“Terima kasih” begitulah ucapan pelakon popular, Anzalna Nasir kepada peminat yang membeli baju berjenama milik anak-anak lelakinya menerusi jualan di Instagram @prelovedbyeidrees.
Menerusi tinjauan yang dilakukan di instagram tersebut, baju yang di iklankan hampir terjual kesemuanya dan ada baju-baju yang dijual Anzalna dengan separuh harga malah ada yang jauh lebih murah berbanding harga asal.
Tambah Anzalna lagi, dia mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian warga maya membeli pakaian berjenama terpakai ini dan menjadi sebahagian daripada penderma untuk jualan amal.
“Terima kasih di atas pembelian dan menjadi sebahagian daripada kerja amal kami . Semoga Allah SWT merahmati kita semua.”
Ads
Ads
Bukan hanya baju sulung anaknya, Eidrees sahaja yang dijual malah baju-baju baby Emirhan turut dijual.
Antara jenama mewah iaitu jenama BOSS, Kenzo, Versace, Givenchy Paris, Dolce & Gabbana dan banyak lagi baju berjenama mewah terpakai yang dijual oleh pelakon cantik ini.
Tidak sangka insiden tertolak rakan di sekolah membawa kesan besar kepada kehidupan si kecil ini. Malah lebih memilukan tempurung kepala si kecil ini terpaksa dibuang untuk sementara waktu.
Ibu mana yang boleh menahan perasaan melihat penderitaan yang ditanggung anak. sehingga terjadinya jangkitan kuman pada otak si anak. Si kecil yang dulu ceria dan banyak cakap kini berada di katil tidak berdaya seperti dulu.
Perkongsian ibu ini boleh dijadikan panduan buat ibu bapa lain. Anaknya, Chinta Nayli Dhia Syaz Rania dikatakan telah tertolak oleh rakan ketika dalam perjalanan ke kelas. Kesan daripada insiden itu, bahagian hadapan kepala (kening) si kecil ini mengalami keretakan pada awalnya dan tidak ada yang serius.
“Tapi selepas itu Chinta alami demam on off selama lebih kurang 2 minggu. Ada juga alami sawan. Ekoran dari itu Chinta daripada hospital ****** terus dihantar ke hospital pakar. Apa yang mengejutkan ialah selepas dilakukan pemeriksaan Imbasan CT (Computed Tomography) kuman sudah memasuk dalam otak,” Xiela Iela ketika dihubungi Pa&Ma.
Membaca catatan ini membuatkan hati menjadi sebak. Tidak sangka anak yang ceria kini terpaksa menanggung kesakitan. Lebih meyedihkan apabila dia sendiri berusaha menyesuaikan diri dengan keadaan baru.
Assalamualaikum semua… Ya Allah hari ni anak sy akan mjalani operation di kepala kerana ada jangkitan kuman pada otak.
Ya Allah ujian yang amat besar dan berat untuk kami tempuhi. Macam-macam risiko kemungkinan yang berlaku, Saya dengan rasa rendah diri memohon rakan2 semua mendoakan semoga operation ini berjalan dengan lancar Chinta sembuh seperti biasa.
Amanah Allah untuk mommy dan papa apa pun tjeradi kamu lah satu2nya Cinta hati kami… Ya Allah berikanlah kami ketabahan… Sembuhkan lah Chinta Ya Allah.
23 Mac 2019
Chinta dah selesai buat pembedahan buang kuman di otak. Tapi masih belum boleh pasang kembali tulang kepala yg di potong kerana masih terdpt sedikit lagi dibahagian celah. Sekarang chinta dimasukkan semula ke PICU dan ditidurkan buat sementara waktu.
Sedih Ya allah tgok Chinta yg happy go lucky, mulut yg bercakap 24jam tak berhenti diam kaku mcm ni. Mommy doa dan harap sangat chinta kuat. Nak jadi doctor kena kuat tau Chinta.
Mommy, papa, cikgu2, kawan-kawan Chinta semua nak tengok Chinta sihat macam dlu… Kuat ya sayang.
25 Mac 2019
Alhamdulillah dah nampak ada pergerakan selepas Dr buat pembedahan buang kuman di otak. Tapi masih belym blh pasang kembali tulang kepala yg di potong kerana masih terdpt sedikit lagi dibahagian celah. Sekarang Chinta dimasukkan semula ke PICU dan diberikan antibiotik sehingga 4 atau 6 minggu lgi…
Chinta masih belum sedar sepenuhnya, tiub belum buang lagi. Tp bila mommy cakap Chinta kena kuat. Mommy dan papa ada setiap hari, mommy dan papa nak Chinta kuat da sihat macam dulu… Nanti bila dah sihat kita boleh jalan-jalan.
Air mata Chinta keluar tu bermakna Chinta mdengar n faham apa mommy cakap… Alhamdulillah… Moga Chinta hati mommy n papa cpat sembuh…
26/3/19
Allahhuakbar, Alhamdulillah, Subhanallah.
Syukur… Syukur Ya Allah terima kasih pada semua yang mendoakan.
Chinta dah sedar sepenuhnya. Hari ni Chinta sudah makan dan minum… Chinta sudah mula cakap nak balik C*******. Chinta dah boring duduk hospital baring ja bosan laa….
Chinta dh mula tringat Rina dan Ratu kawan sekolah dan jiran kat rumah. Itulah Chinta hati mommy awk tak pernah diam mulut selagi tak tidur. Alhamdulillah semoga Chinta terus kuat untuk operation ke dua nt……
28 Mac 2019
Dari kelmarin lagi sejak masuk wad Chinta sedih menangis je dia. Sebab dah 4 org datang tanya CHINTA. Abang nama apa. Sembang la dengan acik anak acik pon dok sini.. Cakap la abang nama apa…. Chinta menangis, nampak gaya nya dia dh tau sesuatu dia BOTAK.. Asyik nangis jaa Chinta dah tak comel. Kenapa Chinta botak?
