Semasa pasangan ini berkongsi berita gembira itu, rata-rata mengharapkan anak keempatnya kali ini adalah lelaki namun perancangan Allah mengatasi segalanya.
Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada 2014 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 5, Nurr Afrina Aurora, 4, Nur Afrina Ayra, 2 dan seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 11.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terpaksa dibedah dua kali gara-gara bahagian luka pembedahan caesarean terbuka dan berdarah. Siap ada darah beku sebesar bantal!
Kelahiran secara caesarean tidam dapat dielakkan terutamanya jika ada komplikasi. Bayi Puan Asyekeen Talib, dia perlu melahirkan menerusi pembedahan kerana bayinya dalam keadaan songsang.
Tanpa dijangka kelahiran anak keduanya ini memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kerana pada hari keenam kelahiran luka pembedahan terbuka semula dan mempunyai darah beku yang bersaiz besar, sebesar bantal kecil.
BERJAGA-JAGA
“Semoga ia menjadi teladan buat ibu-ibu lain di luar sana. Niat saya kongsikan pun atas sebab yang sama. Berharap sangat ibu-ibu yang bersalin anak kedua/ketiga seterusnya berjaga-jaga dengan anak yang dah sedia ada.
“Sebab mereka kan kecik lagi, tengah sedap melasak kata orang. Nak dimarah bukannya mereka mengerti. Jadi ibu lah yang kena extra alert,”kata Asyeeken ketika dihubungi Pa&Ma.
Ibu ini juga turut berkongsi catatan kejadian yang menimpanya hingga perlu dibedah kali kedua.
Saya kena emergency czer pada pkl 3 pagi 30/5/2019 yg lepas. Sebab kes BREECH IN LABOUR. Kes baby songsang tapi jalan bawah sudah buka 2cm. Masa tu kandungan 38w1d.
Alhamdulillah semua lancar. Dapat baby girl, Syarmeen Imelda Kho nama diberi. Seberat 3kg pada 3.43pagi.
Hari Ahad lepas boleh balik umah dah. Seronok lah kan? Tapi Isnin (semalam) terpaksa ke klinik sebab nak check baby kuning naik balik lagi tak.
SENAK PADA LUKA SELEPAS TERLANGGAR MEJA
Masa lepas timbang baby di kk tu, tgh dok leka pakaikan balik baju kat baby kat meja tu, tetiba dtg anak sulung saya umur 2 tahun lari laju tolak saya kuat-kuat dari belakang. Perut tempat czer tu terlanggar ke sisi meja tu.
Allahuakbar. Sakitnya, senaknya hanya Allah yang tahu. Rasa macam nak pengsan dah kat situ. Iyelah kan.. luka baru 5 hari kot. Tapi boleh bertahan lagi. Balik makan painkiller & tidur. Kejadian kat klinik tu dalam pukul 11.00 pagi lebih kurang.
TAK SAMPAI 24 JAM, NAIK SEBIJI BANTAL SEPANJANG GARISAN LUKA
Pukul 2 pagi bangun susukan anak, dah terasa sakit sangat2 kat area ari2. Rasa susah nak jalan. Pedih pun ada. Check tgk, luka ok, takde bukak tapi ada benjol sikit kat isi atas sikit dari line parut caesarean tu.
Pukul 8 pagi tadi, terus naik sebijik ‘bantal’ di sepanjang line luka czer tu. Sakit dia skala 9 hokeh! Sakit gila! Nak bangun dari katil pun terkial-kial. Nak berjalan, nak angkat tapak kaki, seksa sangat. Dan bengkak itu semakin membesar.
DOKTOR HAMPIR PENGSAN
Pergi klinik kesihatan lagi tadi sebab kena check kuning anak lagi. Lepas tu minta jumpa doktor sebab sakit sangat dah.
Doktor tengok pun dah nak pengsan. Besarnya bengkak ni puan. Apa dah jadi? Kita pun citer serba sikit. Doktor terus buat surat refer hospital.
LUKA BERDARAH & TERBUKA DI TENGAH
Hantar anak-anak balik umah dulu. Pegi toilet, tgk2 ada bleeding kat luka czer. Alamak aihh.. terbukak pulak. Kat tengh lak tu. Amik pad bersih sekeping lagi, tampal kat luka tu. Tu je cara terpikir nak bendung darah tu sementara nak gi hospital ni.
Sampai hospital, boleh pula staff emergency tu bagi category green zone. Oihh.. saya tengah bleeding ni…. green zone?
HEMATOMA
Settle semua, terus warded kat gynae ward. Doktor kat wad dtg tgk and decide ini urgent case ni.
“Puan kena hematoma. Tapi kita dah ada 2 emergency case, settle yang tu dulu. Then kita operate puan ye.
Oh my God.. operate lagi? 2 kali dalam tempoh 6 hari di tempat yg sama. Aduh!
So, duduk lah saya dalam ward sekarang ni sambil layan takbir raya & lagu raya.. sumpah sedih weii!
HATI-HATI KALAU ADA ANAK KECIL YANGL LAIN
Korang yg dah czer tapi ada anak kecik yg lain tu.. berjaga la ye. Saya tak salahkan dia pun.. saya yang salah sebab tak alert dia dtg berlari kat saya tu.
Salam aidilfitri dari ward gynae. Tengah berdebar tunggu pukul berapa nak operate ni.
