“Terima Kasih Hadiahkan Hannah Untuk Kami” Noraniza Idris Teruja Timang Cucu Pertama!

Share

Selamat menimang cucu sulungnya yang pertama, penyanyi Noraniza Idris meluahkan rasa syukurnya yang tidak terhingga atas kurniaan rezeki itu pada Selasa lalu.

Khabar gembira itu dikongsikan penyanyi irama Malaysia ini menerusi laman Facebook miliknya. Menerusi perkongsian itu juga, Kak Ani turut berkongsi wajah cucu sulungnya yang merupakan cahaya mata kepada anak sulungnya, Aliff Haiqal.

“Syukur alhamdulillah. Semua selamat. Ibu dan anak sihat.

“Hadiah terbesar dalam sejarah asas kehidupan manusia bila diwatikah’ menjadi nanny hari ini,” kongsinya.

Namun yang lebih menarik lagi, rupanya cucu perempuan pertama itu memiliki tarikh lahir yang sama dengan bapanya.

“Tahniah Aliff mama, terima kasih bawa Hannah untuk kami hari ini.

“Pada 23 Mac 2021, hari lahir cucu pertama Noraniza Idris, 23 Mac 1989 hari lahir anak pertama Noraniza Idris.

“Hari ini hari istimewa untuk nanny umi,” ujarnya.

Noraniza atau lebih mesra disapa Kak Ani menganggap kehadiran cucu pertamanya itu sebagai satu hadiah paling istimewa buat seluruh keluarganya.

“Semoga Aliff menjadi daddy yang terbaik buat Hannah dan keluarga, menjadi suami yang penuh dedikasi, menjadi anak lelaki pembimbing syurga mama, kesayangan semua kenalannya dan yang penting dan paling berkat adalah Allah Sayang kita,” luahnya penuh doa.

Berterima kasih pada anak & menantu

Namun Nanny yang semakin aktif ini juga turut menitipkan ucapan penghargaan buat anak menantunya kerana menjadi peneman setia buat anaknya malah kini menjadi ibu terbaik buat cucunya.

“Terima kasih buat Aliff dan Ezza Nafiesha. Tahniah buat isteri yang sangat memahami anak mama.

“Terima kasih jagakan Alif untuk mama, jaga penuh kasih sayang. Perhatian yang paling bermakna dalam hidupnya. Hadiahkan sesuatu yang sangat besar dan paling bermakna buat kami membawa gelaran nanny untuk mama buat pertama kalinya.

“Panggil Umi tau, tak nak nanny la.. tua sungguh rasanya,” selorohnya.

Terdahulu, Aliff merupakan anak Noraniza bersama bekas suaminya, Fareez. Selain Aliff, Noraniza turut mempunyai seorang lagi anak lelaki, Mohd Alfeeq Haiqal, 28 tahun.

Artikel menarik: Nama Unik & Senang Nak Sebut, Selepas 2 Bulan, Feeya Iskandar Kongsi Nama Anak

Sebijik Macam Tok Ti, Sambutan Hari Lahir Ke 3 Meriah, Manis & Comelnya Aafiyah

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: @noraniza_idris

IKLAN