayi terbabit,” katanya kepada pemberita di Pusat Kawalan Operasi di Balai Polis Air Putih di sini, hari ini.
Hanyan berkata, klinik sekitar daerah ini sudah dihubungi dan diminta memaklumkan kepada polis sekiranya menerima pesakit yang baru melahirkan bayi.
Ads
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI
Bermula 1 Januari tahun depan, kerajaan akan mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) di dalam kenderaan bagi menyelamatkan mereka daripada mengalami kecederaan serius atau kematian sekiranya berlaku kemalangan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata langkah baharu itu susulan statistik yang membimbangkan apabila sebanyak 1,559 kematian dicatatkan membabitkan kanak-kanak di bawah umur 10 tahun dari tahun 2007 hingga 2017.
“Kita kehilangan satu nyawa setiap 84 minit akibat nahas jalan raya. Kanak-kanak adalah golongan yang turut sama berada di atas jalan raya dan mereka juga terdedah kepada risiko yang tinggi terhadap kecederaan sekiranya terbabit di dalam nahas jalan raya.
“Child Restraint System (CSR) atau disebut sebagai kerusi keselamatan kanak-kanak adalah sebuah kerusi direka khas yang berfungsi untuk melindungi kanak-kanak di dalam kenderaan semasa berlakunya pelanggaran,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Minggu Keselamatan Kenderaan 2019 dan Majlis Pelancaran Pelaksanaan Mewajibkan Penggunaan Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak di Malaysia di Makmal Ujian Pelanggaran di Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Melaka.
Yang hadir sama, Ketua Menteri, Adly Zahari dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.
Dr Wan Azizah berkata, penggunaan CRS dalam kalangan negara maju adalah tidak asing bagi mengurangkan impak pelanggaran kepada penumpang kanak-kanak dan seterusnya mengelakkan kecederaan parah dan kematian.
“Kerusi keselamatan kanak-kanak yang akan digunakan di Malaysia perlu mengikut standard yang ditetapkan oleh United Nation Regulation, iaitu R44 dan R129.
“Langkah ini adalah sangat bertepatan dengan visi untuk mengurangkan kadar kematian dan kecederaan serius dalam kalangan pengguna jalan raya,” katanya.
Hanya satu pertiga atau kira-kira 36 peratus daripada pengguna jalan raya di negara ini yang menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) dalam kenderaan.
Ini menyebabkan kerajaan terpaksa mengambil langkah penguatkuasaan bagi penggunaan CRS untuk memastikan tahap keselamatan kanak-kanak terus menjadi keutamaan.
Ibu bapa ingkar bakal dikenakan tindakan
Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, menegaskan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) akan terus meningkatkan kempen kesedaran berhubung penggunaan CRS dalam kenderaan di media cetak dan elektronik, papan gergasi, poster info grafik dan media sosial.
“Keutamaan langkah penguatkuasaan CRS bermula 1 Januari tahun depan adalah untuk mendidik pengguna jalan raya, bukannya menghukum,” katanya.
Mengulas lanjut, Loke berkata, kerajaan masih belum menentukan bentuk mekanisme yang akan digunakan bagi penguatkuasaan undang-undang terhadap pihak yang ingkar penggunaan CRS di dalam kenderaan bermula awal tahun hadapan.
“Perkara ini termasuk penetapan kenderaan, kos pembelian peralatan CRS selain pengurangan kadar cukai Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
“Kita mengalu-alukan mana-mana pengeluar tempatan untuk menghasilkan CRS ini yang sekali gus boleh memastikan harga produk berkenaan lebih mampu milik,” katanya.
Musim cuti PKP ni banyak betul muncul resipi baru di media sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya. Pasti ramai yang terjebak untuk membuat lebih-lebih lagi bahan yang digunakan sangat mudah didapati di dapur rumah dan tidak perlu banyak bahan yang diperlukan.
Malah jika tiada, ada yang antara masyarakat kita sanggup mencari di pasaraya asalkan dapat mengikuti trend resipi masa kini. Antara resipi yang viral dan mudah semestinya Dalgona Coffee. Hanya menggunakan beberapa bahan sahaja dan yang paling penting lebih murah berbanding kita beli di cafe-cafe minuman kopi yang ternama dan rasanya ‘sebijik’ kedai mai.