4 April 2019
Alhamdulillah Chinta sudah kembali sihat… Terima kasih pd semua yg mndoakan kesihatan chinta, selepas operation buang kuman dlm otak 23/3/19 dan selepas operation hidung 1/4/19 Chinta nampak sihat makan dan minum macam biasa.
Doktor on antibiotik selama 6 minggu jadi Chinta kena stay di hospital lagi sampai lah operation untuk letakkan balik tempurung kepala nanti.
3 Mei 2019
Alhamdulillah setelah 6minggu di hospital ********, hari ni 3/5/19 Chinta dh blh balik C*******, boleh balik rumah dahhhhh yeaaaa…
Tapi Chinta balik dalam keadaan tempurung kepala belum dipasang lagi.
Doktor tanya Chinta nak buat operation kedua sebelum raya ke selepas raya? Cepat sgguh Chinta jawab lepas raya….??
Terima kasih pada semua yg mendoakan kesihatan Chinta.
Ketika artikel ini ditulis, Chinta sedang bersiap untuk masuk ke wad semula untuk pembedahan memasang kembali tempurung kepala. Kata Xiela, pembedahan yang dijadualkan pada 20 Jun 2019 dipercepatkan. Semoga pembedahan yang bakal berlangsung berjalan dengan lancar.
Usahawan berjaya, Yatie Sendayu Tinggi menitipkan beberapa nasihat buat ibu lain sebagai panduan dalam membesarkan anak-anak zaman sekarang.
Tambahnya lagi, semasa anak kecil itulah momen yang paling berharga dan tak mampu diulangi lagi.
“Jangan pukul masa mereka minta bergurau. Sebab gurauan tu ambil masa beberapa tahun sahaja. Nanti mereka remaja, gurauan tak sama masa kecik. Especially dgn daddy. Segan dah nak jadi lembu dan penunggang”
“Jangan tipu kalau kita janji. Walaupun mereka masih kecik, penipuan ni mereka akan anggap betrayal paling terkesan. Buat mereka “faham” dengan menjelaskan secara matang & berhemah. Bukan berhelah atau berkias. Budak sekarang senang dapat knowledge. Bukan macam kita dulu yang hanya ada radio dan surat khabar”
“Displin bukan dengan jerit, pukul. Tapi pengajaran. Banyak jenis pengajaran kita boleh buat contoh, no gadget masa weekends ( so far tu la paling ngeri untuk kids nowadays 🤷🏼♀️ ), takde duit belanja sekolah atau vege days”
Menurut ibu kepada dua cahaya mata ini lagi, zaman sekarang dan juga zaman dahulu tentu sekali banyak perbezaanya. Dan iainya bukanlah satu tiket untuk ibu bapa merendah-rendahkan anak-anak dengan membuat perbandingan zaman.
“Jangan samakan zaman kita dengan zaman anak-anak sekarang. Hakikatnya tak sama. Level of stress & cabaran juga tak sama. Jangan cakap budak sekarang tak kuat, hebat macam budak zaman dulu. Itu yang kita rasa, atau kita perasan sendiri. Agaknya kalau kita hidup zaman mereka sekarang macam mana pula ya”
“Appreciate body touch. Sedikit sentuhan, memberi seribu makna. Kita boleh ingat bau, music, jam dan saat perasaan tu berlaku. Hanya itu yg tinggal memori untuk kita & keluarga”
“Ajar mereka hargai ahli keluarga yang tengah sakit dengan datang ziarah. Tanda ingat. Bila kita tak ajar rutin tu, mereka akan repeat same things. Dan slowly orang yang sakit tanpa sesiapa bother akan makan hati dengan semua org. Sebab tu kena ajar amalan yang baik pada anak-anak sebab mereka lah yang akan lead generasi akan datang selepas kita tiada”
“Keluarga, anak-anak & ibu bapa mahupun adik beradik adalah pinjaman sementara yang paling berharga kita semua ada”
Seorang kanak-kanak perempuan kelas Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan Tempinis ditemukan lemas di tali air di Kampung Tasik Nibong, Bukit Jeruk di Jabi dekat sini, petang tadi.
Mangsa Saidatul Insyirah Abdul Muin, 10, yang mempunyai masalah pembelajaran dikatakan pergi ke tempat kejadian bersama dua yang lain termasuk adiknya, Saidatul Fatimah untuk menyauk anak ikan.
Ketua Polis Daerah Besut Supt Abdul Rozak Muhammad berkata kejadian yang berlaku sekitar 1.30 tengah hari itu diketahui bapa mangsa Abdul Muin Muhammad, 39, apabila adik mangsa pulang memberitahu bahawa kakaknya dipercayai terjatuh ke dalam tali air tersebut.
“Bapa mangsa segera ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 500 meter dari Sekolah Pondok Raudhatul Muhammad, tempat mereka tinggal.
“Terdapat pelajar sekolah pondok tersebut terjun ke dalam tali air itu untuk membantu mencari mangsa sebelum menemukan mangsa tidak lama kemudian,” katanya kepada pemberita.
Abdul Rozak berkata mangsa dibawa naik ke darat dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke Klinik Kesihatan Jabi oleh bapanya untuk mendapatkan rawatan.
Bagaimanapun katanya pemeriksaan pegawai perubatan di klinik kesihatan tersebut mendapati mangsa telah meninggal dunia.
“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Daerah Besut kira-kira 6.40 petang tadi untuk bedah siasat,” katanya sambil memaklumkan siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.