Terima Kasih Doakan Jebat. Anak Baba Kuat! Sharnaaz Syukur Semuanya Dah Selamat

Share

Anak kepada pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila, Jebat Jayden telah selamat menjalani pembedahan pada Khamis.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh pasangan terbabit menerusi akaun instagram pasangan ini selepas Jebat selesai prosedur pembedahan.

“Alhamdulillah syukur pada Allah SWT.. Jebat dah selamat keluar OT..

“Kepada semua yang mendoakan terima kasih semoga Allah balas dengan beribu kebaikan dan pahala buat anda semua.

“Alhamdulillah semua lancar. Dan terima kasih buat Doctor Shariz yg mengetuai pembedahan ni, hebat orangnya.. Jebat akan kembali sihat dgn Izin Allah.. amin,” tulis Sharnaaz.

Sementara itu, Nabila turut memuat naik keadaan terkini anaknya dengan menitipkan doa pada Jebat .

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi laa hawla walaa quwwata illa billah… Dengan menyebut Nama Allah, aku berserah diri kepada Allah, tidak ada daya dan upaya selain dengan pertolongan Allah.

Yaa Allah kurniakan kelancaran dan kesembuhan untuk anakku, dan juga syifa’ dan afiah yang kekal dan yang tidak memudaratkan.

Sebelum ini Sharnaaz ada berkongsi pada media dengan memberitahu Jebat menghidap jangkitan saluran kencing (UTI) sejak beberapa bulan lalu dan perlu menjalani pembedahan segera.

Sharnaaz dan Nabila berkahwin pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan Jebat pada 30 Ogos 2018.

Sumber: Ig Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila

IKLAN