Ibu bapa mana yang tak gembira melihat anak yang sebelum ini sakit kini semakin sihat. Begitulah yang dirasai oleh Lana Nodin apabila dia meluahkan rasa syukur kerana anak keduanya, William Daud Mckienzie telah menyambut ulang tahun kelahiran pertama sekali dengan anak sulungnya, Gia.
Lana juga gembira kerana keadaan kesihatan anaknya yang mesra disapa Billy itu semakin baik.
Perkara itu dikongsi menerusi entri di akaun Instagram miliknya.
“Syukur pada Ilahi, tahun lalu pada tarikh ini, Allah SWT berikan ujian yang sangat hebat pada daddy dan mommy sekeluarga, dan pada tarikh ini juga, Alhamdulillah, Allah SWT berikan nikmat untuk menyambut tahun pertama bersama kami.
“Terima kasih Allah SWT dengan anugerah ini, anakku ini semakin sihat dan terima kasih juga kerana memberiku peluang untuk ku menjaganya yang pernah ku merayu dan ku mohon pada-Mu, dan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan dan masih mendoakan kesihatan anak saya, terima kasih semua.
“Selamat hari lahir anakku, semoga jadi anak yang soleh dan beriman.. Amin, we love you Billy Boy,” tulisnya sebagai kapsyen.
Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Lana mengucapkan selamat hari lahir kepada Billy dan mendoakan kesihatan yang baik untuknya.
Menerusi perkongsian Gempak, difahamkan sejak dilahirkan, Billy telah menjalani prosedur ‘baloon valvuloplasty’ disebabkan masalah injap sempit (aortic stenosis), namun tahap kesihatannya kini semakin baik.
Terdahulu, Lana dan suami, David Mckinzie atau nama Islamnya, Muhd Daud mendirikan rumah tangga pada tahun 2015.
Selain Billy, pasangan ini mempunyai seorang cahaya mata sulung bernama Gia Quinn Mckinzie.
Sumber: Ig Lana Nodin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Musim cuti sekolah ni pasti agenda hujung minggu adalah membawa anak mandi manda. Tak kira di kolam renang, taman tema atau air terjun semuanya ada kesannya pada anak. Ada pula anak yang mudah sakit, demam malah cirit birit selepas mandi. Mengapa?
Perkongsian daripada Public Health Malaysia ni mama kena ambil tahu. Patutlah anak demam dan tak sihat saja selepas mandi manda. Ini mama kena tahu!
Jika anda perasan, anak anak sering jatuh sakit selepas berkunjung ke kolam renang atau tempat rekreasi.
Situasi ini di kenali sebagai, Recreational water illness (RWI) iaitu merujuk kepada pelbagai jenis penyakit yang mungkin disebarkan oleh lokasi rekreasi seperti kolam renang,kolam air panas, spa, sungai, danau, dan lautan.
✅ Sekiranya air yang mengandungi kuman masuk ke saluran penghadaman, anak anak akan mengalami gejala muntah dan cirit birit.
✅ Kuman yang masuk ke mata dan telinga boleh menyebabkan jangkitan di bahagian bahagian tersebut. Mata akan menjadi pedih dan kemerahan.
✅ Selain itu, sekiranya kulit ada luka dan kecederaan, kuman boleh masuk ke tubuh menerusi luka.
✅ Jangkitan pernafasan seperti batuk, sakit tekak dan selsema juga boleh berlaku apabila kuman meruap dan masuk ke saluran pernafasan.
Klorin Boleh Membunuh Kuman?
Ya, bahan kimia yang di masukkan ke dalam kolam renang seperti Klorin sepatutnya dapat membunuh segala macam kuman di dalam kolam renang.
Namun begitu, sekiranya kolam renang di cemari dengan najis, air kencing dan kekotoran, bahan kimia ini tidak lagi mampu berfungsi dengan sempurna.
Bau bahan kimia yang kuat?
Sekiranya anda menghidu bau “bahan kimia’ yang kuat di kolam renang, ia sebenarnya bau kekotoran, najis dan kencing yang telah bercampur dengan klorin!
Oleh itu, sila peka kepada bau dari kolam renang, sekiranya anda menghidu sesuatu yang kurang menyenangkan, ia bermakna kolam tersebut mugkin boleh menjadi punca penyakit berjangkit.
6 Tip Penting
Peranan semua pihak amat penting untuk memastikan kebersihan kolam renang. Paling penting elakkan buat 6 perkara ni.
✅ Jangan kencing atau berak di dalam kolam renang
✅ Jangan biarkan anak anak mandi sekiranya mereka tidak sihat
✅ Bersihkan badan di pancuran air sebelum masuk ke kolam renang (ini ramai yang tidak buat)
✅ Jangan mandi sekiranya anda mempunyai sebarang luka terbuka
✅ Jangan minum air kolam atau berkumur di dalam kolam
✅ Gunakan lampin pakai buang khas untuk berenang
Air yang biru jangan di sangka tiada kuman!
Jangan jadikan percutian ke kolam renang dan taman tema air sebagai punca jangkitan penyakit anak anak anda,
Kredit: Public Health Malaysia
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketahui cara sekat video Indonesia di YouTube dengan mudah menggunakan tetapan aplikasi, fungsi sekatan dan kawalan ibu bapa bagi membantu anak menguasai Bahasa Melayu dengan lebih baik.