Namun tak semua resipi sesuai untuk semua golongan masyarakat. Jika sebelum ini anda memang alah terhadap kopi ataupun anda bukan penggemar kopi. Kami sarankan agar anda tidak mengikuti trend ini. Tak semua orang ‘serasi’ dengan kopi jadi anda bertukarlah kepada minuman coklat dan minuman lain. Buatlah Dalgona Milo, pun boleh What!
Bukan hanya netizen sahaja terpengaruh dengan resipi viral ni, golongan selebriti pun tidak terkecuali untuk mencuba. Antaranya Betty Rahmad. Jom kita baca perkongsian Bety selepas dia mencuba Dalgona Coffee.
Terpengaruh dengan socmed punya pasal haritu terjebak dengan #dalgonacoffee Siapa yang belum try & tak biasa dengan coffee please read this.
Nak share experience i haritu lepas minum air viral ni, mula-mula hyper lepas tu jantung laju. Bila jantung dah laju macam-macam benda negative dalam kepala dengan situation dunia sekarang.
Pastu malam susah nak tidur, paranoid sampai rasa ada anxiety. But i thought i was overthinking until i read this. Haiyaaaa sampai harini badan rasa banyak angin!
So now i tau punca dia adalah #dalgonacoffee No more!!!🤦🏻♀️ Ada tak yang rasa macam i? #sayainsaf #nomoredalgonacoffee
Haa Betty nampaknya dah insaf dengan tanda pagar #sayainsaf. Ada tak papa mama yang dah taubat memang tak akan minum lagi dah Dalgona Coffee? Ataupun ada yang dah mula jatuh cinta dengan Dalgona Coffee?
Pendapat penulis pula sebagai penggemar Coffee, Dalgona Coffee lebih jimat berbanding beli diluar dan boleh buat beberapa kali malah boleh buat untuk seluruh ahli keluarga.
Tapi AWAS! minuman berkafien sangat tidak sesuai untuk kanak-kanak. Jangan pula kita bagi pada anak. Hanya sesuai untuk orang dewasa. Untuk si kecil buatlah air buah-buahan tanpa gula. Itu lebih baik.
Bagi yang pertama kali ingin mencuba, penulis sertakan resipi padu Dalgona Coffee viral;
RESEPI DALGONA COFFEE
Bahan bahan:-
Serbuk kopi/Nescafe
Susu segar
Gula
Air panas
Ais (pilihan)
Cara: (A)
Ambil bekas dan campurkan 3 sudu kecil serbuk kopi, 4 sudu kecil gula , 4 sudu kecil air panas dan pukul dengan whisk utensil/mixer sehingga pekat dan likat.
Cara: (B)
Ambil gelas letak ais kalau taknak ais terus letak susu segar. Kemudian tuang (A) atas susu tu. Dah siap! Selamat mencuba semua.
Tips kurang manis : Pakai gelas besar biar susu lebih hehe nanti rasa sebati.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Malaysia menjadi negara tertinggi di Asia Tenggara bagi kes jangkitan koronavirus baharu (Covid-19) selepas mencatatkan 428 kes, dengan sembilan kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati jumlah terkini itu berikutan terdapat 190 kes positif Covid-19 baharu setakat 12 tengah hari (15 Mac).
“Berdasarkan siasatan awal, kebanyakan kes baharu itu adalah berkaitan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.
“Sehingga kini, seramai sembilan kes positif Covid-19 sedang dirawat di ICU dan memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataani ini.
Dr Adham berkata, penyiasatan dan pengesanan peserta perhimpunan tabligh sedang giat diteruskan.
Justeru, katanya, KKM menyeru peserta perhimpunan tabligh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran untuk tindakan selanjutnya.
“Peserta perhimpunan tabligh akan diletakkan di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 untuk tempoh 14 hari dari tarikh akhir menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling.
“Begitu juga untuk kontak rapat kes positif Covid-19, Pesakit Dalam Siasatan (PUI) yang tidak mematuhi kriteria kemasukan ke hospital, mereka perlu diletakkan di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian,” katanya.
Sebelum ini, seramai 4,942 peserta menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling berjaya dikenal pasti.
Daripada jumlah itu seramai 3,069 peserta datang sendiri ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan dan saringan dengan 137 individu dirujuk ke hospital.