Seorang ibu tugasnya menjaga, medidik serta melindungi anak-anak. Bahkan sifat protective seorang ibu boleh mengubahnya dari seorang yang lembut menjadi ganas ketika melindungi anak-anaknya. Rata-rata ibu tidak akan mebenarkan sesiapa menyentuh anak-anak mereka apatah lagi sehingga tahap mendera.
Tetapi lain kisahnya dengan seorang ibu dari Tasik Gelugor, Pulau Pinang ini apabila dia dan temannya ditahan kerana dipercayai mendera tiga orang anaknya yang berusia 12, 8 dan 4 tahun.
Ikuti laporan dari Sinar Harian ini untuk berita lanjut:
KEPALA BATAS – Polis menahan seorang wanita dan temannya yang berperwatakan lelaki kerana dipercayai mendera tiga anak sejak empat bulan lalu dalam kejadian di Tasek Gelugor di sini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, wanita berusia 32 tahun itu ditahan di Kepala Batas manakala rakannya berumur 33 tahun ditahan di Butterworth kira-kira jam 3.40 petang semalam selepas pihak polis menerima laporan daripada anak perempuannya.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor
Menurutnya, wanita berkenaan juga menghalau suaminya keluar dari rumah dan membawa pulang kekasihnya tinggal bersamanya sejak beberapa bulan lalu.
Ads
“Anak sulung membuat laporan mendakwa dipukul ibu kandung menggunakan tali pinggang ketika berada di rumah mereka.
“Ketiga-tiga mangsa berusia empat hingga 12 tahun kemudian dibawa ke Hospital Kepala Batas untuk pemeriksaan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Noorzainy berkata, hasil siasatan mendapati mangsa melakukan penderaan berkenaan selepas dikatakan tertekan dan bergaduh dengan kekasihnya itu.
Katanya, kejadian dera dan pukul itu dikesan guru sekolah dua kanak-kanak tersebut selepas mereka kerap tidak hadir ke sekolah dan pemeriksaan mendapati dua beradik masing-masing tahun enam dan dua itu kerap dipukul ibu sebelum pihak sekolah memaklumkan kepada ayah mereka.
“Pemeriksaan doktor mendapati terdapat kesan lebam pada badan tiga mangsa namun mereka tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius.
“Polis turut merampas tali pinggang digunakan ibu mereka untuk memukul tiga kanak-kanak itu dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.
Noorzainy berkata, kes disiasat mengikut Seksyen Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan kedua-dua suspek direman semalam di Mahkamah Butterworth untuk siasatan lanjut.
Biasanya jika kita sudah dikurniakan dengan dua orang anak perempuan pada awalnya, sudah tentu akan memasang impian untuk mempunyai anak lelaki pula untuk kali ketiga. Tapi siapalah kita untuk melawan takdir Allah SWT. Apabila disahkan hamil anak ketiga, mengandung sembilan bulan, yang keluar akhirnya anak perempuan juga.
Meski di hati terselit sedikit rasa kecewa namun ketentuan Ilahi ini harus kita terima dengan redha. Rezeki anak urusan Dia Yang Maha Esa. Pasti ramai ahli keluarga atau teman yang berkata “Lahhhh.. rezeki kau dapat anak dara lagi.” Harapnya kita tidak teremosi dengan luahan sebegitu. Hakikatnya pasangan yang memiliki tiga orang anak perempuan punya kelebihan yang tersendiri malah disebut oleh Rasulullah s.a.w.
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah,kesusahan dan kesenangan mereka,nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”
Seorang lelaki bertanya,
“Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”
Sabda baginda,
“Juga untuk dua anak perempuan.”
Seorang lelaki berkata,
“atau untuk seorang wahai Rasulullah?”
Rasulullah SAW menjawab,
“Juga untuk seorang.”
(Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)
Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka,melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Daripada Aisyah R.A dari Rasulullah SAW baginda telah bersabda yang maksudnya:
“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik,nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)
Daripada ayat-ayat ini kita boleh melihat betapa kelebihan memiliki ramai anak perempuan. Apatah lagi jika ibu bapa menjaga serta mendidiknya mengikut landasan yang betul dan anak itu sendiri patuh pada suruhan agama. Ia boleh menjadi pelindung ibu bapa daripada api neraka.
Tahun ini Thomas & Friends meraikan 75 tahun persahabatan dan kerja berpasukan dengan cara yang bermakna. “Kami ingin berkongsi tunggak 75 tahun ini dengan semua rakyat Malaysia sebagai tanda memperingati Hari Merdeka dan Hari Malaysia. “Kami berharap dapat menyediakan saluran untuk ibu bapa dan anak-anak untuk mencipta kenangan yang lebih besar dan memahami kehebatan dunia melalui pengembaraan Thomas dan rakan-rakannya. Mereka dapat mengetahui lebih lanjut melalui karnival ulang tahun di seluruh video, buku, aktiviti maya dan podcast. Kami benar-benar percaya bahawa kami bukan sekadar jenama mainan,” kata Ivan Franco, Pengurus Besar, Mattel Asia Selatan.
Dr Sheikh Muszaphar telah dipilih untuk menjadi sebahagian daripada sambutan ini dan berkongsi pengembaraan Thomas dengan peminat dari Malaysia. Dengan kredibilitinya sebagai seorang ikon dan bapa yang menjadi inspirasi, beliau dipilih untuk berkongsi cerita khas dari Mattel dan Thomas & Friends.
Pengembaraan menarik Thomas & Friends™️ ini akan diserikan dengan sesi membaca eksklusif oleh Dr Sheikh Muszaphar melalui Facebook Live setiap hari Khamis dan sesi menonton Thomas & Friends™️ bersama keluarga pada waktu malam dengan episod khas Thomas & Friends™️ yang terpilih di YouTube.
Ibu bapa juga boleh menikmati promosi 9.9 eksklusif untuk set Thomas & Friends TrackMaster di Fisher-Price Flagship Store di Lazada dan Shopee sejajar dengan perayaan ulang tahunnya.
Jangan lupa saksikan Journey Bersama Jovianina dengan episod menarik setiap minggu. Bersiaran setiap rabu, jam 9 malam dan ulangan pada setiap Ahad jam 9.30 pagi hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Ada antara masyarakat yang mungkin mempersoalkan kenapa jenazah pesakit Covid-19 yang telah meninggal dunia hanya boleh diuruskan melalui kaedah tayammum bagi jenazah beragama Islam dan sebarang upacara dan tradisi agama lain juga hanya boleh dilakukan atas permukaan beg mayat sahaja.
Menurut laporan Berita Harian menerusi sidang akhbar yang dibuat oleh KP Kesihatan, satu mayat pesakit COVID-19 yang dibedah siasat mendapati virus berbahaya ditemui bukan sahaja pada badan dan organ, malah turut dikesan di permukaan mayat serta cecair badan seperti air kencing.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata penemuan itu selaras dengan pengalaman Kementerian Kesihatan (KKM) yang dipersetujui beberapa badan termasuk Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam dan badan lain.
“Proses bedah siasat itu adalah mengikut Seksyen 16 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
“Tatacara pengurusan kematian pula hanya dibenarkan tayamum di beg jenazah membabitkan orang Islam dan hanya bagi bukan Islam, perkara yang berkaitan hanya dibuat di permukaan beg mayat,” katanya dalam sidang media harian di Putrajaya, di sini hari ini.
Dr Noor Hisham berkata bedah siasat itu dijalankan oleh Institut Perubatan Forensik Negara di bawah Seksyen 16 Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Penemuan bedah siasat mendapati terdapat virus COVID-19 dikesan pada permukaan badan mayat melalui analisis Real-time Polymerase Chain Reaction (rt-PCR) yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).
“Penemuan baharu ini adalah selaras dengan pandangan yang dikemukakan oleh KKM sebelum ini dan dipersetujui oleh Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang telah bersidang pada 15 Mac serta Majlis Perundingan Malaysia, Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh, dan Tao (MCCBCHST) pada 16 Mac,” katanya.
Katanya ia selaras dengan tatacara pengurusan jenazah Islam pesakit COVID-19 yang hanya dibenarkan untuk ditayamum di atas permukaan beg jenazah, manakala bagi mayat bukan Islam, apa-apa upacara keagamaan dan tradisi hanya dibuat di atas permukaan beg mayat.
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.